Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (146 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: Pendidikan
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Pendidikan
Jurusan Sains di Sekolah: Murid Melayu Lembab?
Guru-guru mestilah dijadikan kawan paling rapat, mereka mesti sanggup mendedahkan segala kelemahan tentang sesuatu masalah pelajaran kerana sebarang perasaan malu kepada pelakar lain atau prasangka terhadap kebolehan dan terhadap mata pelajaran akhirnya akan merugikan diri sendiri. Melibatkan diri dalam persatuan memang dapat menambah dan memperkembangkan pengetahuan pelajaran secara berkesan selain dari segi sosialnya, persatuan sains atau ilmu hisab boleh beri banyak keuntungan dari segi akademiknya.
Text
Pendidikan
Pendidikan dari Berbagai Sudut Interpretasi
Menceritakan bagaimana manusia itu berkembang serta mewujudkan kemahiran yang diperlukan untuk mengubah serta memperbaiki keadaan kemanusiaan yang semula jadi. Terdapat juga pelbagai interpretasi dari pelbagai tokoh berkaitan bagaimana pendidikan boleh mengubah generasi muda.
Text
Komuniti india malaysia
ladang-ladang
...1 more
A General Survey On Education amongst the Malaysian Indian Plantation Community
Mengkaji keadaan pendidikan dalam kalangan komuniti India yang bekerja di ladang-ladang di Malaysia. Meneliti cabaran dan peluang yang dihadapi oleh komuniti ini dalam mengakses pendidikan serta impaknya terhadap mobiliti sosial dan pembangunan komuniti.
Text
bahasa
orang asli
...1 more
Jika bahasa Semai boleh...
"Jika bahasa Semai boleh melakukannya, tidak mustahil DD dan DK menurut jejak itu. Penulis melihat bahawa sistem pendidikan negara yang ada sekarang lebih bersikap terbuka. Penawaran bahasa Semai sebagai subjek bahasa etnik elektif itu disertai bahasa Iban untuk pelajar di Sarawak, dan bahasa Kadazan untuk pelajar di Sabah."
Text
bahasa
orang asli
...1 more
Dalam jangka masa panjang, item ini...
"Dalam jangka masa panjang, item ini boleh digunakan sebagai kontrak untuk memastikan DD dan DK dapat dikembangkan kepada generasi muda khusunya kanak-kanak. Pengakuan reponden menunjukkan harapan mereka, sama ada optimis atau pesimis. Kedua-dua sikap ini amat mempengaruhi masa depan dialek-dialek itu kerana mana-mana satupun sikap yang diambil, implikasinya ialah terhadap dialek mereka. Jika optimis, dialek itu akan dapat diselamatkan, dan jika sebaliknya, dialek itu hanya menanti masa untuk berkubur ditelan zaman."
Text
bahasa
gaya hidup
...2 more
Statistik yang dibentangkan memperlihatkan...
"Statistik yang dibentangkan memperlihatkan peningkatan penggunaan bahasa secara peralihan kod antara DK dan BM ketika para responden berbincang. Penulis melihat kecenderungan ini sebagai hasil hasrat dan wawasan Tok Batin untuk memastikan anak buahnya menguasai DK dan BM secara berkesan dan mampu menggunakannya dalam perbincangan yang membabitkan isu-isu berkaitan masa depan mereka dan kampung mereka. Seperti yang telah disentuh di atas, nasib masyarakat ini banyak bergantung kepada sejauh mana mereka boleh menunjukkan kepada masyarakat luar tentang kekerdilan mereka dari segala segi terutama bilangan dan juga pelestarian budaya dan harta benda."
Text
bahasa
orang asli
...2 more
Perkahwinan keturunan Duano dengan...
"Perkahwinan keturunan Duano dengan bukan Duano sudah diterima sebagai biasa sahaja di KKB dan juga di petempatan-petempatan Duano yang lain. Tanpa mengira sama ada pemuda atau pemudi mereka yang mendapat jodoh orang bukan Duano, masing-masing secara rela melepaskan bahasa ibunda mereka dan menguasai bahasa baharu iaitu BM. Ini berlaku dengan mudah kerana kebanyakan generasi muda sudah pun didedahkan kepada bahasa itu apabila melalui sistem pendidikan kebangsaan."
Text
orang asli
Pendidikan
...1 more
Pembangunan modal insan guru melalui...
"Pembangunan modal insan guru melalui latihan, bengkel dan kursus yang dijalankan oleh pihak JAKOA, pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan pelbagai pihak lain juga sangat penting sebagai insentif dan usaha untuk memujuk guru supaya melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna di sekolah. Pihak sekolah sering menghantar guru untuk mengikuti kursus seperti kursus komputer, teknik pengajaran yang berkesan dan tidak ketinggalan juga kursus motivasi sebagai meningkatkan prestasi dan komitmen guru."
Text
orang asli
Pendidikan
Hujah mesti jelas dan dapat menjadi bukti...
