Kesalahan-kesalahan bahasa pelajar Sekolah Menengah Cina Persendirian di Selangor

Dublin Core

Subject

Malay language--Errors of usage
Students, Chinese--Selangor

Description

Abstrak

Disertasi ini mengkaji kesalahan bahasa pelajar-pelajar Sekolah Menengah Cina Persendirian di Selangor. Kajian ini bertujuan memupuk kesedaran betapa perlunya penggunaan bahasa yang betul di kalangan pelajar-pelajar supaya keutuhan dan kewibawaan bahasa Melayu dapat dipertingkatkan. Bab 1 membincangkan sejarah perkembangan bahasa Melayu sehingga menjadi bahasa kebangsaan bagi Malaysia dan bahasa pengantar di sekolah sekolah. Selain itu, bab ini juga membincangkan tujuan kajian, kepentingan kajian dan bidang kajian yang melibatkan tiga aspek kesalahan bahasa, iaitu ejaan, morfologi dan sintaksis. Bahagian akhir bab ini menumpukan perhatian kepada perbincangan mengenai tempat kajian, populasi dan tumpuan kajian serta definisi konsep yang melibatkan kesalahan bahasa, tatabahasa dan bahasa Melayu baku. Dalam bab 2, dibincangkan kajian-kajian terdahulu kesalahan bahasa. Kajian-kajian terdahulu ini meliputi kajian dalam negara dan luar negara. Bab 3 pula, memberi gambaran tentang sekolah-sekolah Cina di Malaysia, iaitu kewujudannya sehinggalah terbentuknya Sekolah-sekolah Menengah Cina Persendirian. Dalam bab ini, disentuh juga aspek pengurusan, kurikulum, peperiksaan dan sumber tenaga pengajar sekolah-sekolah berkenaan. Bahagian akhir bab ini membincangkan penubuhan dan perkembangan Sekolah-sekolah Menengah Cina Persendirian di Selangor. Bab seterusnya, iaitu bab 4, membincangkan kaedah kajian. Ini termasuklah proses pengumpulan data, dan proses analisis kajian. Perbincangan seterusnya memberi fokus kepada penentuan kesalahan dengan diperturunkan contoh-contoh kesalahan ejaan, morfologi dan sintaksis yang dilakukan oleh pelajar bersama pembetulannya. Analisis kajian dibincangkan dalam bab 5 dan 6. Bab 5 memberi fokus kepada latar belakang responden berdasarkan borang soal selidik dan kesalahan ejaan. Bab 6 pula memberi fokus kepada kesalahan morfologi dan sintaksis. Bab yang terakhir, iaitu bab 7 menyimpulkan keseluruhan hasil kajian yang dilakukan.

Creator

Abdul Aziz Sutan

Source

PL5065 UM 2002 ABDAS

Date

2002

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Abdul Aziz Sutan, “Kesalahan-kesalahan bahasa pelajar Sekolah Menengah Cina Persendirian di Selangor,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23748.