Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (8 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: pelabuhan
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Belanda
Melaka
...4 more
Pada tahun 1795 Melaka diserahkan oleh Belanda...
"Pada tahun 1795 Melaka diserahkan oleh Belanda kepada Inggeris. Dengan mengisytiharkannya sebagai pelabuhan perdagangan bebas, Inggeris berjaya menghidupkan semula kemasyhuran Melaka. Hal ini menimbulkan perasaaan cemburu pihak penguasa di Pulau Pinang. Dengan hujah bahawa bandar Melaka akan terpaksa diserahkan kembali kepada Belanda, Syarikat Hindia-Timur dibujuk untuk memusnahkan infrastruktur bandar tersebut supaya tidak akan berdaya menjadi saingan kepada Pulau Pinang kelak."
Text
Belanda
Melaka
...2 more
Pada tahun 1641 orang Belanda menyerang...
"Pada tahun 1641 orang Belanda menyerang dan berjaya merampas Melaka setelah menghadapi pertempuran hebat yang mengakibatkan pelabuhan itu binasa menjadi tumpukan puing. Serangan Belanda ini lebih dahsyat daripada serangan Portugis 130 tahun sebelumnya. Peranan pelabuhan Melaka semakin berkurangan, kerana Belanda menggunakannya lebih sebagai benteng untuk mengawasi kepentingan mereka di selat Melaka berbanding sebagai pusat perdagangan."
Text
bandar
ibu kota
...3 more
Selama berabad-abad, seiring dengan perkembangan perdagangan...
"Selama berabad-abad, seiring dengan perkembangan perdagangan, pelabuhan serta ibu kota negeri-negeri Melayu itu bertambah besar dan menarik lebih ramai lagi penduduk. Berkat meningkatnya cara-cara hidup bandar yang diperkenalkan oleh saudagar-saudagar asing, tempat-tempat tumpuan penduduk itu beransur-ansur memperolehi sifat-sifat kebandaran. Maka, pada pertengahan abad kesembilan belas kedudukan Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuala Dungun, Pekan, Johor Lama, Bandar Maharani, Klang, Kuala Selangor dan Kota Setar sebagai bandar sudah menjadi kukuh (Hamzah Sendut, 1962).
Text
Melaka
pelabuhan
...1 more
Pada awal abad ke-16 bandar Melaka...
"Pada awal abad ke-16 bandar Melaka dianggarkan mempunyai penduduk antara 40,000 dan 50,000 orang (Meilink-Roelofsz, 1962). Ulasan peribadi Duarte Barbosa (1875) menggambarkannya sebagai: "sebuah pelabuhan laut yang sangat kaya, tempat tumpuan saudagar-saudagar borongan dan kapal-kapal pedagang yang paling ramai di seluruh dunia."
Text
Melaka
pelabuhan
...1 more
Bandar kota Melaka dibelah oleh sungai Melaka...
"Bandar kota Melaka dibelah oleh sungai Melaka menjadi dua bahagian yang dihubungkan oleh sebuah jambatan kayu. Sungai itu tak ubahnya berfungsi sebagai 'lebuh raya utama' yang penuh dengan lalu lintas perahu dan sampan menghubungkan bandar dan pedalaman di satu pihak, serta di lain pihak pula menghubungkan kapal-kapal dan perahu-perahu besar yang berlabuh di tepi laut tidak berapa jauh dari muara sungai."
Text
Melaka
Parameswara
...3 more
Parameswara memeluk agama Islam di Sumatera...
"Parameswara memeluk agama Islam ketika berkahwin dengan puteri Raja Pasai, sebuah kerajaan Islam di Sumatera sebelah utara. Semenjak itu Melaka menjadi pelabuhan niaga yang menjadi tempat tumpuan saudagar-saudagar Arab serta India Islam, dan lama kelamaan menjadi pusat penyebaran agama Islam ke seluruh Nusantara."
Text
kedah
pelabuhan
...2 more
Suatu perkara yang menyebabkan Kedah...
"Suatu perkara yang menyebabkan Kedah begitu istimewa jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Pantai Barat adalah kerana ia terletak dekat sebuah gunung yang tinggi - Gunung Jerai - yang boleh nampak sejauh tiga puluh batu dari laut. Puncak gunung itu bukan sahaja merupakan mercu tanda tetapi juga menimbulkan makna kepercayaan tertentu bagi pelaut-pelaut India yang rupa-rupanya sangat menyukai pelabuhan tersebut."
Text
kampung
pelabuhan
...1 more
Dengan berkembangnya perdagangan, kampung-kampung yang...
"Dengan berkembangnya perdagangan, kampung-kampung yang menduduki tempat strategik seperti di muara sungai mungkin tumbuh menjadi pelabuhan-pelabuhan niaga dan lambat laun ibu kota negeri-negeri kecil. Jadi dapatlah dikatakan bahawa orang Melayu telah mulai mengembangkan sistem pemerintahan yang menggabungkan masyarakat di peringkat antara kampung."
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2