Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19442 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Website
Komunis
Gerakan Komunis di Tanah Melayu
Laman tentang gerakan Komunis di Tanah Melayu
Website
Perang
Peristiwa 31 Januari 1942
Laman tentang sejarah perang di Tanah Melayu pada 31 Januari 1942
Website
Perang
Kisah tiga perang: Bangsa Melayu melawan penjajah
Laman tentang sejarah perang di Tanah Melayu
Website
Pulau Pinang
Batu Uban: Bukti pertapakan Melayu di Pulau Pinang
Laman tentang sejarah Pulau Pinang
Website
Pulau Pinang
Siapa sebenarnya yang buka Pulau Pinang?
Laman tentang sejarah Pulau Pinang
Website
Sarawak
Kisah dan sejarah orang Melayu Sarawak
Laman tentang sejarah orang Melayu Sarawak
Website
Tanah Melayu
Keadaan masyarakat Tanah Melayu semasa penjajahan British
Laman tentang masyarakat Tanah Melayu semasa penjajahan British
Website
orang asli
Orang Asli semenanjung tanah Melayu
Laman tentang orang asli di semenanjung tanah Melayu
Text
Asal usul Makyung
Text
Kaedah pengajaran perlu dipelbagai
Text
Remaja…suka memberontak
Text
Nobat berasal dari Iran
Text
Kesibukan…warga tua usah dipinggir
Text
Kelab Kemanusiaan Warga Tua dilancar
Text
Warisan kegemilangan diraja
Text
“Suka kepung anak cucu”…
Text
Gamat merangsang pertumbuhan sel
Text
Hanya 2 kes buang bayi tahun lalu
Text
Berpendidikan tinggi tetapi kurang berilmu
Text
Pembinaan kebudayaan perlu usaha sepadu
Text
Kod amalan wujudkan suasana kerja selesa
Text
Putrajaya tonjol kekuatan semangat Malaysia Boleh
Website
Islam
kedah
Kedah: Kerajaan Islam pertama di Tanah Melayu
Laman tentang sejarah kedatangan Islam di Tanah Melayu
Website
Tarian tradisional
Zapin
Sejarah tarian Zapin
Laman tentang sejarah tarian Zapin
Website
Mak Yong
tarian
Tarian Mak Yong warisan Melayu sepanjang zaman
Laman tentang sejarah tarian Mak Yong.
Website
gamelan
Muzik
Sejarah Gamelan
Laman tentang sejarah alat muzik gamelan.
Memang sedap air kelapa
Memang sedap air kelapa,
Pak Dolah petik di darat;
Derhaka terhadap ibu bapa,
Dibalas Allah dunia akhirat.
Terang menyerlah mentari bersinar
Terang menyerlah mentari bersinar,
Terkelip mata hari berdebar;
Apabila telah berkata benar,
Hendaklah kita banyak bersabar.
Asyik menari di bulan terang
Asyik menari di bulan terang,
Gendang dipalu terus menari;
Jangan mencari salahnya orang,
Cari dahulu salah sendiri.
Kopi segelas pula dijamu
Kopi segelas pula dijamu,
Sambil makan duduk bertiga;
Orang ikhlas menuntut ilmu,
Allah tunjukkan jalan ke syurga.
Kak Saodah menyiang kelah
Kak Saodah menyiang kelah,
Mak Ngah menyiang pelata;
Kalau sudah rasa bersalah,
Jangan berlengah maaf dipinta.
Tumbuh ara tepi rumah
Tumbuh ara tepi rumah,
Ditebang ia ditanam sala;
Orang berbicara penuh hikmah,
Dipandang mulia mendapat pahala.
Kait berangan tepi paya
Kait berangan tepi paya,
Encik Taib kait sendiri;
Jangan berangan hendak kaya,
Jika usaha tiada di diri.
Selepas memburu pergi memukat
Selepas memburu pergi memukat,
Berpesan-pesan sesuatu tak kena;
Ajaran guru disanjung masyarakat,
Mendidik insan menjadi sempurna.
Goreng keli dengan sambalnya
Goreng keli dengan sambalnya,
Sayur peria cara desa;
BErjual beli ada adabya,
Dilanggar ia tanggunglah dosa.
Kak suri cantik bercelak
Kak suri cantik bercelak,
Apabila dipuji tersenyum ceria;
Merendah diri adalah akhlak,
Orang memuji Allah memulia.
Ke pekan sari membeli lada
Ke pekan sari membeli lada,
Lada berampai serbuk kari;
Kalau memberi biar berpada,
Jangan sampai menyusahkan diri.
Tengku laksamana menjadi tamu
Tengku laksamana menjadi tamu,
Datang dengan kaum senteri;
Buku laksana lautan ilmu,
Itulah bandingan sarjana memberi.
Bakar dupa di tempat bara
Bakar dupa di tempat bara,
Tempat bara dari kediri;
Jangan dilupa jasa negara,
Tiada negara siapalah diri.
Anak teruna berasa gayat
Anak teruna berasa gayat,
Memanjat kelapa sampai teralpa;
Selama mana adanya hayat,
Ibu bapa jangan dilupa.
Makan biskut kopi secawan
Makan biskut kopi secawan,
Pagi hari tergesa-gesa;
Orang kedekut jangan dikawan,
Takut diri menjadi mangsa.
Buat pintu rumah Pak Jamal
Buat pintu rumah Pak Jamal,
Dari papan kayu meranti;
Ilmu itu untuk diamal,
Bukan disimpan di dalam hati.
Buat rombong hadiah tamu
Buah rombong hadiah tamu,
Kak lijah buat sendiri;
Jangan sombong jika berilmu,
Buruk natijah padanya diri.
Anak memerang jantan betina
Anak memerang jantan betina,
Datang meredah kanan dan kiri;
Mengata orang perbuatan hina,
Jaga lidah cerminlah diri.
Pandai menari walau berusia
Pandai menari walau berusia,
Penuh bergaya namanya Syikin;
Rezeki diberi jangan disia,
Gunalah ia sebaik mungkin.
Lemak senangin samba kerang
Lemak senangin samba kerang,
Goreng pelata sedap rasanya;
Kalau ingin dihormati orang,
Amal kata jujur hendaknya.
Kak Senah keluar berjaja
Kak Senah keluar berjaja,
Berjaja teruk di Pekan Lukut;
Tidak amanah padanya kerja,
Sifat buruk jangan diikut.
Pagi hari memetik duku
Pagi hari memetik duku,
Harinya terang penuh ceria;
Jauhkan diri bersombong laku,
Barulah orang memandang mulia.
Pekan laksa di Pekan Rabu
Pekan laksa di Pekan Rabu,
Makan bertiga petang hari;
Berbuat jasa kepada ibu,
Allah menjaga takwanya diri.
Beli serkap di Pekan Kerpan
Beli serkap di Pekan Kerpan,
Sebilah parang pula dicari;
Kalau bercakap biarlah sopan,
Baru orang memuji diri.
Showing 451 to 500 of 19442 results
Page
of 389
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->