Novel-novel Anwar Ridhwan : penerapan terhadap teori teksdealisme

Dublin Core

Subject

Anwar Ridhwan, 1949---Criticism and interpretation
Anwar Ridhwan, 1949- Hari-hari terakhir seorang seniman--Criticism, Textual
Anwar Ridhwan, 1949- Arus--Criticism, Textual
Anwar Ridhwan, 1949- Di negeri belalang--Criticism, Textual

Description

Abstrak

Kajian ini bertujuan memperlihatkan kepengarangan Anwar Ridhwan dalam penulisan novel dengan menerapkan teori teksdealisme yang diasaskan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana). Novel yang digunakan untuk tujuan kajian ini ialah Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, Arus, dan Di Negeri Belalang. Teori teksdealisme mempunyai empat prinsip iaitu prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan, dan individualisme. Penerapan keempat-empat prinsip ini terhadap teks dapat memperlihatkan sama ada teks itu, sekaligus pengarangnya, mencapai keunggulan ataupun sebaliknya. Kehadiran pengalaman pada seseorang pengarang amat penting untuk menghasilkan teks yang unggul. la merupakan suatu proses yang berterusan, dan pengarang pula akan menghadirkan pengalaman itu sebaiknya dalam karya-karyanya. Pengarang yang mempunyai ciri-ciri keunggulan tidak akan membenarkan dirinya berada di bawah teks ataupun di bawah bayang-bayang pengarang lain. Dalam dirinya sentiasa wujud keinginan untuk menghasilkan teks yang lebih baik daripada teks yang telah dihasilkannya sendiri, ataupun yang telah dihasilkan oleh pengarang lain. Untuk mencapai keunggulan, seseorang pengarang itu harus mempunyai keberanian dan kebijaksanaan untuk keluar daripada konvensi dengan melakukan perlanggaran yang merupakan prinsip kedua teori teksdealisme. Perlanggaran mungkin saja dari segi teknik penulisan, pemikiran yang terkandung di dalamnya, watak-wataknya, dan yang seumpamanya. Penerapan prinsip ketiga, iaitu pengukuhan akan memperlihatkan proses pemantapan, pengejapan, dan penyempurnaan teks seseorang pengarang. Lazimnya, pengarang yang unggul tidak akan terus berpuas hati dengan karya yang dihasilkannya. Pengarang akan memperbaiki karya yang diusahakannya itu berulang-ulang kali sebelum diserahkan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk tujuan penerbitan. Ketiga-tiga prinsip yang disebutkan di atas ini seterusnya akan mengunggulkan keperibadian pengarang, dan teks yang dihasilkannya. Keperibadian pengarang ataupun disebut juga sebagai individualisme ini merupakan prinsip keempat d an terakhir. la juga merupakan analisis terakhir teori teksdealisme dan kemuncak perbincangan terhadap seseorang pengarang mahupun teksnya. Menurut Mana Sikana, hanya pengarang yang unggul akan menghasilkan teks yang unggul. Teks yang unggul pula seterusnya dapat melahirkan khalayak yang unggul. Dalam konteks Anwar Ridhwan, hasil kajian ini telah dapat membuktikan bahawa beliau telah mencapai keunggulannya sebagai penulis novel dan teori teksdealisme juga sesuai teks yang diterapkan untuk mengukur keunggulan seseorang pengarang dan dihasilkannya.

Creator

Hajijah Jais

Source

PL5065 UM 2004 HAJJ

Date

2004

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation