Skip to main content
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Search using this query type:
Keyword
Boolean
Exact match
Search only these record types:
Item
File
Collection
Report
Advanced Search (Items only)
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
Collection Tree
Browse Items (19011 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Previous Page
Page
of 381
Next Page
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Badan boleh dimileki, hati tidak boleh di-mileki
172. Badan boleh dimileki, hati tidak boleh di-mileki
Orang yang kelihatan lemah, dapat di-perentah membuat sa-suatu perkara. Tetapi hati atau batin-nya tetap tidak dapat di-ta'alok.
Badan sudah dua sa-nyawa
171. Badan sudah dua sa-nyawa
Orang yang berkaseh sayang sa-hidup sa-mati (Suami isteri).
Badan bersuadara, emas perak tidak bersaudara
170. Badan bersuadara, emas perak tidak bersaudara
Orang yang sanggup memutuskan tali persaudara kerana memandang kapada wang atau harta.
Badak memakan anak
169. Badak memakan anak
Orang yang membunoh anak-nya kerana takut anak-nya melebehi kedudokan-nya
Awak yang memechah ruyong, orang lain yang beroleh sagu-nya
168. Awak yang memechah ruyong, orang lain yang beroleh sagu-nya
Kita yang berpenat lelah membuat sa-suatu pekerjaan itu, tiba-tiba orang lain yang mendapat faedah-nya.
Asal selamat menyeberang, biar bergantong di-ekor anjing
167. Asal selamat menyeberang, biar bergantong di-ekor anjing
Orang yang sangat mustahakkan pertolongan itu tidak di-kita-nya siapa yang akan memberi pertolongan itu, di-terima-nya sahaja.
'Alim bagai katak di-tepi ayer
166. 'Alim bagai katak di-tepi ayer
Orang yang banyak 'ilmu, tetapi ia sendiri tidak merasa feadah dari 'ilmu-nya itu.
Ada-kah duri di-pertajami
165. Ada-kah duri di-pertajami
Sa-suatu perkara yang akan jadi dengan sendiri ta' payah-lah di-buat-buat, atau seteru itu ta' harus-lah di-tolong-tolong.
Ayer lautan itu walau pun chetek di-namakan lautan juga
164. Ayer lautan itu walau pun chetek di-namakan lautan juga
Sa-suatu perbuatan itu baik atau burok akan di-sebut orang bagaimana keadaan-nya juga, walau hanya sadikit.
Ayer surut kapar hilir bersama-sama, ayer pasang ia ter-sangkut
163. Ayer surut kapar hilir bersama-sama, ayer pasang ia ter-sangkut
Dalam sa-suatu pekerjaan yang boleh mendapat untong ia berbuat sa-orang, tetapi jika yang akan merugikan di-ajak-lah orang lain bersama-sama, supaya sama-sama merasa kerugian-nya.
Ayer sa-titek di-lautkan, tanah sa-kepal di-gunongkan
162. Ayer sa-titek di-lautkan, tanah sa-kepal di-gunongkan
Membesarkan sa-suatu perkara yang kechil, atau kesalahan yang kechil sengaja di-besar-besarkan dengan di-tokok tambah
Ayer susu di-balas tuba
161. Ayer susu di-balas tuba
Orang berbuat kebaikan kapada-nya, di-balas-nya dengan kejahatan
Ayer yang dingin juga dapat memadam api
160. Ayer yang dingin juga dapat memadam api
Kata-kata dan nasihat yang lemah lembut juga-lah yang dapat menghilangkan kemarahan sa-saorang
Ayer di-minum serasa duri
159. Ayer di-minum serasa duri
Sa-saorang yang di-dalam berdukachita, apa juga pun tidak akan dapat menghiborkan hati-nya.
Ayer mata jatoh ka -perut ( ka-dalam)
158 Ayer mata jatoh ka -perut ( ka-dalam)
Berdukachita dan bersedeh hati sa-orang diri, dengan tidak ketara kapada sa-siapa pun.
Ayer pun ada pasang surut-nya
157 Ayer pun ada pasang surut-nya
Keadaan penghidupan sa-saorang itu tidak-lah tetap sahaja ada kala-nya senang ada kala-nya susah.
Ayer orang di-sauk, ranting orang di-patah, 'adat orang di-turut
156 Ayer orang di-sauk, ranting orang di-patah, 'adat orang di-turut
Barang di-mana juga kita menumpang tinggal hendak-lah menurut 'adat resam kebiasaan orang di-situ.
Ayer mudek sungai, semua telok di-ranai
155. Ayer mudek sungai, semua telok di-ranai
Orang yang boros tidak memileh, sa-barang apa juga di-beli-nya.
Ayer jerneh ikan-nya jinak
154 Ayer jerneh ikan-nya jinak
Negeri yang pemerentahan-nya terator, maka kehidupan ra'ayat-nya pun ma'amor dan aman sentosa.
Ayer besar ( bah) batu bersepah
153 Ayer besar ( bah) batu bersepah
Perselisehan saudara mara di-dalam perkara kechil itu boleh di-ma'af-ma'afkan dan berbaik sa-mula, tetepi jika di-dalam perkara besar maka bercherai-berai-lah ikatan persaudaraan itu.
Ayer beriak tanda ta'dalam
152 Ayer beriak tanda ta'dalam
Orang yang besar perchakapan-nya itu selalu-nya ta'berisi.
Ayer di-tulang bumbong, turun ka-chuchoran atap juga:
151 Ayer di-tulang bumbong, turun ka-chuchoran atap juga:
Laku perangai ibu bapa itu sadikit sa -banyak akan turun juga kepada anak-nya.
