Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (315 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Kertas Projek APM
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Melayu
Muzik
...3 more
Main Puteri
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Mainan Puteri adalah satu cara perubatan yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional di Kelantan. Sehingga kini ia masih tetap diamalkan oleh segolongan masyarakat Melayu terutama di kawasan-kawasan luar bandar. Selain daripada negeri Kelantan, Main Puteri juga terdapat di Thai Selatan.
Cara perubatan ini berkaitrapat dengan kepercayaan Animisme yang bertapak teguh dalam masyarakat Melayu hasil dari tinggalan pengaruh Hindu. Main Puteri biasanya untuk mengubati penyakit-penyakit yang disebabkan oleh gangguan kuasa-kuasa luar biasa seperti Hantu, Jembalang, Jin, Iblis, Penunggu dan sebagainya. Berhubung dengan sakit yang diakibatkan oleh unsur-unsur halus itu, mereka mempercayai ia hanya dapat diubati oleh orang-orang tertentu yang ada hubungan dengan unsur-unsur tadi.
Text
Muzik
pemuzik
...1 more
Profail Seorang Pemuzik
Mahzan Manan
Encik Mahzan Manan kini lebih menumpukan perhatian untuk menulis buku-buku muzik untuk orang ramai dalam rangka mempelajari ilmu muzik yang dirasakan setakat ini belum ada buku-buku yang khusus yang mengajar cara-cara memainkan alat muzik, entologi lagu-lagu, teknik dan latihan dalam bidang muzik. Walaupun lapangan muzik masih dalam peringkat hobi sahaja tetapi beliau telah menampakkan satu kejayaan yang besar. Beliau bukan sahaja boleh memainkan hampir semua alat-alat muzik tetapi juga telah berjaya menggubah dan mencipta lagu dan seterusnya memenangi beberapa peraduan anjuran pihak R.T.M.
Text
dikir barat
pemuzik
...1 more
Profail Seorang Tokoh Dikir Barat
Seman Wau Bulan
Dalam essei ini diketengahkan seorang pemuzik tradisional yang terkenal di Kelantan, iaitu seorang pemuzik yang berkecimpung dalam kegiatan persembahan dikir barat iaitu En. Seman bin Mamat atau nama gelarannya ialah Seman Wau Bulan. Beliau sememangnya seorang tokoh seni yang terkenal di Kelantan, lebih-lebih lagi di kalangan peminat dikir barat. Apabila orang menyebut dikir barat, tentunya seseorang itu tak akan meninggalkan nama Seman sebagai seorang yang banyak membawa perubahan dalam persembahan dikir barat.
Text
Cerita
cerita rakyat
...1 more
Selampit
Satu Bentuk Persembahan Cerita Rakyat di Negeri Perlis
Selampit merupakan salah sebuah cerita rakyat yang tergolong ke dalam sastera penglipurlara. Pada mulanya terdapat berbagai-bagai definisi yang telah diberikan terhadap istilah Selampit itu sendiri. Ini termasuklah bahawa Selampit itu adalah watak utama dalam sebuah cerita yang popular iaitu Awang Selampit. Pendapat lain mengatakan bahawa Selampit itu adalah salah satu cerita yang dipersembahkan oleh tukang cerita atau lebih tepat ia merupakan salah satu daripada jodol cerita. Tapi mengikut makna yang lebih mudah tapi penuh makna ialah sebagaimana dikatakan oleh tokoh Selampit sendiri iaitu "S" itulah yang membawa erti Selampit.
Text
dikir barat
Muzik
...4 more
Awang Ikan Duyung - Seorang Tokoh Pemuzik Tradisional Melayu
Awang Ikan Duyung merupakan salah seorang daripada tukang karut dalam permainan dikir barat yang terkenal di Kelantan. Namanya yang sebenar ialah Encik Mohammad bin Mat San. Pada masa hayatnya, bapa Awang Ikan Duyung adalah seorang pemain dalam dikir rebana ubi. Jadi dapatlah dikatakan, bakat yang ada pada bapanya diwarisi oleh Awang. Malah ayahnya sendiri tidak menghalangnya daripada mengikut jejaknya.
