Dialek Melayu Brunei dalam novel : satu kajian stilistik

Dublin Core

Subject

Malay language--Dialects--Brunei
Malay language--Lexicology
Malay language--Morphology

Description

Abstrak

Kajian ini meneliti penggunaan bahasa yang dikaitkan dengan penyimpangan dengan menggunakan unsur dialek dalam novel Mahkota Berdarah, Hidup Ke-2 dan A|-Ajuz melalui dua bentuk analisis, iaitu stilistik dan wacana. Pembicaraan kajian ini akan dipecahkan kepada 5 bab. Bab pertama membicarakan latar belakang, tujuan kajian, bahan-bahan kajian yarng dipilih, kepentingan kajian ini dibuat dan definisi konsep. Bab kedua, membicarakan kerangka teori dan metodologi kajian. Bab menjelaskan mengenai teori-teori yang digunakan, iaitu teori stilistik Leech & Short, model keragaman Lufti Abas dan nodel struktur maklumat Sanat Nasir. Ketiga-tiga model ini akan digabungkan dengan penyesuaian. Bab ketiga, ialah menghuraikan penganalisisan bahan kajian, iaitu DMB daiam Mahkota Berdarah, Hidup Ke2 dan Al-Ajuz. Penganalisisan ini berdasarkan analisis stilistik dengan menumpukan kepada aspek-aspek linguistik seperti grafologi, morfologi, leksikal dan analisis wacana dengan menggunakan struktur tema dan struktur maklumat. Pendayaqunaan bahasa di dalam novel novel kajian melihat DMB di dalam gaya penulisan sebagai aspek penyimpangan menurut konsep licentia poetica atau 'kebebasan penyair'. Bab keempat pula, meninjau perbandingan yang jelas ditemui dalam novel Mahkota Berdarah, Hidup Ke-2 dan A-'Ajuz daripada aspek grafolog!, morfologi, leksikal dan wacana. Daripada perbandingan ini nanti akan jelas memperlihatkan ciri-ciri pembeza yang ada pada ketiga-tiga buah novel yang dikaji. Bab kelima merupakan kesimpulan dan seranan, iaitu hasil-hasil penemuan dan penelitian terhadap novel-novel kajian. Hasil-hasil penemuan dan penelitian inilah yang akan menjawab tujuan-tujuan kajian ini dilakukan. Bab ini nanti memuatkan saranan pengkaji terhadap kajian-kajian yang akan datang.

Creator

Metussin Mohd Daud

Source

PL5065 UM 2000 PENMPHMD

Date

2000

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation