Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (14 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: perdagangan
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
haiwan
monyet
...1 more
Perdagangan monyet di bangladesh
Sebuah syarikat di Amerika telah menandatangani perjanjian mengimport monyet dari Bangladesh. Berdasarkan perjanjian tersebut Bangladesh akan mengeksport sejumlah 71-500 ekor monyet dan ungka dalam tempoh 10 tahun.
Text
masyarakat Melayu
perdagangan
...3 more
Sumber ekonomi masyarakat Melayu adalah...
"Sumber ekonomi masyarakat Melayu adalah dari sumber pertanian serta perikanan yang mana mereka bergantung hidup terhadap alam semula jadi. Segala sumber pertanian seperti rempah ratus dan hasil nelayan diperdagangkan."
Text
Belanda
Melaka
...4 more
Pada tahun 1795 Melaka diserahkan oleh Belanda...
"Pada tahun 1795 Melaka diserahkan oleh Belanda kepada Inggeris. Dengan mengisytiharkannya sebagai pelabuhan perdagangan bebas, Inggeris berjaya menghidupkan semula kemasyhuran Melaka. Hal ini menimbulkan perasaaan cemburu pihak penguasa di Pulau Pinang. Dengan hujah bahawa bandar Melaka akan terpaksa diserahkan kembali kepada Belanda, Syarikat Hindia-Timur dibujuk untuk memusnahkan infrastruktur bandar tersebut supaya tidak akan berdaya menjadi saingan kepada Pulau Pinang kelak."
Text
Belanda
Melaka
...2 more
Pada tahun 1641 orang Belanda menyerang...
"Pada tahun 1641 orang Belanda menyerang dan berjaya merampas Melaka setelah menghadapi pertempuran hebat yang mengakibatkan pelabuhan itu binasa menjadi tumpukan puing. Serangan Belanda ini lebih dahsyat daripada serangan Portugis 130 tahun sebelumnya. Peranan pelabuhan Melaka semakin berkurangan, kerana Belanda menggunakannya lebih sebagai benteng untuk mengawasi kepentingan mereka di selat Melaka berbanding sebagai pusat perdagangan."
Text
Melaka
perdagangan
...2 more
Walaupun Islam telah masuk ke Semenanjung...
"Walaupun Islam telah masuk ke Semenanjung lebih awal lagi, baru sejak penubuhan Melaka pada permulaan abad ke-15 perubahan penting mulai berlaku. Melaka beransur-ansur menjadi sebuah emporium perdagangan paling terkenal di dunia dan sekali gus menjadi pusat penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu."
Text
China
India
...2 more
Perkembangan perdagangan laut antara barat...
"Perkembangan perdagangan laut antara barat dan timur serta penyerapan segi-segi kebudayaan India serta interaksi dengan China merupakan faktor penting yang menyebabkan tumbuhnya negara-negara kota ke-india-an ibu kota negeri-negeri kecil dan seterusnya menjadi agen penting yang mempengaruhi proses paling awal pembandaran di Semenanjung Tanah Melayu."
Text
bandar
ibu kota
...3 more
Selama berabad-abad, seiring dengan perkembangan perdagangan...
"Selama berabad-abad, seiring dengan perkembangan perdagangan, pelabuhan serta ibu kota negeri-negeri Melayu itu bertambah besar dan menarik lebih ramai lagi penduduk. Berkat meningkatnya cara-cara hidup bandar yang diperkenalkan oleh saudagar-saudagar asing, tempat-tempat tumpuan penduduk itu beransur-ansur memperolehi sifat-sifat kebandaran. Maka, pada pertengahan abad kesembilan belas kedudukan Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuala Dungun, Pekan, Johor Lama, Bandar Maharani, Klang, Kuala Selangor dan Kota Setar sebagai bandar sudah menjadi kukuh (Hamzah Sendut, 1962).
Text
kerajaan Melayu Islam
Melaka
...2 more
Semangat mubaligh Kristian serta kekejaman orang-orang...
"Semangat mubaligh Kristian serta kekejaman orang-orang Portugis, ditambah pula dengan dasar perdagangan mereka yang bersifat monopoli telah menimbulkan kerajaan-kerajaan Melayu Islam untuk berhubungan dengan mereka. Tidaklah menghairankan jika saudagar-saudagar Melayu selalu berusaha untuk menghindarkan penggunaan Melaka sebagai pelabuhan perantaraan."
Text
Melaka
Parameswara
...3 more
Berkat kecerdikan Parameswara menggunakan persahabatan...
"Berkat kecerdikan Parameswara menggunakan persahabatan dan perlindungan dari China, Melaka bukan sahaja berjaya mengukuhkan kemerdekaannya tanpa sebarang ancaman dari Siam, tetapi juga menarik perhatian pedagang-pedagang China dan selanjutnya menambah minat saudagar-saudagar dari barat dan timur untuk berniaga di situ."
Text
catatan sejarah
Melaka
...3 more
Selain daripada informasi samar yang tertera...
"Selain daripada informasi samar yang tertera dalam catatan tawarikh orang China, sangat sedikit keterangan yang boleh didapati tentang pusat-pusat bandar Melayu sebelum munculnya bandar Melaka. Ketepatan lokasinya pun masih merupakan bahan dugaan, kecuali beberapa tempat yang bukti-bukti arkeologinya telah ditemukan. Walau bagaimanapun, peninggalan-peninggalan serta catatan-catatan sejarah menjadi saksi bahawa perkembangan bandar di Semenanjung memasuki era baru ketika Melaka (sebuah kampung nelayan biasa) dibina semula pada awal abad ke-15 dan beransur-ansur menjadi 'pusat perhentian, perdagangan dan pergaulan antarabangsa' (Hamzah Sendut, 1962)."
Text
China
India
...3 more
Walaupun terdapat tanda-tanda bahawa pertukaran...
"Walaupun terdapat tanda-tanda bahawa pertukaran barangan dengan India telah bermula sejak abad ke-6 sebelum Masihi, barulah mulai awal zaman Kristian perdagangan dua hala itu menjadi lebih teratur dan bermakna. Ini kerana hubungan antara India dan Siberia yang merupakan sumber emas bagi orang India pada waktu itu terputus, mereka terpaksa memandang ke timur. Orang India segera menyedari bahawa Semenanjung serta pulau-pulau di sekitarnya bukan sahaja ideal sebagai stesen perdagangan dalam perjalanan ke negeri China, tetapi juga kaya dengan sumber emas, timah dan hasil-hasil hutannya sendiri."
EDL
perdagangan
...1 more
TNB - EDL (Laos) jalin dagangan rentas sempadan
Kerjasama dalam memacu dagangan rentas sempadan dan pembangunan model insan antara TNB dan EDL.
Ekonomi Madani
pelaburan
...1 more
Aliran pelaburan Malaysia kekal positif
Pertumbuhan kukuh suku pertama dijangka berterusan pada suku kedua 2023.
Firma Malaysia
Indonesia
...7 more
Ibu Kota Nusantara manfaat kerjasama perdagangan
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2