Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (9 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: ensembel
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
ensembel
gamelan
...3 more
Persembahan Joget Gamelan dalam Ensembel Muzik Gamelan Melayu
Istilah 'Gamelan' berasal dari perkataan 'Gamel' yang membawa erti sejenis pemukul yang menyerupai tukul, dan 'Gamelan' beerti satu cara pukulan yang berdasarkan kepada kaedah pukulan yang tertentu di dalam memainkan alat-alat gamelan tadi. Di semenanjung Tanah Melayu, tarian dan muzik gamelan mula-mula muncul di istana Pekan, Pahang dan kemudiannya ia telah diperkembangkan ke Istana Trengganu. Kedua-dua kesenian ini iaitu muzik dan tarian tidak dapat dipisahkan, ia mempunyai pertalian yang amat erat dan saling melengkapi di antara satu sama lain. Ia merupakan satu bentuk tarian istana yang mempunyai sifat-sifat tertentu dan dengan sifat-sifat ini ia digelar sebagai Tarian Klasik. Meskipun Gamelan berasal sangat hampir dengan Jawa tetapi kerana ia mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan benar-benar berlainan, menyebabkan ia layak digelar Gamelan Melayu.
Text
alat muzik
ensembel
...3 more
Ensembel Alat-alat Muzik Gamelan Pahang/Trengganu
Perkataan "gamelan" berasal dari kata Jawa "gamil" yang bermaksud tabuh kerana sebahagian besar dari alat-alat yang terdapat pada gamelan cara membunyikannya adalah ditabuh atau dipukul.
Gamelan adalah satu karya seni yang sangat tinggi mutunya, indah, halus dan rumit. Kehalusan ini bukanlah kehalusan lahir yang bisa dilihat, tetapi kehalusan perasaan yang bererti keluhuran budi. Kesenian gamelan melatih diri supaya berdisiplin, menghormati ketua dan bergotong-royong sesama manusia. Tidak wujud penonjolan individu di dalam muzik gamelan. Semua penabuh gamelan perlu saling bekerjasama demi menghasilkan lagu yang baik. Muzik gamelan boleh menimbulkan rasa senang dan tenteram, membangkitkan semangat, mendidik budi-pekerti dan membantu menghening-cipta dan berirama indah misalnya gerak-tari.
Text
ensembel
rodat
...1 more
Ensembel Robat di Terengganu
Rodat adalah salah satu persembahan muzik tradisional Melayu yang terkenal di negeri Terengganu pada suatu ketika dulu. Penduduk tempatan menganggap Rodat sebagai hasil kesenian yang dicetuskan oleh penduduk tempatan sendiri. Namun begitu, terdapat beberapa pendapat tentang asal-usul Rodat yang terdapat di Terengganu.
Text
ensembel
gendang
...4 more
Pemuzik (Gendang Besar Di Raja Kelantan)
Nobat merupakan ensembel muzik tradisional yang melambangkan kebesaran keluarga di raja yang bukan menjadi bahan warisan rakyat jelata kerana ia adalah kepunyaan keluarga di raja dengan hak-hak kebesaran. Ia ditubuhkan bukan untuk ditontoni oleh orang ramai dan ia tidak boleh dimainkan tanpa mendapat perkenan daripada raja atau sultan terlebih dahulu,
Pada hari ini, negeri-negeri yang mempunyai ensembel muzik nobat ialah Kedah, Perak, Selangor, Terengganu dan Kelantan. Di Terengganu ia dikenali sebagai Gamelan Di Raja Terengganu dan di Kelantan pula ianya dikenali sebagai Pasukan Gong Di Raja atau Gendang Besar Di Raja.
Text
alat muzik
ensembel
...3 more
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional: Tumpuan Kepada Persembahan Muzik Mojumbak di kalangan Masyarakat Dusun di Mukim Tenghilan (Sabah)
Mukim Tenghilan terletak dalam daerah Tamparuli, Sabah. Terdapat banyak alat-alat muzik yang terdapat di Mukim Tenghilan. Di antaranya ialah alat-alat muzik yang terdapat dalam ensembel persembahan muzik Mojumbak iaitu kulintangan, tetawak (taog) yang besar dan yang kecil, canang (janang) dan gendang. Alat-alat muzik yang lain ialah Sundatang, suling, pumpuak, tohori, turiding dan biula.