Text
tarian
Persembahan Tak Bamban
Tarian Tak Bamban ialah sejenis tarian tradisional di negara Brunei Darussalam. Tak Bamban merupakan sebuat persembahan tarian yang berbentuk ritual. Ia merupakan ritual kerana memandangkan corak persembahannya yang meliputi unsur keghaiban dan tentang kwujudannya juga benar-benar diluar garis ilmiah dan merupakan daya usaha kuasa 'orang halus'. Sekitar gerak-laku Tak Bamban ini sungguh diluar kemestian untuk ditinjau lebih jauh kerana setiap orang halus membangsat kepada alam yang sukar dilalui iaitu suatu alam yang tertutup atau ghaib.
Text
Muzik
muzik tradisional
...3 more
Bongai
Negeri Sembilan Darul Khusus adalah merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai berbagai bentuk kesenian terutamanya dalam bidang seni muzik tradisional. Terdapat beberapa bentuk muzik tradisional yang terkenal seperti Bongai atau Rentak Kuda, Caklimpung, Tumbuk Kalang, Zikir Rebana serta Randai.
Tiap-tiap bentuk muzik ini menggunakan berbagai jenis alat muzik yang tercipta dalam masyarakat yang kuat mengamalkan adat Perpatih ini. Dalam esei panjang ini, penulis akan mengemukakan muzik tradisional Bongai atau Rentak Kuda untuk dibuat kajian.
Text
Rebana Ubi
Sebuah Alat Muzik Melayu Tradisional
Rebana Ubi adalah merupakan satu daripada permainan rakyat yang agak popular di Kelantan. Permainan ini hanyalah melibatkan paluan bunyinya sahaja tanpa diiringi dengan tarian yang tertentu. Permainan ini juga terdapat di persekitaran Negeri Kelantan seperti di Selatan Thai, Kedah dan Terengganu.
Text
Wayang Kulit Kelantan
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Secara umumnya, Wayang Kulit merupakan suatu jenis teater tradisional yang berasaskan kepada prinsip cahaya dan bayang-bayang. Dengan menggunakan patung-patung ukiran kulit seperti kulit kerbau, lembu, kambing atau harimau. Terdapat juga patung-patung yang diperbuat daripada plastik, filem x-ray dan juga material-material lain.
Text
ghazal
Muzik
...1 more
Persembahan Ghazal Party
Bila disebut persembahan Ghazal, orang ramai lebih maklum bahawa ianya adalah persembahan muzik tradisi yang popular di selatan Malaysia. Dan memang tanggapan itu tidak meleset sama sekali. Tetapi apabila kita menyebut Ghazal Party, ramai yang keliru dan ada juga yang masih menganggap ianya adalah juga sebuah persembahan nyanyian rakyat di selatan Malaysia. Disebabkan faktor-faktor tertentu, kebanyakan rakyat Malaysia dari berbagai lapisan umur dan juga berbagai lapisan keturunan tidak begitu mengetahuinya. Ghazal Party adalah kesenian rakyat di Utara Malaysia khususnya di Pulau Pinang. Kesenian ini tidak lekang di dalam sanubari masyarakat di Pulau Pinang. Namun begitu Ghazal Party bukanlah persembahan muzik tradisional Melayu. Ia merupakan muzik transisi.
Text
Main Peteri
Satu Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Esei ini adalah merupakan sebuah kajian ringkas yang dibuat ke atas persembahan Main Peteri di negeri Kelantan. Ianya bertujuan untuk menerangkan sedikit sebanyak tentang satu bentuk persembahan Main Peteri yang dinilai dari sudut seni dan muzik yang terdapat padanya.
Text
Konsep Taman Melayu Berdasarkan Reka Bentuk Rumah Melayu Tradisional
Tajuk kajian yang telah dipilih ialah 'Konsep Taman Melayu'. Kajian mengenai konsep ini dipilih untuk menentukan konsep pembentukan ruang luaran bagi rumah tradisional Melayu. Konsep bermakasud satu idea utama yang menggambarkan idea kesuluruhan dalam sesuatu penghasilan. Justeru kajian yang melibatkan konsep Taman Melayu seharusnya mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan masyarakat melayu. Secara amnya, Taman Melayu merupakan satu konsep taman yang unik dan terkenal dengan kebun dapur yang terdiri daripada pelbagai jenis sayur-sayuran dan tanaman herba.