Ayer di-dalam tonggak siapa menyelam-nya
150. Ayer di-dalam tonggak siapa menyelam-nya
Ta'kan boleh di-buat sa-suatu pekerjaan atau perbuatan yang mustahil.
Ayer dalam bernang, ayer dengkat berchebok
149. Ayer dalam bernang, ayer dengkat berchebok
Kemahuan yang kerasdari sa-saorang yang hendak membuat sa-suatu pekerjaan itu, jika sa-ribu halangan sa-kali pun ia akan meneruskan juga ikhiar-nya.
Ayer tenang jangan di-sangka tidak berbuaya
148. Ayer tenang jangan di-sangka tidak berbuaya
Jangan di-sangka tempat yang aman sahaja itu tidak berbahaya, atau orang yang kelihatan baik sahaja itu tidak-lah boleh di-harap benar-benar.
Ayer di-tetak tidak akan putus
147. Ayer di-tetak tidak akan putus
Orang yang hendak melagakan orang adek-beradek supaya berkelahi itu, tidak akan dapat, dan kalau dapat pun tidak-lah akan lama, akhir-nya mereka berbaik sa-mula.
Ayer sama ayer, sampah ka-tepi juga
146. Ayer sama ayer, sampah ka-tepi juga
Perselisehan orang adek-beradek, jika di-champori oleh orang lain, apabila mereka berbaik sa-mula maka orang tadi akan tidak di-perdulikan lagi.
Ayam menetaskan telor itek, anak itu ka-ayer juga pergi-nya
145. Ayam menetaskan telor itek, anak itu ka-ayer juga pergi-nya
Perangai dan kelakuan yang di-pesakai itu tidak siapa
dapat mengubah-nya.
Ayam di-makan tungau
144. Ayam di-makan tungau
Orang yang lemah dan puchat sahaja kerana sakit.
Ayam berak kapor
143. Ayam berak kapor
Orang yang lemah dan puchat sahaja kerana sakit.
Tarian Gayong Otar-Otar
sebuah tarian pahlawan . Ditarikan secara berpasangan (lelaki sahaja). Pedang dan perisai yang dilengkapi dengan loceng-loceng kecil dalahperalatan tempur yang dibawa bersama dalam tarian.
Dua barisan dibentuk dengan gerakan menyerang dan…
Tarian Zapin
Tarian Dabus
Tarian Canggung
Tarian Ngajat
Arang itu hitam juga jika di-basoh dengan ayer mawar sa-kali pun
108. Arang itu hitam juga jika di-basoh dengan ayer mawar sa-kali pun
Orang jahat itu jika di-nasihat dan di-ajar sa-kali pun ia akan tetap sa-bagai keadaan-nya.
Tarian Balai
Tarian yang berasal dari daerah di negeri Terengganu. Ditarikan dengan gerakan simbolik pesawahan padi. Para penari menari sepanjang yang dihias sambil mengelilingi Balai iaitu sejenis payung yang dihias berwarna-warni dan diletakkkan…
Anak badak jangan di-hambat-hambat
83. Anak badak jangan di-hambat-hambat
Jangan-lah sengaja hendak menchari-chari bahaya.
Anak kera pula hendak di-ajar memanjat
82. Anak kera pula hendak di-ajar memanjat
Bersusah payah pula hendak menunjok ajar kapada orang yang sa-memang-nya faham dan ahli dalam sa-suatu hal itu.
Anak kuching menjadi harimau
81. Anak kuching menjadi harimau
Anak orang kebanyakan mendapat dan menjadi orang ternama.
Anak-anak ikan kechil menjadi makanan ikan-ikan besar
80. Anak-anak ikan kechil menjadi makanan ikan-ikan besar
Orang kechil selalu ta'alok di-bawah perentah orang-orang besar dan berkuasa.
Anak harimau takan jadi anak kambing
79. Anak harimau takan jadi anak kambing
Orang besar ta'kan-lah hilang kekuatan-nya, atau anak orang berani ta'kan-lah menjadi orang yang penakut.
Anak harimau di-ajar makan daging
78. Anak harimau di-ajar makan daging
Orang yang biasa jahat dan dzalim, di-beri hati pula, akan berbahaya-lah akhir-nya.
Anak harimau di-ajar makan daging
78. Anak harimau di-ajar makan daging
Orang yang biasa jahat dan dzalim, di-beri hati pula, akan berbahaya-lah akhir-nya.
Angkat batang keluar chaching gelang-gelang
76. Angkat batang keluar chaching gelang-gelang
Berpenat lelah kerana menyelesaikan bengkalai orang sia-sia sahaja.
Angkoh terbawa, tampan tinggal
76. Angkoh terbawa, tampan tinggal
Orang yang melagak-lagak rupa-nya sahaja, pada hal perangai-nya burok.
Angin berputar, ombak bersabong
75. Angin berputar, ombak bersabong
Hal yang sedang rumit, berkait-kait payah hendak di-selesaikan.
Angin ta' dapat di-tangkap, asap ta' dapat digenggam
74. Angin ta' dapat di-tangkap, asap ta' dapat digenggam
Perkhabaran dan berita-berita angin itu ta' boleh di-perchaya.
Anjing jika di-rantai dengan rantai emas sa-kali pun akan balek ka-tempat najis juga
73. Anjing jika di-rantai dengan rantai emas sa-kali pun akan balek ka-tempat najis juga
Orang jahat itu jika di-nasihat dan di-beri layanan baik sa-kali pun akan ta' berubah juga sikap-nya.
Anjing burok kepala
72. Anjing burok kepala
Orang jahat yang sudah di-ketahui oleh orang ramai akan kejahatan-nya.
Previous Page
Page
of 381
Next Page
Output Formats
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2