Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (32 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: rumah
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
pengaruh Belanda
rumah
Di samping bentuk bumbung, pengaruh Belanda...
"Di samping bentuk bumbung, pengaruh Belanda juga membawa perubahan kepada susunan bilik-bilik di dalam rumah, dan pada letak lantai. Kalau dalam rumah asli lantai biasanya 6 kaki di atas paras tanah, rumah-rumah kebelakangan lantainya lebih rendah."
Text
bumbung
pengaruh Belanda
...1 more
Bentuk yang paling awal dan sederhana...
"Bentuk yang paling awal dan sederhana dari pengaruh Belanda ialah bumbung 'perabung lima'. Kalau bentuk asli mempunyai sebuah perabung yang membujur sepanjang rumah, perabung lima mempunyai lima perabung, satu mendatar dan empat menurun ke penjuru bumbung."
Text
pengaruh seni bina asing
Portugis
...1 more
Menurut Kennedy (1970), pada masa pemerintahan Portugis...
"Menurut Kennedy (1970), pada masa pemerintahan Portugis, kampung yang terletak di sebelah utara benteng yang penduduknya terdiri dari orang Melayu, Cina dan Tamil, tinggal dalam rumah dari kayu dan atap genting, Tetapi kampung-kampung lain seperti Bandar Hilir dan Bandaraya masih terdiri dari rumah-rumah kayu dengan atap daun nipah atau rumbia."
Text
reka bentuk
rumah
...1 more
Pada mulanya jenis rumah yang dibina...
"Pada mulanya jenis rumah yang dibina adalah rumah teres satu atau dua tingkat dengan reka bentuk sederhana untuk kumpulan berpendapatan menengah dan rumah-rumah sebuah dengan tapak yang cukup luas untuk mereka yang berpendapatan tinggi."
Text
rumah
seni bina
...2 more
Di samping seni bina rumah, seni bina...
"Di samping seni bina rumah, seni bina tradisional Melayu juga menghasilkan surau, masjid dan istana yang kesemuanya menggunakan ciri-ciri dan butiran binaan yang bersamaan walaupun dalam skala yang berlainan."
Text
orang laut
rumah
...1 more
Rumah orang laut hampir sama dengan...
"Rumah orang laut hampir sama dengan rumah Melayu yang paling sederhana, dan biasanya menggunakan atap dan dinding nipah atau anyaman buluh. Rumah ini lebih permanen berbanding rumah orang asli yang mengembara dan biasanya didirikan di atas tiang-tiang di tepi pantai."
Text
kosmologi
orang Bali
...1 more
Kebanyakan rumah-rumah di Bali...
"Kebanyakan rumah-rumah di Bali berbentuk pavilion-pavilion yang disusun mengikut aturan kosmologi 'sembilan titik', yang terdiri daripada sebuah titik pusat dan delapan titik kardinal. Pusat rumah merupakan sebuah halaman terbuka, tempat kegiatan sehari-hari dijalankan."
Text
orang Bali
rumah
Rumah orang Bali diatur dalam sebuah...
"Rumah orang Bali diatur dalam sebuah taman dalam yang dikelilingi dengan dinding. Pintu masuknya berupa pintu terbuka yang dihadang dengan sebuah dinding tabir di sebelah dalam, sehingga seseorang harus berpaling ke samping untuk masuk."
Text
orang Nias
rumah
...1 more
Seperkara yang menarik ialah persamaan...
"Seperkara yang menarik ialah persamaan konsep antara rumah Nias dan rumah panjang Sarawak. Ruang di depan rumah di bawah unjuran bumbung boleh dianggap sama fungsinya dengan ruang awam pada beranda rumah panjang."
Text
kosmologi
orang Nias
...1 more
Kerangka bumbung rumah orang Nias...
"Kerangka bumbung rumah orang Nias sangat rumit binaannya; ia mempunyai sembilan aras berasingan, melambangkan sembilan lapis dunia atas dalam kosmologi Nias. Rumah juga diibaratkan sebagai badan seorang pemerintah (penguasa); di mana rasuk dan tiang melambangkan lengan dan kaki."
Text
kampung
orang Nias
...2 more
Kaum bangsawan di Pulau Nias...
"Kaum bangsawan di Pulau Nias disebut 'si ulu' bererti 'yang di atas', tinggal dalam rumah-rumah yang lebih tinggi dan terletak di bahagian tengah kampung. Begitu pula tugu-tugu mereka lebih besar dan tinggi daripada tugu-tugu orang awam. Semakin jauh dari pusat kampung, semakin sederhana rumah-rumahnya."
Text
barat-timur
paksi
...2 more
Peri pentingnya paksi barat-timur ini...
"Peri pentingnya paksi barat-timur ini kadang-kadang demikian kuat pengaruhnya sehingga ada suku bangsa, misalnya Toraja dan Nuaulu yang percaya bahawa cara orang tidur pun perlu mengikut paksi-paksi tersebut; kalau tidak, sudah tentu penyakit atau malapetaka akan datang menimpa. Paksi barat-timur sangat mempengaruhi orientasi rumah-rumah tradisional."
Text
rumah
seni bina
...1 more
Dari segi visual, pemisahan badan rumah...
"Dari segi visual, pemisahan badan rumah dan kolong rumah biasanya ditekankan dengan memasang papan kambi. Papan ini ada yang bersifat struktur tetapi ada juga yang bersifat hiasan sahaja; hiasan itu ada yang sederhana, tetapi banyak pula yang penuh dengan ukiran."
Text
rumah
seni bina
Kawasan sebelah bawah atau kolong...
"Kawasan sebelah bawah atau kolong rumah merupakan tempat paling kotor; di situlah sampah sarap dibuang, air kumbahan dapur dicurahkan dan binatang ternakan dipelihara dan ditambatkan."
Text
petempatan
rumah
...1 more
Dalam masyarakat tradisional, rumah dan petempatan...
"Dalam masyarakat tradisional, rumah dan petempatan merupakan unsur-unsur yang membantu mewujudkan 'rasa lokasi' (sense of location) yang mereka perlukan untuk mengorientasikan diri di alam semesta ini."
Text
rumah
seni bina
...1 more
Dumarcay (1990) menyatakan bahawa simbolisme...
"Dumarcay (1990) menyatakan bahawa simbolisme diserapkan sedikit demi sedikit ke dalam struktur rumah-rumah dengan tujuan memberi bentuk konkrit kepada susunan yang selalu mereka idamkan di tempat rumah itu didirikan. Simbolisme itu tumbuh secara perlahan-lahan dan bila teknik lama lambat laun berubah atau dilupakan, hanya bentuk yang nampak dikekalkan dan dibina dengan teknik baru."
Text
Asia Tenggara
kosmologi
...3 more
Asia Tenggara adalah sebuah wilayah...
"Asia Tenggara adalah sebuah wilayah yang sangat kaya dengan warisan seni bina yang sesuai dijadikan tempat penyelidikan pengaruh idea kosmologi terhadap rumah dan pola petempatan (Waterson, 1991)"
Text
Melaka
rumah
Bumbung rumah serambi Melaka adalah...
"Bumbung rumah serambi Melaka adalah dikira sebagai rumah bumbung Melayu, yakni menggunakan bumbung panjang lurus menempatkan tebar layar di tepi. "
Text
Melaka
rumah
Kedudukan lantai pada komponen bangunan...
"Kedudukan lantai pada komponen bangunan rumah serambi Melaka tidak sama. Ini haruslah berasaskan kepada fungsi ruang. "
Text
Melaka
rumah
Pada zaman dulu, sebelum datangnya pengaruh-pengaruh luar...
"Pada zaman dulu, sebelum datangnya pengaruh-pengaruh luar, rumah-rumah serambi Melaka menggunakan tangga kayu yang bertanggam dan diikat dengan rotan iaitu sama seperti yang digunakan pada kebanyakan rumah-rumah Melayu tradisional di Semenanjung Malaysia. "
Text
Melaka
rumah
Seperti juga dengan jenis-jenis rumah tradisi Melayu...
"Seperti juga dengan jenis-jenis rumah tradisi Melayu yang lain, tiang-tiang rumah serambi Melaka dikenali dengan beberapa nama iaitu tiang seri, tiang panjang, tiang serambi, tiang tongkat, tiang gantung, tiang pendek dan tiang tambah. "
Text
Melaka
rumah
Rumah Serambi Melaka yang terbesar...
"Rumah Serambi Melaka yang terbesar dikenali sebagai rumah tiang enam belas iaitu ibu rumahnya menempatkan enam belas batang tiang utama. Tiang-tiang tersebut terdiri daripada lapan batang tiang serambi sama naik dan lapan batang tiang panjang. "
Text
Melaka
rumah
Rumah-rumah serambi Melaka yang asal menggunakan...
"Rumah-rumah serambi Melaka yang asal menggunakan dua belas batang tiang utama pada rumah ibu. Tiang-tiang tersebut terdiri dari enam batang tiang serambi sama naik dan enam batang tiang panjang. "
Text
Melaka
rumah
Di Melaka kita masih dapat...
"Di Melaka kita masih dapat melihat di mana-mana juga rumah serambi Melaka, tetapi suatu perkara orang ramai kurang mengetahuinya ialah rumah-rumah tersebut terdiri daripada dua jenis yang berlainan. Jenis pertama ialah rumah serambi Melaka Tiang Dua Belas, dan jenis kedua ialah rumah serambi Melaka Tiang Enam Belas. "
Text
Melaka
rumah
Penyebaran rumah-rumah Serambi Melaka di Kampung Bharu...
"Penyebaran rumah-rumah Serambi Melaka di Kampung Bharu di Wilayah Persekutuan telah bermula di awal kurun ke 19 di mana waktu itu Lembah Klang sedang berkembang dengan pesatnya, kerana pembukaan perusahaan melombong biji timah. "
Text
Melaka
rumah
Rumah Serambi Melaka
Text
inflasi
rumah
Kenaikan harga hartanah tingkatkan hutang isi rumah
Hutang isi rumah di Malaysia dijangka akan terus meningkat kerana kenaikan harga hartanah terutama kediaman.
Text
ilmu
rumah
Apa yang perlu disediakan untuk membeli rumah
Membeli rumah baharu bukannya sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana process tersebut melibatkan transaksi yang mungkin paling besar dilakukan oleh seseorang individu.Sebelum memulakan proses mencari rumah yang diidamkan, pembeli perlu mengetahui bajet yang mereka perlukan,jenis rumah yang diinginkan dan kos-kos sampingan yang perlu disediakan untuk proses jual dan beli rumah.
Text
istana
masjid
...4 more
Bentuk dan Corak Ukiran Kayu Tradisi Melayu: Kajian Khas pada Masjid, Rumah Tradisi dan Istana Lama di Terengganu
Kajian ini adalah berkisar tentang kesenian khususnya seni ukiran kayu Melayu tradisi. Pengkaji membincangkan tentang bentuk dan corak ukiran dan dilihat dari sudut di mana ianya mengandungi unsur-unsur perlambangan budaya masyarakat.
Text
Melayu
rumah
Rumah Melayu: Suatu Penerangan Simbolik Rangka Asas dan Ruang
Dalam kertas projek ini, Rumah Melayu dibincangkan sebagai suatu konsep yang jauh berbeza dari konsep rumah moden. Rumah Melayu penting bukan sahaja sebagai alat gunaan tetapi juga sebagai peralatan simbolik. Analisis ini adalah berasaskan pendapat bahawa fungsi seorang pembina tradisi ialah sebagai "symbol-giver". Manakala pendekatan pada bentuk binaan moden menggambarkan kehendak-kehendak pragmatis, bentuk binaan tradisi pula lebih cenderung menggambarkan unsur-unsur simbolik. bentuk binaan ini pula berasas pada sifat organisasi dan world-view masyarakat yang membinanya. Sifat-sifat ini digambarkan secara simbolik pada binaan tersebut. Walaupun terdapat berbagai aspek simbolik pada binaan Rumah Melayu, penulis hanya akan memilih aspek-aspek rangka asas dan pembahagian ruang sahaja untuk diteliti kepentingan simboliknya.
Text
Melayu
rumah
...1 more
Rumah Melayu di Daerah Jempul, Bahau dengan Penumpuan Khusus ke atas Rumah Tradisional Melayu
Masyarakat Melayu menganggap rumah sebagai sebidang tempat yang jadi milik mereka di muka bumi ini, yang benar-benar adalah hak milik si penghuninya, jadi kalau orang Melayu yang tidak punya rumah sendiri, ia diibaratkan seperti sepohon pokok rendang yang berbunga tiada berbuah, tanpa memberi apa-apa sumbangan.
Rumah juga adalah satu peralatan budaya yang dicipta oleh manusia bagi memudahkan kehidupan mereka. Sememangnya tidak dapat dinafikan rumah Melayu adalah salah satu artifak budaya yang begitu unik dan ideal sifatnya. Dengan yang demikian bentuk-bentuk rumah tradisional Melayu yang dibina sebegitu rupa bukan setakat memenuhi nilai guna masyarakat Melayu. Ia merupakan satu perlambangan yang dapat memberikan suatu gambaran tentang sikap, nilai-nilai pemikiran serta corak kehidupan masyarakat dan budaya Melayu.
Text
hobby
rumah
...1 more
Kiasan dari Kampung Halaman
merupakan cerita yang dikiaskan
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->