Giliran bertutur dalam teks kaunseling : analisis retorik

Dublin Core

Subject

Rhetoric--Social aspects
Sociolinguistics

Description

Abstrak

Tesis ini mengkaji empat teks kaunseling yang terdiri daripada 19 unit. Tesis ini dibahagikan kepada enam bab. Bab 1 memaparkan pendahuluan kajian yang meliputi latar belakang kajian, tujuan, bidang, bahan, kaedah dan konsep kajian. Bab 2 mengenai kaunseling yang terdiri daripada konsep, sejarah, matlamat, proses kaunseling dan ciri kaunselor. Bab 3 merupakan kerangka teoritis kajian. Dalam bab ini dibincangkan model dalam kaunseling, model dalam interaksi lisan dan input retorik. Untuk menganalisis dan mentafsir data, Model Retorik Gabungan dikemukakan. Model ini menggatbungkan ketiga-tiga bidang yang mempunyai model dan input masing-masing di samping perincian jenis tindakan dan seterusnya pasangan adjensi dan pasangan bukan adjensi. Bab 4 merupakan analisis dan tafsiran komponen giliran bertutur yang terdiri daripada struktur, peserta, bilangan ujaran, bilangan giliran bertutur, pasangan adjensi dan pasangan bukan adjensi. Analisis kajian menunjukkan bilangan ujaran dalam struktur pertengahan yang tertinggi, iaitu (75%). Hal yang sama juga berlaku dalam komponen peserta, bilangan giliran bertutur, jenis tindakan, pasangan adjensi dan pasangan bukan adjensi, iaitu struktur pertengahan yang tertinggi. Selain itu, dapatan kajjan menunjukkan terdapat pengagihan yang seimbang antara bilangan ujaran KS dengan KL. Ini bertepatan dengan ciri kaunseling yang mementingkan hubungan terhadap KL sepertimana dinyatakan dalanm model kaunseling. Begitu juga bagi bilangan giliran bertutur yang menunjukkan terdapat keseimbangan jumlah bilangan giliran bertutur antara peserta. Ini selaras dengan definisi giliran bertutur yang memerlukan interaksi berkesan sesuai dengan ciri kaunseling. Bagi jenis tindakan pula, dapatan kajian menunjukkan jenis tindakan (2) yang tertinggi, masing-masing baik KS mahupun KL, iaitu (55%) dan (86%). Ini disebabkan ciri jenis tindakan (2) merupakan fenomena interaksi lisan. Selain itu, dapatan tan kajijan menunjukkan bagi jenis tindakan (1) terdapat peralihan giliran bertutur antara KS dengan KL berdasarkan struktur akhir. Dapatan ini bertepatan dengan proses kaunseling yang mementingkan hubungan mesra antara peserta. Dapatan ini juga selaras dengan input retorik etos dan patos. Manakala bagi pasangan adjensi, jenis (3+2/2+3) yang tertinggi, iaitu (43%).

Creator

Fadilah Isnin

Source

PL5065 UM 2004 FADI

Date

2004

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation