Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19285 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Imsak bukan bidaah: Profesor
Text
Bahasa Melayu
Penggolongan kata dalam penulisan naratif sekolah rendah & menengah di Singapura
Abstrak
Hasil penulisan naratif merupakan satu latihan kemahiran bertulis di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Pembaharuan dalam sistem pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah tidak lagi memberatkan kemahiran penulisan bahasa kedua. Disebabkan ini, terdapat perbezaan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan naratif. Penulisan naratif masih kekal relevan kerana latihan penulisan ini mengukuhkan asas kemahiran bahasa terutama sekali penggolongan kata. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggolongan kata terdapat dalam penulisan naratif sekolah rendah dan sekolah menengah. Kajian akan tertumpu kepada aspek penggunaan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas yang dominan dalam penulisan naratif bagi kedua-dua peringkat pendidikan. Sebanyak 10 sampel penulisan naratif sekolah rendah dan 10 sampel penulisan naratif sekolah menengah akan dianalisis dengan bertunjangkan Teori Transformasi Generatif Noam Chomsky (1957) dan rumus-rumus tatabahasa dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Nik Safiah et.al (1998). Model ini mengemukakan aspek morfologi dan penggolongan kata. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan penggolongan kata dalam penulisan naratif di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kajian juga menunjukkan kepentingan kemahiran penguasaan penggolongan kata untuk menghasilkan penulisan naratif yang baik. Pengkaji juga berharap agar pihak kementerian, guru-guru dan pencinta bahasa menyedari kepentingan penggunaan penggolongan kata dalam penulisan naratif. Kajian ini diharapkan dapat menambah kepada tentang hasil penulisan naratif.
Text
Kesenian Melayu
Pua Kumbu : Kajian estetika motif dan corak
Abstrak
Kajian ilmiah ini telah meneliti mengenai tekstil tenunan kain pua kumbu yang ditenun oleh masyarakat Iban di Sarawak. Kajian dalam kajian ini akan dibincangkan mengenai sejarah, teknik, bahan dan peralatan yang digunakan dalam pembuatan tenunan kain pua kumbu. Seterusnya akan dibincangkan juga tentang estetika dan corak yang menjadi ragam hias kepada kain tenunan ini. Terdapat dua cara yang dilakukan dalam menjalankan kajian ini iaitu melalui kajian kepustakaan dan kajian kes. Kedua-dua kaedah ini adalah untuk mendapat maklumat mengenai motif dan corak kain pua kumbu. Dapatan kajian ini telah berjaya dengan dilakukan dengan mendapatkan maklumat melalui pelbagai media dan responden.
Text
Sosio budaya Melayu
Perubahan sistem kepercayaan masyarakat Brunei : Pantang larang
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai pantang larang merupakan salah satu adat Melayu yang selalu digunakan oleh masyarakat zaman dahulu sebagai sistem kawalan sosial dan perhubungan di antara masyarakat. Ia digunakan untuk mendidik dan menasihati anak-anak serta cucu-cicit mereka dalam urusan sehari-hari supaya tidak membuat kesalahan terutama yang boleh membawa padah kepada mereka. Di dalam kajian ini juga telah menyatakan beberapa faktor yang telah menyebabkan terhakis sedikit demi sedikit budaya Melayu yang sangat kaya yang menunjukkan identiti Melayu itu sendiri. Ia dapat dilihat dari masa kedatangan British ke Brunei dengan membawa pelbagai bentuk sistem perekonomian yang telah mengubah segala bentuk struktur pentadbiran Melayu yang telah lama diwarisi sejak zaman dahulu lagi.
Text
Sosio budaya Melayu
Persepsi terhadap amalan penjagaan kesihatan dalam kalangan wanita Melayu : Kajian kes di Felda Lok Heng Kota Tinggi, Johor
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai persepsi wanita terhadap amalan penjagaan kesihatan dalam kalangan wanita Melayu dan penjelasannya adalah meliputi kesedaran wanita itu sendiri terhadap penjagaan kesihatan, amalan pemakanan, senaman yang dilakukan serta penjagaan bagi wanita mengandung dan selepas bersalin. Tanggungjawab wanita sebagai suri rumah bukanlah satu tanggungjawab yang mudah kerana mereka bukan sahaja berperanan menjaga dan memelihara kesejahteraan diri mereka sendiri, tetapi juga ahli keluarga yang lain. Pelbagai aspek perlu diambil perhatian oleh golongan wanita terhadap keluarganya sehinggakan mereka kadang kala mempunyai masa terbatas untuk merehatkan diri mereka sendiri. Bagi wanita yang bekerja atau turut terlibat dalam aktiviti diluar lingkungan keluarga, mereka perlu seimbangkan antara tugas domestik dan publik agar tugas-tugas tersebut tidak menjadi beban yang boleh memberi kesan kepada kesihatan diri mereka sendiri. Pada akhir penulisan latihan ilmiah ini, pengkaji turut mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan terhadap kajian susulan yang berkaitan dengan kesihatan wanita. Isu berkaitan dengan penjagaan kesihatan perlu diambil perhatian bagi melahirkan masyarakat yang sihat dari segi jasmani dan rohani.
