Skip to main content
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Search using this query type:
Keyword
Boolean
Exact match
Search only these record types:
Item
File
Collection
Report
Advanced Search (Items only)
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
Collection Tree
Browse Items (19011 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Previous Page
Page
of 381
Next Page
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Akan memikul tidak berbahu, akan menjunjong tidak berkepala
44. Akan memikul tidak berbahu, akan menjunjong tidak berkepala
Ta' upaya sa-saorang itu hendak melakukan sa-suatu per-buatan kerana tidak ber'ilmu.
"Akal labah-labah, di-gua burok suka merakut
45. 'Akal labah-labah, di-gua burok suka merakut
Orang yang burok perangai suka menipu orang dengan ta' terduga.
'Akal akar berpulas ta'patah
46. 'Akal akar berpulas ta'patah
Orang-orang cherdek ta' akan kehabisan modal-nya dalam sa-suatu perbahathan.
Akar terumbai tempat siamang bergantong, dahan menganjor tempat tupai meniti
47. Akar terumbai tempat siamang bergantong, dahan menganjor tempat tupai meniti
Keterangan-keterangan dari orang salah itu-lah sendiri biasa-nya menjadi alasan menguatkan tudohan ka-atas-nya.
Alah bisa tegal biasa
48. Alah bisa tegal biasa
Sa-suatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan, walau bagaimana sukar sa-kali pun tidak menjadi hal lagi bagi-nya
Alah pinta di-buat sempena
49. Alah pinta di-buat sempena
Kalau sudah biasa meminta pertolongan, tetapi ta' berjaya ta' usah-lah di-ulangkan lagi meminta pertolongan dari orang itu.
Alah jadi abu, menang jadi abu
50. Alah jadi abu, menang jadi abu
Ta' ada apa-apa feadah-nya yang di-perolehi dari pergadohan dan perbalahan dalam sa-suatu hal itu, melainkan sia-sia sahaja.
Alah membeli menang memakai
51. Alah membeli menang memakai
Barang yang mahal dan sukar di-dapat, tentu-lah tahan di-pakai atau di-gunakan (Lambat rosak).
Alang berjawat, tepok berbalas
52. Alang berjawat, tepok berbalas
Sa-suatu perbuatan itu ada-lah balasan-nya, baik dengan baik dan jika jahat dengan jahat.
Alah limau oleh dedalu
53. Alah limau oleh dedalu
Sa-saorang yang di-susahkan oleh orang yang menumpang-nya.
Alah menang ta'tahu, bersorak boleh
54. Alah menang ta'tahu, bersorak boleh
Orang yang ta 'masok champor dalam sa-suatu pertandingan, hanya menunggu hendak mengata sahaja kapada yang lain.
Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumboh
55. Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumboh
Kalau lalai dalam sa-suatu hal, kerugian-lah padah-nya.
Alang-alang menyelok pekasam, biar sampai ka-pangkal lengan
56. Alang-alang menyelok pekasam, biar sampai ka-pangkal lengan
Membuat sa-suatu pekerjaan itu biar-lah bersunggoh-sunggoh, jangan alang-kapalang.
'Alim yang bakhil 'ilmu-nya sa-umpama senjata yang berkarat di-dalam sarong-nya, si-jahil yang enggan belajar sa-umpama si-buta malu bertongkat
57. 'Alim yang bakhil 'ilmu-nya sa-umpama senjata yang berkarat di-dalam sarong-nya, si-jahil yang enggan belajar sa-umpama si-buta malu bertongkat
Sia-sia-lah orang yang ada 'ilmu ta' hendak menunjuk ajar pada orang ramai, dan orang yang malu dan…
Alang-alang mandi biar basah
58. Alang-alang mandi biar basah
Jika membuat sa-suatu pekerjaan itu biar-lah bersunggoh-sunggoh, jangan alang-kapalang.
Alang sabong menang sorak
59. Alang sabong menang sorak
Jika alah pun dalam sa-suatu pertarohan atau pertandingan, yang mulut-nya berchakap besar juga, atau semangat-nya tidak berkurangan.
Ambil pati-nya buangkan hampas
60. Ambil pati-nya buangkan hampas
Pungut-lah feadah-feadah yang boleh daripada perchakapan atau nasihat sa-saorang.
Amra jangan di-sangka kedundong
61. Amra jangan di-sangka kedundong
Sa-belum di-choba akan sa-sauatu itu jangan-lah di-sangka-kan baik atau burok-nya.
Antan patah lesong pun hilang
62. Antan patah lesong pun hilang
Orang yang di-timpa kemalangan berulang-ulang.
Antan patah lesong pun hilang
62. Antan patah lesong pun hilang
Orang yang di-timpa kemalangan berulang-ulang.
Anggok bukan geleng ia
63. Anggok bukan geleng ia
Orang yang berchakap lain daripada apa yang di-ingati di-hati-nya.
Anak baik menantu molek
64. Anak baik menantu molek
Sa-saorang yang beroleh keuntongan yang berganda-ganda.
Anak sendiri di-sayangi, anak orang di-bengkeng
65. Anak sendiri di-sayangi, anak orang di-bengkeng
Orang yang ta' adil, kalau pada orang di-salahkan, kalau pada keluarga sendiri di-diam dan di biarkan sahaja.
