Muhimmah : transliterasi dan analisis teks

Dublin Core

Subject

Muhimma--Criticism, Textual
Manuscripts, Malay--Transliteration

Description

Abstrak

Kajian manuskrip-manuskrip kesusasteraan Melayu ini harus ditingkatkan kerana manuskrip-manuskrip ini mempunyai nilai khazanah yang tinggi yang harus dipertahankan dan dikekalkan. Justeru itu ke atas Kitab Muhimmah ini dilakukan untuk meliha keistimewaan-keistimewaan yang terkandung di dalamnya. Oleh itu penulis seharusnya sedaya upaya berusaha untuk menghasilkan kajian yang sebaik mungkin sewaktu mentransliterasi dan menganalisis aspek moral yang terdapat di dalam Kitab Muhimmah ini. Kitab Muhinmah merupakan naskhah di bawah kategori karya sastera kitab. Kitab ini mampu menjadi sumber rujukan utama bagi masyarakat hari ini kerana di dalamnya terkandung unsur-unsur moral. Bab pertama merupakan bab pendahuluan yang menerangkan latar belakang kajian, permasalahan kajian, pendekatan kajian, tujuan kajian, ruang lingkup kajjan, bahan kajan, kepentingan kajian, kajian terdahulu dan konsep-konsep asas. Seterusnya, dalam bab dua merupakan keterangan naskhah Kitab Muhimmah secara lebih terperinci lagi dengan melakukan telaah filologi atau disebut transliterasi naskhah Kitab Muhimmah yang bertulisan Jawi kepada Rumi dan seterusnya meletakkan tanda bacaan pada teks tersebut. Ini kerana dalam teks tersebut langsung tidak mempunyai sebarang tanda bacaan seperti tanda koma, tanda noktah, tanda pembuka kata, penutup kata, dan sebagainya. Dalam bab ini pengkaji juga membuat sinopsis Kitab Muhimmah dan menyentuh secara sepintas lalu tentang teknik gaya bahasa yang digunakan di dalam teks Kitab Muhimmah. Manakala dalam bab tiga pula akan melihat unsur pengajaran atau unsur-unsur moral yang terkandung di dalam Kitab Muhimmah. Unsur-unsur Moral dalam Kitab Muhimmah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya, unsur moral berkaitan dengan isteri nusyuz, unsur moral berkaitan dengan pemilihan calon isteri, unsur moral berkaitan dengan pemilihan calon suami, unsur moral berkaitan dengan poligami, unsur moral yang berkaitan dengan hukum memutuskan hubungan persaudaraan dan unsur moral berkaitan dengan faedah berkahwin. Seterusnya, dalam bab terakhir iaitu bab empat, pengkaji telah membuat kesimpulan daripada keseluruhan bab yang dikaji.

Creator

Salina Mohamed

Source

PL5065 UM 2004 SALM

Date

2004

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation