Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (14 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: alat muzik
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
alat muzik
gamelan
Di Terengganu dan Pahang terdapat...
"Di Terengganu dan Pahang terdapat dua jenis permainan yang berasal dari Indonesia. Satu ialah joget gemelan yang dibawa oleh orang Bugis dari kepulauan Riau. Tarian ini mempersembahkan cerita-cerita Jawa Kuno , seperti Raden Galoh Cendera Kirana dan Raden Inu Kertapati. Yang satu lagi, rodat, dibawa masuk dari Aceh, Sumatera melalui Sambas Borneo ke Terengganu."
Text
alat muzik
ensembel
...3 more
Ensembel Alat-alat Muzik Gamelan Pahang/Trengganu
Perkataan "gamelan" berasal dari kata Jawa "gamil" yang bermaksud tabuh kerana sebahagian besar dari alat-alat yang terdapat pada gamelan cara membunyikannya adalah ditabuh atau dipukul.
Gamelan adalah satu karya seni yang sangat tinggi mutunya, indah, halus dan rumit. Kehalusan ini bukanlah kehalusan lahir yang bisa dilihat, tetapi kehalusan perasaan yang bererti keluhuran budi. Kesenian gamelan melatih diri supaya berdisiplin, menghormati ketua dan bergotong-royong sesama manusia. Tidak wujud penonjolan individu di dalam muzik gamelan. Semua penabuh gamelan perlu saling bekerjasama demi menghasilkan lagu yang baik. Muzik gamelan boleh menimbulkan rasa senang dan tenteram, membangkitkan semangat, mendidik budi-pekerti dan membantu menghening-cipta dan berirama indah misalnya gerak-tari.
Text
7 peringkat persembahan
alat muzik
...3 more
Hamdolok : Warisan kesenian masyarakat Kampung Rahmat, Batu Pahat, Johor
Bab 1 merupakan pendahuluan yang membincangkan aspek-aspek pengenalan yang berkaitan dengan kebudayaan masyarakat Melayu terutamanya tentang kesenian tradisi Melayu yang terangkum dalam konsep kebudayaan.
Bab 2 dalam kertas projek ini menumpukan lokasi kajian yang dibuat iaitu menceritakan tentang asal usul tempat kajian dan bagaimana persembahan kesenian dikesan dan diperkembangkan melalui kemudan-kemudahan prasarana yang terdapat di Kampung Rahmat.
Dalam bab 3, pengkaji mengupas tentang sejarah dan latar belakang hamdolok iaitu tentang pengasas persembahan ini dan bagaimana hamdolok ini boleh terserap masuk ke dalam masyarakat Melayu Batu Pahat khususnya di Kampung Rahmat.
Bab 4 merupakan intipati kepada persembahan hamdolok ini sendiri. Dalam bab ini, pengkaji menceritakan tentang watak-watak yang terlibat, tempat persembahan hamdolok ini dipersembahkan yang merupakan kawasan lapang atau pentas khas dan masa membuat persembahan termasuk juga masa dan tempat membuat latihan.
Peralatan yang digunakan dalam persembahan hamdolok dibincangkan dalam bab 5.
Bab 6 mengupas tentang persembahan yang mempunyai pelbagai fungsi seperti fungsi sosial, fungsi ekonomi, fungsi komunikasi, fungsi hiburan dan sebagainya.
Text
alat muzik
Bhangra
...2 more
Bhangra : Tarian kaum Sikh di Malaysia
Bhangra telah menjadi sebuah tarian yang popular di Malaysia. Sebarang pesta kebudayaan atau majlis perayaan tidak lengkap tanpa iringan tarian kaum Sikh ini. Kini, Bhangra tidak menjadi asing lagi kepada masyarakat majmuk di Malaysia. Sebagai tarian yang penuh dengan aksi dan pergerakan fizikal yang hebat Bhangra telah menarik perhatian rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak mengenali tarian tersebut.
Kertas projek ini akan mengkaji tarian tradisional kaum Sikh di Malaysia. Tujuan unggul kajian ini adalah untuk memberi satu pengenalan kepada masyarakat majmuk di Malaysia mengenai Bhangra. Tidak terdapat banyak bahan tulisan mengenainya di Malaysia mahupun di Punjab. Mungkin selama ini tarian Bhangra hanya menjadi milik sebuah 'masyarakat tertutup' sahaja. Dua puluh tahun yang lalu Bhangra hanya ditarikan semasa majlis perkahwinan kaum Sikh. Kini kaum Sikh ingin menengahkan kebudayaan mereka dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia.
