Pandangan dunia ekonomi Melayu : kajian kes perniagaan makanan di USJ (Utara Subang Jaya)

Dublin Core

Subject

Malays--Commerce--Selangor
Food industry and trade--Selangor

Description

Abstrak

Aktiviti ekonomi orang Melayu kini telah menelusuri satu perubahan yang positif lagi membanggakan di mana orang-orang Melayu telah pun mula memenuhi sektor ekonomi moden seperti perniagaan. Justeru pandangan dunia Melayu juga turut berubah seimbang dengan pemodenan dan pembangunan masyarakat lebih-lebih lagi di kawasan perbandaran. Konsep rezeki, berkat dan riba yang bersifat Quranik merupakan titik-tolak utama yang menjadi paksi dalam perniagaan. Konsep malu dilihat sebagai satu tembok penghalang kepada peniaga-peniaga Melayu daripada terjebak dengan pertbuatan yang mengaibkan atau menjatuhkan maruah diri seperti niaga dengan syarikat kewangan yang tidak diawasi oleh pihak kerajaan atau pihak yang bertanggung jawab. Sistem perbankan secara Islam, peranan rakan kongsi dan penaung adalah di antara penggerak kegiatan perniagaan orang Melayu di kawasan kajian. Peniaga-peniaga Melayu yang berpendidikan sekular dan agama telah menjadikan konsep-konsep tersebut sebagai pedoman dalam menjalani aktiviti perniagaan. Perbincangan tetang ekonomi Melayu dan pandangan dunianya, tidak terlepas daripada tunjang agamanya iaitu Islam. Seiring dengan matlamat lslam yang sejahtera sebagai satu ad-Din Kajian yang dilakukan di kawasan perbandaran ini menjelaskan bahawa pandangan dunia Melayu juga mengalami satu gelombang baru yang mensasarkan perniagaan makanan sebagai aktiviti ekonomi yang terancang dalam pengurusannya. Hasil dapatan kajian menujukkan anjakan paradigma yang berlaku di kalangan peniaga-peniaga Melayu menjadi satu petanda baik bahawa sektor perniagaan Melayu boleh berkembang tanpa kekangan lingkungarn adat dan budayanya.

Creator

Sureini Ahmad

Source

PL5065 UM 2005 SURA

Date

2005

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation