Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (23 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: muzik tradisional
Sort by:
Title
Creator
Date Added
education
history
...1 more
Muzik tradisional Melayu akan berkubur?
Membahas tentang perkembangan muzik tradisional di zaman moden ini.
Text
kepercayaan
Muzik
...2 more
Mereka sering menyanyikan lagu...
"Mereka sering menyanyikan lagu dengan irama yang dihasilkan melalui hentakan kaki. Muzik seiring dengan aktiviti masyarakat iaitu ketika menuai hasil tanaman mahupun majlis perkahwinan. Muzik tertentu dipercayai dapat menghindari semangat jahat daripada mengganggu manusia."
Text
muzik tradisional
Seni muzik tradisional Ghazal
Kertas ini adalah satu tinjauan dalam usaha untuk meletakkan kembali seni tradisional Ghazal ke tempat yang setaraf dengan kedudukannya sebagai seni muzik tradisional yang unik di negeri Johor dan juga Malaysia. Pengaruh muzik asing terutama di kalangan muda-mudi mengancam kedudukan seni muzik tradisonal bukan sahaja muzik ghazal tetapi seni muzik yang lain juga seperti keroncong, gamelan, asli dan sebagainya.
Text
muzik tradisional
Karya-karya Muzik Baru dalam Idiom Tradisional
"Setelah terbentuknya negara-negara moden di Asia Tenggara pada pertengahan abad ini, pendukung dan pelindung seni berpindah dari pusat kebudaa=yaan keraton atau istana, pura-pura dan gereja ke pemerintah dan yayasan-yayasan. Kelompok-kelompok baru yang mengambil anggotanya dari kaum bangsawan mendirikan sekolah tari di luar istana. Perpindahan ini memberi faham baru pada seni, dalam estetikanya, dan dalam tujuannya".
Text
ensembel
gamelan
...3 more
Persembahan Joget Gamelan dalam Ensembel Muzik Gamelan Melayu
Istilah 'Gamelan' berasal dari perkataan 'Gamel' yang membawa erti sejenis pemukul yang menyerupai tukul, dan 'Gamelan' beerti satu cara pukulan yang berdasarkan kepada kaedah pukulan yang tertentu di dalam memainkan alat-alat gamelan tadi. Di semenanjung Tanah Melayu, tarian dan muzik gamelan mula-mula muncul di istana Pekan, Pahang dan kemudiannya ia telah diperkembangkan ke Istana Trengganu. Kedua-dua kesenian ini iaitu muzik dan tarian tidak dapat dipisahkan, ia mempunyai pertalian yang amat erat dan saling melengkapi di antara satu sama lain. Ia merupakan satu bentuk tarian istana yang mempunyai sifat-sifat tertentu dan dengan sifat-sifat ini ia digelar sebagai Tarian Klasik. Meskipun Gamelan berasal sangat hampir dengan Jawa tetapi kerana ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan benar-benar berlainan, menyebabkan ia layak digelar Gamelan Melayu.
Text
bibliografi
Melayu
...2 more
Bibliografi Etnomuzikologi Melayu
Muzik tradisi Melayu mempunyai hubungan yang erat dengan budaya Melayu, yang juga berperanan mendorong perkembangan budaya. Ianya adalah sebahagian dari kehidupan manusia sejagat.
Kajian mengenai muzik khususnya muzik tradisional tergolong dalam satu disiplin yang masih baharu di Malaysia yang dinamakan etnomuzikologi. Pengumpulan bahan-bahan bertulis mengenai muzik tradisi ini adalah satu cabang dari usaha-usaha ke arah memenuhi kehendak disiplin ini. Pengumpulan yang sempat dijalankan ialah melibatkan beberapa perpustakaan utama yang ada di ibukota dan beberapa tempat yang berhampiran. Bahan-bahan yang dikumpul ini dikelaskan mengikut fungsi-fungsinya. Pembahagian ini berdasarkan kertas kerja seminar di Seminar Kebangsaan Pengajian Melayu pada 23-25hb. September 1985 oleh pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu iaitu Ku Zam Zam Ku Idris dan Dr. Patricia Ann Matusky. Ia diasaskan kepada lima kategori:
1. Muzik untuk teater wayang kulit
2. Muzik tarian dan drama-tari
3. Muzik vokal untuk penceritaan
4. Muzik untuk upacara dan ritual khas
5. Muzik untuk hiburan
Text
Melayu
muzik tradisional
...1 more
Tarian Balai sebagai Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Tarian Balai merupakan salah satu bentuk tarian yang terdapat dalam masyarakat Melayu di Terengganu. Ianya adalah merupakan tarian yang dimiliki oleh kaum petani amnya dan penanam padi khasnya. Tarian Balai juga dikenali sebagai Tarian Pulai yang masih hidup segar di kampung Bukit Gemuruh, Kuala Berang, Ulu Terengganu. Tarian ini lebih merupakan sejenis tarian yang menggambarkan cara-cara mengusahakan huma. Dalam tarian ini terdapat banyak pergerakan-pergerakan anggota badan dan pergerakan anggota badan tersebut kadangkala melambangkan sesuatu fenomena budaya. Perlambangan tersebut ada yang dapat dilihat pada mata kasar dan ada yang hanya dapat dirasa dan difikirkan oleh pengkaji dan individu-individu yang terlibat didalam seni ini.
Text
celempong
muzik tradisional
...1 more
Celempong Muzik Tradisional Negeri Sembilan
Jikalau dipandang dari segi kajian etnomuzikologi celempong adalah tergolong dalam kategori 'idiophone'. Di dalam kumpulan ini, alat muzik diketuk atau dipukul untuk menghasilkan bunyi.
Di masa kini di seluruh Negeri Sembilan tidak ada kumpulan celempong selain kumpulan Encik Udin (informan kajian). Ini mungkin kerana pemain alat celempong telah tua dan meninggal dunia atau telah bersara. Golongan muda juga tidak berminat untuk mempelajari cara bermain celempong. Di dalam satu persembahan kumpulan celempong diantara alat muzik yang digunakan ialah:
1. Satu set celempong
2. Satu atau dua rebana
3. Satu gong
4. Satu seruling (jarang digunakan)
Text
brunei
muzik tradisional
...1 more
Persembahan Muzik Tradisional Mukun di Brunei
"Bermukun" ini merupakan satu cabang seni dalam bangsa masyarakat Melayu dimana terdapat unsur-unsur berbalas pantun dan mengandungi tarian daripada penonton lelaki yang berminat mengambil bahagian. Jadinya "Bermukun" ini mempunyai dua unsur penting dalam persembahan iaitu berpantun disertakan dengan pukulan tambur atau dumbak dan tarian. Ia juga dikenali sebagai "Bergendang" kerana alat muziknya terdiri dari alat yang digendang, terutama bagi penduduk kampung air.
Bermukun ini dapat disifatkan sebagai persembahan terbuka kerana setiap anggota masyarakat sama ada masyarakat setempat atau masyarakat luar diberi kesempatan menghadiri majlis bermukun ini. Ini termasuklah golongan tua, muda, kanak-kanak, lelaki atau perempuan yang hadir hanya semata-mata untuk bersuka-suka, menghibur hati dan mengisi masa lapang serta memeriahkan lagi suasana majlis perkahwinan.
Text
alat muzik
ensembel
...3 more
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional: Tumpuan Kepada Persembahan Muzik Mojumbak di kalangan Masyarakat Dusun di Mukim Tenghilan (Sabah)
Mukim Tenghilan terletak dalam daerah Tamparuli, Sabah. Terdapat banyak alat-alat muzik yang terdapat di Mukim Tenghilan. Di antaranya ialah alat-alat muzik yang terdapat dalam ensembel persembahan muzik Mojumbak iaitu kulintangan, tetawak (taog) yang besar dan yang kecil, canang (janang) dan gendang. Alat-alat muzik yang lain ialah Sundatang, suling, pumpuak, tohori, turiding dan biula.
Kedatangan muzik popular dari barat beransur-ansur menggantikan tempat muzik tradisional. Walaupun begitu buat masa ini persembahan muzik tradisional masih terus hidup meskipun ia hanya diamalkan atau dipersembahkan pada hari-hari yang tertentu saja seperti Hari Pesta Menuai, perkahwinan dan apabila ada rombongan dari masyarakat luar datang ke Mukim Tenghilan khususnya di kampung-kampung.
Text
dondang sayang
Melayu
...2 more
Dondang Sayang
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Persembahan Dondang Sayang diiringi oleh satu kumpulan muzik yang khas. Satu perkara yang menarik dalam satu-satu persembahan Dondang Sayang ialah nyanyian-nyanyian yang terdapat di dalamnya merupakan pentun-pantun empat kerat. Pantun adalah penting dalam satu-satu persembahan Dondang Sayang. Kekuatan berpantun dan bakat menyanyi Dondang Sayang merupakan faktor yang menjadikan Dondang Sayang itu satu persembahan yang menarik.
Text
ensembel
kelantan
...3 more
Bentuk Persembahan Ensembel Nobat Di Raja Kelantan
Nobat adalah satu orkestra instrumental kepunyaan raja serta alat kebesaran di raja yang terdapat di istana-istana di Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan dan Selangor. Orkestra nobat ini dimainkan oleh satu kumpulan pemuzik yang khas dan dimainkan pada waktu-waktu yang tertentu setelah mendapat titah perintah raja atau sultan. Sejak zaman berzaman lagi ianya digunakan di dalam upacara dan adat istiadat yang dijalankan di istana seperti istiadat pertabalan, kelahiran putera atau puteri raja, perkahwinan dan upacara kemangkatan di raja.
Text
dikir barat
Main Puteri
...4 more
Fungsi Muzik Tradisional Khususnya Main Puteri, Dikir Barat dan Mak Yong Dalam Masyarakat Luar Bandar
Main Puteri merupakan satu daripada permainan tradisi Melayu yang menitikberatkan aspek perbomohan atau perdukunan melalui jampi mantera dan menurun (trance) yang ditujukan kepada kuasa luar biasa seperti jin,hantu dan sebagainya. Main Puteri juga adalah untuk mengetahui penyakit yang dideritai oleh pesakit seterusnya mengubat penyakit tersebutyang mana sering dikaitkan dengan kuasa luar biasa yang amat dipercayai oleh masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam. Penyakit yang biasa diubati secara Main Puteri ialah penyakit yang tidak dapat dikesan oleh doktor moden seperti gila, terkena buatan orang dan penyakit-penyakit angin.
Dikir Barat muncul di kalangan masyarakat yang tinggal di desa-desa dan tidak pernah dimainkan di peringkat istana seperti permainan Mak Yong dan Menora. Dikir Barat adalah tergolong dalam muzik rakyat. Persembahan Dikir Barat dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek muzik dan lagu yang dinyanyikan. Dalam aspek lagu, Juara dan Tukang Karut memainkan peranan yang penting.
Mak Yong kini dipersembahkan dalam bentuk taridra untuk pertunjukan kebudayaan dan juga untuk pertunjukan antarabangsa. Ini berlainan dengan zaman dahulu di mana Mak Yong dipersembahkan untuk satu-satu tujuan ritual tertentu dan sebagai hiburan bagi orang-orang kampung setelah selesai menuai padi. Mak Yong didefinisikan sebagai suatu bentuk dramatari Melayu yang mengabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang distailais, muzik vokal dan instrumental lagu, cerita dan teks percakapan yang formal serta bersahaja. Dramatari ini kebanyakannya dipertontonkan di Kelantan dan Patani di Selatan Thai.
Text
ghazal
Muzik
...1 more
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
(Ghazal Parti di Utara Perak)
Di antara beberapa seni muzik yang dianggap berbentuk tradisional di kalangan orang-orang Melayu, Ghazal merupakan satu bentuk yang mempunyai ciri-ciri yang istimewa dan tersendiri. Ia adalah satu ensembel muzik yang dimainkan dengan alat-alat secara kumpulan.
Ghazal telah berkembang secara sendiri dengan unsur tokok tambah untuk mengimprovisasikannya agar sesuai dengan masyarakat dan keadaan. Kemungkinan Ghazal Kedah lebih menerima perubahan kerana ianya dijadikan sebagai permainan rakyat sedangkan ghazal Johor dinaungi oleh Raja-raja Melayu Tradisional ia mesti dijaga dan tidak boleh diubah-ubah bentuknya. Ini menyebabkan kumpulan-kumpulan Ghazal Parti sentiasa tidak sama dari segi peralatannya.
Text
Muzik
muzik tradisional
...2 more
Profail Ahmad bin Yusoh
Ahmad Yusoh adalah merupakan seorang pemuzik, penyanyi sekaligus sebagai penggubah lagu. Telah banyak lagu hasil-hasil dari gubahannya menjadi lagu yang popular di tahun-tahun 60an. Ini secara tidak langsung telah menaikkan namanya. Selain sebagai penggubah lagu, beliau juga adalah terkenal di dalam berbagai aspek lain di dalam dunia seni.
Beliau lebih dikenali sebagai 'Mat Godak' di kalangan rakan-rakan seangkatan dengannya. Panggilan ini walau bagaimanapun hanya terkenal di kalangan kawan-kawan rapatnya sahaja. Sementara di kalangan orang lain pulabeliau lebih dikenali dengan 'Encik Mat' sahaja.
Text
alat muzik
ensembel
...3 more
Ensembel Alat-Alat Muzik Gamelan
Gamelan berasal dari bahasa Jawa. Akar umbi kata 'gamel' bererti membunyikan alat-alat, baik dengan cara 'pukul', 'tabuhan', 'gesekan', 'petikan' atau 'tiupan'. Gamelan adalah kata 'gamel' yang ditambah akhiran 'an' yang sudah menjadi ukuran kepada alat-alat muzik yang mengandungi berbagai jenis alat.
Ensembel alat-alat muzik gamelan ini dimainkan untuk sesuatu upacara tertentu dan ia diiringi oleh persembahan Joget Gamelan. Jenis-jenis tarian yang mengiringi persembahan itu mengandungi penari-penari tambahan dan peranan atau watak lelaki dalam dramatari itu dimainkan oleh penari-penari wanita.
Text
dabus
muzik tradisional
...1 more
Permainan Dabus (Tarian Dabus)
Permainan Dabus adalah salah satu daripada permainan tradisional yang terdapat di negeri Perak. Permainan ini adalah menggabungkan antara seni tari, nyanyian dan muzik. Permainan ini dimainkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Alat-alat muzik yang terdapat di dalam permainan ini adalah terdiri daripada satu alat idiofon iaitu gong dan beberapa biji gendang iaitu kumpulan alat membranofon. Nyanyian pula adalah memuji-muji Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya.
Permainan Dabus ini adalah permainan berperang dan ia adalah bab hikmah iaitu untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pada masa dahulu tarian ini ditarikan oleh seorang penari pada suatu masa. Kini ia boleh ditarikan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan dan juga oleh penonton-penonton.
Text
Muzik
muzik tradisional
...2 more
Profail Pemuzik Melayu Tradisional
Nik Abdul Rahman Nik Dir
Esei ini mengandungi kajian mengenai bagaimana proses seorang pemuzik Melayu Tradisional mempelajari muzik dan nilaian tentang status dan peranan muzik dalam masyarakat, yang tumpuan kajian ialah kepada seorang pemuzik Melayu Tradisional yang terkenal di Kelantan iaitu Nik Abdul Rahman bin Nik Dir.
Text
Melayu
Muzik
...3 more
Main Puteri
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Mainan Puteri adalah satu cara perubatan yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional di Kelantan. Sehingga kini ia masih tetap diamalkan oleh segolongan masyarakat Melayu terutama di kawasan-kawasan luar bandar. Selain daripada negeri Kelantan, Main Puteri juga terdapat di Thai Selatan.
Cara perubatan ini berkaitrapat dengan kepercayaan Animisme yang bertapak teguh dalam masyarakat Melayu hasil dari tinggalan pengaruh Hindu. Main Puteri biasanya untuk mengubati penyakit-penyakit yang disebabkan oleh gangguan kuasa-kuasa luar biasa seperti Hantu, Jembalang, Jin, Iblis, Penunggu dan sebagainya. Berhubung dengan sakit yang diakibatkan oleh unsur-unsur halus itu, mereka mempercayai ia hanya dapat diubati oleh orang-orang tertentu yang ada hubungan dengan unsur-unsur tadi.
Text
dikir barat
Muzik
...4 more
Awang Ikan Duyung - Seorang Tokoh Pemuzik Tradisional Melayu
Awang Ikan Duyung merupakan salah seorang daripada tukang karut dalam permainan dikir barat yang terkenal di Kelantan. Namanya yang sebenar ialah Encik Mohammad bin Mat San. Pada masa hayatnya, bapa Awang Ikan Duyung adalah seorang pemain dalam dikir rebana ubi. Jadi dapatlah dikatakan, bakat yang ada pada bapanya diwarisi oleh Awang. Malah ayahnya sendiri tidak menghalangnya daripada mengikut jejaknya.
Text
Muzik
muzik tradisional
...3 more
Bongai
Negeri Sembilan Darul Khusus adalah merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai berbagai bentuk kesenian terutamanya dalam bidang seni muzik tradisional. Terdapat beberapa bentuk muzik tradisional yang terkenal seperti Bongai atau Rentak Kuda, Caklimpung, Tumbuk Kalang, Zikir Rebana serta Randai.
Tiap-tiap bentuk muzik ini menggunakan berbagai jenis alat muzik yang tercipta dalam masyarakat yang kuat mengamalkan adat Perpatih ini. Dalam esei panjang ini, penulis akan mengemukakan muzik tradisional Bongai atau Rentak Kuda untuk dibuat kajian.
Text
ghazal
Muzik
...1 more
Persembahan Ghazal Party
Bila disebut persembahan Ghazal, orang ramai lebih maklum bahawa ianya adalah persembahan muzik tradisi yang popular di selatan Malaysia. Dan memang tanggapan itu tidak meleset sama sekali. Tetapi apabila kita menyebut Ghazal Party, ramai yang keliru dan ada juga yang masih menganggap ianya adalah juga sebuah persembahan nyanyian rakyat di selatan Malaysia. Disebabkan faktor-faktor tertentu, kebanyakan rakyat Malaysia dari berbagai lapisan umur dan juga berbagai lapisan keturunan tidak begitu mengetahuinya. Ghazal Party adalah kesenian rakyat di Utara Malaysia khususnya di Pulau Pinang. Kesenian ini tidak lekang di dalam sanubari masyarakat di Pulau Pinang. Namun begitu Ghazal Party bukanlah persembahan muzik tradisional Melayu. Ia merupakan muzik transisi.
Text
ghazal
muzik tradisional
...2 more
Profail Penyanyi Lagu2 Asli dan Lagu2 Ghazal Rosiah binti Abdullah (Rosiah Chik)
Di sini penulis kemukakan seorang penyanyi lagu-lagu Melayu Asli dan lagu-lagu Ghazal yang dikenali sejak tahun 1935 sehingga hari ini Puan Rosiah binti Abdullah atau yang lebih dikenali sebagai Rosiah Chik. Kajian ini meliputi kegiatan beliau sejak kemunculan beliau sehingga hari ini yang penulis rasakan amat bermakna sekali sumbangan beliau di dalam khazanah seni tanahair.
Di dalam suasana kekacauan budaya kita yang diresapi oleh berbagai anasir dari luar Rosiah Chik terus gigih menyanyi untuk meneruskan warisan lagu-lagu Asli dan Ghazal agar tidak terus lenyap tanpa kuburan. Harapan beliau sungguh tinggi iaitu untuk mengembalikan kegemilangan lagu-lagu Melayu Asli dan Ghazal yang tenggelam di dalam budaya pop dan lain-lain lagi.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2