Text
Muzium Pada Abad ke-21, Aktiviti, Cabaran, dan Inovasi: Kajian Kes Muzium Negara
Muzium Negara telah melalui sejarah yang panjang sejak sebelum kemerdekaan negara, sehinggalah kini di mana negara telah mengecapi kemerdekaan dan mencapai taraf negara membangun. Muzium Negara terus menjalankan fungsinya sebagai pemeliharaan bahan budaya dan warisan negara. Selain menjadi institusi pendidikan tidak formal kepada masyarakat, terdapat beberapa lagi fungsi Muzium Negara yang sentiasa ditambah bertujuan untuk merapatkan hubungan institusi tersebut kepada masyarakat. Sepanjang tempoh kewujudan Muzium Negara, telah banyak pameran menarik yang telah dianjurkan. Pameran-pameran tersebut adalah usaha daripada pihak muzium dalam menarik pengunjung untuk datang ke Muzium Negara. Selain itu, terdapat beberapa inisiatif dan usaha daripada Muzium Negara untuk menghasilkan keuntungan institusi tersebut. Segala usaha dan program yang dirancang aqdalah bertujuan memastikan kelangsungan Muzium Negara supaya dapat diterima oleh masyarakat. Persepsi masyarakat terhadap Muzium Negara dilihat sama sahaja sejak dari dahulu lagi. Amat penting untuk pihak muzium mengubah perspektif tersebut supaya masyarakat dapat membudayakan institusi muzium dalam kehidupan mereka.
Text
Lagu Melayu Asli: Kajian tentang Tiga Senikata Lagu
Kertas projek ini bertajuk Lagu Melayu Asli: Kajian tentang Tiga Senikata Lagu. Kajian membincangkan tentang makna yang terkandung di dalam lagu-lagu Melayu Asli terpilih di samping mengkaji unsur-unsur yang menjadi elemen kepada pembentukan senikata lagu Melayu asli tersebut. Turut membincangkan adalah aspek sejarah awal dan perkembangan muzik Melayu Asli pada zaman dahulu hingga kini.
Text
Lagu Melayu Asli: Kajian Tentang Tiga Senikata Lagu
Kertas projek ini bertajuk Lagu Melayu Asli: Kajian tentang Tiga Senikata Lagu. Kajian membincangkan tentang makna yang terkandung di dalam lagu-lagu Melayu Asli terpilih di samping mengkaji unsur-unsur yang menjadi elemen kepada pembentukan senikata lagu Melayu asli tersebut. Turut membincangkan adalah aspek sejarah awal dan perkembangan muzik Melayu Asli pada zaman dahulu hingga kini.
Text
Transformasi Dikir Barat: Akademi Dikir Barat Arjunasukma Pencetus Perubahan
Kertas projek yang bertajuk 'Transformasi Dikir Barat; Akademi Dikir Barat Arjunasukma Pencetus Perubahan' ini adalah sebuah kajian yang mengkaji mengenai sebuah akademi dikir barat yang ingin membawa perubahan dalam industri dikir barat tanah air. Perubahan yang dibawa bukanlah bertujuan untuk menghapuskan elemen tradisi dalan dikir barat tapi ingin menambah baik lagi tahap kualiti dikir barat tanpa mengabaikan elemen wajib dalam dikir barat.
Text
Profail Seorang Pemuzik Melayu Tradisional Hamzah Dolmat
Kajian kertas kerja ini adalah mengenai profail seorang tokoh pemuzik Melayu tradisional iaitu Hamzah Dolmat. Beliau adalah seorang ahli muzik yang mahir dan pakar bermain biola tanpa melihat note muzik. Malah Hamzah telah menumpukan karier hidupnya kepada dunia seni muzik sejak dari kecil hingga masa kini.
Text
Gulintangan Sebagai Satu Permainan Muzik Tradisional
Tujuan penulis membuat kajian ini adalah untuk memperlihatkan lagi secara lebih mendalam tentang salah satu bentuk persembahan muzik tradisional Negara Brunei Darussalam, iaitu Gulintangan. Yang mana Gulintangan adalah satu bentuk ensembal alat-alat muzik tradisional yang begitu terkenal dan selalu digunakan dalam mengiringi beberapa persembahan di Negara Brunei Darussalam misalnya, Permainan Bersilat dan Anding.
Tujuan penulis membuat kajian ini juga adalah untuk melihat perbezaan Gulintangan dan permainannya di antara beberapa puak di Negara Brunei Darussalam. Dan secara sambil lalu penulis ingin lihat dari mana asal usul Ensembal Gulintangan ini sebenarnya.
Text
dikir barat
pemuzik
...2 more
Profail Seorang Tokoh Dikir Barat. Daud Bukit Abal
Salah seorang tokoh yang turut melibatkan diri dalam persembahan Dikir Barat sejak hampir 20 tahun yang lalu ialah En. Daud dan beliau bertindak sebagai Juara Dikir Barat dan namanya sebaris dengan tokoh-tokoh Dikir Barat yang lain seperti Seman Wau Bulan, Yusof Kelong, Arifin Ana dan seterusnya. Disini penulis akan menonjolkan ketokohan Daud sebagai seorang Juara Dikir Barat yang terkenal.
Text
dabus
tarian
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Dabus
Kajian ini telah diklasifikasikan kepada beberapa topik tertentu untuk memudahkan kita melihat secara lebih jelas lagi:
Bahagian satu menyentuh tentang sejarah asal-usul Dabus di mana permainan ini mula diperkenalkan oleh ahlul-bait atas tujuan untuk menakut-nakutkan pihak musuh.
Bahagian kedua menceritakan tentang upacara ritual iaitu upacara buka gelanggang pada setiap persembahan.
Bahagian ketiga huraian tentang alat-alat muzik dalam permainan Dabus iaitu Gendang, Gong dan Anak Dabus.
Bahagian keempat. Di sini diterangkan bagaimana Dabus dipersembahkan.
Bahagian kelima. Sedikit tinjauan mengenai pertalian Dabus dengan masyarakat.
Bahagian keenam pencungkilan nilai-nilai Islam yang terdapat dalam kesenian Dabus.
Bahagian ketujuh komen penulis terhadap unsur-unsur negatif dalam Dabus.
Bahagian kelapan. Di sini disentuh pula suasana di mana Dabus kini berada, ancaman-ancaman yang dihadapi oleh Dabus serta beberapa cadangan supaya Dabus dapat dikekalkan untuk beberapa generasi akan datang.
Text
Persembahan Dondang Sayang
Esei ini membincangkan topik mengenai Dondang Sayang yang begitu popular di negeri Melaka. Tinjauan yang dibuat adalah berbagai aspek mengenai persembahan Dondang Sayang.
Text
Profail S.M. Salim
Lagu-lagu asli Melayu adalah tergolong ke dalam muzik Melayu tradisional. Oleh itu, seseorang penyanyi lagu-lagu asli Melayu adalah dianggap sebagai seorang pemuzik Melayu tradisional juga. S.M. Salim, seorang penyanyi lagu-lagu asli Melayu yang terkenal pada tahun lima puluhan dan enam puluhan memang tidak terasing lagi di kalangan masyarakat Melayu. Pengalaman beliau sebagai seorang seniman sangat luas. Nama beliau bukan sahaja terharum di tanahair kita ini bahkan di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.
Penyanyi-penyanyi lagu-lagu asli Melayu di Malaysia semakin berkurangan. Memandangkan keadaan demikian, beliau ingin terus menyanyi selagi kemampuannya walaupun zaman kecemerlangan beliau telah berlalu. Ini adalah juga sebagai suatu galakan kepada para artis muda untuk cuba mengekalkan serta memperkembangkan seni muzik tradisional ini. Sumbangan beliau terhadap seni muzik Melayu tradisional memang tidak ternilai lagi.
Text
ghazal
muzik tradisional
...2 more
Profail Penyanyi Lagu2 Asli dan Lagu2 Ghazal Rosiah binti Abdullah (Rosiah Chik)
Di sini penulis kemukakan seorang penyanyi lagu-lagu Melayu Asli dan lagu-lagu Ghazal yang dikenali sejak tahun 1935 sehingga hari ini Puan Rosiah binti Abdullah atau yang lebih dikenali sebagai Rosiah Chik. Kajian ini meliputi kegiatan beliau sejak kemunculan beliau sehingga hari ini yang penulis rasakan amat bermakna sekali sumbangan beliau di dalam khazanah seni tanahair.
Di dalam suasana kekacauan budaya kita yang diresapi oleh berbagai anasir dari luar Rosiah Chik terus gigih menyanyi untuk meneruskan warisan lagu-lagu Asli dan Ghazal agar tidak terus lenyap tanpa kuburan. Harapan beliau sungguh tinggi iaitu untuk mengembalikan kegemilangan lagu-lagu Melayu Asli dan Ghazal yang tenggelam di dalam budaya pop dan lain-lain lagi.
Text
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional (Canggong Negeri Perlis)
Dalam bahasa Thai beerti tarian. Asalnya ialah dari Perlis. Selalunya dipersembahkan selepas musim menuai padi. Petani-petani akan berkumpul beramai-ramai untuk bertemasya dan bersuka ria. Teruna dan dara akan menarikan tarian ini dan dalam masa menari itu banyak berlaku usikkan dan cumbuan sesama mereka.
Text
Struktur dan Fungsi Peralatan Songket di Terengganu
Perusahaan songket merupakan salah satu daripada
beberapa jenis perusahaan kecil yang terdapat di Negeri Terengganu seperti perusahaan batik, perusahaan alat-alat
tembaga, perusahaan anyaman mengkuang, pandan, buluh dan perusahaan membuat perahu. Rata-rata perusahaan ini diusahakan oleh masyarakat Melayu yang menjadi penduduk majoriti Negeri Terengganu.
Songket merupakan satu jenis kraftangan yang mesti melalui beberapa proses tertentu dan mengalami satu jangka masa tertentu. Songket diperbuat daripada benang kapas yang telah dicelupkan kepada warna-warna tertentu mengikut selera pelanggannya. Diantara benang kapas itu terdapat pula benang emas atau benang perak atau keđua-duanya sekali yang digunakan untuk membentuk corak atau bunganya.
0leh kerana perusahaan ini sangat rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi maka orang yang betul-betul mahir dan berminat sahaja yang dapat mengusahakannya bagi menghasilkan songket yang benar-benar bermutu dan bernilai.
Text
Muzik Tradisional di Negeri Sembilan
Tumbuk Kalang
Tumbuk Kalang adalah satu alat yang berbentuk lesung yang boleh mengeluarkan bunyi dan lagu apabila diketuk dan ia merupakan satu bentuk muzik tradisional di Negeri Sembilan. Permainan ini biasanya diadakan pada temasya mengemping padi di musim menuai iaitu padi muda yang direndang dan ditumbuk di dalam lesung.
Text
Persembahan Dikir Laba Kelantan
Dalam esei ini penulis akan menerangkan definisi dikir laba, asal usul dikir laba, cara persembahan dan aspek-aspek lain yang terdapat dlam persembahan dikir laba seperti lakunan dan nyanyian. Dalam menentukan asal usul dan definisi dikir laba penulis telah mendasarkan kepada pandangan-pandangan orang tertentu, yang ditemuinya. Berhubung dengan aspek lain yang terdapat di dalam persembahan dikir laba penulis telah menghurai satu persatu secara terperinci. Misalnya dalam nyanyiannya selain dari menghurai, penulis juga telah menyertakan beberapa buah lagu sebagai panduan.
Text
Satu Bentuk Persembahan Muzik Melayu Tradisional
Dikir Pahang
Dengan pengkajian ini, dapatlah diketahui tentang khazanah tradisional orang Melayu dan ianya amat penting diketahui oleh setiap orang. Ini kerana hendak menunjukkan bahawa orang Melayu juga mempunyai seni muzik yang ada identiti sendiri. Ramai pula orang barat yang menunjukkan sikap 'ethnocentric' terhadap seni muzik di luar peradaban barat tidak bermutu dan tidak mempunyai nilai-nilai ekstetik. Oleh yang demikian, sekurang-kurangnya kajian ini dapat membuktikan yang seni muzik Melayu juga mempunyai nilai-nilai estetika dan bermutu tinggi. Selain dari itu, kajian ini juga dapat menghidupkan kembali seni muzik tradisional supaya ianya tidak luput ditelan dek zaman.
Text
Serunai Sebuah Alat Muzik Melayu
Di antara alat-alat erofon, serunai telah dipilih untuk dihuraikan disini. Dan segala perbincangan adalah berdasarkan kepada kerja luar (field work) yang telah dilakukan selama lebih kurang 2 minggu dengan seorang juru serunai yang dikenali dengan nama Pak Lah Ju Surna dan seorang pembantu yang dikenali dengan panggilan Yusuf Zorro.
Dari cerita-cerita beliau, nyatalah Pak Lah adalah seorang juru serunai yang ahli dan mempunyai banyak pengalaman didalam bidang serunai. Beliau pernah menunjukkan persembahannya di hadapan Almarhum Sultan Ibrahim (Kelantan) dengan sebuah lagu bernama 'Raja Berangkat' dan ditarikan oleh Tengku Nur (sekarang ini menjadi wakil rakyat bagi jajahan Tumpat, Kelantan). Beliau bukan sahaja pandai meniup serunai, tetapi pandai juga membuat serunai itu sendiri, disamping menjadi seorang bomoh (pawang).
Text
Seni Tari Tarbus
Seni tari dabus digolongkan di dalam golongan seni suara dan seni gerak. Ini adalah kerana selain pergerakan badan yang berbentuk tarian yang ditarikan oleh penari-penari dabus ia juga diiringi oleh nyanyian syair dan lagu-lagu tertentu seperti dari kitab berzanji dan marhaban serta diikuti oleh paluan rebana, pukulan gong dan juga goncangan anak dabus, walaupun begitu didalam mempergiatkan lagi serta didalam usha untuk menghidupkan semula seni yang berbagai-bagai bentuk ini. Masyarakat melayu seolah-olah telah tersepit di dua cabang yanga agak merumitkan dan seolah-olah menekan mereka. Lebih-lebih lagi dengan kedatangan ugama Islam yang terus menolak kepercayaan yang berbentuk animisma seperti kepercayaan kepada kuasa ghaib. Maka disini timbulah pula golongan yang dikatakan bomoh yang dianggap boleh menghubungkan alam ghaib dengan alam nyata, dengan mengaitkan serta menggunakan ayat-ayat Al-Quran, di dalam jampi serapah serta mantera bagi memanggil kuasa ghaib bagi meminta pertolongan.
Text
Pak Suratman bin Mosnadi: Tokoh Pemuzik Tradisional Melayu di Daerah Pontian
Di zaman moden ini, manusia sering mencari identiti yang tersendiri untuk mereka membedakan di antara satu dengan yang lain. Mereka terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang menggali nilai-nilai lama warisan nenek moyang mereka untuk dinikmati, dicintai dan dihidupkan kembali. Sementara golongan kedua pula, mereka mengambil unsur-unsur terbaru yang dirasakan 'sesuai' dan maju untuk diamalkan dan dibanggakan.
Oleh itu, di celah-celah keriuhan muda-mudi menggemari dan memilih lagu-lagu dan muzik pop, masih ada segelintir manusia yang tetap merindui irama murni tinggalan nenek moyang mereka. Mereka inilah yang masih boleh diharap untuk terus memelihara, mengekal dan menggembangkan warisan budaya asli bangsanya.
Text
Perwatakan di dalam Ombak Bukan Biru
Cerita yang dapat berjalan dengan licin ialah gabungan baik watak-wataknya. Kehadiran watak yang tidak berfungsi hanya mengganggu plot dan penceritaan. Dalam hal ini, Fatimah Busus telah berjaya menggabungkan para pelakunnya membina sebuah cerita yang menarik walaupun tema yang dipilih agak ringan. Gambaran watak utamanya iaitu Imrah sangat jelas dan tersusun. Perkembangan watak Imrah berlangsung dari satu peringkat kepada peringkat seterusnya.
Watak Imrah telah membangun membawakan persoalan dan memberikan jawaban dan juga meninggalkan persoalan. Persoalan Imrah adalah persoalan kebanyakan anak muda hari iniyang menghadapi masalah jurang jenarasi. Masalah nilai dan tersepitnya antara dua golongan lama dan baru. Imrah telah cuba membawakan masalah tersebut dan mencuba untuk menyelesaikan masalahnya. Imrah telah cuba berdikari dan membuat keputusan sendiri berdasarkan pertimbangan logiknya.
Text
Imej Malaysia dalam Karya Seni Naif Nur Azmi Mokhtar
Kertas projek yang bertajuk 'Imej Malaysia dalam Karya Nur Azmi Mokhtar' membincangkan imej-imej En.Nur Azmi Mokhtar dalam karyanya yang mencerminkan imej Malaysia. Pengkaji melihat perkembangan seni lukis Moden di Malaysia yang bermula pada tahun 1930-an dan membincangkan konsep Seni Naif dan perkembangan aliran seni naif di Malaysia. Pengkaji melihat imej-imej yang juga merangkap identiti penulis dalam karya beliau dsn perkaitan imej-imej tersebut digunakan dalam karyanya. Metodologi yang dgunakan ialah kaedah kepustakaan dan kaedah ke lapangan. Pengkaji mencari data-data sekunder di beberapa perpustakaan dan menemuduga dua orang pelukis iaitu Yusof Gajah dan Nur Azmi Mokhtar. Hasil kajian menunjukkan bahawa imej-imej yang digunakan imej-imej yang mempunyai kaitan dengan Malaysia dan pengkaji menyimpulkan konsep seni naif. Saya berharap kajian ini akan memberi manfaat kepada pengkaji-pengkaji dan pencinta seni.
Text
perubatan tradisional
sosiobudaya
Konsep penyakit dalam sistem perubatan tradisional masyarakat Melayu
Masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi kaya dengan warisan kepercayaan terhadap sesuatu fenomena budaya. Anggapan ke atas sesuatu fenomena akhirnya menjadi doktrin untuk diamalkan oleh mereka. Konsep penyakit tidak terkecuali dalam fenomena kepercayaan masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu mempunyai cara tersendiri di dalam mengongsepsikan penyakit..
Text
Kajian Ringkas Asal Usul Masyarakat Tempatan Sik dan Perkembangan beberapa aspek Socio Communications tempatan
Tujuan kajian ini, ialah untuk melihat proses perkembangan penempatan awal dan beberapa aspek tertentu dikalangan masyarakat Sik.
Text
Ahmad bin Kotot penulis sebelum perang yang jarang diperkatakan
Dalam hubungan ini perlulah disebutkan bahawa seorang pengarang sebuah novel Melayu di zaman Sebelum Perang bernama Ahmad bin Kotot telah pertama kalinya diperkenalkan secara sepintas lalu oleh Zaaba di dalam sebuah rencananya 'Recent Malay Literature' yang muncul di dalam JMBRAS Jilid XIX, Bahagian I, 1941.
Text
Konsep dan idea Ishak Haji Muhammad terhadap kesusateraan dan kesusasteraan zamannya
Arena perjuangan mereka ini banyak disalurkan melalui tulisan samada dalam bentuk makallah, novel dan cerpen.
Text
Konsep dan idea kesusasteraan
Pembicaraan tentang konsep dan idea kesusasteraan beliau ini adalah ditinjau dari bahan-bahan karyanya yang saya temui iaitu 6 buah novel, 3 buah cerpen dan 10 buah puisi.
Text
Muhammad Saleh Haji Awang (Misbaha) sebagai tokoh wartawan sastrawan sebelum perang dengan konsep dan idea kesusastraanya
Kajian tentang sumbangan Haji Muhamad Saleh dalam bidang kesusastraan belum lagi dilakukan oleh pengkaji-pengkaji sebelum Hashim Awang.
Text
Shamsuddin Salleh idea dan konsep kesusastraan dalam novelnya
Shamsuddin Salleh dilahirkan pada 31 Ogos 1906 di Pekan Baru yang ketika itu termasuk dalam wilayah Sumatera Timur tetapi sekarang menjadi ibukota wilayah Riau.
Text
Konsep dan Idea Kesusastraan
Kajian mengenai konsep dan idea kesusatraan salah seorang penyajak di negeri Terengganu belum ladi dibuat hingga sekarang terutama terhadap penyaiar yang sudah terkenal dalam penulisan tersebut.
Text
Pengutaraan diri dan jangkaan peranan saorang Bomoh Melayu dalam komuniti kecil di Maras
Menganalisa Kedudukan Bomoh dalam masyarakat, peranannya, jangkaan peranannya, kedudukan Bomohship akan datang akibat scientific dan teknological change, kedudukan ekonominya, serta sikap anggota komuniti terhadap peranan yang dimainkan oleh Bomoh.
