Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (42 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: Melaka
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Website
Melaka
Islam, bahasa pada zaman kegemilangan Melaka
Laman tentang sejarah Islam dan bahasa pada zaman kegemilangan Melaka
Website
Melaka
Zaman kesultanan Melayu Melaka
Laman tentang sejarah kesultanan Melayu Melaka
Website
Melaka
Melaka empayar Islam pertama Nusantara
Laman tentang sejarah empayar Melaka
Website
Melaka
Kesultanan Melaka: Perluasan wilayah dan pembinaan empayar
Laman tentang sejarah empayar Melayu
Website
Melaka
Perkembangan dan kebangkitan Kesultanan Melaka
Laman tentang sejarah kebangkitan kesultanan Melaka
akademik
Johor
...1 more
Malay Titles
The article by R. O. Winstedt discusses the historical Malay titles, detailing their specific meanings and rules of descent, based on ancient customs and traditions from Malacca and Johor.
Website
istana raja-raja Melayu
Melaka
Istana kesultanan Melaka
Laman tentang seni bina istana kesultanan Melaka
Website
Melaka
sejarah Melayu
Pengasasan kesultanan Melayu Melaka
Laman mengenai Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
Text
Hang Tuah
keris
...3 more
Menurut cerita, Hang Tuah telah dicabar menunjukkan ketangkasan...
"Menurut cerita, Hang Tuah telah dicabar menunjukkan ketangkasan bertarung dengan pendekar Majapahit tersebut. Dalam pertarungan tersebut Hang Tuah akhirnya menang dan berjaya membunuh lawannya. Raja Majapahit menghadiahkan keris Taming Sari kepada Hang Tuah. Keris itulah digunakan oleh Tuah untuk mempertahankan Sultan dan kerajaan Melaka daripada digugat musuh."
Text
cina
masjid
...1 more
Masjid-masjid tua di Melaka seperti...
"Masjid-masjid tua di Melaka seperti Kampung Hulu, Kampung Hulu, Kampung Keling dan Tranquerah mempunyai pintu gerbang yang dipengaruhi oleh pintu gerbang Cina dan hiasan-hiasan dinding yang diperbuat daripada tembikar Cina. Semuanya itu membuktikan adanya pengaruh Cina terhadap seni bina tempatan."
Text
Melaka
rumah kedai
...1 more
Rumah-rumah kedai awal di Melaka...
"Rumah-rumah kedai awal di Melaka beransur-ansur menjadi prototaip daripada rumah-rumah kedai moden yang kini menjadi salah satu unsur tipologi seni bina di negara kita. Malah ia boleh dianggap sebagai asal usul kepada rumah teres yang mulai berkembang sesudah Perang Dunia Kedua."
Text
China
masjid
...3 more
Persahabatan yang erat antara kerajaan Melaka dan...
"Persahabatan yang erat antara kerajaan Melaka dan kerajaan China pada abad ke-15 dan 16 telah membawa pengaruh China ke dalam seni bina tempatan. Maka wujudlah suatu gaya masjid yang unik yang disebut gaya Melaka; masjid itu menggunakan batu bata, atap genting dengan perabung berhiaskan ukiran China dan didampingi oleh sebuah menara menyerupai pagoda China."
Text
Belanda
Melaka
...4 more
Pada tahun 1795 Melaka diserahkan oleh Belanda...
"Pada tahun 1795 Melaka diserahkan oleh Belanda kepada Inggeris. Dengan mengisytiharkannya sebagai pelabuhan perdagangan bebas, Inggeris berjaya menghidupkan semula kemasyhuran Melaka. Hal ini menimbulkan perasaaan cemburu pihak penguasa di Pulau Pinang. Dengan hujah bahawa bandar Melaka akan terpaksa diserahkan kembali kepada Belanda, Syarikat Hindia-Timur dibujuk untuk memusnahkan infrastruktur bandar tersebut supaya tidak akan berdaya menjadi saingan kepada Pulau Pinang kelak."
Text
Belanda
Melaka
...2 more
Pada tahun 1641 orang Belanda menyerang...
"Pada tahun 1641 orang Belanda menyerang dan berjaya merampas Melaka setelah menghadapi pertempuran hebat yang mengakibatkan pelabuhan itu binasa menjadi tumpukan puing. Serangan Belanda ini lebih dahsyat daripada serangan Portugis 130 tahun sebelumnya. Peranan pelabuhan Melaka semakin berkurangan, kerana Belanda menggunakannya lebih sebagai benteng untuk mengawasi kepentingan mereka di selat Melaka berbanding sebagai pusat perdagangan."
Text
China
Cina Peranakan
...1 more
Hubungan baik antara Melaka dan Negeri China...
"Hubungan baik antara Melaka dan negeri China telah menarik perantau China bermukim di bandar tersebut dan akhirnya melahirkan suatu masyarakat khas yang dikenali sebagai 'Cina-Baba' atau 'Cina Peranakan'. Mereka diperkirakan telah memberi sumbangan kaedah pembinaan China kepada seni bina asli di Melaka."
Text
Melaka
perdagangan
...2 more
Walaupun Islam telah masuk ke Semenanjung...
"Walaupun Islam telah masuk ke Semenanjung lebih awal lagi, baru sejak penubuhan Melaka pada permulaan abad ke-15 perubahan penting mulai berlaku. Melaka beransur-ansur menjadi sebuah emporium perdagangan paling terkenal di dunia dan sekali gus menjadi pusat penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu."
Text
kerajaan Melayu Islam
Melaka
...2 more
Semangat mubaligh Kristian serta kekejaman orang-orang...
"Semangat mubaligh Kristian serta kekejaman orang-orang Portugis, ditambah pula dengan dasar perdagangan mereka yang bersifat monopoli telah menimbulkan kerajaan-kerajaan Melayu Islam untuk berhubungan dengan mereka. Tidaklah menghairankan jika saudagar-saudagar Melayu selalu berusaha untuk menghindarkan penggunaan Melaka sebagai pelabuhan perantaraan."
Text
Melaka
pelabuhan
...1 more
Pada awal abad ke-16 bandar Melaka...
"Pada awal abad ke-16 bandar Melaka dianggarkan mempunyai penduduk antara 40,000 dan 50,000 orang (Meilink-Roelofsz, 1962). Ulasan peribadi Duarte Barbosa (1875) menggambarkannya sebagai: "sebuah pelabuhan laut yang sangat kaya, tempat tumpuan saudagar-saudagar borongan dan kapal-kapal pedagang yang paling ramai di seluruh dunia."
Text
Melaka
pelabuhan
...1 more
Bandar kota Melaka dibelah oleh sungai Melaka...
"Bandar kota Melaka dibelah oleh sungai Melaka menjadi dua bahagian yang dihubungkan oleh sebuah jambatan kayu. Sungai itu tak ubahnya berfungsi sebagai 'lebuh raya utama' yang penuh dengan lalu lintas perahu dan sampan menghubungkan bandar dan pedalaman di satu pihak, serta di lain pihak pula menghubungkan kapal-kapal dan perahu-perahu besar yang berlabuh di tepi laut tidak berapa jauh dari muara sungai."
Text
Melaka
Parameswara
...3 more
Parameswara memeluk agama Islam di Sumatera...
"Parameswara memeluk agama Islam ketika berkahwin dengan puteri Raja Pasai, sebuah kerajaan Islam di Sumatera sebelah utara. Semenjak itu Melaka menjadi pelabuhan niaga yang menjadi tempat tumpuan saudagar-saudagar Arab serta India Islam, dan lama kelamaan menjadi pusat penyebaran agama Islam ke seluruh Nusantara."
Text
Melaka
Parameswara
...3 more
Berkat kecerdikan Parameswara menggunakan persahabatan...
"Berkat kecerdikan Parameswara menggunakan persahabatan dan perlindungan dari China, Melaka bukan sahaja berjaya mengukuhkan kemerdekaannya tanpa sebarang ancaman dari Siam, tetapi juga menarik perhatian pedagang-pedagang China dan selanjutnya menambah minat saudagar-saudagar dari barat dan timur untuk berniaga di situ."
Text
ibu kota
Melaka
...1 more
Menurut ijmak pendapat sejarawan, Parameswara tiba di Melaka...
