Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Collection
Indeks Jurnal Warisan Johor
Dublin Core
Title
Indeks Jurnal Warisan Johor
Collection Items
Item
Text
history
Sejarah awal penubuhan yayasan warisan Johor
Yayasan Warisan Negeri Johor secara rasmi ditubuhkan pada 11 Oktober 1988 setelah Enakmen Yayasan Warisan Negeri 1988 diluluskan oleh Dewan Negeri Johor. Yayasan ini bertujuan memelihara warisan budaya dan sejarah negeri. Gagasan penubuhan Yayasan ini bermula dari Pameran Karyawan Seniman Johor 1987, yang dianjurkan oleh Persatuan Pelukis-pelukis Johor, Majlis Wanita Johor (MAWAR), dan Balai Seni Lukis Negara. DYMM Sultanah Zanariah merasmikan pameran tersebut. Idea untuk menubuhkan Balai Seni Lukis Negeri muncul semasa pameran ini. YM Tuan Syed Ahmad Jamal dan Sdr. Mohd Sanip Lasman bertemu dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor, untuk mengemukakan gagasan ini, bertujuan meningkatkan "The Gateway Culture" di Johor dengan mewujudkan sebuah galeri seni di Johor Bahru.
Item
Text
history
Kota Johor Lama : Kesan-kesan sejarah di pesisiran Sungai Johor.
Tulisan ini merupakan salah satu daripada catatan rakaman dokumentasi kesan-kesan sejarah yang terdapat di pesisiran sungai Johor bagi memberi gambaran secara umum terhadap kesan-kesan sejarah pada zaman pemerintahan Kerajaan Kesultanan Johor Lama. Usaha yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Yayasan Warisan Johor yang diketuai oleh Drs. Kamarudin Ab. Razak dibuat bagi menghimpun maklumat mengenainya dalam satu dokumentasi Tapak-tapak Sejarah dan Arkeologi di Pesisiran Sungai Johor.
Item
Text
Politics
Dato' Onn Ja'afar : Visi politiknya dan politik melayu kini
Dato’ Onn Ja’afar adalah tokoh penting dalam sejarah politik Malaysia. Beliau memainkan peranan utama dalam penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946 untuk menentang rancangan Malayan Union yang dianggap merugikan hak-hak politik orang Melayu. Visi politiknya adalah untuk menyatukan orang Melayu dan memperjuangkan hak-hak mereka dalam menghadapi penjajahan. Beliau juga berusaha untuk membentuk sebuah negara yang inklusif, di mana semua kaum dapat hidup bersama secara harmoni. Namun, usahanya untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum tidak mendapat sokongan dan menyebabkan beliau meninggalkan UMNO untuk menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang lebih inklusif. Dalam konteks politik Melayu kini, warisan Dato’ Onn masih relevan. Politik Melayu terus berkembang dengan cabaran baru seperti globalisasi, perubahan demografi, dan isu-isu ekonomi. Walaupun terdapat perbezaan pandangan politik, semangat untuk mempertahankan hak-hak dan identiti Melayu yang diperjuangkan oleh Dato’ Onn masih menjadi asas penting dalam politik Malaysia hari ini.
Item
Text
history
Pak Utih : Tokoh sejarah tempatan Segamat
Pak Utih atau nama sebenarnya Tuan Haji Yahya bin Kubu merupakan satu-satunya orang lama di daerah Segamat dan banyak membantu pelbagai pihak yang manjalankan kajian tentang sejarah yang terletak di utara negeri Johor ini.
Item
Text
history
Penjajahan, proses pembaratan dan penentangan elit Johor.
Jurnal ini bertemakan penentangan elit (elite resistance) yang berlaku dalam proses pembaratan yang hendak dikenakan oleh pihak imperialis/penjajah British ke atas negeri Johor. Lazimnya, golongan bawahan yang terlibat dalam penentangan dan konflik apabila tidak lagi tertanggung pelbagai ketidakadilan dan eksploitasi yang dikenakan ke atas mereka. Walau bagaimanapun, golongan elit juga menunjukkan penentangan dan konflik, terutama apabila kuasa dan kedudukan mereka terancam. Penentangan ini terlihat di negeri Johor semasa British berhasrat membentuk negeri terse but supaya "menjadi seperti mereka". Ini bermakna segala hubungan dan fungsi kehidupan negeri ini hanya boleh difahami dan diukur dalam konteks kerangka yang bersumberkan Barat. Namun, hasrat British itu tidak semudah dicapai sebagaimana disangkakan kerana terdapat usaha-usaha elit negeri itu sendiri cuba mempertahankan kebebasan dan kedaulatannya dengan menentang penguasaan dan dominasi penjajah. Sungguhpun demikian, penentangan mereka itu akhirnya telah dapat diatasi pihak British dan berlakunya kompromi (elite settlement) yang memungkinkan proses pembaratan lebih dipergiatkan oleh pihak penjajah.