Anjing galak babi berani
66. Anjing galak babi berani
Perkelahian dua orang yang sama setara.
Anak anjing boleh-kah menjadi anak musang jebat?
67. Anak anjing boleh-kah menjadi anak musang jebat?
Orang hina ta' kan boleh mendapat mertabat yang tinggi, kalau pun dapat tidak-lah akan kekal.
Anjing menulangi bangkai
68. Anjing menulangi bangkai
Laki-laki yang ta'senonoh mengulangi perempuan jahat, atau orang jahat mengulangi perbuatan-nya yang ta' senonoh.
Anjing itu jika di-pukul sa-kali pun akan berulang juga ka-tempat yang banyak tulang
69. Anjing itu jika di-pukul sa-kali pun akan berulang juga ka-tempat yang banyak tulang
orang yang jahat atau tama' ta' akan terlarang perbuatan-nya yang sudah biasa di-lakukan-nya.
Anjing di-beri makan nasi, bilakan kenyang
70. Anjing di-beri makan nasi, bilakan kenyang
Sia-sia berbuat baik kapada orang yang tidak bersopan.
Anjing di-tepok menjongket ekor
71. Anjing di-tepok menjongket ekor
Orang yang ta' berbudi itu jika di-hormati akan dia, ia menjadi sombong dan pongah.
Anjing burok kepala
72. Anjing burok kepala
Orang jahat yang sudah di-ketahui oleh orang ramai akan kejahatan-nya.
Anjing jika di-rantai dengan rantai emas sa-kali pun akan balek ka-tempat najis juga
73. Anjing jika di-rantai dengan rantai emas sa-kali pun akan balek ka-tempat najis juga
Orang jahat itu jika di-nasihat dan di-beri layanan baik sa-kali pun akan ta' berubah juga sikap-nya.
Angin ta' dapat di-tangkap, asap ta' dapat digenggam
74. Angin ta' dapat di-tangkap, asap ta' dapat digenggam
Perkhabaran dan berita-berita angin itu ta' boleh di-perchaya.
Angin berputar, ombak bersabong
75. Angin berputar, ombak bersabong
Hal yang sedang rumit, berkait-kait payah hendak di-selesaikan.
Angkoh terbawa, tampan tinggal
76. Angkoh terbawa, tampan tinggal
Orang yang melagak-lagak rupa-nya sahaja, pada hal perangai-nya burok.
Angkat batang keluar chaching gelang-gelang
76. Angkat batang keluar chaching gelang-gelang
Berpenat lelah kerana menyelesaikan bengkalai orang sia-sia sahaja.
Anak harimau di-ajar makan daging
78. Anak harimau di-ajar makan daging
Orang yang biasa jahat dan dzalim, di-beri hati pula, akan berbahaya-lah akhir-nya.
Anak harimau di-ajar makan daging
78. Anak harimau di-ajar makan daging
Orang yang biasa jahat dan dzalim, di-beri hati pula, akan berbahaya-lah akhir-nya.
Anak harimau takan jadi anak kambing
79. Anak harimau takan jadi anak kambing
Orang besar ta'kan-lah hilang kekuatan-nya, atau anak orang berani ta'kan-lah menjadi orang yang penakut.
Anak-anak ikan kechil menjadi makanan ikan-ikan besar
80. Anak-anak ikan kechil menjadi makanan ikan-ikan besar
Orang kechil selalu ta'alok di-bawah perentah orang-orang besar dan berkuasa.
Anak kuching menjadi harimau
81. Anak kuching menjadi harimau
Anak orang kebanyakan mendapat dan menjadi orang ternama.
Anak kera pula hendak di-ajar memanjat
82. Anak kera pula hendak di-ajar memanjat
Bersusah payah pula hendak menunjok ajar kapada orang yang sa-memang-nya faham dan ahli dalam sa-suatu hal itu.
Anak badak jangan di-hambat-hambat
83. Anak badak jangan di-hambat-hambat
Jangan-lah sengaja hendak menchari-chari bahaya.
Tarian Balai
Tarian yang berasal dari daerah di negeri Terengganu. Ditarikan dengan gerakan simbolik pesawahan padi. Para penari menari sepanjang yang dihias sambil mengelilingi Balai iaitu sejenis payung yang dihias berwarna-warni dan diletakkkan…
Arang itu hitam juga jika di-basoh dengan ayer mawar sa-kali pun
108. Arang itu hitam juga jika di-basoh dengan ayer mawar sa-kali pun
Orang jahat itu jika di-nasihat dan di-ajar sa-kali pun ia akan tetap sa-bagai keadaan-nya.
Tarian Ngajat
Tarian Canggung
Tarian Dabus
Tarian Zapin
Tarian Gayong Otar-Otar
sebuah tarian pahlawan . Ditarikan secara berpasangan (lelaki sahaja). Pedang dan perisai yang dilengkapi dengan loceng-loceng kecil dalahperalatan tempur yang dibawa bersama dalam tarian.
Dua barisan dibentuk dengan gerakan menyerang dan…
Ayam berak kapor
143. Ayam berak kapor
Orang yang lemah dan puchat sahaja kerana sakit.
Previous Page
Page
of 381
Next Page
Output Formats
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2