"Menurut ijmak pendapat sejarawan, Parameswara tiba di Melaka (yang pada masa itu masih merupakan kampung nelayan Melayu yang primitif) kira-kira pada tahun 1400 (Windstedt, 1958). Berdasarkan suatu pertimbangan yang amat tajam, beliau memutuskan untuk bermukim di situ, membina semula tempat itu dan sekali gus meletakkan asas bagi sebuah bandar yang kemudian menjadi ibu kota empayar Melayu yang termasyhur ke seluruh dunia."
Text
catatan sejarah
Melaka
...3 more
Selain daripada informasi samar yang tertera...
"Selain daripada informasi samar yang tertera dalam catatan tawarikh orang China, sangat sedikit keterangan yang boleh didapati tentang pusat-pusat bandar Melayu sebelum munculnya bandar Melaka. Ketepatan lokasinya pun masih merupakan bahan dugaan, kecuali beberapa tempat yang bukti-bukti arkeologinya telah ditemukan. Walau bagaimanapun, peninggalan-peninggalan serta catatan-catatan sejarah menjadi saksi bahawa perkembangan bandar di Semenanjung memasuki era baru ketika Melaka (sebuah kampung nelayan biasa) dibina semula pada awal abad ke-15 dan beransur-ansur menjadi 'pusat perhentian, perdagangan dan pergaulan antarabangsa' (Hamzah Sendut, 1962)."
Text
Melaka
rumah
Bumbung rumah serambi Melaka adalah...
"Bumbung rumah serambi Melaka adalah dikira sebagai rumah bumbung Melayu, yakni menggunakan bumbung panjang lurus menempatkan tebar layar di tepi. "
Text
Melaka
rumah
Kedudukan lantai pada komponen bangunan...
"Kedudukan lantai pada komponen bangunan rumah serambi Melaka tidak sama. Ini haruslah berasaskan kepada fungsi ruang. "
Text
Melaka
rumah
Pada zaman dulu, sebelum datangnya pengaruh-pengaruh luar...
"Pada zaman dulu, sebelum datangnya pengaruh-pengaruh luar, rumah-rumah serambi Melaka menggunakan tangga kayu yang bertanggam dan diikat dengan rotan iaitu sama seperti yang digunakan pada kebanyakan rumah-rumah Melayu tradisional di Semenanjung Malaysia. "
Text
Melaka
rumah
Seperti juga dengan jenis-jenis rumah tradisi Melayu...
"Seperti juga dengan jenis-jenis rumah tradisi Melayu yang lain, tiang-tiang rumah serambi Melaka dikenali dengan beberapa nama iaitu tiang seri, tiang panjang, tiang serambi, tiang tongkat, tiang gantung, tiang pendek dan tiang tambah. "
Text
Melaka
rumah
Rumah Serambi Melaka yang terbesar...
"Rumah Serambi Melaka yang terbesar dikenali sebagai rumah tiang enam belas iaitu ibu rumahnya menempatkan enam belas batang tiang utama. Tiang-tiang tersebut terdiri daripada lapan batang tiang serambi sama naik dan lapan batang tiang panjang. "
Text
Melaka
rumah
Rumah-rumah serambi Melaka yang asal menggunakan...
"Rumah-rumah serambi Melaka yang asal menggunakan dua belas batang tiang utama pada rumah ibu. Tiang-tiang tersebut terdiri dari enam batang tiang serambi sama naik dan enam batang tiang panjang. "
Text
Melaka
rumah
Di Melaka kita masih dapat...
"Di Melaka kita masih dapat melihat di mana-mana juga rumah serambi Melaka, tetapi suatu perkara orang ramai kurang mengetahuinya ialah rumah-rumah tersebut terdiri daripada dua jenis yang berlainan. Jenis pertama ialah rumah serambi Melaka Tiang Dua Belas, dan jenis kedua ialah rumah serambi Melaka Tiang Enam Belas. "
Text
Melaka
rumah
Penyebaran rumah-rumah Serambi Melaka di Kampung Bharu...
"Penyebaran rumah-rumah Serambi Melaka di Kampung Bharu di Wilayah Persekutuan telah bermula di awal kurun ke 19 di mana waktu itu Lembah Klang sedang berkembang dengan pesatnya, kerana pembukaan perusahaan melombong biji timah. "
Text
Melaka
rumah
Rumah Serambi Melaka
Text
kaligrafi
kesenian islam
...2 more
Penggunaan kaligrafi di Alam Melayu begitu ketara...
