Tembikar dalam budaya Iban di Sarawak

Dublin Core

Subject

Pottery--Sarawak--Social aspects
Pottery, Iban--Sarawak
Iban (Bornean people)--Sarawak--Social life and customs

Description

Abstrak

Sesungguhnya keunggulan dan kegemilangan tamadun bangsa Iban sedikit sebanyak dapat dilihat melalui warisan budayanya yang unik dan tersendiri. Kajian ini cuba membincangkan tembikar, khasnya tembikar perdagangan dalam budaya orang Iban dan menganalisis tembikar yang pada mulanya hanya merupakan benda biasa digunakan dalam kehidupan seharian, kemudian ia telah diiktirafkan dengarn satu martabat yang amat tinggi dalam masyarakat itu. Bagi tujuan itu, pengkaji akan cuba menghuraikan tembikar sebagai peralatan seharian dan juga dari sudut ritual. Oleh itu, fokus utama kajian ini ingin melihat tembikar dari sudut ritual dan dari perspektif hukum adat. Tembikar merupakan satu benda sakral telah digunakan dalam pelbagai upacara berkaitan dengan ritual 'Petara' seperti di dalam ritual 'Gawai'. Tembikar telah diperturunkan oleh kuasa luar biasa melalui mimpi dan ia telah banyak membantu kehidupan orang Iban, khasnya dalam kegiatan pertanian. Orang Tban menggunakan tembikar dalam perspektif hukum adat dan ia merupakan satu objek yang mempunyai kuasa luar biasa yang dapat mengekalkan keharmonian hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan tuhan mereka. Bagi menghasilkan Disertasi yang sempurna, kajian ini cuba bergerak di dalam rangkuman tiga teori. Pertamanya, tembikar telah wujud di Sarawak sejak abad ke-9 Masehi dan orang Tban telah dikatakan menggunakan tembikar sebagai alatan kegunaan seharian. Keduanya, pengkaji ingin melihat makna dan hubungan tembikar dengan kuasa luar biasa yang dijelmakan melalui mimpi serta kesannya kepada pemilik tembikar itu dan yang ketiga kehadiran tembikar telah memantapkan budaya Orang lban menerusi peranannya dalam hukum adat. Setiap huraian yang diutarakan diharap dapat memberi manfaat untuk difikirkan bersama.

Creator

Noria Tugang

Source

PL5065 UM 2004 NOR

Date

2004

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation