Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (45 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: masjid
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
cina
masjid
...2 more
Penggunaan batu-bata dan genting pun...
"Penggunaan batu-bata dan genting pun mungkin adalah sebagai pengaruh seni bina Cina, kerana masjid-masjid asli yang sama bentuknya yang terdapat di sebelah barat Selat Melaka terutama di daerah Minangkabau dibuat dari kayu dan atap ijuk (serat yang diambil dari pokok enau)."
Text
cina
masjid
...1 more
Masjid-masjid tua di Melaka seperti...
"Masjid-masjid tua di Melaka seperti Kampung Hulu, Kampung Hulu, Kampung Keling dan Tranquerah mempunyai pintu gerbang yang dipengaruhi oleh pintu gerbang Cina dan hiasan-hiasan dinding yang diperbuat daripada tembikar Cina. Semuanya itu membuktikan adanya pengaruh Cina terhadap seni bina tempatan."
Text
India Utara
masjid
...2 more
Pemerintahan Kolonial British sengaja membawa...
"Pemerintahan Kolonial British sengaja membawa gaya seni bina India Utara ini untuk reka bentuk masjid dan bangunan pejabat kerajaan dalam rangka mengambil hati raja-raja Melayu. Mereka menganggap seni bina India Utara itu melambangkan seni bina Islam."
Text
India Utara
kubah
...2 more
Reka bentuk masjid India Utara...
"Reka bentuk masjid India Utara biasanya menggunakan sebuah kubah besar bentuk bawang yang dikelilingi oleh beberapa buah kubah kecil."
Text
China
masjid
...3 more
Persahabatan yang erat antara kerajaan Melaka dan...
"Persahabatan yang erat antara kerajaan Melaka dan kerajaan China pada abad ke-15 dan 16 telah membawa pengaruh China ke dalam seni bina tempatan. Maka wujudlah suatu gaya masjid yang unik yang disebut gaya Melaka; masjid itu menggunakan batu bata, atap genting dengan perabung berhiaskan ukiran China dan didampingi oleh sebuah menara menyerupai pagoda China."
Text
dewa
Hindu-Buddha
...2 more
Memandangkan sebelum kedatangan Islam penduduk...
"Memandangkan sebelum kedatangan Islam penduduk Nusantara dipengaruhi ajaran Hindu-Buddha, tidak menghairankan jika bentuk 'piramid bertingkat' yang biasa digunakan sebagai tempat pemujaan dewa dan aktiviti masyarakat di zaman itu, telah diambil alih dan diubah suai untuk dijadikan masjid."
Text
kesenian islam
kubah
...2 more
Pembinaan Masjid Negara di Kuala Lumpur...
"Pembinaan Masjid Negara di Kuala Lumpur pada tahun 1963 telah menjelmakan dimensi baru dalam bentuk kubah. Arkiteknya Datu Baharuddin Kasim telah mereka bentuk kubahnya seakan payung yang sedang berkembang: Masjid ini mempunyai kubah berbentuk baru yang berbeza daripada kubah berbentuk bulat. Bentuk ini banyak ditiru di serata tempat di negara ini."
Text
kesenian islam
masjid
...2 more
Bentuk-bentuk masjid awal yang bertebaran...
"Bentuk-bentuk masjid awal yang bertebaran di alam Melayu mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang hampir sama. Walau bagaimanapun unsur-unsur penting dalam masjid seperti arah kiblat, mimbar, mihrab, ruang sembahyang, tempat wudu' merupakan unsur-unsur asas yang terus berkekalan. Manakala kubah dan menara telah banyak diubahsuai. Bumbung bentuk meru telah menggantikan kubah sedangkan masjid-masjid yang awal di alam Melayu tidak mempunyai menara."
Text
kesenian islam
masjid
...2 more
Di kebanyakan tempat di Kepulauan Melayu...
"Di kebanyakan tempat di Kepulauan Melayu, pada umumnya masjid menggambarkan gaya seni bina tradisi Melayu, iaitu bumbungnya berbentuk meru dengan bumbung bertangkup tiga sehingga lima. Bumbung bentuk ini begitu luas di bahagian bawah dan tirus di bahagian atas."
Text
kesenian islam
masjid
Masjid yang pertama didirikan di Semenanjung...
"Masjid yang pertama didirikan di Semenanjung Tanah Melayu ialah Masjid Kampung Laut yang terletak di Nilam Puri, Kelantan. Berhubung dengan pembinaannya, setengah pendapat mengatakan, ia dibina oleh alim ulama dari Jawa. Dari segi bentuknya ia mempunyai dinding tiga tangkup dan bertiang sama seperti Masjid Agung Demak."
