Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (2 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: Main Puteri
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
dikir barat
Main Puteri
...4 more
Fungsi Muzik Tradisional Khususnya Main Puteri, Dikir Barat dan Mak Yong Dalam Masyarakat Luar Bandar
Main Puteri merupakan satu daripada permainan tradisi Melayu yang menitikberatkan aspek perbomohan atau perdukunan melalui jampi mantera dan menurun (trance) yang ditujukan kepada kuasa luar biasa seperti jin,hantu dan sebagainya. Main Puteri juga adalah untuk mengetahui penyakit yang dideritai oleh pesakit seterusnya mengubat penyakit tersebutyang mana sering dikaitkan dengan kuasa luar biasa yang amat dipercayai oleh masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam. Penyakit yang biasa diubati secara Main Puteri ialah penyakit yang tidak dapat dikesan oleh doktor moden seperti gila, terkena buatan orang dan penyakit-penyakit angin.
Dikir Barat muncul di kalangan masyarakat yang tinggal di desa-desa dan tidak pernah dimainkan di peringkat istana seperti permainan Mak Yong dan Menora. Dikir Barat adalah tergolong dalam muzik rakyat. Persembahan Dikir Barat dapat dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek muzik dan lagu yang dinyanyikan. Dalam aspek lagu, Juara dan Tukang Karut memainkan peranan yang penting.
Mak Yong kini dipersembahkan dalam bentuk taridra untuk pertunjukan kebudayaan dan juga untuk pertunjukan antarabangsa. Ini berlainan dengan zaman dahulu di mana Mak Yong dipersembahkan untuk satu-satu tujuan ritual tertentu dan sebagai hiburan bagi orang-orang kampung setelah selesai menuai padi. Mak Yong didefinisikan sebagai suatu bentuk dramatari Melayu yang mengabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang distailais, muzik vokal dan instrumental lagu, cerita dan teks percakapan yang formal serta bersahaja. Dramatari ini kebanyakannya dipertontonkan di Kelantan dan Patani di Selatan Thai.
Text
kelantan
Main Puteri
...2 more
Elemen perubatan dalam tradisi Main Puteri
Main Puteri merupakan satu aspek kebudayaan yang cukup menarik. Ini kerana ia ada kaitan antara cara perawatan dengan pertolongan daripada kuasa-kuasa luar biasa. Keistimewaan yang lain ialah ia hanya meliputi dan diamalkan secara popular hanya di negeri Kelantan sahaja. Kajian mengenainya mmasih belum meluas dan belum mencakupi kesemua aspek. Kajian yang dilakukan oleh warga Melayu secara ilmiah mungkin oleh Profesor Mohd. Fauzi sebagai awal mulanya menerusi thesis B.A. beliau. Kajian yang dibuat hanyalah merangkumi asal usul dan acara main puteri di kawasan kajian dan beberapa aspek lain. Persoalan-persoalan muzik, persoalan secara khusus mengenai magis tidak diperincikan.
Sementara itu, Zaleha dan Profesor Hashim Awang mengkaji hanya salah satu sub dalam permainan ini iaitu aspek perjalanan acara ataupun plot Main Puteri. Adalah dijangkakan masih banyak benda yang belum diselongkar dan diketahui tentang keseluruhan Main Puteri terutama dari segi worldview Orang Melayu. Oleh itu, penulisan hanyalah merupakan salah satu usaha untuk mengali riang lingkup apa yang dikatakan Main Puteri itu sendiri.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2