Tradisi pengajian tasawuf di negeri Terengganu Darul Iman

Dublin Core

Subject

Sufism--Terengganu

Description

Abstrak

Kajian ini membincangkan kesinambungan tradisi pengajian tasawuf di negeri Terengganu, khususnya dari segi penggunaan kitab-kitab jawi selain dari sistem pengajian itu sendiri. Tujuan kajian ialah bagi melihat aspek sejarah pengajian tasawuf di Terengganu; melihat kitab-kitab yang digunakan sebagai teks pengajian; menilai sistem pengajian; pertembungan mazhab; dan seterusnya kesan pengamalan tasawuf terhadap pembentukan sahsiah masyarakat Islam. Kajian melibatkan dua kaedah iaitu kaedah perpustakaan untuk mendapatkan data-data sekunder dan kaedah kerja lapangan bagi memperoleh data-data premier. Data-data premier seterusnya dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS dan dibandingkan dengan data-data berbentuk historikal yang didapati daripada kaedah perpustakaan. Daripada analisis yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa sistem pengajian tradisional tascwuf di Terengganu masih mengekalkan corak tradisi. Tasawuf yang diajarkan adalah seragam iaitu tasawuf sunni dan, walaupun wujud tasawuf tarikat namun ia adalah selari dengan ajaran-ajaran ahl al-sunnah wa 1jama 'ah. Penggunaan kitab jawi masih berterusan malah diambil perhatian yang berat oleh semua pihak termasuk generasi muda. Menyedari kepentingan kitab jawi sebagai wahana intelektual Melayu abad silam, satu usaha bersepadu dan bersungguh-sungguh perlu dilakukian oleh semua pihak terutama pihak berkuasa agama, penerbit, dan golongan sarjana dalam bidang-bidang agama dan sastera bukan sahaja untuk mengekalkan bentuk dan keaslian kitab-kitab jawi, malah menyebarluaskannya ke dalam masyarakat awam. Semoga dengan itu kitab jawi tidak hanya menjadi "barang antik' atau digunakan oleh golongan tradisional sahaja bahkan terus mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat Islam, khususnya di Malaysia.

Creator

Ariffin Salleh

Source

PL5065 UM 2004 ARIS

Date

2004

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Ariffin Salleh, “Tradisi pengajian tasawuf di negeri Terengganu Darul Iman,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23655.