Konsep animisme dalam kehidupan masyarakat Melanau, Sarawak : kajian perubahan

Dublin Core

Subject

Animism--Sarawak
Melanau (Malaysian people)--Sarawak--Social life and customs

Description

Abstrak

Kaum Melanau merupakan kaum pribumi yang kelima terbesar di Sarawak selepas Iban. Cina, Melayu dan Bidayuh. Mempunyai kebudayaan dan adat resam yang unik dan menarik. Pada asalnya, masyarakat Melanau mengamalkan amalan Pagan dan tidak menganuti sebarang doktrin agama. Kemasukan agama ke dalam komuniti Melanau bermula daripada penjajahan pada zaman dahulu. Kesannya, komuniti Melanau telah terbahagi kepada tiga kelompok utama iaitu Melanau Islam, Melanau Kristian dan Melanau Pagan. Masyarakat Melanau percaya kepada makhluk halus dan kuasa ghaib yang menguasai kehidupan. Kepercayaan ini menjadi panduan dan amalan kepada mereka dalam mencapai kehidupan yang lebih baik. Kuasa yang ada pada makhluk halus ini telah menimbulkan perasaan takut, hormat dan kagum kepada mereka. Bagi menghormati makhluk halus ini, mereka mematuhi pantang larang, melakukan upacara pemujaan, dan persembahan kepada kuasa ghaib ini. Analisis kajian mendapati faktor agama merupakan faktor dominan dalam berlakunya perubahan ke atas kepercayaan masyarakat Melanau berbanding faktor lain seperti penjajahan, perkembangan sains dan teknologi, perkahwinan campur, perubahan penempatan dan pendidikan. Sehingga sekarang kesan perubahan ini masih lagi dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat Melanau. Kaedah temu bual menjadi pendekatan utama dalam mendapatkan maklumat kajian. Seramai lima belas orang responden telah ditemu bual yang terdiri daripada orang tua yang berpengalaman dan mempunyai pengetahun tentang kepercayaan tradisional masyarakat Melanau. Selain temu bual, kaedah pemerhatian dan keperpustakaan juga telah banyak membantu dalam menghuraikan hasil kajian. Justeru, tidak hairanlah, masyarakat Melanau telah meletakkan kepercayaan dan adat resam ke tahap tertinggi dalam kehidupan berasaskan kepada penilaian mereka.

Creator

Mohamad Maulana Magiman

Source

PL5065 UM 2006 MOHMM

Date

2006

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Mohamad Maulana Magiman, “Konsep animisme dalam kehidupan masyarakat Melanau, Sarawak : kajian perubahan,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23525.