Peminjaman kata dalam peristilahan Undang-undang bahasa Melayu

Dublin Core

Subject

Malay language--Foreign words and phrases--English
English language--Foreign words and phrases--Malay
Law--Terms and phrases
Language and languages--Foreign words and phrases

Description

Abstrak

Tesis ini ialah kajian tentang peminjaman kata dalam peristilahan bidang Undang-Undang bahasa Melayu. Dalam kajian ini penulis menumpukan perhatian kepada kata pinjaman tulen dan kata pinjaman campuran yang dihasilkan melalui proses pengimportan sahaja. Penulis tidak melihat perubahan yang berlaku melalui proses penukargantian dan ciptaan natif. Pembatasarn ini perlu dilakukan kerana jumlah data yang dikaji agak besar iaitu 3,404 istilah dan padanannya. Kajian ini melihat klasifikasi peminjaman kata yang terdapat dalam peristilahan undang-undang berdasarkan dua pendekatan iaitu perspektif formal dan perspektif semantik. Penulis menggunakan pendekatan yang igunakan oleh Haugen dan Stene dalam menganalisis data yang diperolehi. Bab I memberi maklumat tentang perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, pengaruh yang ditemui dalam bahasa Melayu hasil daripada proses ontak bahasa. Bab ini meninjau pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan dalam bidang Undang-Undang dan sedikit tentang prinsip peristilahan serta perkembangan peristilahan bahasa Melayu khususnya dalam bidang Undang-Undang. Bab II memaparkan pendekatan yang digunakan oleh pengkaji bahasa yang telah membuat banyak kajian tentang peminjaman kata. Peminjaman kata juga ditinjau dari aspek linguistik yang menjelaskan tentang definisi istilah tertentu, sebab-sebab berlakunya peminjaman kata, dan kajian peminjaman kata yang telah dilakukan yang dilihat dari aspek morfologi, fonologi dan semantik. Bab III dan Bab IV merupakan dapatan kajian yang dilakukan oleh penulis. Analisis yang diperolehi dibahagikan kepada dua iaitu perspektif formal dan perspektif semantik. Penulis juga membuat perbandingan dapatan kedua-dua analisis tersebut.

Creator

Puteri Roslina Abdul Wahid

Source

PL5087.1 E5PUTRAW

Date

1994

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Puteri Roslina Abdul Wahid, “Peminjaman kata dalam peristilahan Undang-undang bahasa Melayu,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23991.