Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (315 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Abstrak Kertas Projek APM
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Methos dalam pensejarahan Melayu lama
Sejarah dan fable pada lahir-nya ada-lah sebagai kembaran tetapi keeratan pertalian kedua2-nya beransor renggang mengikut peredaran masa hingga pada akhir-nya bercherai-lah mereka. Persaudaraan itu melampaui beberapa kurun yang di-penohi oleh methos2, legenda2, roman2 dan roman2 sejarah. Sejarah beransur2 munchul daripada lautan fable itu hingga lama kelamaan perkara2 yang 'natural' pada suatu generasi itu berupa dongengan dan khayalan sahaja pada generasi yang terkemudian.
Text
Kajian tentang chorak Kesultanan Melayu lama
Barangkali untok memahami keadaan masharakat Melayu mengenai konsep "Kesultanan" pada zaman silam saperti yang di-gambarkan dalam Kesusasteraan Melayu dulu, chuba-lah kita memperhatikan pesanan Sultan Mahmud Shah kapada anakanda-nya Alau'd-din Shah sa-belum ia meninggal, saperti yang terdapat di-dalam "Sejarah Melayu"
"Hai, anak-ku, dan chahaya mata-ku, engkau kerajaan, hendak-lah sangat2 sabar-mu, barang sa-suatu bichara mu jangan meninggalkan Bendahara dan sekalian hulubalang".
Text
Pertembongan orang2 asing (yang bukan orang Barat) dengan masharakat Melayu Melaka saperti yang di-gambarkan oleh 'Sejarah Melayu'
Istilah 'orang asing' sa-bagaimana yang di-tentukan oleh tajok ada-lah membawa erti orang2 yang bukan berdarah melayu, yang pernah mengadakan pertembongan sa-chara langsong atau tidak dengan negeri Melaka. Tegas-nya orang2 yang di-luar pemerentahan kerajaan2 Melayu saperti yang terdapat di-Tanah Melayu, di-Sumatra serta di-kepulau2an sa-belah timor-nya, dan di-negeri Brunai. Dalam pada itu penulis menganggap kerajaan Majapahit (Jawa) dan ra'ayat2-nya sa-bagai orang2 asing.
Text
Hikayat Hang Tuah sa-bagai hasil sastra
Maksud kajian pendek ini ai-lah menilaikan Hikayat Hang Tuah sa-bagai hasil sastra. Hikayat ini ada mempunyai beberapa edisi. Edisi yang di-guna sa-bagai bahan kajian ini ia-lah keluaran Balai Pustaka, Djakarta, 1956.
Text
Orang-orang asing, yang bukan orang Barat, di-pandang dari segi Kacha Mata Penulisan Sejarah Melayu
Sejarah Melayu ada-lah satu hasil chiptaan yang terpenting, bukan sahaja dari segi kesusasteraan Melayu kelasik, bahkan juga dari segi kebudayaan Melayu lama. Buku itu menggambarkan dengan jelas-nya zaman kegemilangan Melaka, kebesaran, kemuliaan, dan kegagahan Raja2 Melaka, orang2 besar Melaka, dan umum-nya raayat dan Kota Melaka.
Text
sastera Melayu
Penyimpangan Tuhfat-Al-Nafiz dari Historiografi Umum Melayu
Latehan ilmiah pendek ini tidak sekali2 merupakan satu theses. Sunggoh pun dasar kajian-nya hampir serupa dengan kajian theses itu, latehan ini hanya merupakan satu kajian yang singkat terhadap satu bidang yang maha luas lagi mendalam. Penulis memang sedar betapa luas-nya bidang sastera Melayu dan dalam latehan pendek ini penulis akan memberi beberapa pandangan yang dapat munkin, walau pun pendapat2 atau pun pandangan-nya agak kontroversial dan ada kala agak tipis. Ini penulis sedia mengaku kerana pada hemat penulis ini-lah kali pertama-nya satu latehan ilmiah di-selenggarakan baik dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu terhadap Tuhfat-al-Nafiz. Jadi sudah samesti-nya-lah penulis telah menemui beberapa kesukaran walau pun latehan ini bukan latehan yang panjang.
Text
Pensejarahan Melayu Lama
Tujuan pengajian ini ialah untuk mengawasi sifat2 umum dan membuat komentar mengenai penulisan sejarah Melayu lama, dalam bidang sastera Melayu lama, dengan berdasarkan naskhah2 Hikayat Raja2 Pasai, Sejarah Melayu, Misa Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh dan Salasilah Kutai.
Text
Hikayat Hang Tuah sebagai hasil sastera Melayu
Selama ini beberapa sasterawan yang terkenal telah sadikit sebanyak memperkatakan H.H.Tuah. Sasterawan2 ini dapat kita bahagikan kedalam dua bahagian.
1. Sasterawan2 Barat.
2.Sasterawan2 Tempatan.
