Jampi dan mantera : suatu analisis genre

Dublin Core

Subject

Mantras

Description

Abstrak

Kajian ini mengandungi lapan bab berdasarkan analisis bahan jampi dan mantera sebagai sebuah genre. Bab Satu membincangkan latar belakang kajian yang terdiri daripada kajian terdahulu, konsep jampi dan mantera, konsep pawang-bomoh-dukun, konsep genre, metodologi kajian, bahan kajian, objektif kajian dan masalah kajian. Dalam Bab Dua, dibincangkan kerangka teoritis, iaitu teori-teori yang digunakan dalam kajian ini, seperti yang dikemukakan oleh Asmah Haji Omar (1996) dan Dell Hymes (1974). Hipotesis kajian juga dimuatkan dalam bahagian ini. Dalam Bab Tiga, dibincangkan struktur jampi mantera, iaitu pendahuluan, isi dan penutup secara umum. Variasi atau penyimpangan yang terdapat dalam bahan ini juga dinyatakan secara umum. Analisis struktur dan variasi jampi mantera secara khusus terdapat dalam Bab Empat, Lima dan Enam kajian ini. Dalam Bab Empat struktur pendahuluan dibahagikan kepada tiga, iaitu pernyataan berbentuk seruar pernyataan berunsurkan alam dan pernyataan penghormatan. Bab ini juga membincangkan variasi struktur pendahuluan, iaitu gabungan unsur dalam pendahuluan dan jampi mantera tanpa penutup. Dalam Bab Lima struktur isi dibahagikan kepada enam, iaitu fungsi permintaan, rayuan, perintalh, amaran, keyakinan dan peraturan. Bab ini juga membincangkan variasi struktur isi, iaitu jampi mantera tanpa pendahuluan dan penutup. Dalam Bab Enam pula struktur penutup dibahagikan kepada empat, iaitu rujukan kepada Allah, kepada Allah dan Rasul, kepada Tuan Guru dan kepada Allah, Rasul dan Tuan Guru. Bab ini juga memuatkan variasi struktur penutup yang terdapat dalam jampi dan mantera. Sebagai sebuah genre, sudah tentu jampi mantera berbeza daripada puisi Melayu tradisional yang lain. Justeru, Bab Tujuh memfokuskan strategi komunikasi dan kesopanan dalam jampi dan mantera berdasarkan penyesuaian teori yang dikemukakan oleh Dell Hymes (1974), iaitu who speak, what, to whom, why, where and how dan Asmah Hj.Omar (1996) berdasarkan pendekatan bahasa borang. Bab Lapan merupakan bab terakhir yang merumuskan jampi dan mantera sebagai sebuah genre, iaitu bersifat teks, sebagai suatu proses dan peristiwa komunikatif dalam masyarakat.

Creator

Fadzlina Amran

Source

PL5065 UM 2001 FADA

Date

2001

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation