Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (15 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: kaligrafi
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Al-Quran
kaligrafi
...2 more
Di Terengganu terdapat rumah-rumah tradisi...
"Di Terengganu terdapat rumah-rumah tradisi dengan ukiran kerawang dinding yang amat indah rekaannya berupa gabungan harmonis antara motif tumbuh-tumbuhan dengan kaligrafi ayat suci al-Quran. Hasil ciptaan kreatif seumpama ini melambangkan konsep 'Melayu-Islam' dan mencerminkan jati diri Malaysia yang sepatutnya digalak dan disebar luaskan."
Text
kaligrafi
kesenian islam
...2 more
Penggunaan kaligrafi di Alam Melayu begitu ketara...
"Penggunaan kaligrafi di Alam Melayu begitu ketara apabila mata wang rasmi kerajaan Melaka di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1455-59) menggunakan motif kaligrafi sebagai reka bentuknya."
Text
Al-Quran
besi
...2 more
Kaligrafi Islam yang dihasilkan oleh pengukir-pengukir...
"Kaligrafi Islam yang dihasilkan oleh pengukir-pengukir Melayu beralih ke tangan pandai besi yang berjaya menempa ayat-ayat suci al-Quran di permukaan sarung dan bilah keris kelewang, parang dan lembing. Selain ayat-ayat al-Quran motif tumbuh-tumbuhan bersifat dekoratif dijalin dan diadun bagi menambahkan nilai estetik pada permukaan senjata tersebut."
Text
batu nisan
kaligrafi
...2 more
Bukti penemuan batu nisan bertarikh...
"Bukti penemuan batu nisan bertarikh 419 H. di Pekan, Pahang pada bulan Jun 1953 bukan sahaja membuktikan kedatangan Islam lebih awal di Terengganu, tetapi juga menunjukkan penggunaan kaligrafi Islam sudah pun bermula. Tulisan pada batu nisan itu dinukil dari ayat-ayat al-Quran dan syair dengan gaya Thuluth."
Text
kaligrafi
kesenian islam
...1 more
Khat Raihani
Khat jenis ini hampir menyerupai Khat Thulus, hanya huruf-hurufnya agak lebih lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.
Text
kaligrafi
kesenian islam
...1 more
Khat Diwani
Khat jenis ini sangat luas penggunaannya di pejabat-pejabat kerajaan seperti kerajaan Islam di Mesir di bawah pemerintahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220 H kerana sifat-sifat estatiknya yang jelas dan turut digunakan untuk penulisan surat-surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan, surat keputusan dan sebagainya.
Text
kaligrafi
kesenian islam
...1 more
Khat Riq'ah
Khat jenis ini sering digunakan untuk tujuan surat-menyurat dan digunakan juga oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.
Text
kaligrafi
kesenian islam
...1 more
Khat Farisi
Khat jenis ini banyak digunakan untuk penulisan buku-buku kesusasteraan, nama dan tajuk-tajuk karangan pada majalah dan surat khabar.
Text
kaligrafi
kesenian islam
...1 more
Khat Naskh
Khat jenis ini banyak digunakan untuk menulis buku-buku akademik, terutamanya al-Quran, Hadith, Tafsir dan Fiqh kerana gaya penulisannya yang jelas dan mudah dibaca.
Text
kaligrafi
kesenian islam
...1 more
Khat Thulus
Khat Thulus hanya digunakan untuk hiasan seperti mashaf al-Uthmani, nama buku atau kitab dan juga digunakan untuk tujuan hiasan yang lain.
Text
kaligrafi
kesenian islam
...1 more
Khat Kufi
Tulisan model Kufi ini sesuai dengan namanya dicipta kerana sangat terkenal di Kota Kufah yang banyak digunakan sebagai hiasan pada zaman kerajaan Abbasiyah sehingga kini.
Text
Al-Quran
kaligrafi
...1 more
Ayat-ayat al-Quran biasanya tidak sahaja...
"Ayat-ayat al-Quran biasanya tidak sahaja ditulis di atas kertas, tetapi juga di permukaan kain, tulang, pelepah tamar, kulit kayu, batu dan keadaannya terpisah-pisah."
Text
Al-Quran
kaligrafi
...1 more
Penulisan al-Quran
Umar al-Khattab menyarankan agar lembaran ayat-ayat al-Quran yang terpisah-pisah dikumpulkan untuk dijadikan sebuah mashaf.
Text
kaligrafi
kesenian islam
Perbezaan kaligrafi dengan huruf-huruf lain...
"Perbezaan kaligrafi dengan huruf-huruf lain:
i. Keindahannya.
ii. Ia mudah dirobah.
iii. Disandarkan pada hal yang berkaitan dengan agama.
iv. Digunakan untuk menulis ayat-ayat suci."
Text
kaligrafi
kesenian islam
Kaligrafi
Kaligrafi ialah seni tulisan indah yang berasal dari perkataan Yunani "kalios" yang bererti indah dan "graphia" yang bererti coretan atau tulisan.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->