Browse Exhibits (5 total)
-
Pameran Sejarah Kemerdekaan Malaysia
Pameran ini disediakan untuk memberikan maklumat rujukan tentang sejarah kemerdekaan Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia dan pengisian selepas kemerdekaan. Maklumat yang disediakan dalam dalam bentuk indeks dan maklumat ringkas yang berkaitan topik.
-
Pameran Penyelidikan Novel Melayu
Novel Melayu merupakan salah satu daripada tema penyelidikan yang dijalankan dalam bidang Sastera di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Dalam pameran ini Sebanyak enam (6) judul tesis Doktor Falsafah dari koleksi Perpustakaan Pengajian Melayu telah dipilih untuk pengunjung. Maklumat bibliografik yang disertakan bersama abstrak kajian memberikan perincian terhadap rujukan ini. Dengan berpandukan kepada maklumat tersebut diharapkan pengunjung boleh mengetahui sumber yang sesuai untuk kajian seterusnya.
-
Pameran Koleksi Unik Perpustakaan Pengajian Melayu
PengenalanPameran maya ini disediakan untuk mengangkat sebanyak 20 judul terpilih daripada koleksi Perpustakaan Pengajian Melayu. Kebanyakan buku ini adalah dalam bidang sastera Melayu berupa novel, dan antologi cerpen penulis tempatan tersohor. Selain itu terdapat juga buku travelog para penulis. Hanya terdapat 4 buku ilmiah berkaitan sastera budaya dan teologi.TujuanAntara tujuan pameran ini diadakan adalah untuk1.Mengalakkan pinjaman koleksi Perpustakaan Pengajian Melayu;2 Pendekatan kesedaran pengguna tentang koleksi sediaada perpustakaan;3. Penyediaan maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran;4. Memberikan idea dan inspirasi untuk penyelidikan.Kriteria PemilihanUntuk menjadi lebih objektif, pemilihan buku-buku ini adalah berdasarkan dua (2) kriteria berikut:1.Julat tahunJulat tahun antara 1960an hingga- 1980an. Memandangkan koleksi Perpustakaan Pengajian Melayu telah mula dibangunkan oleh Jabatan Pengajian Melayu sebelum penubuhannnya pada tahun 1959. Oleh yang demikian banyak buku yang diterbitkan antara tahun- tahun tersebut telah diperolehi.2.Keadaan fizikalKeadaan fizikal buku turut dinilai. Meskipun terdapat banyak judul dalam julat tahun yang ditetapkan, namun hanya 20 judul yang dilihat berkeadaan baik dan sesuai untuk dipinjam oleh pengguna.PenutupMenerusi inisiatif ini diharapkan, peminjaman terhadap bahan Perpustakaan dapat ditingkatkan. Seterusnya maklumat yang terdapat dalam buku dapat dimanfaatkan untuk sebagai rujukan dan menjana pengetahuan baru menerusi pembacaan dan penyelidikan. -
Pameran Petikan Mengenai Keris Melayu
Pengenalan
Pameran ini merupakan himpunan petikan dan indeks berkaitan Keris Melayu yang bersumberkan koleksi yang terdapat di Perpustaaan Pengajian Melayu
Keris Melayu merupakan artifak budaya yang signifikan dalam konteks sosio-sejarah masyarakat Melayu di kepulauan Nusantara. Sebagai sejenis senjata tikam, keris dicirikan oleh konfigurasi bilahnya yang lazimnya tidak simetri dan bergelombang (luk), meskipun varian berbilah lurus juga wujud. Lebih daripada sekadar alat peperangan, keris menjelma sebagai penanda status sosial, pengabsahan kuasa, dan representasi identiti individu mahupun kolektif. Metalurgi keris, khususnya teknik pelapisan yang menghasilkan corak hiasan unik (pamor), memperlihatkan kemahiran pandai Keris Melayu dalam bidang pertukangan logam tradisional. Simbolisme yang tersemat pada keris, termasuk aspek-aspek material, morfologi, dan ornamennya, menjadikannya objek kajian yang relevan dalam disiplin antropologi budaya, sejarah seni, dan kajian Melayu. Keberadaannya yang meluas di Semenanjung Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, dan wilayah selatan Thailand menegaskan peranan utamanya dalam landskap budaya Melayu.
Pameran ini merupakan himpunan petikan dan indeks berkaitan Keris Melayu yang bersumberkan koleksi yang terdapat di Perpustaaan Pengajian Melayu