Text
kedatangan islam
kesenian islam
...2 more
Kedatangan Islam ke Alam Melayu...
"Kedatangan Islam ke Alam Melayu turut mengikis sisa-sisa Hindu-Buddha yang telah bertapak di wilayah Langkasuka dan Sri Vijaya. Kuil-kuil mulai ditinggalkan, manakala satu demi satu bangunan masjid mulai didirikan. Islam bukan sahaja merubah sistem kepercayaan penduduk tempatan, malahan turut mempersembahkan tamadun yang menjelma sebagai satu cara hidup yang unggul."
Text
gaya kufi
kesenian islam
...1 more
Gaya kufi dan thuluth digunakan...
"Gaya kufi dan thuluth digunakan begitu meluas di permukaan dinding masjid, pada ukiran-ukiran kayu, tekstil, barang-barang kemas dan pertukangan logam yang lain. Manakala fungsinya tidak terrhad kepada hiasan tetapi lebih ke arah pendidikan."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Bentuk menara masjid juga mempengaruhi...
"Bentuk menara masjid juga mempengaruhi perkembangan seni bina barat. Sebenarnya masjid-masjid yang awal di dunia Islam tidak mempunyai menara. Bentukl menara masjid hanya muncul pada tahun 534 H. di Mesir."
Text
India
kesenian islam
...2 more
Di India istana hampir menyerupai seni bina...
"Di India istana hampir menyerupai seni bina masjid, coranya memperlihatkan gabungan antara gaya Parsi dan tempatan. Pada zaman dinasti Moghul sekitar tahun 1500 Sultan Akbar mendirikan sebuah istana kediaman di Fathpur Sikri yang diperbuat dari batu merah yang disusun, kelihatan sangat hebat tambahan pula dengan ukuran yang sangat besar."
Text
India
kesenian islam
...2 more
Bentuk binaan masjid di India...
"Bentuk binaan masjid di India pada umumnya diketahui menyerupai bentuk masjid lapangan yang mungkin telah dikenali sejak seni bina masjid diperkenalkan oleh Mahmud Gaznawi."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Dilihat dari penghasilan karya zaman Abbasiyah...
"Dilihat dari penghasilan karya pada zaman Abbasiyah berbeza sedikit dengan zaman Umaiyah yang banyak menghasilkan bangunan-bangunan masjid, sedangkan penghasilan karya Abbasiyah lebih tertumpu kepada pembangunan istana."
Text
kesenian islam
masjid
...2 more
Dari segi fungsi, timbul pada zaman Uthmaniyah...
"Dari segi fungsi, timbul pada zaman Uthmaniyah ini masjid yang mempunyai dua tujuan. Selain mempunyai tujuannya yang lazim, ia juga mempunyai fungsi kemasyarakatan. Misalnya dikatakan terdapat masjid yang dilengkapi dengan dapur umum yang diuntukkan khusus bagi memberi makan fakir-fakir miskin sesuai dengan tuntutan ajaran Islam yang menitikberatkan kasih sayang dan belas kasihan sesama umat Allah SWT."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Suatu hal yang dikira baharu dalam...
"Suatu hal yang dikira baharu dalam seni bina Islam gaya Uthmaniyah ini, ialah munculnya perancangan bangunan oleh seorang ahli seni bina yang khusus mempelajari bidang seni bina. Sinan seorang ahli seni bina yang mempelajari seni bina di Yunan telah berjaya menghasilkan berbagai-bagai bentuk bangunan sebagai hasil karyanya. Di antaranya termasuklah masjid Sultan Sulaiman di Istanbul."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Seni bina Islam gaya Uthmaniyah...
"Seni bina Islam gaya Uthmaniyah ini mengandungi unsur-unsur gaya Saljuk dan unsur-unsur pengaruh dari seni Byzantine. Dalam seni bina masjid pada umumnya terdapat tiga gaya yang dikemukakan, iaitu masjid lapangan, masjid madrasah dan masjid kubah."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Kebanyakan masjid menyediakan tempat berwudu'...
"Kebanyakan masjid menyediakan tempat berwudu' di bahagian hadapan atau halaman masjid. Ia biasanya terletak di ruang jalan masuk ke dewan sembahyang."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Mihrab merupakan struktur terpenting pada...
"Mihrab merupakan struktur terpenting pada sesebuah masjid. Ia didirikan menghala ke Makkah dan berfungsi sebagai menandakan arah kiblat sembahyang. Semasa sembahyang berjemaah kedudukan imam biasanya di hadapan mihrab."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Kubah adalah sebahagian daripada bangunan masjid...
"Kubah adalah sebahagian daripada bangunan masjid yang terletak di atas masjid. Tegak di tengah masjid, menjadikannya seolah-olah bumbung masjid itu sendiri. Pada mulanya, kubah hanya terdapat pada istana-istana Byzantine dan Parsi, kemudian diambil oleh umat Islam dan dijadikan sebahagian daripada bumbung masjid."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Menara ialah tempat muazzin melaungkan...
"Menara ialah tempat muazzin melaungkan azan yang biasanya terletak di samping masjid. Menara dibuat tinggi dengan maksud untuk memanggil orang ramai melakukan solat berjemaah di masjid atau supaya suara muazzin itu kedengaran sampai ke tempat yang jauh."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Bentuk segi empat yang menjadi dasar...
"Bentuk segi empat yang menjadi dasar bangunan masjid selama ini, memungkinkan tidak wujudnya satu pembentukan kubah yang baik dari segi bentuk bulatnya. Oleh itu akhirnya terbentuk asas kubah yang terdiri daripada segi lapan yang didirikan atas asas bangunan yang berbentuk segi empat."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Seni bina Islam mengalami dua tempoh...
"Seni bina Islam mengalami dua tempoh perkembangan oleh bangsa Arab dan perkembangannya oleh bangsa Turki. Perkembangannya oleh bangsa Arab ialah melalui khalifah-khalifah Islam yang memerintah. Di sini objek penting dan utama ialah banguanan-bangunan masjid. Di Turki perkembangan seni bina Islam diambil peranannya oleh kaum Saljuk, empayar yang menubuhkan seni bina Islam dengan bentuk dan gaya kaum Saljuk."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Satu daripada kerja seni bina Islam...
"Satu daripada kerja seni bina Islam yang terawal dan yang paling sempurna ialah pembinaan Dome of the Rock di Bait al-Maqdis. Hasil kerja ini dapat menggambarkan keharmonian antara langit dengan bumi, bulatan dan empat segi, stabil, damai dan teguh yang menjadi ciri seni bina Islam yang sebenarnya. Dome of the Rock mempunyai erti yang istimewa kerana dari bahagian bumi/batu di bawah dome itu Rasulullah memulakan Mi'raj menuju sidrat al-Muntaha menemui hadrat Ilahi."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Masjid al-Haram
Masjid al-Haram tidaklah mempunyai banyak keistimewaan jika dibandingkan dengan masjid-masjid lain yang turut terkenal, hal ini kerana keistimewaan Masjid al-Haram terletak pada tarafnya di sisi Allah SWT. Terdapat Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam bersembahyang dan masjid al-Haram ini juga menjadi tempat bermulanya Isra' Rasulullah SAW sebelum ke masjid al-Aqsa dan seterusnya di mi'rajkan ke langit oleh Allah SWT.
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Dalam hubungan sosial dan kebajikan umat...
"Dalam hubungan sosial dan kebajikan umat, masjid juga dijadikan tempat penginapan percuma bagi musafir. Dalam setiap hal pemikiran umat Islam terarah kepada masjid dan persekitarannya. Setiap langkah yang terhala ke masjid dengan niat ibadat dinilai dengan satu darjat kebaikan."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Rasulullah SAW menyelesaikan berbagai-bagai masalah di masjid...
"Rasulullah SAW menyelesaikan berbagai-bagai masalah di masjid. Dengan itu masjid dijadikan tempat persidangan untuk membahaskan soal-soal hukum dan keadilan. Ia juga berfungsi sebagai tempat menyelesaikan persoalan masyarakat dan negara. Pada zaman Khalifah Umar terbentuk dua dewan yang bertanggungjawab memberi nasihat. Beliau lakukan persidangannya di masjid. Khalifah Abu Bakar menyelesaikan masalah pentadbiran pemerintahan di masjid, termasuklah penerimaan delegasi dari negara lain."
Text
kesenian islam
masjid
...2 more
Perpustakaan Islam merupakan sumber dari...
"Perpustakaan Islam merupakan sumber dari ajaran, sejarah, pendidikan dan penerangan atau dakwah Islamiyah. Oleh sebab segala pengajaran, pendidikan dan penerangan itu dilakukan di dalam masjid, maka wajarlah pada masa sekarang setiap masjid mempunyai perpustakaan. Walaupun hal ini tidak ada pada zaman Rasulullah secara fizikal, namun pada konsepnya telah wujud, berdasarkan wahyu yang pertama."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Masjid juga sebagai tempat umat Islam...
"Masjid juga sebagai tempat umat Islam berkumpul. Solat fardu lima waktu sehari semalam menjadikan masjid tempat berkumpulnya umat Islam lima kali sehari. Perhimpunan yang lebih besar dari segi bilangan dan maknanya akan dilakukan setiap hari Jumaat."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Baghdad dikenali sebagai kota budaya...
"Baghdad dikenali sebagai kota budaya: Kecemerlangannya dikisahkan dalam Hikayat Seribu Satu Malam. Malahan banyak para penulis menganggap Baghdad sebagai mutiara pusat kebudayaan."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik...
"Pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik telah dicipta dua binaan masjid yang terpenting ertinya dalam Muqaddis sebagai pusat pengembangan agama Islam yang baru di samping Makkah yang telah sedia ada. Pada mulanya ia mendirikan masjid di atas batu keramat yang dianggap suci oleh penganut-penganut Kristian dan Yahudi. Masjid yang dinamakan masjid Umar itu dikenali di kalangan orang Arab sebagai Qubbah al-Sakhrah. Masjid berikutnya yang dikatakan dibangunkan oleh Abdul Malik ialah masjid al-Aqsa yang didirikan di atas pelantaran bernama Haram al-Syarif. Di masjid inilah Nabi Muhammad SAW dimi'rajkan oleh Allah SWT menuju Sidrat al-Muntaha."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Binaan masjid pada zaman awalnya...
"Binaan masjid pada zaman awalnya tidak sahaja kecil dari segi saiz malahan kebiasaannya dibina di persisiran kota, jauh dari persekitaran yang sibuk yang dikenali sebagai musolla. Musolla mempunyai satu lapangan tempat berkumpul dan cirinya tetap menyerupai masjid."
Text
kesenian islam
masjid
...1 more
Seni bina masjid
Text
masjid
moreh
...1 more
Sedekah McDonald's Malaysia imarah Ramadan, prihatin komuniti
McDonald Malaysia telah mengadakan tajaan moreh kepada banyak suarau dan masjid di seluruh negara menjelang Ramadhan tahun ini.
Text
masjid
Ramadhan
...1 more
Masjid Kapitan Keling beri hadiah anak solat Tarawih
Kanak - kanak akan diberikan buku khas untuk ditanda oleh penguerusi masjid menjadi lambang bukti kehadiran mereka dan akan diberi hadiah
Text
masjid
seni ukir Melayu
Ukiran di mesjid
Pada bangunan mesjid, mimbar dan nisan, kita dapat saksikan penggunaan seni ukir Melayu yang berkaitan dengan agama Islam.
Text
kanak-kanak
masjid
...3 more
Pusat jagaan anak-anak bantu ibu bapa solat tarawih dengan tenang.
Pihak penganjur telah menyedikan perkhidmatan menjaga anak-anak bagi membantu ibubapa fokus dalam menjalankan ibadah.
Text
masjid
masyarakat
...2 more
Dapat hadiah solat tarawih 20 rakaat
Setiap kanak - kanak yang menyelesaikan solat tarawih sehingga 20 rakaat akan ditanda tangan buku oleh pengerusi majlis dan memperoleh hadiah.
Text
kebun
masjid
'Masjid dalam Kebun' jana pendapatan
Masjid Jamek Pengkalan Hulu menghijaukan masjid dengan pertanaman bukan sahaja ingin mendidik komuniti, malah menjanakan ekonomi negara.
Text
masjid
Puasa
...1 more
Imam tarawih dari Thailand jadi rebutan
Imam terawih yang dipilih kebanyakkan dari pelajar tahfiz. Dijangka pendapatan jawatan sebagai imam terawih dijangka mencecah lima angka.
Text
istana
masjid
...4 more
Bentuk dan Corak Ukiran Kayu Tradisi Melayu: Kajian Khas pada Masjid, Rumah Tradisi dan Istana Lama di Terengganu
Kajian ini adalah berkisar tentang kesenian khususnya seni ukiran kayu Melayu tradisi. Pengkaji membincangkan tentang bentuk dan corak ukiran dan dilihat dari sudut di mana ianya mengandungi unsur-unsur perlambangan budaya masyarakat.
Text
duit raya
masjid
...3 more
Tarawih penuh dapat duit raya RM100
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kariah masjid di negeri ini untuk mengimarahkan masjid terutamanya pada bulan Ramadan.
Text
kepala desa
Kotogadang
...2 more
Kaba kampuang
mengenai masjid dan surau yang terdapat di Kotogadang
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2