Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (14 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: rumah melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
bahan atap
bumbung
...3 more
Satu perkembangan lain yang ikut mengubah...
"Satu perkembangan lain yang ikut mengubah morfologi jenis rumah Melayu ialah penggunaan bumbung syit zink dan keluli bergalvanized (g.i.). Dalam rangka mengambil hari orang Melayu, pemerintah Kolonial British menyediakan g.i. syit dalam jumlah yang besar untuk bahan penutup bumbung sebagai ganti bahan atap (nipah, rumbia, beriam dan lain-lain) yang sukar didapat pada masa itu."
Text
petempatan
rumah melayu
Dari segi lokasi pula, penempatan rumah-rumah...
"Dari segi lokasi pula, penempatan rumah-rumah Melayu di tapak yang biasanya dikelilingi oleh tanam-tanaman dan pokok kelapa mewujudkan suasana persekitaran yang nyaman."
Text
rumah melayu
rumah tradisonal
Bumbung yang curam dan unjuran...
"Bumbung yang curam dan unjuran yang lebar melindungi rumah dari curahan dan tempias hujan tropika serta sinaran langsung matahari. Badan rumah pula penuh dengan bukaan jendela dan kekisi atau ukiran tebuk yang menggalakkan peredaran udara. Kolong rumah yang terbuka membolehkan hembusan angin di bawah rumah dan meningkatkan lagi peredaran udara melalui celah-celah lantai."
Text
Asia Tenggara
rumah melayu
...1 more
Seperti juga rumah-rumah tradisi di...
"Seperti juga rumah-rumah tradisi di seluruh Asia Tenggara, rumah Melayu mempunyai tiga bahagian, iaitu kolong atau bawah rumah, badan rumah dan bumbung."
Text
orang laut
rumah
...1 more
Rumah orang laut hampir sama dengan...
"Rumah orang laut hampir sama dengan rumah Melayu yang paling sederhana, dan biasanya menggunakan atap dan dinding nipah atau anyaman buluh. Rumah ini lebih permanen berbanding rumah orang asli yang mengembara dan biasanya didirikan di atas tiang-tiang di tepi pantai."
Text
bangunan
istana raja-raja Melayu
...2 more
Bangunan Asli
Bangunan asli merujuk kepada rumah-rumah orang asli, rumah dan bangunan Melayu dan istana raja-raja Melayu.
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Kemunculan rumah Melayu bentuk limas...
"Kemunculan rumah Melayu bentuk limas di Malaysia menambahkan satu lagi bentuk rumah Melayu, menjadikan dua bentuk yang berlainan, iaitu rumah Melayu bentuk bumbung panjang yang menggunakan satu perabung mendatar dan satu lagi rumah Melayu bentuk limas lebih awal yang menggunakan lima buah perabung, iaitu satu perabung mendatar dan empat buah perabung menurun ke cucuran atap."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Rumah tiang dua belas dan rumah bujang...
"Rumah tiang dua belas dan rumah bujang dianggap bentuk rumah Melayu yang paling lama di Semenanjung Malaysia. Tetapi sayangnya seni bina rumah yang sangat menarik itu, dengan papan kembung serta kadangkala dihiasi dengan dinding janda berhias sudah sukar didapati baik di Kelantan ataupun di Terengganu."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Kumpulan rumah Melayu berbumbung panjang...
"Kumpulan rumah Melayu berbumbung panjang didapati lebih awal muncul. Rumah bentuk ini terdiri daripada beberapa bentuk. Di Kedah, rumah itu dikenali Rumah Serambi Kedah atau kadangkala disebut rumah panjang sahaja. Jenis ini juga terdapat di Perlis dan Selatan Thai, terutamanya di daerah yang bersempadan dengan Kedah dan Perlis."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Rumah tradisional Melayu tidak dapat dipisahkan...
"Rumah tradisional Melayu tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh agama Islam, baik bentuk fizikalnya mahupun konsep dan fungsi ruangnya yang disusun mengikut kehendak agama ini."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Lantai dan dinding rumah Melayu tradisional...
"Lantai dan dinding rumah Melayu tradisional dibuat daripada anyaman pelupuh yang berlubangan. Ruang terbuka di bawah cucuran atap pula memperbaiki keadaan penghawaan atau pengudaraan bagi mencegah panas dan mengatasi kelembapan di dalam ruang rumah."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Iklim sangat diberi perhatian dalam seni bina rumah...
"Iklim sangat diberi perhatian dalam seni bina rumah di rantau ini. Hawa yang panas kerana bahang daripada pancaran matahari dan hujan yang lebat sepanjang tahun ialah masalah berkembar yang perlu diatasi dengan membina rumah berlandaskan bentuk yang sesuai. Faktor ini membuatkan sebahagian besar rumah tradisional di rantau ini memilih gaya berpanggung atau bertiang, dengan lantainya tinggi dari permukaan tanah."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Rumah Melayu
Gaya dan bentuk bangunan seni bina Melayu tidak dapat dipisahkan daripada unsur alam persekitaran, topografi, iklim, kebolehan teknikal tukang rumah, pengaruh kepercayaan agama serta kemampuan ekonomi.
Text
kelantan
rumah melayu
Rumah Melayu di Kelantan: Struktur, Fungsi dan Makna
Dalam kes kajian ini, sekiranya kita ingin meniliti dengan mendalam setiap struktur, fungsi dan makna bagi tiap-tiap bentuk atau jenis rumah yang terdapat di Kelantan maka kita akan mendapat gambaran konsep fungsi dan makna yang berbeza bagi tiap-tiap rumah. Keadaan ini terjadi kerana masyarakat Melayu Kelantan ini merupakan masyarakat yang sudah lama terdedah dengan dunia luar. Kesannya pelbagai kebudayaan mempengaruhinya. Oleh sebab itu ada variasi-variasi tertentu dalam aspek budaya bagi setiap kampung berbanding kampung lain. Walau bagaimanapun, variasi kebudayaan ini tidaklah sampai mewujudkan rumpun budaya yang lain.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->