Skip to main content
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Search using this query type:
Keyword
Boolean
Exact match
Search only these record types:
Item
File
Collection
Report
Advanced Search (Items only)
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
Collection Tree
Browse Items (19080 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Previous Page
Page
of 382
Next Page
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Takbir mimpi dalam masyarakat Melayu
" Mimpi sebenarnya terdapat dalam mana-mana masyarakat."
Petua Melayu
" Masyarakat Melayu kini tidak begitu mengambil berat lagi tentang petua."
Rejang sebagai sebahagian Epistemologi Melayu
" Epistemolohi, pada dasarnya bermakna "ilmu" atau "pengetahuan"..."
Alamat binatang naik rumah dan masuk kebun
" Teks ini mengandungi ilmu ramalan tentang nasib dan akibat yang ditimbulkan berdasarkan perilaku bidatang yang masuk ke rumah atau masuk ke kebun."
Hubungan suami isteri dan pembudayaan...
" Walau bagaimanapun, perhubungan dan peranan sosial sebagai suami dan isteri tidak diperoleh secara spontan da kebetulan,..."
Eksoterik, mentera dan seni tempatan ...
" Keris ialah " Pusaka" unik yang dimiliki oleh masyarakat di Dunia Melayu."
Kita kadangkala bercakap tentang dua kategori.
Genre pastoral sama juga keadaannya.
Karya pastoral lebih banyak.
Satu bentuk burles yang lebih kompleks.
Pemilihan genre tertentu mencorakkan cara.
Perpisahan dari konvensi sesuatu genre.
Tragedi terutamanya adalah suatu bentuk.
Istilah komedi dari bahasa Yunani.
Sifat-sifat umum antara bentuk-bentuk komedi.
Teori bahawa komedi pada dasarnya.
Wit dan Humur.
Konvensi komedi dapat diperluaskan.
Klasifikasi sastera menurut genre.
Istilah romantisisme bermakna.
Neoklasik digambarkan mempunyai ikatan.
Menarik perhatian penulis romantik.
Apa yang menarik perhatian penulis romantik bukannya sesuatu yang tipikal dan universal tetapi sesuatu yang tertentu dan individual."
Penulis meminjam frasa-frasa.
Salah satu bidang rujukan.
"Salah satu bidang rujukan yang paling ketara bagi suatu hasil penulisan ialah riwayat hidup penulisnnya."
Masalah biografi ialah satu hal yang lain.
"Sehubungan dengan masalah biografi ialah satu hal yang lain, iaitu sejauh mana pentingnya sejarah sosial dan poliik bagi bidang kritikan."
Disiplin ilmu berkaitan kesusasteraan.
"Satu lagi disiplin ilmu yang berkaitan dengan kesusasteraan dan kritikan ialah psikologi."
Membeli ramu di kedai nyonya
Membeli ramu di kedai nyonya,
Hati-hati memilih jaha;
Menimba ilmu tiada batasnya,
Hanya mati penamat usaha.
Tengku Laksamana menjadi tamu
Tengku Laksamana menjadi tamu,
Datang dengan kaum senteri;
Buku laksana lautan ilmu,
Itulah bandingan sarjana memberi.
Dari Melaka ke negeri China
Dari Melaka ke negeri China,
Melawat merata tanah seberang;
Berlawak jenaka biar membina,
Bukan menista menghina orang.
Anak memerang jantan betina
Anak memerang jantan betina,
Datang meredah kanan dan kiri;
Mengata orang perbuatan hina,
Jaga lidah cerminan diri.
Buah rombong hadiah tetamu
Buah rombong hadiah tetamu,
Kak Lijah buat sendiri;
Jangan sombong jika berilmu,
Buruk natijah padanya diri.
Pergi ke Langkat menjadi tamu
Pergi ke Langkat menjadi tamu,
Tamu Pak Roslan pembesar ketiga;
Allah mengangkat pencari ilmu,
Diberi jalan untuk ke syurga.
Asyik menari di bulan terang
Asyik menari di bulan terang,
Gendang dipalu terus menari;
Jangan mencari salahnya orang,
Cari dahulu salah sendiri.
Memang sedap air kelapa
Memang sedap air kelapa,
Pak Dolah petik di darat;
Derhaka terhadap ibu bapa,
Dibalas Allah dunia akhirat.
Tidur nyenyak selepas makan
Tidur nyenyak selepas makan,
Sayur meranti pisang kaki;
Orang banyak membuat kebajikan,
Allah merahmati ditambahkan rezeki.
Atas para petai sepapan
Atas para petai sepapan,
Sambal kerang dimasak pagi;
Bual bicara biar bersopan,
Baru orang memandang tinggi.
Bunga cina tumbuhnya subur
Bunga cina tumbuhnya subur,
Di taman sekolah cantiknya sakan;
Jangan menghina berlagak takbur,
Silap salah boleh dimaafkan.
Mak Sanya berumah papan
Mak Sanya berumah papan,
Tiangnya pandak berlapik bata;
Apabila bertanya biar bersopan,
Agar tidak timbul sengketa.
Budak-budak bermain lidi
Budak-budak bermain lidi,
Terbertuh meja dalam dewan;
Orang tidak mengenang budi,
Lupakan sahaja sebagai kawan.
Ke pasar Kerpan beli cencaru
Ke pasar Kerpan beli cencaru,
Pucuk paku sama dikelek;
Apabila berhadapan dengan guru,
Perangai laku biarlah molek.
Berkejar-kejar di atas titi
BErkejar-kejar di atas titi,
Ayam belanda bergurau senda;
Anak diajar berbudi pekerti,
Ayah bonda pahala berganda.
Paku rawan dibuat rojak
Paku rawan dibuat rojak,
Mi ladna kedai Mak Nina;
Pilih kawan biarlah bijak,
Jangan terkena kawan yang hina.
Ambil benang menjahit gebar
Ambil benang menjahit gebar,
Kelamnya mata beralih ke laman;
Hendak senang terus bersabar,
Baru dikata orang beriman.
Ikan belanak sama pelata
Ikan belanak sama pelata,
Beli selalu di Pekan Rabu;
Jika anak tak dengar kata,
Periksa dahulu didikan ibu.
Makan kurma buah delima
Makan kurma buah delima,
Delima diberi Pak Zabidi;
Ilmu agama tuntutan utama,
Pembimbing diri buat abadi.
Timun pegaga dikutip pagi
Timun pegaga dikutip pagi,
Sama Cekur di batas sebelah;
Jangan berbangga berpangkat tinggi,
Sebaliknya bersyukur kepada Allah.
Gulai siakap goreng tenggiri
Gulai siakap goreng tenggiri,
Makan pagi keluarga Pak Mat;
Apabila bercakap merendah diri,
Dipandang tinggi orang pun hormat.
Beli Salak si buah jering
Beli Salak si buah jering,
Sama keladi buah nona;
Ilmu akhlak perlu seiring,
Baru menjadi insan sempurna.
Burung pekaka membuat sarang
Burung pekaka membuat sarang,
Sarang terbakar pekaka pun lari;
Jangan dibuka aib orang,
Takut terbongkar aib sendiri.
Sebiji peria petai sepapan
Sebiji peria petai sepapan,
Buah pala dibelah-belah;
Kepada manusia kita bersopan,
Inikan pula kepada Allah.
Previous Page
Page
of 382
Next Page
Output Formats
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2