Bhangra sudah menjadi tarian kegemaran masyarakat dan diminati orang ramai. Permintaan untuk persembahan Bhangra kian meningkat. Ia menjadi kegemaran masyarakat Sikh dan bukan Sikh. Lagu-lagu Bhangra juga dimainkan di kelab-kelab disco.
Text
alat muzik
bongai
...3 more
Permainan Muzik Tradisional Bongai,
Negeri Sembilan
Bongai merupakan satu bentuk permainan yang merangkumi kedua-dua bidang senisuara dan senimuzik. Ini kerana terdapatnya nyanyian berpantun dengan diiringi oleh alatan muzik seperti Bangsi, Biola, Gong, Rebana dan Salung. Manakala lagu-lagu yang dinyanyikan pula biasanya merupakan pantun-pantun yang menggunakan bahasa Melayu serta bahasa daerah loghat Negeri Sembilan. Biasanya nyanyian pantun Bongai tadi akan diadakan secara berlawanan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang akan diiringi alat-alat muzik tadi.
Text
alat muzik
kelantan
...2 more
Permainan Rebana Ubi di Kelantan
Rebana Ubi ialah sejenis alat bunyian tradisional yang sangat terkenal di negeri Kelantan. Rebana Ubi Kelantan adalah satu-satunya alat muzik tradisional Melayu yang terbesar jika dibandingkan dengan alat muzik paluan lain seperti gedombak, geduk, kompang, marwas dan lain-lain yang dimainkan ni negeri-negeri lain.
Ia merupakan sejenis gendang besar dipernuat daripada kayu Merbau yang dibentuk kepada kayu bulat yang dinamakan temalang. Kayu bulat ini dilekatkan dengan kulit kerbau balau yang telah dikeringkan pada satu permukaaannya. Di sekeliling gendang tersebut terdapat pula kayu-kayu yang digunakan untuk mengubah bunyi rebana itu apabila dipalu. Kayu-kayu ini dipanggil baji. Permukaan yang satu lagi dibiarkan kosong tapi kadang-kadang ditutup dengan kepingan kulit yang disorok masuk ke dalam badan rebana ubi dan dikenali sebagai pemekok rebana. Ia dipukul dengan menggunakan alat pemukul atau dipukul dengan tangan sahaja.
Text
alat muzik
gendang
...4 more
Etnomuzikologi: Alat-alat Muzik Melayu Tradisional Gendang Silat Kedah
Negeri Perak mempunyai berbagai-bagai jenis muzik tradisional. Gendang Silat adalah salah satu daripada muzik melayu tersebut. Ianya amat dikenali serta begitu popular di beberapa daerah dalam negeri Perak. Namun begitu gendang di kampung penulis (Kampung Panchor, Simpang Empat, Semanggul Perak) adalah milik kepada gendang silat Kedah, ini kerana telah dibawa bersama oleh kemasukan orang-orang Kedah pada akhir abad ke 19. Keanggotaan persembahan gendang silat adalah terdiri dari golongan tua atau separuh umur yang begitu mahir. Gendang silat bersama-sama silat telah menjadi satu seni yang dibanggakan serta sebagai salah satu kebudayaan orang melayu di sini.
Text
alat muzik
ensembel
...3 more
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional: Tumpuan Kepada Persembahan Muzik Mojumbak di kalangan Masyarakat Dusun di Mukim Tenghilan (Sabah)
Mukim Tenghilan terletak dalam daerah Tamparuli, Sabah. Terdapat banyak alat-alat muzik yang terdapat di Mukim Tenghilan. Di antaranya ialah alat-alat muzik yang terdapat dalam ensembel persembahan muzik Mojumbak iaitu kulintangan, tetawak (taog) yang besar dan yang kecil, canang (janang) dan gendang. Alat-alat muzik yang lain ialah Sundatang, suling, pumpuak, tohori, turiding dan biula.
Kedatangan muzik popular dari barat beransur-ansur menggantikan tempat muzik tradisional. Walaupun begitu buat masa ini persembahan muzik tradisional masih terus hidup meskipun ia hanya diamalkan atau dipersembahkan pada hari-hari yang tertentu saja seperti Hari Pesta Menuai, perkahwinan dan apabila ada rombongan dari masyarakat luar datang ke Mukim Tenghilan khususnya di kampung-kampung.
Text
alat muzik
dabus
...2 more
Dabus
Permainan Dabus adalah salah satu daripada kesenian rakyat yang tidak kurang terkenalnya di Malaysia khasnya dia Perak, Selangor dan Melaka. Dabus boleh digolongkan kepada jenis muzik untuk upacara khas dan ritual seperti mana juga dengan zikir, Rodat dan Hadrah. Ia dikatakan demikian kerana mempunyai suatu bentuk puji-pujian kepada nabi Muhammad S.A.W keluarga dan para sahabatnya yang diiringi dengan tarian dan alat-alat muzik tertentu. Perkataan Dabus diberikan kepada perkataan ini adalah berdasarkan kepada alat yang digunakan di dalam persembahan tersebut.