Text
Orang Barat dalam pandangan hasil-hasil penulisan Sejarah Melayu bandingkan dengan chorak perhubungan antara Ahli-Ahli Dagangan Barat dengan pelabohan-pelabohan Melayu saperti yang terdapat pada undang-undang pelabohan Kedah dan Acheh
Pengkajian ini mengenai sejarah pada satu bahagian dan sastera pada bahagian yang lain. Sebab-nya pun mengenai sejarah ia-lah pembahagian mana dalam perhubongan di-antara orang Melayu dengan orang Barat itu. Pada mula-nya, di-beri maksud yang mendorong orang Barat datang ke-Alam ini. Sesusah itu di-beri penerangan tentang perhubongan di-antara dua kaum itu dan akibat-nya perhubongan ini "REACTION". Satelah ramai-lah orang Barat itu di-sini terdapat 'hukum'2 yang di-chipta oleh beberapa kerajaan Melayu yang mengandongi tata-tertib yang harus di-turuti di-pelabohan2 Melayu.
Text
Malays and Modernization
(A Sociological Interpretation)
Dalam buku, 'Malays and Modernization' (A sociological Interpretation) pengarang Tham Seong Chee, telah membicarakan tentang aspek-aspek sosio-ekonomi dan politik yang terdapat di kalangan masyarakat Melayu tradisional. Beliau berpendapat bahawa nilai-nilai kebudayaan dan adat yang diwarisi oleh masyarakat Melayu turun temurun itu adalah menjadi faktor penghalang kepada kemajuan, khusunya dalam bidang ekonomi.
Text
Perhubongan negeri Melaka dengan orang-orang asing
Dalam karangan ini penulis akan mengkaji perhubongan masha-rakat Melaka dengan orang2 asing yang bukan orang Eropah. Kajian ini berdasarkan atas buku Sejarah Melayu sebagai sumber yang utama. Di-samping itu akan di-guna juga bahan2 dari sejarah tertulis untok perbandingan. Tujuan kajian ini untok melihat peranan orang asing dan pengaroh mereka dalam masharakat Melayu dari Sejarah Melayu dan dari sejarah sejati.
Text
Unsor2 Hikayat Raja2 Pasai yang terdapat dalam Sejarah Melayu
Pendita2 atau pengarang2 Melayu dahulu telah berjaya pada masa-nya menghasilkan beberapa chorak sastera yang ber-lainan dan berbagai ragam. Di-antara lain, mereka telah menghasilkan sastera yang berchorak sejarah. Perkataan 'sejarah' pada mereka atau pada faham mereka tentu sahaja berlainan dari paham sejarah sekarang. Perkara ini akan di-jelaskan lagi apabila penulis menyentoh teks2 yang akan di-kaji, ia-itu Hikayat Raja2 pasai dan Sejarah Melayu.
Text
Kesultanan Melayu dari segi pensejarahan-nya
Latehan Ilmiah Pendek ini adalah di-susun dengan berdasarkan tiga buah buku sejarah Melayu, ia-itu:
1- "Sediarah Melayu" terbitan Djambatan ( 1958 ).
2- "Misa Melayu" edisi R.O Winstedt ( salinan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur 1962).
3- "Hikayat Merong Mahawangan" edisi R.J. Wilkinson Malaya, Kuala Lumpur 1962).
Sebab pun pengajian ini di-dasarkan kepada tiga buah teks sahaja ia-lah kerana kesuntokan ruangan yang telah di-tetapkan, pada hal espek2 yang hendak di-kaji itu ada-lah tersangat luas. Namun begitu penyusun akan menchoba juga menimbulkan beberapa hal mengenai tajok kajian ini dengan berdasarkan bukti2 yang terdapat dari ke-tiga2 buah teks tersebut.
Text
Okestera nobat diraja negeri Perak
Nobat adalah satu okestera di raja. Nobat merupakan sebahagian daripada alat-alat kebesaran di raja. Nobat jua merupakan lambang kemegahan kesenian raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu mempunyai pertalian rapat dengan nobat, ini dapat dilihat dengan adanya penghargaan dan penghormatan istemewa yang diberikan kepada alat-alt nobat dan okestera nobat ini memainkan peranan dalam upacara penting di istana.
Text
Malays and modernization a sociological interpretation
Dalam buku 'Malays and Modrnization' (A Sociological interpretation ) pengarang Tham Seong Chee, telah membicarakan tentang aspek aspek sosio-ekonomi dan politik yang terdapat dikalangan masyarakat Melayu tradisional. Beliau berpendapat bahawa nlai-nilai kebudayaan adat yang diwarisi oleh masyarakat Melayu sejak turun temurun ituadalah menjadi faktor penghalang kepada kemajuan, khususnya dalam bidang ekonomi. Ini adalah kerana masyarakat Melayu tradisional tidak mempunyai peluang unuk melakukan sesuatu pekerjaan yang dianggap bertentangan dengan nilai-nilai kebudayaan. Hasl daripada keadaan ini, masyarakat Melayu melakukan pemilihan pekerjaan yang sejajar dengan nilai-nilai kebudayaan. Sementara itu, corak pemilihan pekerjaan masyarakat Melayu tradisional itu tidak menghasilkan pendapatan yang lumayan malah ia lebih bersifat tolong menolong, bergotong royong dan sebagainya. Pada suatu ketika, pengarang juga mengatakan bahawa, masyarakat Melayu tradisional berminat untuk membela ayam tetapi ianya bukan untuk tujuan penjualan . Mereka membela ayam adalah untuk mengadakan permainan menyabung ayam yang memberikan hiburan kepada masyarakat kampung pada waktu itu.
Showing 301 to 315 of 315 results
Page
of 7
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->