Kedatangan muzik popular dari barat beransur-ansur menggantikan tempat muzik tradisional. Walaupun begitu buat masa ini persembahan muzik tradisional masih terus hidup meskipun ia hanya diamalkan atau dipersembahkan pada hari-hari yang tertentu saja seperti Hari Pesta Menuai, perkahwinan dan apabila ada rombongan dari masyarakat luar datang ke Mukim Tenghilan khususnya di kampung-kampung.
Text
ensembel
kedah
...2 more
Ensembel Mek Mulong Sri Kedah
Mek Mulong merupakan satu bentuk drama-tari tradisional yang terdapat di Kedah Utara, yang wujud dalam bentuk tradisi teater rakyat ("folk theater"). Mek Mulong merupakan satu adunan kesenian yang telah digabung dan digubah dalam satu bentuk persembahan. Teater Mek Mulong menjalin cerita melalui dialog, nyanyian, tarian dan muzik instrumental. Meskipun seimbas lalu persembahannya kelihatan begitu mudah tetapi ia tetap mempunyai keunikan yang tinggi nilainya yang tidak terdapat di dalam teater moden hari ini. Lebih-lebih lagi keunikan dari aspek spiritualnya, Aspek spiritual atau mempercayai dengan begitu yakin kepada kuasa ghaib di dalam persembahan Mek Mulong inilah satu-satunya unsur yang sukar bagi semua orang untuk membuat dan mengadakan persembahan Mek Mulong.
Text
ensembel
kelantan
...3 more
Bentuk Persembahan Ensembel Nobat Di Raja Kelantan
Nobat adalah satu orkestra instrumental kepunyaan raja serta alat kebesaran di raja yang terdapat di istana-istana di Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan dan Selangor. Orkestra nobat ini dimainkan oleh satu kumpulan pemuzik yang khas dan dimainkan pada waktu-waktu yang tertentu setelah mendapat titah perintah raja atau sultan. Sejak zaman berzaman lagi ianya digunakan di dalam upacara dan adat istiadat yang dijalankan di istana seperti istiadat pertabalan, kelahiran putera atau puteri raja, perkahwinan dan upacara kemangkatan di raja.
Text
alat muzik
ensembel
...2 more
Fungsi Nobat Di Raja Kelantan
(Gendang Besar Di Raja Kelantan)
Perkataan Nobat atau Naubat merujuk kepada gendang besar (kettle drum) yang dipalu oleh golongan yang tertentu disatu masa yang tertentu sahaja dan dimainkan di hadapan raja atau kerabat diraja. Ensembel muzik nobat ini dipunyai oleh golongan istana yang diwarisinya sejak zaman dahulu lagi. Nobat ini dimainkan dalam upacara dan adat istiadat yang melibatkan golongan diraja sahaja seperti di dalam upacara pertabalan sultan, upacara perkahwinan, upacara menyambut kelahiran putera atau puteri, ketika menerima surat dari kerajaan lain, di hari keputeraan sultan, untuk hiburan, istiadat berkhatan diraja dan di hari kemangkatan seorang sultan.
Di samping adat istiadat diraja, nobat juga dimainkan untuk menandakan waktu sembahyang dan mengumunkan Hari Raya sama ada Hari Raya Haji atau Hari Raya Puasa. Walau bagaimanapun fungsi nobat ini tidak semuanya sama di tiap-tiap buah negeri, misalnya bagi negeri Kelantan nobat tidak dimainkan untuk menandakan masuknya waktu sembahyang dan mengumumkan Hari Raya. Ini kerana dikatakan bertentangan dengan ajaran agama Islam, tetapi bagi negeri-negeri lain khususnya Kedah masalah ini tidak timbul dan oleh sebab itulah nobat tetap dimainkan untuk tujuan tersebut.
Text
alat muzik
ensembel
...3 more
Ensembel Alat-Alat Muzik Gamelan
Gamelan berasal dari bahasa Jawa. Akar umbi kata 'gamel' bererti membunyikan alat-alat, baik dengan cara 'pukul', 'tabuhan', 'gesekan', 'petikan' atau 'tiupan'. Gamelan adalah kata 'gamel' yang ditambah akhiran 'an' yang sudah menjadi ukuran kepada alat-alat muzik yang mengandungi berbagai jenis alat.
Ensembel alat-alat muzik gamelan ini dimainkan untuk sesuatu upacara tertentu dan ia diiringi oleh persembahan Joget Gamelan. Jenis-jenis tarian yang mengiringi persembahan itu mengandungi penari-penari tambahan dan peranan atau watak lelaki dalam dramatari itu dimainkan oleh penari-penari wanita.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->