Item
Text
muzik tradisional
Seni muzik tradisional Ghazal
Kertas ini adalah satu tinjauan dalam usaha untuk meletakkan kembali seni tradisional Ghazal ke tempat yang setaraf dengan kedudukannya sebagai seni muzik tradisional yang unik di negeri Johor dan juga Malaysia. Pengaruh muzik asing terutama di kalangan muda-mudi mengancam kedudukan seni muzik tradisonal bukan sahaja muzik ghazal tetapi seni muzik yang lain juga seperti keroncong, gamelan, asli dan sebagainya.
Item
Text
tradisional
Wayang Kulit Rengit Johor : Satu perbincangan
Wayang kulit Rengit yang dibincangkan adalah hasil penelitian Muhamat Alip Jasnuri pada tahun 1980-an di Kampung Perepat, Mukim XI, Rengit, Batu Pahat, Johor. Kampung ini terletak kira-kira 25 kilometer dari Batu Pahat dan 7 kilometer dari Pekan Rengit. Kampung ini menjadi tumpuan kerana aktiviti seninya yang aktif. Penelitian ini menumpukan kepada bentuk cerita yang disampaikan oleh Dalang dan melihat kesamaan serta kelainan dari versi asal, serta pengertian di sebalik pagelaran tersebut. Kawasan kajian ini menarik kerana penduduknya kebanyakannya generasi kedua dari Jawa, terutama dari daerah Ponorogo di Jawa Timur, yang terkenal dengan kesenian reyog. Masyarakat keturunan Jawa ini membawa bersama kesenian warisan seperti kuda kepang, barongan, dan ludin.
Item
history
Sejarah Ekonomi Johor
Artikel ini menumpukan perbincangan tentang perkembangan ekonomi Johor secara menyeluruh.
Item
history
Hospital Permai Johor Bahru
Artikel ini menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di Hospital Permai yang dapat memberi penyedaran kepada masyarakat.
Item
Madrasah Al-Haji Taib: Sumbangn terhadap pendidikan moden
Dalam jurnal artikel ini menceritakan tentang kemunculan madrasah sebagai pusat pengembangan ilmu keduniaan dan akhirat yang berjaya mencapai matlamat pendidikan moden yang selaras dengan tuntutan hidup.
Item
history
Survei arkeologi Kota Sayong, Sayong Pinang, Kota Tinggi, Johor.
Kajian ini menceritakan tentang kawasan tinggalan kesan sejarah dan arkeologi di Johor.
Item
education
Penulis wanita Johor: Dari Ibu Zain ke Hasidah Disan.
Item
education
history
Penulis-penulis drama Johor.
Kajian ini membincangkan tentang penulis-penulis skrip drama di Johor.
Item
education
history
"Perempuan Melayu" menurut takrif naskah Melayu Riau-Johor.
Membincangkan tentang "Perempuan" melalui aspek istilah, nilai-nilai perempuan, sifat semulajadi perempuan dan sebagainya.
Item
history
Johor dalam nyanyian panjang orang Talang di Riau.
Membahaskan tentang nyanyian panjang yang dihasilkan oleh orang Talang iaitu puak Melayu di Riau.
Item
education
history
Perkembangan lagu-lagu ghazal Melayu Johor.
Membahaskan tentang takrif dan kesenian ghazal yang berasal dari Parsi.
Item
education
history
...1 more
Muzik tradisional Melayu akan berkubur?
Membahas tentang perkembangan muzik tradisional di zaman moden ini.
Item
history
Matlob: Tokoh budayawan Johor dan pejuang gigih tulisan jawi.
Mengkaji tentang tokoh budayawan Johor dan perjuangannya terhadap penulisan jawi.
View all 18 items
Collection Tree
Indeks Jurnal Warisan Johor
!-- Matomo -->