Peran Mak Yong : pelakon dan watak
Dublin Core
Subject
Folk drama, Malay
Actors
Description
Abstrak
Di dalam teater tradisional melayu, elemen humor' terdapat pada watak pembantu (Pengasuh) yang menunaikan tugas kerajaan, urusan peribadi. dan mempastikan kejayaan tokoh utama (raja) diakhir cerita. Di dalam struktur persembahan Mak Yong kategori ini dinamakan 'Peran'. Pelakun Peran Mak Yong di luar persembahan memiliki kemahiran tertentu. kemahiran ini diaplikasikan ke dalam persembahan dengan kreativiti yang tersendiri. Walau bagaimanapun keperluan pelakun di antara persembahan Mak Yong biasa dan persembahan Main Puteri Mak Yong adalah berbeza, kerana faktor fungsi ritual dan hiburan. Peran Mak Yong, adalah Ahli Lawak yang penting di dalam persembahan. Sifat humornya meliputi elemen persembahan seperti lakonan, busana, solekan, prop memiiki gaya yang dikenali sebagai 'Bahasa Peran'. Bermula dari peringkat pengenalan persembahan sehingga peringkat persembahan cerita, pelakun menggunakan beberapa teknik humor spontan mengikut kreativiti masing-masing. Watak Peran dalam cerita Mak Yong adalah watak Pengasuh. la penting kerana mempunyai pelbagai fungsi. Fungsi watak Pengasuh dalam Mak Yong biasa hanyalah selapis, iaitu membantu permasalahan peribadi raja seperti soal kasih sayang sehinggalah kepada masalah dalam pentadbiran. Manakala fungsinya dalam persembahan Main Puteri Mak Yong, adalah berlapis. Lapisan sebaliknya adalah perjalanan watak Pengasuh dalam alam ghaib' sebagai bomoh pembimbing angin'. Dalam contoh cerita Dewa Muda ia diwakili oleh watak khas iaitu Awang Sejambul Lebat. Walaupun berbeza fungsi, namun umumnya, watak adalah penggerak plot dalam setiap cerita Mak Yong. Watak menjadi penting bukan sahaja terhadap cerita utama Mak Yong, malah telah menjadi tunggak utama dalam cerita-cerita sampingan, yang dicipta sendiri untuk tujuan hiburan semata mata. Peran boleh dijadikan bahan untuk dibandingkan dengan watak humor dalam genre teater tradisional yang lain seperti watak patung Semar dalam Wayang Kulit di Jawa, dan Vidusaka sebagai watak orang dalam drama Sanskrit India. Walaupun perbandin gan adalah secara umum, namun ianya penting bagi menunjukkan keaslian identiti Peran Mak Yong.
Source
PN2037 UM 2005 ROSS