Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19292 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
ekonomi melayu
Petani raih RM100 sehari jual cengkerik
Seorang petani meraih pendapatan sampingan mencecah RM100 hasil jualan cengkerik yang dijadikan umpan untuk memancing.
Text
keluarga melayu
Petani didakwa bunuh anak usia 3 bulan
Seorang petani mengaku tidak bersalah membunuh anaknya di rumah mereka.
Text
Ahmad Zahid Hamidi
Pesuruhjaya Kanak-Kanak
...1 more
Pesuruhjaya Kanak-Kanak dilantik tangan kes dera
Kerajaan turut teliti syor tambah jumlah Hakim Mahkamah Tinggi di Sabah, Sarawak
Still Image
Permainan Tradisi Melayu
Pesta wau meriahkan Pantai Geting
Content
Pesta wau meriahkan Pantai Geting
Text
ASEAN
lagu
Pesta Lagu ASEAN adalah di...
"Pesta Lagu ASEAN adalah di antara rancangan yang diadakan untuk memajukan pembangunan kebudayaan ASEAN melalui lagu-lagu dan hubungan sosial di antara para penyanyi, para pencipta lagu daripada negara-negara ahli."
Text
Sosio budaya Melayu
Pesta kaul masyarakat Melanau di Mukah, Sarawak : kajian perbandingan pesta kaul dulu dan kini
Abstrak
Kajian ini ialah berkaitan dengan kebudayaan tradisi masyarakat Melanau yang terdapat di Mukah, Sarawak. Sungguhpun begitu, tumpuan pengkaji bukanlah kajian kebudayaan yang dilakukan secara menyeluruh berkenaan dengan kebudayaan-kebudayaan yang terdapat dalam masyarakat Melanau kerana matlamat kajian pengkaji hanyalah berfokus kepada pesta kaul sahaja, kajian ini pengkaji lakukan di Mukah, Sarawak. Disebabkan terdapat kekangan-kekangan tertentu, pengkaji hanya sempat pergi kedua buah kampung sahaja di bahagian Mukah, iaitu kampung Tutus Hilir dan kampung Medong Dalat. Sungguhpun begitu kajian pengkaji meliputi pesta kaul yang diadakan oleh keseluruhan kaum Melanau di Mukah.
Di dalam bab dua, pengkaji telah menerangkan tentang kawasan kajian pengkaji bermula daripada sejarah negeri Sarawak itu sendiri. Pengkaji juga menjelaskan berkenaan dengan sejarah Mukah, iaitu tempat yang didiami oleh majoriti masyarakat Melanau. Pengkaji juga menyentuh perihal asai-usul Melanau dan pengenalan umum tentang bahasa Melanau.
Dalam bab tiga, pengkaji mengupas berkenaan dengan pesta kaul masyarakat Melanau di Mukah pada zaman dahulu yang merangkumi beberapa aspek penting. Antaranya, sejarah pesta kaul, tujuan pesta kaul itu diadakan, masyarakat yang terlibat dalam pesta kaul, persediaan sebelum dan semasa pesta kaul, pantang larang pesta kaul dan aktiviti sampingan yang dijalankan semasa pesta kaul.
Dalam bab 4, pengkaji menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pesta kaul masyarakat Melanau di Mukah pada zaman sekarang. Sama seperti bab sebelumnya, dalam bab 4 juga menekankan aspek yang sama supaya tidak mengelirukan para pembaca.
Seterusnya dalam bab ke 5, pengkaji membincangkan perubahan yang berlaku antara pesta kaul masyarakat Melanau di Mukah pada zaman dahulu dengan zaman sekarang berdasarkan aspek yang telah dibahaskan dalam bab 3 dan bab 4. Aspek yang sama dibahaskan bagi pengkaji lebih mempelihatkan perubahan yang berlaku dalam kedua-dua zaman tersebut.
Dalam bab yang terakhir penulis ilmiah ini, iaitu bab 6, pengkaji menyentuh tentang kesimpulan berdasarkan keseluruhan hasil dapatan yang diperoleh pengkaji. Kesimpulan ini sebagai merumuskan keseluruhan bab-bab yang telah diterangkan oleh pengkaji sebelumnya.
Text
PESTA DADAH ...di Lorong Haji Taib
Text
Kraftangan Melayu
wau
Pesona seni kraf wau
Text
Pesona Sastera Eksperimen Wahab dan Al-Amin
Text
Pesona dunia punca keruntuhan akhlak
Text
Pesona buku terpakai
Ada judul yang tidak susut nilai disebabkan faktor sukar diperoleh dalam pasaran.
Text
pertanian
pokok rosel
Peserta OKU pekak tanam rosel tingkat pendapatan
100 orang OKU menanam pokok Rosel dengan Projek Roselprenuer meningkatkan pendapatan mereka sejak September tahun lalu.
Text
DOSM
KPDN
...1 more
Peserta industri digesa bantu kurang beban sara hidup
Text
Boeing 737
MAS
...2 more
Pesawat MH 653 Tinggalkan Mistri
Tragedi Tanjung Kupang di mana kapal terbang MAS Boeing 737 meletup dan membunuh kesemua 93 orang penumpang beserta 7 orang anak kapalnya, merupakan satu tragedi dasyat sehingga mayat berkecai tidak mengenal rupa dan bangsanya lagi.
Text
padi
pesawah
Pesawah tuntut naikkan harga padi Rm1600
Pesawah-pesawah di Kampung Sawah Sempadan, Tanjong Karang mendesak kerajaan supaya menetapkan pemutuan potongan padi 17 peratus berbanding 20 peratus dan menaikkan harga lantai padi daripada RM1350 kepada RM1600 setiap tan metrik bagi membela nasib mereka berikutan pendapatan terjejas teruk pada musim penanaman kali ini.
Text
pesawah
Pesawah tuntut naikkan harga padi RM1600
800 pesawah di Kampung Sawah Sempadan menuntut kerajaan menaikkan harga lantai padi dan mendesak kerajaan menetapkan pemutuan potongan padi.
Text
Keterjaminan makanan
Pesawah teruskan tanaman, bayaran insentif kurangkan beban
Kenaikan kadar Insentif Pembajakan kepada pesawah (IPKP) mampu ringankan beban pesawah sekiranya dibayar mengikut musim
Text
padi
Pesawah sambut baik usaha keluar padi tahan air masin
Pengeluaran varieti padi tahan air masin wajar dilaksanakan kerana dapat menyelesaikan isu industri padi negara dan meningkatkan hasil beras tempatan.
Text
Keterjaminan makanan
Pesawah Kelantan kecilkan kawasan tanaman padi
Pesawah negeri nii mengurangkan penanaman padi susulan kenaikan harga diesel
Text
kedah
pertanian-Malaysia
...1 more
Pesawah Kedah cenderung guna MR297
Pesawah memilih untuk menggunakan variety MR297 kerana ia lebih tahan lasak dan mengurangkan risiko tumbang.
Text
padi
pertanian-Malaysia
...1 more
Pesawah 'sakit hati' beras dibuang
Penemuan beberapa beras yang dibuang di Pahang mengecewakan pesawah yang berusaha untuk menanam padi sebagai pendapatan mereka dan memastikan rakyat mencukupi bekalan beras.
ekonomi melayu
Pesara tentera raih pendapatan lumayan, berjaya dalam pertanian
Bagi seorang pesara tentera, Muhamad Azrul Mohd. Ziman, dia sedikit pun tidak kekok untuk menjadikan aktiviti pertanian sebagai kerjaya kedua walaupun boleh dikatakan baharu sahaja berjinak-jinak dalm dunia pertanian.
Text
Pendidikan
Pesara guru terus tabur bakti
Demi untuk melihat lebih ramai masyarakat rakyat celik al-Quran, seorang pesara guru sanggup berkorban masa, tenaga dan harta benda untuk memastikan misi tercapai.
Text
Pesantren Seblak of Jombang, East java : women's educational leadership
Text
Pesantren in power : religious institutions and political recruitment in Sumenep, Madura
Text
kesihatan
ubat
Pesakit peroleh ubat di fasiliti kerajaan diminta tidak membazir.
Pembelian bekalan ubat dilakukan hasil kutipan cukai rakyat, jadi pesakit disaran tidak membazirkan bekalan ubat tertentu.
orang asli
Pesakit Orang Asli 'diterbangkan'
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa dua pesakit Orang Asli menghidap demam panas ke Hospital Gua Musang, di sini.
