Skip to main content
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Search using this query type:
Keyword
Boolean
Exact match
Search only these record types:
Item
File
Collection
Report
Advanced Search (Items only)
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
Collection Tree
Browse Items (19102 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Previous Page
Page
of 383
Next Page
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Ikan belanak sama pelata
Ikan belanak sama pelata,
Beli selalu di Pekan Rabu;
Jika anak tak dengar kata,
Periksa dahulu didikan ibu.
Makan kurma buah delima
Makan kurma buah delima,
Delima diberi Pak Zabidi;
Ilmu agama tuntutan utama,
Pembimbing diri buat abadi.
Timun pegaga dikutip pagi
Timun pegaga dikutip pagi,
Sama Cekur di batas sebelah;
Jangan berbangga berpangkat tinggi,
Sebaliknya bersyukur kepada Allah.
Gulai siakap goreng tenggiri
Gulai siakap goreng tenggiri,
Makan pagi keluarga Pak Mat;
Apabila bercakap merendah diri,
Dipandang tinggi orang pun hormat.
Beli Salak si buah jering
Beli Salak si buah jering,
Sama keladi buah nona;
Ilmu akhlak perlu seiring,
Baru menjadi insan sempurna.
Burung pekaka membuat sarang
Burung pekaka membuat sarang,
Sarang terbakar pekaka pun lari;
Jangan dibuka aib orang,
Takut terbongkar aib sendiri.
Sebiji peria petai sepapan
Sebiji peria petai sepapan,
Buah pala dibelah-belah;
Kepada manusia kita bersopan,
Inikan pula kepada Allah.
Tikus belanda di celah bata
Tikus belanda di celah bata,
Tercelik mata terus berlari;
Jika anda terlanjur kata,
Maaf dipinta merendah diri.
Jenguk di tingkap ke bulan terang
Jenguk di tingkap ke bulan terang,
Malam hari bukan selalu;
Jangan bersikap merendah orang,
Diri sendiri periksa dahulu.
Gulai haruan sedapnya rasa
Gulai haruan sedapnya rasa,
Sayur sengkuang menjiat jari;
Pandailah tuan mengguna masa,
Jika terbuang ruginya diri.
Hidang pengat sama bubur
Hidang pengat sama bubur,
Makan dengan roti jala;
Kena beringat budi ditabur,
Diungkit jangan hilang pahala.
Baru berpindah orang kuala
Baru berpindah orang kuala,
Meninggalkan kuala pagi hari;
Jaga lidah jangan mencela,
Takut tercela diri sendiri.
Ikan siakap si alu-alu
Ikan siakap si alu-alu,
Dua kati udang kara;
Hendak bercakap fikir dahulu,
Jangan nanti tersilap bicara.
Beli jamu orang Boyan
Beli jamu orang Boyan,
Bahasa ditutur tidak sama;
Datangnya tamu wajib dilayan,
Adab diatur dalam agama.
Tepi gua menyusun balak
Tepi gua menyusun balak,
Setiap pagi susun sendiri;
Orang tua tidak berakhlak,
Amatlah rugi hidupnya diri.
Negeri Sarawak panjang pantainya
Negeri Sarawak panjang pantainya,
Masuk kuala perahu berhenti;
Kalau melawak ada batasnya,
Jangan pula menggores hati.
Anak beruang dua serupa
Anak beruang dua serupa,
Ke mana-mana jalan perlahan;
Jangan dibuang ibu bapa,
Cuma kerana menolak pilihan.
Putih berseri si bunga melur
Putih berseri si bunga melur,
Bunganya lembut letak di talam;
Salam diberi tangan dihulur,
Wajib disambut tangan disalam.
Berjalan kaki ke anak bukit
Berjalan kaki ke anak bukit,
Sampai senja mendekut tekukur;
Walaupun rezeki datang sedikit,
Diterima sahaja dengan bersyukur.
Tanam keladi berseli-selang
Tanam keladi berseli-selang,
Halia kera samanya lada;
Ingin menjadi insan cemerlang,
Bijak bicara ilmu di dada.
Sungguh ceria menyambut besan
Sungguh ceria menyambut besan,
Sanak-saudara baru bertemu;
Sifat mulia padanya insan,
Santun bicara tanda berilmu.
