Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (5 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: nobat
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
kedah
lagu
...2 more
Nobat Di Raja Kedah Tumpuan kepada Lagu-lagu dan Pemuzik-pemuzik
Walaupun Nobat begitu penting dalam pentadbiran kerajaan Melayu hanya negeri Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu saja yang mempunyai pancaragam Nobat Diraja ini. Di antara Nobat-nobat tersebut, Nobat Diraja Kedahlah yang dianggap paling tua usianya dan paling bersejarah yang masih aktif hingga kini.
Kajian mengenai Nobat Diraja Kedah ini dijalankan bagi mendalami lagi kesenian mengenainya dan mendedahkan kepada pengetahuan umum. Sebenarnya kajian ini merupakan langkah awal dan pertama sekali dilakukan dan diharapkan membuahkan ahsil yang baik. Dalam kajian ini akan ditinjau secara mendalam mengenai aspek-aspek yang terdapat dalam Nobat Diraja Kedah terutamanya mengenai lagu-lagu nobat dan ahli-ahli mzuim yang terlibat.
Text
ensembel
gendang
...4 more
Pemuzik (Gendang Besar Di Raja Kelantan)
Nobat merupakan ensembel muzik tradisional yang melambangkan kebesaran keluarga di raja yang bukan menjadi bahan warisan rakyat jelata kerana ia adalah kepunyaan keluarga di raja dengan hak-hak kebesaran. Ia ditubuhkan bukan untuk ditontoni oleh orang ramai dan ia tidak boleh dimainkan tanpa mendapat perkenan daripada raja atau sultan terlebih dahulu,
Pada hari ini, negeri-negeri yang mempunyai ensembel muzik nobat ialah Kedah, Perak, Selangor, Terengganu dan Kelantan. Di Terengganu ia dikenali sebagai Gamelan Di Raja Terengganu dan di Kelantan pula ianya dikenali sebagai Pasukan Gong Di Raja atau Gendang Besar Di Raja.
Text
ensembel
kelantan
...3 more
Bentuk Persembahan Ensembel Nobat Di Raja Kelantan
Nobat adalah satu orkestra instrumental kepunyaan raja serta alat kebesaran di raja yang terdapat di istana-istana di Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan dan Selangor. Orkestra nobat ini dimainkan oleh satu kumpulan pemuzik yang khas dan dimainkan pada waktu-waktu yang tertentu setelah mendapat titah perintah raja atau sultan. Sejak zaman berzaman lagi ianya digunakan di dalam upacara dan adat istiadat yang dijalankan di istana seperti istiadat pertabalan, kelahiran putera atau puteri raja, perkahwinan dan upacara kemangkatan di raja.
Text
alat muzik
nobat
...1 more
Etnomuzikologi Melayu:
Alat-alat Muzik (Nobat Di Raja Kelantan)
Nobat tergolong dalam ensembel muzik tradisional dan merupakan salah satu alat kebesaran keluarga diraja. Ia tidak diwarisi oleh rakyat jelata. Muzik nobat juga tidak boleh dimainkan tanpa keizinan daripada sultan terlebih dahulu. Oleh itu ia hanya dimainkan pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Asal usul nobat di negeri Kelantan sukar ditentukan dari segi sejarah, kewujudan dan tarikhnya tetapi dapat dikatakan bahawa wujudnya nobat adalah bersama tertubuhnya Kerajaan Kelantan. Nobat diraja Kelantan ini pada asalnya bukan dipanggil nobat tapi ianya dikenali dengan nama Gendang Besar.
Text
alat muzik
ensembel
...2 more
Fungsi Nobat Di Raja Kelantan
(Gendang Besar Di Raja Kelantan)
Perkataan Nobat atau Naubat merujuk kepada gendang besar (kettle drum) yang dipalu oleh golongan yang tertentu disatu masa yang tertentu sahaja dan dimainkan di hadapan raja atau kerabat diraja. Ensembel muzik nobat ini dipunyai oleh golongan istana yang diwarisinya sejak zaman dahulu lagi. Nobat ini dimainkan dalam upacara dan adat istiadat yang melibatkan golongan diraja sahaja seperti di dalam upacara pertabalan sultan, upacara perkahwinan, upacara menyambut kelahiran putera atau puteri, ketika menerima surat dari kerajaan lain, di hari keputeraan sultan, untuk hiburan, istiadat berkhatan diraja dan di hari kemangkatan seorang sultan.
Di samping adat istiadat diraja, nobat juga dimainkan untuk menandakan waktu sembahyang dan mengumunkan Hari Raya sama ada Hari Raya Haji atau Hari Raya Puasa. Walau bagaimanapun fungsi nobat ini tidak semuanya sama di tiap-tiap buah negeri, misalnya bagi negeri Kelantan nobat tidak dimainkan untuk menandakan masuknya waktu sembahyang dan mengumumkan Hari Raya. Ini kerana dikatakan bertentangan dengan ajaran agama Islam, tetapi bagi negeri-negeri lain khususnya Kedah masalah ini tidak timbul dan oleh sebab itulah nobat tetap dimainkan untuk tujuan tersebut.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->