Text
alat muzik
nobat
...1 more
Etnomuzikologi Melayu:
Alat-alat Muzik (Nobat Di Raja Kelantan)
Nobat tergolong dalam ensembel muzik tradisional dan merupakan salah satu alat kebesaran keluarga diraja. Ia tidak diwarisi oleh rakyat jelata. Muzik nobat juga tidak boleh dimainkan tanpa keizinan daripada sultan terlebih dahulu. Oleh itu ia hanya dimainkan pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Asal usul nobat di negeri Kelantan sukar ditentukan dari segi sejarah, kewujudan dan tarikhnya tetapi dapat dikatakan bahawa wujudnya nobat adalah bersama tertubuhnya Kerajaan Kelantan. Nobat diraja Kelantan ini pada asalnya bukan dipanggil nobat tapi ianya dikenali dengan nama Gendang Besar.
Text
alat muzik
ensembel
...2 more
Fungsi Nobat Di Raja Kelantan
(Gendang Besar Di Raja Kelantan)
Perkataan Nobat atau Naubat merujuk kepada gendang besar (kettle drum) yang dipalu oleh golongan yang tertentu disatu masa yang tertentu sahaja dan dimainkan di hadapan raja atau kerabat diraja. Ensembel muzik nobat ini dipunyai oleh golongan istana yang diwarisinya sejak zaman dahulu lagi. Nobat ini dimainkan dalam upacara dan adat istiadat yang melibatkan golongan diraja sahaja seperti di dalam upacara pertabalan sultan, upacara perkahwinan, upacara menyambut kelahiran putera atau puteri, ketika menerima surat dari kerajaan lain, di hari keputeraan sultan, untuk hiburan, istiadat berkhatan diraja dan di hari kemangkatan seorang sultan.
Di samping adat istiadat diraja, nobat juga dimainkan untuk menandakan waktu sembahyang dan mengumunkan Hari Raya sama ada Hari Raya Haji atau Hari Raya Puasa. Walau bagaimanapun fungsi nobat ini tidak semuanya sama di tiap-tiap buah negeri, misalnya bagi negeri Kelantan nobat tidak dimainkan untuk menandakan masuknya waktu sembahyang dan mengumumkan Hari Raya. Ini kerana dikatakan bertentangan dengan ajaran agama Islam, tetapi bagi negeri-negeri lain khususnya Kedah masalah ini tidak timbul dan oleh sebab itulah nobat tetap dimainkan untuk tujuan tersebut.
Text
alat muzik
tradisional
Satu Kesenian Tradisi di Batu Pahat
(Kempeling)
Kajian dibuat meliputi semua aspek yang bersangkutan dengan permainan Kempeling ini terutamanya tentang asal-usul perkembangannya, alat-alat permainan Kempeling dan proses membuatnya, persembahan serta perilakuan; meliputi perkara tertentu seperti cara-cara memalu, nyanyian, masa memainkannya dan pantang larang yang dipakai semasa memainkannya.
Text
alat muzik
ensembel
...3 more
Ensembel Alat-Alat Muzik Gamelan
Gamelan berasal dari bahasa Jawa. Akar umbi kata 'gamel' bererti membunyikan alat-alat, baik dengan cara 'pukul', 'tabuhan', 'gesekan', 'petikan' atau 'tiupan'. Gamelan adalah kata 'gamel' yang ditambah akhiran 'an' yang sudah menjadi ukuran kepada alat-alat muzik yang mengandungi berbagai jenis alat.
Ensembel alat-alat muzik gamelan ini dimainkan untuk sesuatu upacara tertentu dan ia diiringi oleh persembahan Joget Gamelan. Jenis-jenis tarian yang mengiringi persembahan itu mengandungi penari-penari tambahan dan peranan atau watak lelaki dalam dramatari itu dimainkan oleh penari-penari wanita.
Text
alat muzik
ensemble
...2 more
Ensemble-Ensemble Gulintangan Brunei:
Orkestra Gulintangan dan Orkestra Sedaman
Ensemble orkestra gulintangan dan Sedaman sebagai salah satu daripada alat-alat muzik tradisional yang masih kukuh dimiliki dan dimainkan di dalam masyarakat Brunei. Keterlibatan di dalam berbagai aktiviti dan upacara yang dijalankan oleh anggota masyarakat menunjukkan kewujudannya masih diperlukan. Selain daripada hiburan, muzik orkestra gulindangan atau Sedaman juga berfungsi dalam aspek ritual atau kepercayaan.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->