Text
kencing manis
obesiti
Pesakit kencing manis, obesiti akan meningkat.
Usaha menjaddikan ubi kayu subagai mekanan ruji bagi menggantikan beras dibimbangkan meningkatkan peratusan obesiti dan kencing manis.
Text
keluarga melayu
Pesakit kanser tahap empat rayu bantuan
Mohd. Hadip Ramli merayu bantuan menampung biaya kos perubatan dan rawatan.
Text
Pesakit jiwa akan dibantu
Text
buah pinggang
kesihatan
Pesakit buah pinggang kronik tak digalakkan puasa
Pesakit buah pinggang kronik tidak digalakkan berpuasa untuk mengelakkan risiko kronik yang boleh mengancam nyawa mereka.
Text
Pesaka akui ada silat salahi agama
Text
Pesaka akui ada silat salah agama
Text
Perwatakan kepahlawanan dalam sastera berunsur...
"Perwatakan kepahlawanan dalam sastera berunsur Islam juga menekankan sifat berpegang teguh kepada janji seperti yang dianjurkan oleh agama Islam. Dalam Hikayat Amir Hamzah, Amir Hamzah digambarkan sebagai seorang wira yang sentiasa mematuhi segala janji yang telah dibuatnya."
Text
Perwatakan di dalam Ombak Bukan Biru
Cerita yang dapat berjalan dengan licin ialah gabungan baik watak-wataknya. Kehadiran watak yang tidak berfungsi hanya mengganggu plot dan penceritaan. Dalam hal ini, Fatimah Busus telah berjaya menggabungkan para pelakunnya membina sebuah cerita yang menarik walaupun tema yang dipilih agak ringan. Gambaran watak utamanya iaitu Imrah sangat jelas dan tersusun. Perkembangan watak Imrah berlangsung dari satu peringkat kepada peringkat seterusnya.
Watak Imrah telah membangun membawakan persoalan dan memberikan jawaban dan juga meninggalkan persoalan. Persoalan Imrah adalah persoalan kebanyakan anak muda hari iniyang menghadapi masalah jurang jenarasi. Masalah nilai dan tersepitnya antara dua golongan lama dan baru. Imrah telah cuba membawakan masalah tersebut dan mencuba untuk menyelesaikan masalahnya. Imrah telah cuba berdikari dan membuat keputusan sendiri berdasarkan pertimbangan logiknya.
Text
Perwatakan Amir Hamzah ialah sebagai...
"Perwatakan Amir Hamzah ialah sebagai wira dan pahlwan Islam untuk menegakkan kebenaran dan kebaikan. Beliau berjuang untuk mengembalikan sesuatu pemerintahan yang hak dan menghapuskan segala sesuatu yang tidak diingini seperti penyelewangan dan sebagainya."
Text
Ahmad Zahid Hamidi
Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan
...2 more
Perwakilan konvensyen Wanita ikrar lima tekad
Lima tekad dinyatakan pada akhir Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan 2023, yang julung kali diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di Kuala Lumpur semalam.
Text
Puasa
ramadan
Perut bulat bakar buruan berbuka puasa
Perut bulat bakar menerima permintaan yang tinggi menjelang Ramadan ini. Kira-kira 100 kg sehari perut bakar ini dujual setiap hari di bazar Ramadan
Text
Perusahan tanaman Rumbia: Satu kajian kes di kampung Menunggang, Kuala Penyu, Sabah
Abstrak
Sesungguhnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan tumbuhan semula jadi yang tinggi nilainya. Terletak di kawasan khatulistiwa, tanah di Malaysia sesuai ditanam dengan pelbagai jenis tanaman kontan. Tanahnya yang subur sangat sesuai dengan tumbuhan seperti koko, getah, kelapa sawit, kelapa disamping buah-buahan tempatan yang pelbagai. Disebabkan perkara ini, rakyat di negara kita memperolehi rezeki yang melimpah ruah yang dapat dinikmati bersama.
Perusahan berasal dari kata dasar “usaha’ yang bermaksud daya upaya (ikhtiar, kegiatan,perbuatan,dll) untuk mencapai sesuatu (kamus dewan, edisi ketiga). Manakala, perusahaan pula bermaksud sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat (menghasilkan,mengeluarkan) barang-barang. Definisi yang diungkapkan ini sebenarnya ada kaitan dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji.
Kajian yang dihasilkan ini adalah mengenai aktiviti perusahaan tanaman sagu yang dijalankan di kampung kelahiran pengkaji. Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk menerangkan mengenai kegiatan perusahaan sagu secara terperinci. Ia merangkumi beberapa aspek seperti latar belakang perusahaan, amalan kultura, kaedah memproses, produk kegunaan, masalah yang dihadapi dan akhir sekali adalah analisis kewangan.
Walaupun terdapat kajian lain yang berkaitan dengan tanaman sagu, tetapi pengkaji yakin bahawa belum terdapat mana-mana kajian yang menjurus pada Perusahaan Tanaman Sagu di Kg. Menunggang. Jadi, disebabkan itulah, pengkaji rasa perlu untuk melaksanakan satu kajian mengenainya agar masyarakat dapat mengetahui serta beroleh sedikit sebanyak pengetahuan dari kajian ini.
Tidak dinafikan lagi bahawa setiap tempat berbeza dari segi budaya dan cara kehidupan sehari-hari.
Walaupun kajian mengenai tanaman rumbia ini ada dilakukan oleh orang lain, tetapi pengkaji yakin bahawa terdapat pelbagai tempat tetapi latar belakang dan cara pengurusannya adalah berbeza. Jadi, disebabkan itulah pengkaji cuba menerangkan mengenai perusahaan tanaman ini di kampung pengkaji yang mungkin mempunyai perbezaan dengan tempat-tempat yang lain.
Text
labu
perak
...2 more
Perusahaan Tembikar Labu di Sayong, Perak
Penulis membuat kajian ini kerana ingin memberi sedikit gambaran mengenai pertukangan tembikar di negeri Perak. Selain daripada itu, penulis mendapati pertukangan tembikar merupakan salah satu pertukangan yang penting di negara ini. Kampung Kepala Bendang dijadikan tumpuan kajian penulis kerana ia merupakan kawasan perusahaan tembikar yang paling terkenal di Malaysia. Penulis berharap kajian ini akan menjadi panduan kepada kajian-kajian yang akan datang.
Text
Sosio budaya Melayu
Perusahaan tembikar di Sayong, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai perusahaan tembikar di Sayong, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Dalam kajian ini dinyatakan perusahaan tembikar secara umum di Malaysia, dengan fokus kepada perusahaan tembikar di Sayong. Maklumat berkenaan latar belakang pengusaha dan perusahaannya turut dimuatkan. Seterusnya dibincangkan perubahan dan perkembangan yang berlaku dalam perusahaan tembikar ini, dengan penekanan kepada aspek pembuatan, alat dan bahan, serta teknologi terkini yang digunakan. Akhir sekali dinyatakan sedikit sebanyak perancangan bagi memajukan lagi industri tersebut.
Text
brunei
tenunan
Perusahaan Seni Tenunan Brunei
Perusahaan 'Bertenun' ini memanglah tidak dapat dipisahkan di kalangan masyarakat Melayu Brunei kerana satu tradisi turun-temurun ataupun perusahaan warisan daripada nenek moyang mereka. Jadinya 'Bertenun' ini adalah kegiatan yang tertua, namun begitu, ianya dapat bertahan sehingga ke hari ini. Malahan Kerajaan Brunei telah menyedari betapa pentingnya memelihara nilai-nilai kebudayaan yang mencerminkan identiti bangsanya ke mata dunia. Oleh itu kerajaan telah membuka dengan rasminya satu bangunan pada 1hb, Januari, 1984, yang bertindak sebagai institusi formal terhadap kegiatan seni dan pertukangan tangan anggota-anggota masyarakat Brunei, khasnya masyarakat Melayu.
Bangunan ini dikenali sebagai 'Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Negara Brunei Darussalam' yang dibina di pinggir Sungai Brunei dan berhadapan dengan Kampung Saba (salah sebuah kampung air). Pusat ini berfungsi untuk memelihara dan mempertingkatkan hasil kerja tangan anggota-anggota masyarakat Brunei, khasnya pelajar-pelajar yang mengikuti kursus-kursus seni di pusat tersebut. Pusat ini juga berfungsi sebagai media bagi memasarkan barang-barang seni yang dihasilkan oleh anggota-anggota masyarakat Brunei. Ini termasuklah hasil-hasil tenunan seperti kain samping, kain jongsarat, selendang yang bertenun, alat-alat perhiasan yang bertenun dan lain-lain.
Text
pahang
rotan
Perusahaan Rotan di Kalangan Orang Melayu: Tinjauan Khusus SPPIK Rattan Kg. Relong Sdn. Bhd. Kuala Lipis Pahang Darul Makmur
Syarikat Pembangunan dan Pemasaran Industri Kampung (SPPIK) Rattan Sdn Bhd merupakan salah satu kilang pembuatan perabut dan kraftangan daripada rotan yang diusahakan oleh orang Melayu. Syarikat Pembangunan dan Pemasaran Industri Kampung ini telah ditubuhkan pada peringkat awal di bawah arahan Kementerian Luar Bandar atas arahan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Encik Ghafar Baba pada tahun 1987, iaitu sebagai satu usaha untuk menggalakkan dan memberi peluang kepada orang Melayu menceburi bidang pembuatan. SPPIK telah mengambil langkah menubuhkan anak syarikatnya iaitu SPPIK Rattan Sdn Bhd Kampung Relong untuk beroperasi sebagai syarikat pembuatan perabut dan kraftangan rotan. Daerah Kuala Lipis dipilih kerana, kawasan ini mempunyai bekalan rotan yang mencukupi kerana di sini masih banyak kawasan hutan yang mampu memberkalkan rotan-rotan yang diperlukan.
Setahun selepas beroperasi kilang ini telah diletakkan di bawah pengawasan MARA. Pihak MARA telah mengeluarkan bantuan kewangan kepada kilang ini. Menurut responden iaitu pengurus kilang tersebut, Encik Kassim bin Mahmud, pihak MARA telah memberi bantuan modal sebanyak $65 ribu ringgit untuk menjayakan kilang tersebut.
Text
bahagian perahu
dekorasi perahu
...3 more
Perusahaan perahu tradisi : Kajian kes di Pulau Duyong, Kuala Terengganu
Perusahaan membuat perahu merupakan perusahaan tradisional yang terdapat di Pulau Duyong Besar, Kuala Terengganu selain menjadi nelayan, aktiviti tempatan mencari rezeki dan membuat perahu. Membuat perahu bukanlah satu pekerjaan mudah, ia memerlukan beberapa ciri tertentu untuk menghasilkan perahu, yang penting ialah kemahiran membuat bot adalah satu anugerah yang tidak terdapat pada semua orang. Hanya mereka yang benar-benar berminat, tekun dan sabar serta mempunyai sedikit modal boleh menceburkan diri dalam bidang ini. Ini kerana sebuah perahu yang dibina memerlukan masa lebih kurang setahun hingga dua tahun.
Bab satu merupakan bab pengenalan di mana penulis memaparkan objektif kajian dan permasalahan yang dihadapinya dalam menyiapkan kertas projek ini.
Bab dua pula menyentuh tentang sejarah kedatangan awal perahu ke Terengganu khususnya tetapi malangnya sehingga kini tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kemunculannya di negeri Terengganu ini. Penulis juga menyentuh jenis-jenis perahu besar dan perahu kecil yang pupus, pernah digunakan dan yang masih lagi digunakan oleh penduduk di Terengganu amnya dan khususnya di Pulau Duyong.
Bab tiga lebih menekankan kepada keistimewaan yang dimiliki oleh pertukangan dalam menghasilkan perahu, teknik yang digunakan seratus peratus masih lagi menggunakan teknik tradisional walaupun terdapat penggunssn peralatan yang menggunakan kuasa elektrik. Hasil kerja mereka menarik, halus dan teliti yang telah menarik ramai di kalangan rakyat asing datang ke Terengganu.