Text
Bahasa Melayu
Pembelajaran dan penguasaan peribahasa dalam kalangan pelajar Sekolah Rendah Temasek
Abstrak
Kepentingan bahasa ibunda sebagai maruah bangsa beserta nilai luhur yang terkandung di dalamnya perlu dipertahankan dan dikuasai oleh para penutur jati. Lantas hal ini perlu dititikberatkan sejak di peringkat sekolah rendah lagi agar pemulihan dan pemuliharaan bahasa itu dapat dicapai sebelum mereka menjejak dewasa. Setiap individu dalam masyarakat tidak kira ibu bapa, para guru dan masyarakat secara umum memainkan peranan dalam memastikan penguasaan bahasa Melayu yang lebih baik dalam kalangan generasi muda kita.
Dalam hal ini guru bahasa Melayu merupakan pusat kawalan utama yang memainkan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar minat untuk mempelajari bahasa Melayu dalam kalangan pelajar akan berterusan sepanjang hayat. Pra guru perlu melakarkan dan mewujudkan suatu suasana pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan cita rasa generasi para pelajar dekad ini. Pendekatan serta kaedah yang dipilih mampu menyalurkan dan meningkatkan maklumat kepada para pelajar. Para guru harus sentiasa proaktif, berfikiran kritis dan kreatif untuk membantu pelajar menguasai kemahiran berbahasa.
Dalam kajian ini, pengkaji akan menganalisis keberkesanan pembelajaran menggunakan komik melalui perisian Bistrips dan Model Pembelajaran Constructivist Learning Environment (CLE) dalam meningkatkan pembelajaran serta penguasaan peribahasa dalam kalangan para pelajar yang telah dipilih sebagai subjek kajian. Selain itu, pengkaji juga ingin mendapatkan kepastian sama ada instrumen yang digunakan dalam kajian ini mampu menarik minat pelajar dalam menguasai peribahasa.
Kajian ini akan dijalankan ke atas pelajar-pelajar darjah 3 di Sekolah Rendah Temasek di Singapura. Seramai 26 orang pelajar terdiri daripada pelbagai tahap kemahiran telah dipilih sebagai subjek kajian ini.
Pengkaji telah menggunakan komik sebagai wadah utama untuk mengajar peribahasa dan telah bertunjangkan Teori Konstruktivisme melalui Model Pembelajaran CLE untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Sehubungan itu, pengkaji juga akan melakarkan kertas ujian untuk menganalisis keberkesanan kedua-dua pendekatan ini. Selain itu, pengkaji akan menjalankan soal selidik berstruktur dan kaedah temu bual yang tidak berstruktur terhadap para pelajar dan para guru yang terlibat untuk mendapatkan kesahihan sama ada penggunaan komik sebagai wadah utama untuk mengajar peribahasa dan pembelajaran melalui Model Pembelajaran CLE berjaya atau tidak menarik minat pelajar dalam mempelajari dan menguasai peribahasa.
Text
Kesenian Melayu
A comparative study of Islamic calligraphy painting in Malaysia and Iran
This study compares Islamic calligraphy paintings produced in Iran and Malaysia, since the 1950’s as a means to better understand their arts educational systems, their distinctive artistic identities, and provide closer looks at the works of significant artists from each country.
Text
sastera Melayu
Dimensi politik secara metafora Melayu dalam novel Anak Mat Lela Gila
Kajian ini merupakan perbincangan dan analisis tentang dimensi politik yang dinyatakan secara metafora atau perlambangan Melayu.
Text
Kesenian Melayu
Faktor terapeutik dalam Main Peteri
Kajian ini memberikan tumpuan pada aspek terapeutik dalam teater tradisional Main Peteri yang didapati mempunyai kesan penyembuhan pada jasmani, psikologi dan emosi sekaligus mengangkat seni persembahan Main Peteri sebagai sebuah bentuk drama terapi Melayu.
Text
Kesenian Melayu
"Tukang ensera": Seni tradisi berdepan cabaran modenisasi
Kajian skrip “Tukang Ensera” ini menganalisis konflik pertentangan antara kuasa Timur dan kuasa Barat dengan menggunakan pendekatan pascakolonialisme.
Text
sastera Melayu
sasterawan negara
...1 more
Mengapa terdedah 2
Text
Sosio budaya Melayu
Tepak sirih: Interpretasi dan persepsi dalam adat perkahwinan Melayu
Kajian ini mengenal pasti dan menganalisis peranan tepak sirih dalam komunikasi bukan lisan dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu.
Text
Sumbangan ulama Melayu klasik dalam pembinaan kearifan tempatan di alam Melayu
Kajian ini memfokuskan kepada sumbangan ulama Melayu klasik dalam membina kearifan tempatan, khususnya dalam korpus keilmuan hukum Islam di Alam Melayu.
Text
Kesenian Melayu
Strategi pengajaran bagi mengatasi kelemahan pelajar Melayu dari aspek kreativiti menjana idea reka bentuk tekstil di Universiti Teknologi Mara Malaysia
Kajian ini membincangkan hasil dapatan kajian mengenai keperluan pelajar Melayu Bumiputera dalam menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), khusus dalam bidang Reka Bentuk Tekstil.
Text
Bahasa Melayu
Strategi komunikasi bukan lisan (SKBL) bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C))
Kajian ini menggariskan jenis-jenis strategi komunikasi bukan lisan (SKBL) pelajar Cina di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK(C)) dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Text
Sosio budaya Melayu
Pemikiran abang Yusuf Puteh terhadap budaya ondor rarat masyarakat Melayu Sarawak
Kajian ini adalah untuk menjelaskan pemikiran Abang Yusuf Puteh terhadap sikap negatif masyarakat Melayu Sarawak.
Text
Makna simbol-simbol fizikal daripada kearifan tempat dalam cerita Ne' Baruakng Kulup sastera lisan dayak Kanayatn
Kajian ini akan meneliti makna simbol-simbol fizikal daripada kearifan tempatan yang terdapat dalam sastera lisan Ne’ Baruakng Kulup dari masyarakat Dayak Kanayatn.
Text
Kesenian Melayu
Jejak Sulaman Kelingkan di Malaysia dan Indonesia
Kajian ini bertujuan menjejaki lokasi keberadaan dan penghasilan tudung kelingkan di Malaysia dan Indonesia.
Text
sastera Melayu
Dimensi perancangan dalam Hikayat Malim Dewa: Kajian pendekatan pengurusan
Kajian ini adalah untuk menganalisis Prinsip Perancangan yang digunakan dalam Hikayat Malim Dewa.
Text
Sosio budaya Melayu
Budaya hedonisme dalam kalangan pelajar pascasiswazah Melayu
Kajian ini akan melihat persepsi pelajar pascasiswazah terhadap bentuk hedonisme yang terdapat di Malaysia.
Text
Kaedah penceritaan digital dalam proses penguasaan kemahiran bertutur: Kajian kes ke atas para pelajar menengah dua Normal Teknikal (NT) di Sekolah Menengah Jurong, Singapura
Abstrak
Kajian ini bertujuan meninjau penggunaan penceritaan digital melalui perisian Photo Story 3 for Windows dalam proses penguasaan kemahiran bertutur, dalam kalangan pelajar menengah dua Normal Teknikal di Sekolah Menengah Jurong, Singapura. Melalui kajian ini, pengkaji telah menganalisis pencapaian subjek kajian dalam kemahiran bertutur sebelum dan sesudah menggunakan kaedah penceritaan digital serta minat mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran sebelum dan sesudah menggunakan kaedah penceritaan digital. Dapatan kajian telah berjaya membuktikan bahawa penceritaan digital merupakan kaedah yang berkesan dalam proses penguasaan kemahiran bertutur. Subjek kajian berjaya menunjukkan peningkatan pencapaian yang signifikan dalam ujian lisan setelah menggunakan kaedah penceritaan digital itu. Selain daripada itu, subjek kajian lebih berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan kaedah penceritaan digital. Sebahagian besar daripada mereka juga ingin meluaskan pengalaman mereka menggunakan kaedah penceritaan digital untuk mengasah kemahiran bahasa yang lain seperti mendengar, menulis dan membaca. Diharapkan agar keberkesanan kajian ini akan menggalakkan guru-guru untuk mencuba kaedah penceritaan digital dalam pengajaran mereka.
Text
Bahasa Melayu
Tahap pemahaman bahasa Melayu melalui analisis kesalahan dalam kalangan murid-murid tahun enam : Kajian kes Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri
Abstrak
Kajian ilmiah ini bertujuan untuk meneliti tahap pemahaman bahasa Melayu melalui analisis kesalahan dalam kalangan murid-murid tahun enam. Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan, pengkaji telah membahagikan tiga bahagian skop analisis kajian iaitu dari aspek kesalahan morfologi, kesalahan sintaksis, dan kesalahan mekanikal. Berdasarkan pembahagian tersebut, kesalahan mekanikal mencatatkan jumlah kesalahan tinggi iaitu 46.8% (95 daripada 203). Kemudian diikuti dengan kesalahan sintaksis iaitu sebanyak 27.1% (55 daripada 203). Kesalahan morfologi mencatatkan jumlah kesalahan terendah iaitu sebanyak 26.1% (53 daripada 203). Melalui peratusan yang ditunjukkan,tahap pemahaman bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid tahun enam di SK Chuchoh Puteri adalah pada tahap kurang memuaskan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini agar tahap pemahaman bahasa dalam kalangan murid-murid dapat dipertingkatkan
Text
Bahasa Melayu
Pembudayaan tulisan Jawi di Kelantan : Sejarah dan prospektif
Abstrak
Tulisan Jawi merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai harganya. Malah, tulisan Jawi merupakan nadi yang menggerakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan meletakkannya setaraf dengan bahasa-bahasa asing di dunia ini pada suatu ketika dahulu. Dalam era globalisasi kini, didapati sistem tulisan Jawi semakin terhakis dan dipinggirkan oleh generasi muda hari ini. Tulisan Jawi seolah-olah dipinggirkan oleh masyarakat. Penguasaan membaca dan menulis Jawi oleh generasi hari ini semakin hari semakin kurang memuaskan. Walaupun begitu, kelihatan sebuah negeri di Pantai Timur Malaysia, iaitu Kelantan masih tegar menggunakan tulisan Jawi dalam pelbagai aspek, misalnya di papan tanda iklan, nama kedai, nama jalan, dan sebagainya sebagai usaha pelestariannya. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji pembudayaan tulisan Jawi di negeri Kelantan, di samping melihat pengaruhnya terhadap penerapan nilai-nilai Islam di sana. Pengkaji menjadikan Negeri Kelantan sebagai pilihan kawasan kajian disebabkan pembudayaan ini sangat unik dan banyak digunakan di sana, kebanyakkannya tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia. Sejarah negeri Kelantan itu sendiri kaya dengan pelbagai cerita menarik dan begitu dekat dengan nilai keislaman. Tidak hairanlah jika roh Islam begitu kuat tersebar di Negeri Serambi Makkah ini. Tulisan Jawi sememangnya sudah mengalami banyak perkembangan dan masih mencari cara yang lebih mudah untuk ditulis dan diamalkan. Ia pastinya memberi sumbangan dalam pelbagai bidang ilmu, antaranya bidang pentadbiran, keagamaan,kesenian, dan kebudayaan. Justeru, kajian ini akhirnya mendapati bahawa pembudayaan tulisan Jawi di Negeri Kelantan banyak mempengaruhi corak kehidupan masyarakat mereka sendiri. Secara langsung atau tidak langsung, tulisan Jawi menjadi penyalur kepada penerapan nilai Islam dalam masyarakat di samping mengambil kira penerimaan masyarakat bukan Islam. Pembudayaan tulisan Jawi harus lebih diperluas ke seluruh pelosok dunia agar ia terus terpelihara akan keizinannya untuk diwarisi oleh generasi akan datang.
Text
Bahasa Melayu
Strategi komunikasi dalam pembelajaran bahasa Melayu : Satu kajian kes dalam kalangan pelajar asing di Singapura
Abstrak
Pertuturan yang dalam sesuatu bahasa lazimnya dianggap sebagai satu kejayaan dalam berkomunikasi. Namun begitu, pelajar-pelajar asing yang mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa Ibunda (pelajar bahasa kedua) menghadapi masalah berkomunikasi dengan lancar dan spontan. Kejayaan pelajar-pelajar ini dalam komunikasi ditandai oleh beberapa cara dan tindakan yang tersendiri. Dalam kajian ini, cara dan tindakan tersebut dinamakan sebagai strategi-strategi dalam berkomunikasi.
Hubungan strategi komunikasi dalam kajian ini adalah meneliti masalah pertuturan pelajar bahasa kedua dalam proses pembelajaran bahasa Melayu pada peringkat sekolah Menengah. Sehubungan itu, mutu dalam pertuturan dalam kalangan pelajar bahasa Melayu didapati mengalami kemerosotan yang perlu ditangani. Kajian ini justeru meneliti penggunaan strategi komunikasi yang digunakan oleh pelajar-pelajar bahasa kedua dan mengenal pasti jenis-jenis serta kekerapan strategi komunikasi digunakan.
Di samping itu, kajian ini juga mengaitkan penelitian persekitaran linguistik pelajar-pelajar dengan penggunaan strategi komunikasi dan melihat kepada permasalahan yang timbul dalam kalangan para pelajar. Permasalahan yang muncul justeru memperlihatkan bahawa pelajar-pelajar bahasa kedua mampu menyampaikan mesej semasa berkomunikasi walaupun mempunyai kekangan linguistik yang terhad. Ini disebabkan penggunaan strategi-strategi komunikasi yang membolehkan mereka melanjutkan komunikasi yang tersekat atau terhenti.
Text
Sosio budaya Melayu
Perniagaan masyarakat Melayu dalam sektor informal : Kajian Kes di Pekan Kuah Pulau Langkawi, Kedah
Abstrak
Bidang perniagaan hakikatnya masih baru kepada orang Melayu. Ilmu mereka mengenai bidang ini masih lagi cetek tetapi mereka perlu bersaing dengan bangsa lain terutamanya bangsa cina. Jika kita lihat ekonomi orang Melayu masih lagi ketinggalan jika dibandingkan bangsa lain. Namun, disebabkan Dasar Ekonomi baru (DEB) dilaksanakan, ekonomi orang Melayu mula menunjukkan peningkatan walaupun pelaksanaan tersebut tidak mencapai matlamat yang diinginkan oleh kerajaan. Kajian ini telah melihat kepentingan aktiviti ekonomi di Pekan Kuah dalam membantu ekonomi orang Melayu. Berdasarkan kajian terdapat tiga aspek telah dikaji iaitu mengenai pengurusan, perancangan dan masalah yang dihadapi oleh peniaga Melayu. Jadi, secara keseluruhannya kegiatan perniagaan boleh dikatakan banyak membantu orang Melayu dari segi memperbaiki taraf hidup yang lebih baik. Namun,peniaga Melayu perlu terus berusaha untuk terus maju dan dapat bersaing dengan bangsa lain.
Text
sastera Melayu
Simbol tumbuhan dalam pantun dari perspektif puitika sastera Melayu
Kajian ini untuk melihat sejauh mana prinsip kiasan dan saranan sesuai diaplikasikan dalam menghuraikan makna tersirat daripada simbol tumbuhan dalam pantun.
Text
Kesenian Melayu
Pragmatism and symbolism in Malay traditional Islamic architecture: Kampung Tuan Mosque
The purpose of this paper, a traditional mosque situated in Kampung Tuan is focused as the main subject. The pragmatic concept and symbolic meaning behind the building components is elaborate in relation with Islamic values.
Text
Bahasa Melayu
Penggunaan kata sapaan separa rasmi di Kabupaten 50 Kota dan daerah Rembau: Suatu Kajian Perbandingan
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk dan penggunaan kata sapaan masyarakat di kedua-dua kawasan kajian ini dan kemudian membandingkan bentuk-bentuknya untuk mendapat persamaan dan perbezaan.
Text
Sosio budaya Melayu
Konsep tema 'Islamik' dalam 'Filem Islamik' Syurga CInta (2009)
Kajian ini dilakukan bertujuan mengupas dan menganalisa sejauhmanakah konsep tema Islamik yang ‘digunapakai’ oleh filem Syurga Cinta, mampu mengangkat filem ini sebagai sebuah ‘filem Islamik’.
Text
sastera Melayu
Konsep perjuangan Anwar Ridhwan dalam novel penyeberang sempadan
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti konseptualisasi Anwar Ridhwan berhubung dengan konsep perjuangan dalam novel Penyeberang Sempadan.
Text
City development
Dari pasar ikan menjadi Pasar Seni
Di Pasar Seni ini gabungan sosial dan kebudayaan, perniagaan dan rekreasi sama-sama memainkan peranan penting.
Text
sastera Melayu
Komponen kesedaran peribadi dalam novel remaja terpilih
Kajian ini dijalankan untuk meneliti pengaruh kecerdasan emosi dalam komponen kesedaran peribadi terhadap pembentukan sahsiah remaja dalam novel-novel remaja terpilih.
Text
sastera Melayu
Hikayat Awang Sulung Merah muda dari perspektif pendekatan pengurusan
Kajian ini menganalisi unsur pengurusan yang terdapat dalam cerita lipur lara, iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda.
Text
Kesenian Melayu
Cabaran yang dihadapi pendidikan seni visual dengan kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia
Kajian ini adalah tentang integrasi antara Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan Pendidikan Seni Visual (PSV) yang dianggap sebagai gabungan unik dan mencabar, di mana ICT seharusnya melengkapi PSV untuk memajukan industri kreatif tanpa mengorbankan nilai estetika seni tradisional.
