Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (14 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: petempatan
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
orang asli
petempatan
...1 more
Rekod JHEOA (2002) pula menunjukkan...
"Rekod JHEOA (2002) pula menunjukkan tempat pendaratan pertama Suku Kanaq ialah di Sungai Papan yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Sungai Sedili dan masih di dalam daerah Kota Tinggi. Di sana mereka bekerja di ladang-ladang cengkih dan lada hitam milik pengusaha-pengusaha Cina. Setelah ladang-ladang itu ditutup, Sultan Johor mengarahkan mereka berpindah ke Lebak Mincin di kaki Gunung Panti dan diminta mengusahakan tanah di situ serta dilarang berpindah-randah lagi."
Text
orang asli
petempatan
KKB Pontian adalah petempatan asal orang...
"KKB Pontian adalah petempatan asal orang Duano sewaktu nenek moyang mereka bermastautin di Semenanjung Tanah Melayu. Kampung ini terletak di tebing sebelah kiri muara Sungai Benut menghala ke laut dalam mukim Sungai Pinggan. Pada awalnya orang Duano berkampung di tapak yang lebih hampir dengan laut, iaitu Kampung Lama. Kampung itu dikelilingi paya bakau dan rumah-rumah dibina di atas tiang-tiang tinggi."
Text
orang melayu
petempatan
Orang Melayu pada zaman awal tinggal...
"Orang Melayu pada zaman awal tinggal di kawasan perkampungan persisiran pantai. Mereka hidup secara berkelompok yang dinamakan kampung. Di dalam perkampungan ini mereka akan mengamalkan sistem hidup bermasyarakat. Kehidupan orang Melayu memiliki sistemnya tersendiri seperti sistem ekonomi, politik dan juga sosio budaya."
Text
petempatan
rumah melayu
Dari segi lokasi pula, penempatan rumah-rumah...
"Dari segi lokasi pula, penempatan rumah-rumah Melayu di tapak yang biasanya dikelilingi oleh tanam-tanaman dan pokok kelapa mewujudkan suasana persekitaran yang nyaman."
Text
Masyarakat Badui
petempatan
...1 more
Wessing (1977) telah membuat kajian tentang...
"Wessing (1977) telah membuat kajian tentang masyarakat Badui dan mendapati suatu hubung jalin yang menarik antara petempatan, geografi dan kosmologi. Orang Badui membahagi wilayah kediaman mereka kepada dua kawasan; 'kawasan dalam' dan 'kawasan luar'. Kawasan dalam dianggap sebagai tempat yang suci dan lebih tinggi statusnya. Penduduk kawasan dalam memakai jubah putih dan mengamalkan pantang larang dengan sangat tertib. Sebaliknya, penghuni kawasan luar menggunakan jubah hitam (indigo) dan bersedia menerima pengaruh luar hingga had-had tertentu."
Text
Masyarakat Badui
petempatan
...1 more
Masyarakat Badui tinggal di wilayah Banten...
"Masyarakat Badui tinggal di wilayah Banten Selatan di hujung bahagian barat pulau Jawa. Mereka hingga kini masih berpegang teguh kepada kepercayaan nenek moyang dan menghindarkan diri daripada pengaruh-pengaruh luar sama ada pengaruh Hindu mahupun Islam. Beberapa perbuatan yang mereka anggap moden dijadikan 'taboo', seperti menulis, menggunakan wang, menanam padi di sawah, menggunakan jendela cermin dan lain-lain."
Text
petempatan
rumah
...1 more
Dalam masyarakat tradisional, rumah dan petempatan...
"Dalam masyarakat tradisional, rumah dan petempatan merupakan unsur-unsur yang membantu mewujudkan 'rasa lokasi' (sense of location) yang mereka perlukan untuk mengorientasikan diri di alam semesta ini."
Text
Asia Tenggara
kosmologi
...3 more
Asia Tenggara adalah sebuah wilayah...
"Asia Tenggara adalah sebuah wilayah yang sangat kaya dengan warisan seni bina yang sesuai dijadikan tempat penyelidikan pengaruh idea kosmologi terhadap rumah dan pola petempatan (Waterson, 1991)"
Text
kedah
petempatan
...1 more
Kedah, yang dianggap sebagai petempatan yang...
"Kedah, yang dianggap sebagai petempatan yang paling penting di Semenanjung selepas abad ke-3, perlu mendapat perhatian khas. Ia terletak di muara Sungai Merbok, mempunyai tempat berlabuh yang dalam dan cukup tersembunyi dari muara sungai sehingga mudah dipertahankan jika diserang lanun."
Text
Melayu Deutro
petempatan
...1 more
Berlainan dengan orang-orang sebelumnya, orang Melayu Deutro...
"Berlainan dengan orang-orang sebelumnya, orang Melayu Deutro tinggal dalam perkampungan-perkampungan tetap yang biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Wheatly (1961) dan pakar-pakar geografi lainnya berpendapat bahawa fenomena ini berpunca daripada jenis tanah yang biasa terdapat di Tanah Semenanjung. Ia terdiri dari tanah liat yang 'laterized' dan mempunyai lapisan humus yang sangat tipis sehingga kurang subur."
Text
Melayu Deutro
petempatan
...2 more
Kira-kira tahun 300 SM suatu gelombang baru kaum...
"Kira-kira tahun 300 SM suatu gelombang baru kaum penghijrah bergerak ke selatan dari tempat yang seakan sama seperti gelombang yang pertama. Mereka itu yang dikenali sebagai Melayu Deutro, juga termasuk ke dalam bangsa Mongoloid tetapi telah mempunyai kebudayaan Zaman Logam, yang lebih tinggi daripada kebudayaan orang-orang Melayu Proto."
Text
petempatan
Semenanjung Tanah Melayu
...1 more
Orang Mongoloid yang berbaju kulit kayu...
"Orang Mongoloid yang berbaju kulit kayu ini dikenali sebagai Melayu Proto dan seperti penghuni-penghuni sebelum mereka, juga mengamalkan kebudayaan zaman batu tetapi pada bahagian yang paling akhir, biasanya disebut sebagai Zaman Batu Baru (Neolitik)."
Text
petempatan
Semenanjung Tanah Melayu
Sungguhpun tidak diketahui jenis bangsanya...
"Sungguhpun tidak diketahui jenis bangsanya, rupanya beratus ribu tahun yang lalu, hutan belantara Semenanjung telah dijelajahi oleh manusia berkebudayaan Batu Lama (palaeolitik). Dari peninggalan alat-alat batu kasar mereka seperti yang didapati di Kota Tampan di tepi Sungai Perak, dapatlah dibayangkan bahawa mereka belum terdaya membuat apa-apa perubahan terhadap keadaan sekeliling. Mereka hidup mengembara dan berpindah-randah dalam kelompok-kelompok kecil sambil mencari haiwan buruan, tanpa mempunyai tempat kediaman yang tetap."
Text
petempatan
Semenanjung Tanah Melayu
Petempatan Awal di Semenanjung Tanah Melayu
Sejak zaman prasejarah, Semenanjung Tanah Melayu menjadi jambatan semula jadi yang dilalui oleh gelombang pengembara menyeberangi benua Asia dan bertabur ke Asia Tenggara serta pulau-pulau di sekitarnya.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->