Percikan panji di dalam beberapa teks sastera Melayu klasik

Dublin Core

Subject

Folk literature, Malay--Javanese influences
Folk literature, Malay--History and criticism

Description

Abstrak

Kaian ini dilakukan untuk melihat kesan kehadiran unsur-unsur cerita PaniilJawa di dalam karya-karya kesusasteraan Melayu klasik. Umumnya kehadiran unsur tersebut agak ketara pada karya-karya naratif sastera Melayu klasik seperti penggunaan gaya bahasa, tema, watak dan perwatakan serta struktur penceritaan Kehadiran langsung unsur-unsur tersebut menyebabkan sarjana-sarjana terdahulu menganggap pengarang-pengarang Melayu sebagai 'pencedok' atau 'penciplak'. Pengaruh yang diterima telah dipilih, disaring dan diberikan tafsiran serta nilai yang baru. Pengarang-pengarang Melayu tradisi berjaya membuktikan kekreatifan mereka dengan melakukan pengasimisalisian sebaik mungkin unsur-unsur tersebut ke dalam karya mereka. Secara umumnya kajian ini meliputi lima bab. Bab I menerangkan tentang bidang kajian; meto dologi kajian, pemilihan teks-te ks kajian dan kajian-kajian yang pernah dilakukan oleh para sarjana terdahulu. Bab Il memperkatakan tentang pengertian cerita Panji; ciri-ciri umum cerita tersebut; perbezaan antara cerita Panji Jawa dan Panji lainnya serta teori-teori penciptaan dan penyebaran cerita-cerita tersebut. Bab ll membicarakan persoalan kepengarangan Melayu dalam hubungannya dengan pengaruh asing khasnya Panji. Penulis turut menyentuh persamaan dan perbezaan di antara pengarang-pengarang Melayu dan pengarang Jawa. Bab ini ditulis supaya menjadi cerminan terhadap penganalisisan pada bab seterusnya. Bab IV, mengandungi perbandingan dan penganalisisan ke atas teks-teks pilihan. Persamaan dan perbezaan antara cerita Panji dan teks-teks sastera Melayu klasik dikaji. Analisis perbandingan tersebut menggambarkan wujudnya proses transmisi dan pengolahan semula unsur-unsur Panji yang mengakibatkan berlakunya pengubahsuaian dan perubahan fungsi serta nilai unsur tersebut daripada asalnya. Bab V sebagai bab penutup mengandungi rumusan-rumusan secara keseluruhan. Di dalam bab ini juga ditentukan kedudukan unsur asing (cerita Panji) tersebut dalam perkembangan kesusasteraan Melayu.

Creator

Noor Faridah Berahim

Source

PL5110.2 NOOFB

Date

1995

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Noor Faridah Berahim, “Percikan panji di dalam beberapa teks sastera Melayu klasik,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23940.