Bab keempat pula melihat kepada dekorasi yang terdapat pada perahu. Bangau dan sangga merupakan dekorasi yang penting terdapat pada perahu seperti perahu Sekoci dan perahu Kolek. Bangau yang pada asasnya berperanan sebagai tempat letak pendayung telah berubah fungsi sebagai sesuatu yang mempunyai estetika keindahan.
Bab lima, meninjau kepada permasalahan yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha di Pulau ini dan cadangan daripada penulis untuk memantapkan lagi perusahaan ini pada masa hadapan.
Text
Perusahaan perahu di Trengganu
Abstrak
mesi8 ini adalah meIupakan satu ka jian kes mengenai Perusahaan Perahu Di Tren gganu, Kajian ini meliputi perusahaan-perusahaan dan tukang-tukang perahu diseluroh Negeri Trengganu. Perhat ian diberi kepada beberapa aspek mengenai perusahaan itu, iaitu latar perusahaannya, persejarahan, peranan perusahaan didalam masyarakat, modal, teknolo gi dan budaya,
Text
brunei
keris
...1 more
Perusahaan membuat keris ini dijalankan...
"Perusahaan membuat keris ini dijalankan oleh kaum lelaki dan boleh disifatkan sebagai perusahaan cottage. Menurut Mohd Taib Osman, 1984: 228), perusahaan cottage ditandai oleh empat kriteria, iaitu tempat kerja (di rumah atau kawasan rumah), pengendalian perusahaan (oleh ahli keluarga), penggunaan tenaga kerja (biasanya secara manual atau tradisional), peluasan dan cara pemasaran (dalam lingkungan masyarakat persekitarannya dan secara menempah tanpa sebarang cagaran atau wang pendahuluan kerana saling mempercayai."
Text
Johor
makanan
Perusahaan Makanan di Air Hitam, Johor
Dengan menjalankan kajian ke atas perniagaan orang-orang Melayu secara kecil-kecilan,pengkaji dapat melihat beberapa faktor yang menjadi penentu bentuk dan jenis perniagaan yang diusahakan itu. Sungguhpun begitu, dalam ruang yang terhad ini adlah mustahil bagi pengkaji untuk melihat semua kes kecuali beberapa kes sampel kecil secara rawak. Meskipun begitu, pengkaji telah berusaha untuk mencapai beberapa fokas perbincangan yang utama khasnya dari segi pengaruh teknologi ke atas perusahaan kecik orang-orang Melayu. Satu sampel telah dibuat untuk melihat penggunaan peralatan secara tradisional dalam perusahaan membuat dodol di pekan Air Hitam.
Text
anyaman
seni
...2 more
Perusahaan Anyaman Mengkuang di Kampong Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan
Penulis mengkaji tentang 'Perusahaan anyaman mengkuang di kalangan masyarakat Melayu di Kampong Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Anyaman merupakan satu seni perusahaan hasil tangan hasil warisan orang Melayu yang popular di dalam kalangan kaum wanita terutamanya di Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Keaslian serta ketinggian mutu kehalusan seni anyaman memerlukan kemahiran yang unik.
Text
anyaman
kelantan
Perusahaan Anyaman Buluh di Kampung Jal Kechil, Tumpat, Kelantan
Perkataan anyaman tidak asing di kalangan orang Melayu. Walaupun begitu tidak ramai yang mengetahui pengertiannya yang sebenar. Anyaman bermaksud satu proses menyaring helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuh-tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusupkannya antara satu sama lain. Bahan-bahan dari jenis tumbuh-tumbuhan (bahan asas) ini dikeringkan dan dibentuk (memanjang, halus, nipis) terlebih dahulu sebelum proses anyaman dimulakan.
Di kalangan orang Melayu perusahaan anyaman merupakan salah satu aktiviti kerjatangan yang diwarisi sejak turun-temurun lagi. Dari zaman berzaman sampailah ke hari ini, perusahaan anyaman ini telah mengalami banyak perubahan dan pembaharuan. Pembaharuan terbesar ialah dari segi teknik pembuatan.
Text
Peruntukan undang-undang berkaitan pembangunan tanah wakaf di malaysia
Kajian ini mengupas aspck-aspck peruntukan undang-undang semasa yang berkaitan dengan pembangunan tanah wakaf di Malaysia...
Showing 5701 to 5750 of 19292 results
Page
of 386
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2