Tumbuk belerang dibuat ramu
Tumbuk belerang dibuat ramu,
Selang hari mengubat sendi;
Berkawan orang tidak berilmu,
Menghukum diri menjadi abadi.
Pokok temu si akar lana
Pokok temu si akar lana,
Pucuk meranti si bunga turi;
Kalau ilmu disalah guna,
Ilmu nanti memakan diri.
Menangkap kedari tepi perigi
Menangkap kedari tepi perigi,
Umpan keladi tunggu tak lama;
Ilmu dicari tiadanya rugi,
Ia menjadi tuntutan agama.
Permata delima harganya patut
Permata delima harganya patut,
Harganya patut seluruh benua;
Ilmu agama wajib dituntut,
Di samping dituntut ilmu dunia.
Batasnya rata ditanam kelisa
Batasnya rata ditanam kelisa,
Tepi bendang pagi hari;
Mewah harta berbudi bahasa,
Orang memandang tingginya diri.
Beli jamu sangat banyaknya
Beli jamu sangat banyaknya,
Penuh seraga dari Mak Mah;
Menjadi tamu ada adabnya,
Samalah juga si tuan rumah.
Burung bersarang di celah madat
Burung bersarang di celah madat,
Gambar dirakam kamera lama;
Pantang larang bersandar adat,
Hukum hakam berpandu agama.
Mabbam jadi penyelaras pengajian bahasa Melayu
Peribahasa Melayu perlu reformasi
Kompleksiti bahasa Melayu di Kalimantan
Bahasa dan campur aduk bahasa
Tiga strategi penegasan semula dasar bahasa Melayu
Seminar bahasa Melayu di UM
Kaedah tulis karangan tidak bantu pelajar
Media massa penentu ‘biah salihah’
Ke mana perginya bahasa yang indah?
Bahasa: DBP diminta jangan berlembut
Melayu sebabkan citra BM merosot
Masak sekawah lauk berkuah
Masak sekawah lauk berkuah,
Menjamu semenda Datuk Kelana;
Hidup mewah dengan rasuah,
Berkat tiada dipandang hina.
Mula terang terbitnya fajar
Mula terang terbitnya fajar,
Bermula hari memetik puspita;
Ramai orang pandai mengajar,
Diri sendiri menyanggah kata.
Bersama kakanda menyambut tetamu
Bersama kakanda menyambut tetamu,
Tamu tiba dari Seberang;
Jika anda tidak berilmu,
Jangan cuba mengajar orang.
Bakar ketuka gulai tenggiri
Bakar ketuka gulai tenggiri,
Malam hari makan di taman;
Orang suka menyombong diri,
Kecewa diri tidak berteman.
Tidur nyenyak balik sekolah
Tidur nyenyak balik sekolah,
Bangun terkapa petang hari;
Terlalu banyak membuat salah,
Sampai terlupa muhasabah diri.
Ke pasar Arau membeli lada
Ke pasar Arau membeli lada,
Roti sebuku kacang tanah;
Kalau bergurau biar berpada,
Terlanjur laku mengundang fitnah.
Sungguh indah cincin suasa
Sungguh indah cincin suasa,
Dihulur tangan sarung di jari;
Apabila sudah memegang kuasa,
Lupa jangan padanya diri.
Mangkuk kaca diisi bubur
Mangkuk kaca diisi bubur,
Bubur diberi oleh kakanda;
Quran dibaca di atas kubur,
Tanda diri ilmunya tiada.
Ranting leban ditutuh cantas
Ranting leban ditutuh cantas,
Pokok saga rendang berseri;
Berjubah berserban berhibur di pentas,
Tidak menjaga harganya diri.
Asam paya buahnya lebat
Asam paya buahnya lebat,
Setiap hari dipetik buahnya;
Sudah kaya berasa hebat,
Lupa diri asal usulnya.
Tanam jagung berbaris-baris
Tanam jagung berbaris-baris,
Ubi kayu di tepi-tepi;
Pemimpin mengagung bahasa Inggeris,
Bahasa Melayu dipandang sepi.
Previous Page
Page
of 383
Next Page
Output Formats
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2