Text
Pengutaraan diri dan jangkaan peranan seorang Imam dalam komuniti Melayu
Pentadbiran Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu adalah terserah kepada Kerajaan Negeri dan Rajanya atau Sultannya menjadi Ketua Agama. Untuk menasihati Sultan dalam urusan keagamaan, Majlis Perundagna tiap-tiap negeri telah meluluskan enakmen-enakmen tertentu.
Text
Pentadbiran pejabat ugama (Mahkamah Syariah) Rembau dan hubungan nya dengai Balai Adat
Menurut Tuan Hj. Abbas bin Hj. Zakaria, bekas kadi Daerah Rembau (1915 - 1953) sebelum ianya dilantik menjadi kadi Daerah Rembau dalam tahun 1915, telah ada terdapat beberapa orang kadi yang mn=entadbirkan hal-hal ugama Islam di rembau. Menurutnya kadi-kadi yang awal itu adalah dilantik oleh Datuk Undang dengan persetujuan Datuk-Datuk Lembaga.
Text
Pengutaraan diri dan jangkaan peranan seorang imam dalam sebuah komuniti melayu
Tema Kajian ini ialah untuk mengetahui setakat mana peranan sesaorang imam pada idealnya dipraktikkan secara realiti. Ia juga bertujuan mengetahui setakat mana imam sesebuah kampong itu memenuhi jangkaan-jangkaan peranan maamum-maamumnya dalam sebuah masyarakat yang sedang berada diperingkat transistional, antara traditional dengan moden.
Text
Local Malay Folklore
Dalam menjalankan tugas untok mengompotkan sastera rakyat ditempat sendiri atau 'Local Malay Folklore' yang maseh tersimpan sa-dikit2 lagi dalam kepala orang2 tua2 dan yang belum diabadikan dalam bentok tulisan, saya telah berjaya mengompolkan beberapa buah cherita pendek2. Cherita2 itu ialah: lagenda, memorate, cherita2 jenaka, wayang kulit, kepercayaan2, upachara2 dan adat istiadat.
Text
Tuhfat-al-Nafis chorak historiografinya persamaan dan penyimpanan dari tradisi historiografi Melayu
Tuhfat-al-Nafis ia-lah hasil karangan Raja Ali Haji dari Riau, sa-orang keturunan Bugis. Karangan ini mengenai riwayat negeri Johor dari asal-usul-nya hingga tahun 1865, tahun Raja Ali Haji memulai karangan-nya ini.
Text
Chorak penulisan sejarah (Historiography) Melayu kelasik
Pengajian ini berdasarkan atas Hikayat Raja2 Pasai, Sejarah Melayu, Misa Melayu, Hikayat Marong Maha Wangan, Hikayat Acheh dan Salasilah Kutai.
Text
Chorak pemerintahan kesultanan Melayu seperti yang di-gambarkan oleh hasil-hasil penulisan sejarah Melayu
Ada tujuan latehan ini ia-lah untok mengkaji tentang chorak pemerintahan kesultanan Melayu sa-bagaimana yang telah di-gambarkan oleh hasil2 penulisan sejarah Melayu. Kajian ini di-lakukan dari segi kebudayaan bukan dari segi sejarah. Oleh itu segala selok-belok sejarah tidak-lah menjadi soal yang penting bagi kajian ini. Yang lebih penting pada sisi penulis ia-lah berkenaan dengan peristiwa2 dan gambaran2 yang terdapat dalam penulisan2 sejarah Melayu itu berhubong dengan pemerintahan dan pentadbiran negeri pada zaman dahulu.
Text
Chorak historiografi Melayu
Tajok kajian ini ialah Chorak Historiografi Melayu. Tujuan kajian ialah menchari sifat2 umum penulisan sejarah Melayu lama dengan berdasarkan buku2 yang di-anggap mempunyai unsur2 sejarah: hasil2 seperti Sejarah Melayu, Hikayat Raja2 Pasai, Misa Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh dan Silsilah Kutai. Pemilehan hasil2 ini berdasarkan apa2 hanya sekadar mereka terdapat di-perpustakaan di-sini. Karangan Raja Ali Haji tidak di-masokkan kerana hasil-nya akan di-selenggerakan oleh pehak lain. Buku2 tentang sejarah yang di-tulis oleh para sarjana Barat jua menjadi sumber bachaan.
Showing 251 to 300 of 315 results
Page
of 7
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->