Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Sebagai sebuah hikayat bercorak Islam...
"Sebagai sebuah hikayat bercorak Islam, Hikayat Amir Hamzah menekankan kesejagatan agama Islam. Hikayat ini menonjolkan agama Islam sebagai agama universal yang boleh dianuti oleh manusia di seluruh pelosok dunia tanpa mengira bangsa, kelas dan warna kulit."
Text
Sebagai sebuah karya sastera yang...
"Sebagai sebuah karya sastera yang bercorak Islam, Tajus Salatin telah menekankan beberapa aspek kepercayaan dan keimanan kepada Allah sebagai asas kehidupan manusia . Terdapat tiga fasal dalam karya ini iaitu fasal pertama, kedua dan ketiga yang telah menyatakan tentang kepentingan manusia mengenali Allah, tidak kira sama ada zat ataupun sifat-Nya."
Text
Sebagai sebuah teater tradisional, mak...
"Sebagai sebuah teater tradisional, mak yong mempunyai bentuk pendalangan dalam persembahan. Persembahan mereka bertitik tolak daripada aksi lakonan, tarian, muzik dan nyanyian. Zaman kegemilangan Mak Yong adalah pada abad ke 19 di mana kegiatan mak yong telah dinaungi oleh pihak kerajaan Kelantan."
Text
Johor
Sebagai seorang pemerintah mutlak yang...
"Sebagai seorang pemerintah mutlak yang banyak mendapat pengaruh Barat, Abu Bakar telah memperkenalkan institusi dan teknik pentadbiran Barat di Johor hinggakan beliau telah dianggap sebagai artkitek Johor moden. "
Text
adat perpatih
struktur
Sebagai suatu sistem hidup yang lengkap, tradisi adat...
" Sebagai suatu sistem hidup yang lengkap, tradisi adat perpatih mempunyai tanggapan tentang bentuk masyarakat sendiri. Prinsip pembentukan atau susunan masyarakat ini ialah persaudaraan akrab atau kadim antara individu sehinggan yang seorang dengan yang lain menjadi waris, yakni dapat saling mengganti kedudukan. "
Text
Sebalik sahaja umat Melayu menganut...
"Sebalik sahaja umat Melayu menganut agama Islam dengan cepatnya, kesusasteraan memainkan peranannya sebagai bidang kesenian dan pendakwahan. Sastera tersebut berlandaskan kepada akaliah dan intelektualisme."
Text
Sebelum berdirinya kerajaan Demak..
"Sebelum berdirinya kerajaan Demak ,terlebih dahulu perlu ditekankan peranan wilayah Giri sebagai pendahulunya. Dalam hal ini tokoh yang sangat berjasa ialah para sunan di Giri yang telah menjadikan Giri sebagai pusat pemerintahan ulama yang berfungsi sebagai markas bagi perkembangan Islam di Jawa dan sekali gus sebagai pendororng kelahiran Kerajan Demak"
Text
kelantan
pengembaraan
Sebelum Clifford, seorang pelombong berbangsa Itali...
"Sebelum Clifford, seorang pelombong berbangsa Itali bernama C.F Bozzolo( mengikut Benjamin 1987) juga telah melaporkan laluan yang diambil beliau semasa perjalanan melalui negeri Kelantan. "
Text
alatan
besi
...4 more
Sebelum datangnya zaman sejarah yang membawa...
"Sebelum datangnya zaman sejarah yang membawa pengaruh dari India dan China, telah wujud ciri kehidupan yang mantap di seluruh ceruk rantau kepulauan Melayu. Terdapat bukti-bukti bahawa alatan gangsa-besi telah digunakan oleh penduduk yang tinggal di dalam perkampungan."
Text
Johor
Sebelum kedatangan Barat ke alam Melayu...
"Sebelum kedatangan Barat ke alam Melayu tidak wujud pendidikan formal yang sistematik seperti yang lazim difahami kini. Walau bagaimanapun, pengetahuan dan pengalaman masih dapat disebarkan dan golongan rakyat tertentu menerima pendidikan sebagaimana yang terdapat ketika itu."
Text
Sebelum kedatangan Hindu di Nusantara...
"Sebelum kedatangan Hindu di Nusantara,masyarakat tempatan sudahpun mempunyai kepercayaanya sendiri yng sering diistilahkan sebagai animisme,dinamisme dan khusunya pemujaan Hyang atau nenek moyang (ancestor cult)"
Text
Sebelum Megat Terawis, tidak ada ...
"Sebelum Megat Terawis, tidak ada naskah drama yang tercetak dalam bentuk drama. Yang ada cuma tulisan hasil dari terjemahan atau saduran dari bahasa Inggeris. Dalam Megat Terawis terdapat unsur kebangsawanan dalam teater pendramaan tanah air."
Text
Sebelum Perang Dunia Kedua
"perkembangan puisi Melayu moden di malaya sebenarnya mendapat tempat dalam sejarah perkembangan kesusastraan Melayu baru pada masa sesudah Perang Dunia Kedua, terutama sekali dengan berdirinya Angkatan Sastrawan 50."
Text
perlis
Sebelum Perlis wujud sebagai negeri...
"Sebelum Perlis wujud sebagai negeri yang tersendiri di bawah pemerintahan wangsa Jamalullai, warisan mata wang Melayu Perlis tidak dapat dipisahkan daripada warisan mata wang kerajaan Kedah Tua yang kemudian diislamkan menjadi kesultanan Kedah. "
Text
Sebenarnya adalah kurang adil sekiranya...
"Sebenarnya adalah kurang adil sekiranya soal pengaruh keluarga dan persanakan ke atas politik kepartian itu hanya diperhatikan pada beberapa keluarga aristokrat yang disebutkan di atas semata-mata."
Text
Mekah
sejarah Islam
Sebenarnya kota Mekah ini merupakan...
" Sebenarnya kota Mekah ini merupakan sebuah kota yang terletak di negeri Hijaz. Keadaannya merupakan sebuah lembah rendah yang terbentang dari utara ke selatan negeri itu. Ianya di keliling oleh gunung- ganang seperti Gunung El-Surrah yang menjadikan Mekah tertutup dan dapat menarik perhatian orang. "
Sebilangan pengkritik menganggap bahawa.
Text
Sebuah bas berwarna biru
"Ciptaan Latiff dihasilkan dari kebebasan dunia luarnya, sehingga ia dapat pergi ke mana saja, tapi pada kenyataannya ia terikat oleh hal-hal yang telah lama mengikat dirinya, oleh ke dalaman yang ada pada jiwanya."
Text
Sebuah lagi teori sastera Melayu...
"Sebuah lagi teori sastera Melayu iaitu Teori Pengkaedahan Melayu yang dihasilkan oleh Hashim Awang. Teori ini dihasilkan selepas kehadiran Teori Muhammad Haji Salleh Puitika Sastera Melayu. Ia berdasarkan sepenuhnya kepada budaya, cara dan sikap hidup, pandangan dunia, perspektif alam semesta dan agama Islam."
Text
bandar kuala
Semenanjung Tanah Melayu
Secara am, gambaran fizikal yang diperoleh tentang perkembangan...
"Secara am, gambaran fizikal yang diperoleh tentang perkembangan bandar kuala pada abad ke-19 ialah bahawa ia masih mempunyai rupa kampung, tetapi telah mengandungi beberapa buah bangunan besar yang tersergam, seperti masjid, istana raja serta rumah-rumah pembesar lainnya."
Text
Secara bersendirian,jumlah ayat majmuk ...
"Secara bersendirian,jumlah ayat majmuk relatif dalam korus ini amat kecil iaitu hanya dua.Namun begitu,seperti yang dinyatakan terdahulu,jika diambil kira ayat relatif dalamnya majmuk campuran,maka jumlahnya menjadi besar,iaitu sebanyak 21."
Text
perlis
Secara keseluruhan, manuskrip ini dapat dibahagikan...
"Secara keseluruhan, manuskrip ini dapat dibahagikan kepada 28 epsiod (rujuk Rajah 6.2). "
Text
Secara keseluruhannya, berita dan rencana ...
"Secara keseluruhannya, berita dan rencana yang ditulis dalam pelbagai bentuk oleh Ramli Daud merupakan sesuatu yang berharga dan belum dikaji secara mendalam oleh mana-mana sarjana di Malaysia. Sumbangan berita dan rencana yang dihasilkan oleh Ramli Daud mencelikkan akal budi kepada rakyat Malaysia ."
Text
Secara pendek, di dalam apa...
"Secara pendek, di dalam apa jua seninya tetaplah merujuk kepada pengertian Islam itu sendiri. Konsep sastera Islam ialah sastera yang memancarkan sikap hidup yang bertakwa sambil menekankan kepada kebaikan-kebaikan amalan masyarakat, yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah Nabi."
Text
adat perpatih
Melayu
Secara teori proses pemilihan pimpinan bermula dari...
" Secara teori proses pemilihan pimpinan bermula dari orang banyak (awam) yang memilih ketua mereka. Para ketua pula memilih ketua di atas hingga seterusnya memilih seorang ketua tertinggi. Dengan demikian, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Penghulu/Undang dan Undang memilih Raja/Yang Dipertuan (Yamtuan). "
Text
Adat
istiadat
Segala sesuatu yang dijalankan secara tradisi...
" Segala sesuatu yang dijalankan secara tradisi dan warisan dan seakan-akan tidak berubah dinamakan istiadat. Apakala suatu gejala hidup dilihat sebagai lain dari agama, undang-undang ataupun ilmu moden seperti sains maka dinamakan adat. "
Text
Sehingga kini Ramli Daud menghasilkan...
"Sehingga kini Ramli Daud menghasilkan banyak penulisan berita dan rencana yang kritis dan berterusan sejak tahun 1960-an. "
Text
kampung
kenduri
...1 more
sehubungan dengan itu juga, bagi...
"Sehubungan dengan itu juga, bagi orang-orang di kampung walaupun kenduri diadakan satu hari, kebanyakan mereka akan hadir ke rumah yang akan diadakan kenduri itu sekurang-kurangnya tiga hari, termasuk sehari sebelum dan sehari selepas kenduri."
Text
Sehubungan dengan itu juga, filologi...
"Sehubungan dengan itu juga, filologi bererti ilmu pengetahuan tentang segala sesuatu yang pernah diketahui orang. Para filologis akan memilih naskhah tertentu untuk kajiannya. Filologi pernah dipandang sebagai pembelajaran sastera secara ilmiah."
Text
Johor
Sehubungan dengan penyusunan semula sistem pelajaran...
"Sehubungan dengan penyusunan semula sistem pelajaran, sukatan pelajaran dianggap sesuai juga telah dikeluarkan dengan disertakan peraturan mengajar bagi kemudahan dan panduan guru-guru. "
Text
Sejak abad pertama masihi..
" Sejak abad pertama Masihi lagi sudah terdapat kerajaan Funan di kawasan Kemboja yang didirikan oleh seorang Brahmin yang bernama Kaundinya. Inilah negeri kuasa besar yangpertama dalam sejarah Asia Tenggara mempunyai beberapa daerah taklukan pada masa keagungannya.
Text
aliran modenisme
seni bina tradisional Barat
Sejak beberapa tahun kebelakangan, timbul pendekatan baru...
"Sejak beberapa tahun kebelakangan, timbul pendekatan baru yang cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan menonjol dalam aliran modenisme dan melahirkan aliran baru yang dikenal sebagai pasca-modenisme. Gaya bersejarah atau rujukan kepada seni bina tradisional Barat yang dikutuk habis-habisan oleh aliran modenis, kini diiktiraf semula dan konsep hiasan serta gaya rupa yang bersifat kosmetik digunakan kembali."
Text
adat perpatih
Melayu
Sejak dahulu lagi (1960) jawatan Buapak perut Mertang, Galau,...
"Sejak dahulu lagi (1960) jawatan Buapak perut Mertang, Galau, Jumbang, Kampung Umor dan Ulu Juaseh adalah dipegang oleh Setia Muda Abu Samah bin Ali dari perut Galau. "
Text
negeri sembilan
percetakan
Sejak mula tertubuhnya syarikat percetakan Kuala Pilah...
"Sejak mula tertubuhnya syarikat percetakan Kuala Pilah pada tahun 1946, syarikat ini telah menampakkan kegiatan yang amat menggalakkan di bidang mencetak dan menerbitkan buku-buku dalam pelbagai bidang atau cabang kandungannya. "
Text
Melayu
sistem adat
Sejak zaman awal masyarakat Negeri Sembilan menguruskan kehidupan...
" Sejak zaman awal masyarakat Negeri Sembilan menguruskan kehidupan mereka melalui garis nasab-ibu. Ia telah mengumpulkan ahli-ahlinya ke dalam kelompok- kelompok tertentu berdasar garis keturunan tersebut. "
Text
Sejarah awal Burma
Sejarah awal Burma adalah sejarah suku kaum,terutama kaum Mon dan Pyu. Kaum Mon bukan sahaja dianggap bertanggungjawab memperkenalkan agama Buddha-Hinayana di Burma,malah mempopularkannya di seluruh negara. Orang Mon telah menetap pada masa yang awal di bahagian lembah bawah Menam,terutama di wilayah Dravarati. Sejak Funan jatuh pada akhir abad ke-6,Dvaravati dipercayai muncul sebagai negeri yang sebenar dan menjelang abad ke-7M, ia telah berkembang dan matang,sehingga namanya turut disebut dalam catatan-catatan China sebagai To-lo-po-ti
Sejarah dan kisah ibu.
Text
Sejarah jawa timur...
"Sejarah Jawa Timur bermula pada tahun 760 M dengan munculnya kerajaan yang berpusat di Kanjuruhan dengan raja yang bernama Dewa simha. Ia mempunya putera yang bernama Liswa,yang setelah naik taktha bergelar Gajayana. Pada zaman Gajayanalah didirikan sebuah arca untuk Dewa Agastya (Siva) ,yang mula dibuat dari kayu cendana lalu diganti dengan arca ini oleh pihak raja"
Text
Sejarah Melayu adalah sebuah teks...