Text
Bahasa Melayu
Penggunaan e-buku dalam pembelajaran bahasa Melayu : Kajian kes pelajar Darjah Empat Madrasah, Singapura
Abstrak
Kajian ini dilaksanakan untuk melihat keberkesanan kaedah pembelajaran berbantukan perisian e-buku terhadap pencapaian akademik dalam kalangan darjah 4 bagi mata pelajaran bahasa Melayu di sebuah madrasah di Singapura. Kajian ini juga dijalankan untuk melihat sejauh mana kaedah pembelajaran berbantukan perisian e-buku ini dapat meningkatkan minat dan pencapaian pelajar dalam mempelajari bahasa ibunda mereka. Seramai 62 orang pelajar dari dua buah kelas darjah empat akan dilibatkan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuasi. Sampel kajian akan dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan pertama ialah kumpulan kawalan dan kumpulan kedua ialah kumpulan eksperimen. Kumpulan kawalan terdiri daripada 30 pelajar dan kumpulan eksperimen terdiri 32 pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran bahasa Melayu berbantukan perisian e-buku. Satu set borang soal selidik disediakan untuk para pelajar yang berada dalam kumpulan eksperimen, satu set borang soal selidik untuk yang terlibat dalam ujikaji ini dan juga kertas latihan diberikan kepada para pelajar pada akhir penggunaan perisian e-buku bagi menguji keberkesanan kefahaman mereka terhadap isi kandungan perisian e-buku.
Text
Sosio budaya Melayu
Perbelanjaan dalam urusan perkahwinan masyarakat Melayu : Kajian kes di Daerah Kulim/ Bandar Baharu
Abstrak
Secara keseluruhannya, penulis ini adalah membincangkan mengenai aspek perbelanjaan yang terdapat dalam urusan perkahwinan Melayu. Perbelanjaan ini termasuklah dari segi jumlah bayaran perkahwinan, kos kenduri serta kos kelengkapan dan persediaan yang diperlukan semasa mengendalikan sesebuah majlis perkahwinan. Seperti yang kita ketahui, perbelanjaan yang terdapat dalam urusan perkahwinan Melayu dilihat semakin tinggi berbanding tahun yang sebelumnya. Peningkatan jumlah perbelanjaan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor tertentu.
Antaranya termasuklah dari segi peningkatan kos sara hidup yang tinggi, perubahan pekerjaan serta kadar inflasi yang berlaku dalam negara kita. Dalam kajian ini, pengkaji berusaha untuk melakukan perincian yang lebih mendalam terhadap kos perbelanjaan yang terlibat di antara sesebuah pasangan dan keluarga pasangan. Jangkaan umum akan mengatakan bahawa pasangan yang mempunyai tahap pendidikan dan jenis pekerjaan yang baik akan membelanjakan jumlah yang lebih tinggi berbanding pasangan yang lain. Namun begitu, perubahan taraf sosiaekonomi yang dialami oleh sesebuah keluarga tidak menghalang kepada seseorang individu itu untuk mengeluarkan belanja yang lebih. Malahan, terdapat juga sesetengah keluarga yang turut sama mengeluarkan jumlah belanja yang di luar batasan kemampuan.
Perubahan yang dialami dalam pola perbelanjaan ini sedikit sebanyak turut membawa perubahan terhadap nilai dan norma tradisi masyarakat Melayu. Tidak kurang hebatnya, terhadap sesetengah individu yang terpaksa melanjutkan usia perkahwinan mereka bagi mengumpulkan dana yang secukupnya.
Text
education
Konsep perubahan sesebuah universiti
Akhir-akhir ini perkembangan universiti di tanah air cukup menggalakkan dan sekaligus menjadikan rakyat negara ini lebih terdidik dan meningkat ilmu pengetahuannya.
Text
Bahasa Melayu
Pembelajaran bahasa kanak-kanak : Kajian kes gaya pembelajaran pandang-ruang
Abstrak
Setiap individu mempunyai kebolehan, kecerdasan dan kemahiran yang tersendiri dalam menggarap sesuatu konsep dan pengetahuan sewaktu belajar melahirkan pelbagai gaya pembelajaran. Keindividualan ini berpaksi daripada sistem saraf dalam kedua-dua bahagian hemisfera otak berdasarkan pusat pembelajaran tertentu. Proses yang dilalui dalam saraf otak manusia dijelaskan oleh para ahli neurologi dan psikologi sebagai tidak setara, dan ini yang menjadi punca seorang individu mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan daripada seorang individu yang lain. Hakikat ini dijelaskan dalam bahagian neuropsikolinguistik kajian ini dalam proses pemerolehan bahasa dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Gaya pembelajaran kebolehan pandang-ruang yang dipeloporkan oleh Linda Kreger Silverman merupakan gaya pembelajaran yang dikaji dan dikembangkan penggunaannya dalam pemerolehan bahasa dalam pembelajaran bahasa kedua dalam kajian ini.