"Penggunaan kaligrafi di Alam Melayu begitu ketara apabila mata wang rasmi kerajaan Melaka di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1455-59) menggunakan motif kaligrafi sebagai reka bentuknya."
Text
Melaka
padi
Jelapang padi selatan, angan-angan atau cita-cita?
Pengeluaran padi di Melaka adalah tertinggi kerana sumber tanah yang subur dan ia mampu menampung keperluan negeri-negeri lain.
Text
anyaman
Melaka
Anyaman Mengkuang dan Pandan di Kampung Sempang, Merlimau Melaka
Kertas projek ini mengandungi deskripsi tentang memproses bahan mengkuang dan pandan yang diusahakan oleh wanita-wanita di Kampung Sempang, Merlimau, Melaka. Selain dari itu adalah berkaitan alat-alat yang digunakan didalam pemerosesan di samping juga mengkaji proses-proses yang terlibat dan juga berkaitan tentang pemasaran dan pemodenan yang dilakukan oleh badan-badan tertentu dalam bidang anyaman bagi meningkatkan lagi fungsinya di dalam masyarakat moden.
Text
Melaka
Melayu
...3 more
Perhiasan dan Pakaian Pengantin Melayu Melaka
Sebagai sebuah negeri yang tertua di Malaysia, Melaka mempunyai identiti budaya yang tersendiri yang dapat dilihat dan diteliti dari banyak aspek, antaranya ialah dari pakaiannya. Sejarah perkembangan pakaian pengantin masyarakat Melayu Melaka menunjukkan bahawa pengantin Melayu Melaka tidak mempunyai identiti pakaian dan perhiasan yang tepat. Ia bercampurbaur dengan pengaruh budaya luar yang satu masa dahulu datang ke Melaka untuk motif perdagangan dan agama. Apa yang lebih menarik lagi ialah dalam perkembangan pakaian ini ialah ia senantiasa diubahsuaikan mengikut tampuk pemerintahan, agama dan budaya yang datang bertandang ke Melaka.
Text
Ahmad Zahid Hamidi
BN
...5 more
DUN bawah BN bubar serentak
Kecuali DUN Melaka, Johor dan Sabar bagi memberi laluan kepada PRU15
Text
aidilfitri
bas tambahan
...3 more
Tiada perkhidmatan bas tambahan kali ini
Melaka Sentral, Melaka memaklumkan belum menerima sebarang permohonan daripada syarikat-syarikat bas ekspres untuk menyediakan perkhidmatan bas tambahan ke Pantai Timur dan Utara.
Text
bazar
bazar ramadan
...4 more
Roti john RM5 jadi tumpuan
Seorang peniaga roti john di Bazar Ramadan Peringgit Melaka masih mengekalkan harga makanan itu RM5 meskipun terkesan dengan kenaikan harga barangan mentah.
Text
aidilfitri
baju raya
...7 more
15,000 pakaian percuma untuk golongan B40
Di Butik Rakyat Rahmah RUTC, Klebang, Pulau Gadong, Melaka menawarkan pakaian percuma buat golongan B40 serta merekan yang memerlukan. Ini merupakan kali keempat mereka menjalankan program ini. Pada tahun ini, pengunjung bukan sahaja layak membawa pulang lima pasang pakaian, malah mereka juga akan diberikan beras percuma oleh pihak penganjur. Oleh itu, inisiatif ini bukan sahaja dapat membantu persiapan untuk raya, malah ia juga membantu mereka yang memerlukan makanan.
Text
baju raya
Melaka
...5 more
Butik Rahmah sedia 15,000 baju raya percuma
Butik Rahmah di Melaka ini menyumbangkan kira-kira 15,000 pakaian baharu dan terpakai untuk golongan yang memerlukan mengambilnya dengan percuma. Inisiatif ini bukan sahaja membantu golongan memerlukan, malah ia juga merupakan medium bagi golongan berkemampuan untuk salurkan baju terpakai atau baju baharu yang mereka ingin sedekahkan. Baju-baju ini akan dipilih dan dibasuh sebelum dipamerkan di kedai mereka.
Text
Ahmad Zahid Hamidi
Melaka
Politik Melaka kembali jadi tumpuan
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->