"Sejarah Melayu adalah sebuah teks kanon. Sama kedudukannya dengan Hikayat Hang Tuah. Sejarah Melayu berjaya menggambarkan budaya hidup orang Melayu zaman feudal."
Text
Sejarah Melayu dianggap sebagai teks...
"Sejarah Melayu dianggap sebagai teks kanon dalam sastera Melayu klasik dan karya agung historiografi Melayu. Sejarah Melayu memberi ketenangan tentang keturunan raja-raja Melayu dan nasib kerajaan Melayu sehingga kehadiran orang Portugis. "
Text
Sejarah Melayu ialah sebuah karya ...
"Sejarah Melayu ialah sebuah karya naratif,yang mengisahkan sejarah raja-raja Melayu Melaka.Maka banyaklah terdapat unsur-unsur bahasa yang bersifat naratif."
Text
Sejarah Melayu pada satu bahagian ....
"Sejarah Melayu pada satu bahagian bersifat mitos dan mengandungi isi-isi yang menceritakan asal-usul raja, asal-usul nama tempat dan istiadat yang disaluti dengan unsur imaginasi. Namun, isi ceritanya berbentuk sejarah seperti pembukaan negara, aktiviti-aktiviti raja dan undang-undang yang dikeluarkan."
Text
kebudayaan Melayu
sejarah Melayu
Sejarah Melayu sebagai teks klasik Melayu...
" Sejarah Melayu sebagai teks klasik Melayu memang kaya dengan sumber kebudayaan orang- orang Melayu. Ini dapat dilihat dari isi- isi ceritanya yang boleh mencongkel bentuk - bentuk kebudayaan itu ".
Text
seni lukis
Sejarah mencatatkan bahawa seni lukis...
" Sejarah mencatatkan bahawa seni lukis adalah merupakan salah satu daripada bidang seni yang paling tua usianya, setua generasi manusia itu sendiri. Hal ini adalah bertitik tolak daripada kenyataan bahawa manusia telah pandai melukis serentak dengan kelahiran kepercayaan kepada Tuhan, alam ghaib atau beragama".
Text
Johor
Sekolah Pertukangan Johor atau Johore Trade School...
"Sekolah Pertukangan Johor atau Johore Trade School telah ditubuhkan pada tahun 1932 sebagai sebahagian daripada dasar menyusun semula sistem pendidikan negeri itu. "
Text
Sekolah tempat memulakan pertumbuhan minat ...
"Sekolah tempat memulakan pertumbuhan minat terhadap segala-galanya, termasuk sastera. Sekiranya potensi ini dimanfaatkan, nescaya sastera akan dapat hidup kerana khalayaknya sudah terbina secara terancang di sekolah."
Text
Selain berupaya menghuraikan benda-benda...
"Selain berupaya menghuraikan benda-benda konkrit dan peristiwa, bahasa Melayu lama juga didapati berjaya menyampaikan konsep-konsep.Petikan seterusnya menunjukkan bahasa Melayu laras undang-undang lama,yang menghuraikan hukuman bagi kesalahan-kesalahan tertentu."
Text
catatan sejarah
Melaka
...3 more
Selain daripada informasi samar yang tertera...
"Selain daripada informasi samar yang tertera dalam catatan tawarikh orang China, sangat sedikit keterangan yang boleh didapati tentang pusat-pusat bandar Melayu sebelum munculnya bandar Melaka. Ketepatan lokasinya pun masih merupakan bahan dugaan, kecuali beberapa tempat yang bukti-bukti arkeologinya telah ditemukan. Walau bagaimanapun, peninggalan-peninggalan serta catatan-catatan sejarah menjadi saksi bahawa perkembangan bandar di Semenanjung memasuki era baru ketika Melaka (sebuah kampung nelayan biasa) dibina semula pada awal abad ke-15 dan beransur-ansur menjadi 'pusat perhentian, perdagangan dan pergaulan antarabangsa' (Hamzah Sendut, 1962)."
Text
kelantan
Selain daripada menunjuk jenis-jenis artifek yang...
"Selain menunjuk jenis-jenis artifek yang terdapat di negeri Kelantan dan juga taburannya, tidak banyak maklumat lain yang boleh diambil daripada penulisan Rentse. "
Text
Selain langkah-langkah di atas...
"Selain langkah-langkah di atas, para penyelidik juga menekankan teknik percetakan dalam menyelenggarakan sesebuah naskhah. Hal ini kerana, para pengkaji mendapati bahawa adalah sesuatu yang sukar bagi mereka untuk menyalin semula sesuatu penulisan dalam jumlah naskhah yang banyak dengan menggunakan tangan."
Showing 1101 to 1150 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->