Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (16 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: seni bina Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
rumah
seni bina
...2 more
Di samping seni bina rumah, seni bina...
"Di samping seni bina rumah, seni bina tradisional Melayu juga menghasilkan surau, masjid dan istana yang kesemuanya menggunakan ciri-ciri dan butiran binaan yang bersamaan walaupun dalam skala yang berlainan."
Text
arkitek
seni bina Melayu
...1 more
Antara arkitek yang julung-julung sekali...
"Antara arkitek yang julung-julung sekali mengkaji seni bina rakyat ialah Bernard Rudofsky (1964; 1977). Dia berbicara tentang penilaian estetik yang wajar diberi kepada kualiti organik yang terdapat pada seni bina asli, keunggulan binaannya serta keserasiannya dengan alam sekitar."
Text
bangunan
seni bina Melayu
...1 more
Seni bina rakyat adalah sebahagian...
"Seni bina rakyat adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat yang kesannya sangat besar terhadap alam bina di serata dunia, manakala bangunan-bangunan dalam tradisi reka bentuk megah mencerminkan kebudayaan minoriti yang elit."
Text
bangunan
seni bina Melayu
...1 more
Di sepanjang sejarah bangunan pada...
"Di sepanjang sejarah bangunan pada garis besarnya boleh dibahagi kepada dua kelompok, iaitu bangunan-bangunan istimewa yang termasuk dalam 'tradisi reka bentuk megah' (grand design traditional) dan bangunan-bangunan hasil karya 'tradisi rakyat' (folk tradition)."
Text
istana raja-raja Melayu
seni bina Melayu
Perak terkenal dengan istananya yang indah...
"Perak terkenal dengan istananya yang indah yang dibina pada zaman awal pentadbiran Inggeris, antaranya Istana Iskandariah. Didirikan di atas tapak Istana Negara yang dirobohkan, Istana Iskandariah adalah salah satu istana yang terbesar dan tercantik di Dunia Melayu."
Text
Istana Negara
seni bina Melayu
Di Kelantan terdapat istana...
"Di Kelantan terdapat istana Balai Besar, Istana Jahar dan Istana Seri Akar. Ketiga-tiga istana di Kelantan itu mempunyai bentuk bumbung berlapis yang lebih mirip kepada rumah limasan di Jawa."
Text
istana raja-raja Melayu
seni bina Melayu
Istana Raja-raja Melayu
Catatan terawal mengenai istana raja Melayu terdapat dalam buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin.
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Kemunculan rumah Melayu bentuk limas...
"Kemunculan rumah Melayu bentuk limas di Malaysia menambahkan satu lagi bentuk rumah Melayu, menjadikan dua bentuk yang berlainan, iaitu rumah Melayu bentuk bumbung panjang yang menggunakan satu perabung mendatar dan satu lagi rumah Melayu bentuk limas lebih awal yang menggunakan lima buah perabung, iaitu satu perabung mendatar dan empat buah perabung menurun ke cucuran atap."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Rumah tiang dua belas dan rumah bujang...
"Rumah tiang dua belas dan rumah bujang dianggap bentuk rumah Melayu yang paling lama di Semenanjung Malaysia. Tetapi sayangnya seni bina rumah yang sangat menarik itu, dengan papan kembung serta kadangkala dihiasi dengan dinding janda berhias sudah sukar didapati baik di Kelantan ataupun di Terengganu."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Kumpulan rumah Melayu berbumbung panjang...
"Kumpulan rumah Melayu berbumbung panjang didapati lebih awal muncul. Rumah bentuk ini terdiri daripada beberapa bentuk. Di Kedah, rumah itu dikenali Rumah Serambi Kedah atau kadangkala disebut rumah panjang sahaja. Jenis ini juga terdapat di Perlis dan Selatan Thai, terutamanya di daerah yang bersempadan dengan Kedah dan Perlis."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Rumah tradisional Melayu tidak dapat dipisahkan...
"Rumah tradisional Melayu tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh agama Islam, baik bentuk fizikalnya mahupun konsep dan fungsi ruangnya yang disusun mengikut kehendak agama ini."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Lantai dan dinding rumah Melayu tradisional...
"Lantai dan dinding rumah Melayu tradisional dibuat daripada anyaman pelupuh yang berlubangan. Ruang terbuka di bawah cucuran atap pula memperbaiki keadaan penghawaan atau pengudaraan bagi mencegah panas dan mengatasi kelembapan di dalam ruang rumah."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Iklim sangat diberi perhatian dalam seni bina rumah...
"Iklim sangat diberi perhatian dalam seni bina rumah di rantau ini. Hawa yang panas kerana bahang daripada pancaran matahari dan hujan yang lebat sepanjang tahun ialah masalah berkembar yang perlu diatasi dengan membina rumah berlandaskan bentuk yang sesuai. Faktor ini membuatkan sebahagian besar rumah tradisional di rantau ini memilih gaya berpanggung atau bertiang, dengan lantainya tinggi dari permukaan tanah."
Text
rumah melayu
seni bina Melayu
Rumah Melayu
Gaya dan bentuk bangunan seni bina Melayu tidak dapat dipisahkan daripada unsur alam persekitaran, topografi, iklim, kebolehan teknikal tukang rumah, pengaruh kepercayaan agama serta kemampuan ekonomi.
Text
seni bina
seni bina Melayu
Orang Melayu pada zaman prasejarah...
"Orang Melayu pada zaman prasejarah yang tinggal di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu telah mempunyai satu bentuk kebudayaan. Pada zaman Batu Baru (Neolithic), mereka mula mencipta artifak seperti kapak batu, tembikar dan manik yang memperlihatkan bakat tukang seni rupa."
Text
seni bina
seni bina Melayu
Seni bina terawal
Seni bina terawal yang menjadi peninggalan warisan zaman silam menunjukkan bahawa seniman seni rupa memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan suasana kepercayaan animisme.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2