Hakikat penyelidikan dalam bidang pedagogi pembelajaran bahasa kanak-kanak banyak mengkaji tentang pelbagai jenis, konsep dan pendekatan dalam gaya pembelajaran, namun demikian semakin dunia bertambah mencabar, pemikiran manusia menjadi semakin kompleks dan media yang pelbagai jenis muncul dalam kehidupan, bidang kajian gaya pembelajaran juga menjadi semakin rencam dan luas kaupannya. Kajian ini juga menggunakan beberapa kaedah yang disarankan, dan yang dibangunkan sendiri bagi menggunakan bentuk yang ada dari sekeliling persekitaran hari ini bagi membina bahan-bahan pembelajaran yang ideal untuk menyokong pelajar berkebolehan pandang-ruang.
Text
sastera Melayu
Penilaian terjemahan teks kreatif novel ‘Amina”
Abstrak
Setiap bidang ilmu berasal daripada masyarakat yang berbeza. Hal ini disebabkan setiap kelompok mempunyai kelebihan atau kemahiran yang dapat dipelajari oleh masyarakat lain. Oleh itu, penterjemahan merupakan bidang yang mampu menyalurkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan tersebut. Lantas, membolehkan masyarakat memperoleh ilmu pengetahuan daripada budaya asing.
Selain itu, penterjemahan juga bertujuan untuk menghubungkan anggota dalam sesuatu masyarakat dwibahasa atau pelbagai bahasa. Dewan ini, bilangan penutur dwibahasa semakin hari semakin meningkat. Oleh itu, wajarlah diadakan usaha tertentu dalam mengembangkan bidang penterjemahan ini agar terus diperbaiki dan sentiasa relevan dengan konteks hari ini.
Sesuatu hasil terjemahan yang baik bergantung kepada pemahaman yang menyeluruh terhadap teks asal, dan penggunaan bahasa yang baik. Faktor-faktor sedemikianlah yang menyumbang kepada kepuasan para pelanggan, dan menjadikan kerja menterjemah sesuatu yang memuaskan hati. Berkaitan hal tersebut, buku-buku yang telah diterjemahkan haruslah melalui proses penilaian terdahulu sebelum diterbitkan. Perkara ini penting untuk memantau mutu terjemahan yang dihasilkan oleh para penterjemah agar terus berjaya memuaskan hati para pembaca sasaran.
Dalam mempertingkatkan kualiti hasil terjemahan kreatif, pengkaji telah menilai karya kreatif terpilih,, iaitu Amina terjemahan Nor Farhana Zulkeplee, Nurul Hidayah Abdullah, dan Wan Norazah Wan Chik. Penilaian tersebut dilakukan berdasarkan model penilaian teks kreatif. Dalam kajian ini, pengkaji menilai dari segi pendekatan yang digunakan dalam menterjemahkan unsur makna dan budaya. Seterusnya, aspek kekuatan dan kelemahan terjemahan teks tersebut turut dinilaikan bagi meneliti mutu terjemahan yang dihasilkan.
Penilaian yang terhasil menunjukkan bahawa dalam menghasilkan satu-satunya karya terjemahan terutama karya teks kreatif, pasti akan ada kekuatan serta kekurangan dalam hasil terjemahan, tanpa mengira siapa penterjemah itu. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, maka figuaratif, emosi dan aspek budaya yang diterjemahkan secara literal didapati akan menjejas mutu suatu teks terjemahan kreatif.
Text
Analisis piramid terbalik dan nilai berita dalam terjemahan berita dunia
Kajian ini meneliti penterjemahan berita dunia yang diterbitkan dalam laman sesawang akhbar Berita Harian. Korpus kajian merupakan 14 laporan berita dunia yang terdiri daripada versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Text
Bahasa Melayu
Pemerolehan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar Madrasah di Singapura
Abstrak
Kajian ini membincangkan tentang pemerolehan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar Madrasah di Singapura. Subjek kajian terdiri daripada 106 orang pelajar yang merupakan murid daripada madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah dan Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah. Seramai 20 orang pelajar telah diambil dijadikan subjek kajian rintis. Borang soal selidik digunakan sebagai alat kajian. Pengkaji membuat kajian pemerolehan tulisan Jawi dari aspek kebolehan atau kemahiran menulis dan memahami askara atau tulisan Jawi. Aspek tulisan ini meliputi pengenalpastian huruf, pengetahuan mengeja, transliterasi tulisan dari Rumi ke Jawi, dan sebaliknya.Kajian yang dijalankan ini mengenal pasti peranan bahasa Arab dalam konteks pemerolehan tulisan Jawi, sama ada pembelajaran bahasa Arab menyumbang kepada pemerolehan tulisan Jawi atau tidak. Selain itu, kajian ini juga akan menunjukkan analisis tahap pemerolehan dan pemahaman tulisan Jawi pelajar madrasah Singapura. Melalui kajian yang dijalankan ini, dapat dilihat citra Jawi di Singapura kini.
Text
Sosio budaya Melayu
Nobat diraja Perak
Abstrak
Abstrak
Kurang pengetahuan masyarakat pada hari ini akan muzik tradisional seperti Nobat adalah perkara yang sepatutnya tidak boleh berlaku. Hal ini kerana muzik Nobat merupakan lambang kepada kedaulatan seseorang Sultan. Bagi sesetengah negeri yang mengamalkan Nobat, dengan ketiadaan muzik itu maka sultan yang ada dianggap berdaulat.
Dalam latihan ilmiah yang dihasilkan ini, pengenalan ke atas muzik Nobat dilaksanakan. Dengan memilih salah satu muzik Nobat yang terdapat dalam lima kerajaan beraja di dunia ini, perkara yang berkaitan dengan Nobat ditulis dalam latihan ilmiah ini. Pemilihan nobat Perak dalam penulisan ini pula adalah sebagai cubaan untuk memperkenalkan Nobat terhadap dunia luar yakni kepada masyarakat Malaysia khasnya.
Dengan niat untuk menulis latihan ilmiah ini juga, maklumat diperoleh dengan cara mendapatkannya di perpustakaan. Cara kajian yang dimaksudkan ini adalah dengan cara kajian kepustakaan yang bergantung kepada bahan berbentuk penulisan yang sebelum ini pernah ditulis oleh pihak lain mengenai Nobat ini.
Hasil daripada kajian yang dibuat memperlihatkan pelbagai aspek yang wujud dalam muzik Nobat. Dalam penulisan ilmiah ini juga akan dipertontonkan aspek luaran dan juga dalaman muzik Nobat.
Diharapkan masa akan datang, kajian ini kan membantu untuk memperkenalkan muzik Nobat kepada umum dan bukan hanya dalam kalangan golongan istana.
Text
sastera Melayu
Analisis kesopanan bahasa Leech (1983) & Grice (1975): Manifestasi pola & struktur kesopanan bahasa dalam novel Melunas Rindu
Kajian ini bertujuan untuk mengklasifikasi dan menstrukturkan pola kesopanan bahasa dalam novel Melunas Rindu, iaitu Komponen Sastera (Komsas) yang digunakan oleh murid tingkatan empat di Zon 4 (Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan).
Text
economic threat
Sikap halang kemajuan
Selepas negara dilanda kemelesetan ekonomi sejak awal 1980-an, kedudukan peniaga-peniaga bumiputera semakin teruk.
Text
sastera Melayu
Analisis ayat majmuk pancangan bahasa Melayu dalam pantun Melayu
Kajian ini berfokus pada ayat majmuk pancangan bahasa Melayu yang digunakan dalam pantun Melayu.
Text
education
Masalah dan latihan mengajar
Seseorang kanak-kanak itu perlu tahu sebab mereka menulis, tujuan mereka menulis serta penekanan terhadap pendapat-pendapat dari apa yang mereka tulis.
Text
sastera Melayu
Mesej Nasionalisme dan Islam dalam sajak-sajak Zulkifli Muhammad
Kajian ini khusus menilai pemikiran Zulkifli Muhammad yang diungkapkan melalui 13 kuntum sajak beliau yang termuat dalam buku bertajuk Pemikiran Bahasa dan Sastera Zulkifli Muhammad dari Perspektif Islam karya Talib Samat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
Text
Sosio budaya Melayu
Malayan Muslims as a reflection of Malayness in Anthony Burgess's 'Time for a Tiger'
This study are met by undertaking a close reading of the text as a methodology to explore how the Malay characters understand and practise Islam, and to discover whether they
conform to the Islamic beliefs as understood by non-Muslims; here, to Burgess’ understandings of Malayan Islam.
Text
Literatures
Penulis sebagai pembina akal manusia
Melalui perantaraan bahasa itulah manusia memperolehi semua ilmu, dan kerana itu kebudayaan manusia yang bersifat ilmu itu berada di dalam bahasa.
Text
sastera Melayu
Eksplorasi keperluan remaja dalam novel 'Merdekakan Cinta Ratna'
Kajian ini adalah untuk melihat keperluan remaja yang
terdapat dalam novel remaja karya Sri Rahayu Mohd Yusop bertajuk Merdekakan Cinta Ratna terbitan Utusan Publication Sdn. Bhd. Novel ini akan dianalisis menggunakan Teori Hierarki Keperluan Manusia yang telah diperkenalkan oleh Abraham H. Maslow dengan melihat setiap peringkat yang dikemukakan oleh beliau.
Showing 5001 to 5050 of 19285 results
Page
of 386
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2