"Hujah mesti jelas dan dapat menjadi bukti yang kukuh untuk merangsang tujuan atau tindakan. Sebagai contoh, jika pihak sekolah menyatakan pendidikan adalah penting dan baik untuk masa depan anak-anak Orang Asli, maka kepentingan dan kebaikan bersekolah itu hendaklha diperjelaskan dengan bahasa yang mudah difahami. Sebaliknya, jika hendak menyatakan bahawa ponteng sekolah itu tidak baik, maka perlulah dibuktikan ketidakbaikannya."
Text
bahasa
Bahasa Melayu
...2 more
Mata pelajaran Bahasa Semai telah mula diajarkan...
"Mata pelajaran Bahasa Semai telah mula diajarkan sebagai bahasa elektif dalam kurikulum sekolah sejak 2014 dan terbuka kepada mana-mana keturunan anak Orang Asli. Walau bagaimanapun buat masa kini, hanya murid suku Semai di Pahang dan Perak sahaja yang mempelajarinya. Jika Bahasa Semai diajarkan di sekolah, dijangkakan pada masa hadapan lebih ramai lagi anak Orang Asli akan berusaha menguasai bahasa ibunda dan bahasa lain terutamanya bahasa Melayu secara formal dengan menggunakan kaedah terkini termasuk menggunakan peranti telekomunikasi."
Text
bahasa
orang asli
...1 more
Dari segi sejarah, pendidikan formal melalui...
"Dari segi sejarah, pendidikan formal melalui sistem persekolahan bukanlah satu fenomena yang baru kepada masyarakat Orang Asli di Malaysia. Mereka telah diperkenalkan kepada sistem persekolahan ini sejak zaman penjajahan British lagi (Hassan Mat Nor, 1997). Misalnya pada tahun 1930-an, terdapat usaha mubaligh Kristian di Negeri Perak dan Pahang, membangunkan sekolah di perkampungan Orang Asli untuk mengajar penduduk di kampung tersebut membaca dan menulis. Sekolah yang dibangunkan ini kebanyakannya terletak dalam kawasan Pos Keselamatan di kawasan pedalaman. Guru yang mengajar adalah terdiri daripada kakitangan anggota keselamatan dan pegawai luar Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Tujuan pendidikan ini diperkenalkan adalah untuk membolehkan Orang Asli membaca dan mengira, di samping memenangi hati mereka supaya tidak terpengaruh kepada propaganda komunis yang sedang berjuang menentang kerajaan kolonial pada masa itu."
Text
orang asli
Pendidikan
Tanyogn had less success imposing her wishes on...
"Tanyogn had less success imposing her wishes on children. She became extremely nervous when children climbed trees and would call to them to come down before they fell. She cited a case of a man who fell out of a tree and broke his leg. The children always ignored her and everyone else who urged them to come down. Since independence was part of Batek's life, she and the other adults accepted that the children didn't obey them. Rather than punishing the children, they tried to make them aware of the dangers and hoped for the best."
Text
gaya hidup
orang asli
...1 more
Saya waktu kecil dulu,...
"Saya waktu kecil dulu, tahun 1962, saya tengok orang Koyan, orang Pos Bertau dah pandai toreh getah. Saya tahu teknik toreh getah sekarang ni sebulan satu inci. Orang Asli toreh sebulan, satu jengkal. Mungkin juga, tapi teknik-teknik ini tadak boleh disalahkan kepada Orang Asli saja. Sepatutnya diberi pengenalan, macam mana nak toreh getah satu inci sebulan. Saya rasa geng-geng daripada Myanmar, Bangladesh yang datang itu pun diajar macam mana nak toreh satu inci sebulan, baru dia boleh toreh. Kalau tidak ada pelajaran, sampai bila pun, tak boleh buat apa-apa. Susahlah nak kata."
Text
bantuan
orang asli
...1 more
Isu pendidikan di Perak yang telah dikenalpasti...
"Isu pendidikan di Perak yang telah dikenalpasti ialah masalah keciciran. Kadar keciciran yang tinggi ini bermula di peringkat sekolah rendah lagi sehinggalah ke peringkat sekolah menengah. Kadar keciciran boleh dikatakan terlalu tinggi, kerana menurut rekod kami, hampir 100% daripada murid-murid yang bersekolah di kawasan pedalaman tidak sampai ke peringkat SPM. Satu isu lagi yang kita kenalpasti tentang pendidikan ini ialah bantuan yang lambat sampai kepada murid-murid. Bantuan yang kita terima selalu lambat kerana masalah-masalah dalaman dan juga pentadbiran itu sendiri."
Text
orang asli
Pendidikan
Masyarakat Orang Asli termasuk suku...
"Masyarakat Orang Asli termasuk suku kaum Semelai di Pahang sering kali dilontarkan dengan pelbagai pandangan bersifat negatif terutama berkaitan persepsi mereka terhadapt pendidikan dan pembangunan secara amnya. Antara lain, mereka sering dikatakan sebagai kumpulan etnik yang tidak mementingkan pendidikan dan lebih mementingkan nilai-nilai tradisi."
Text
orang asli
Pendidikan
Secara keseluruhannya, bagi mendapatkan hasil pendidikan yang berkesan...
"Secara keseluruhannya, bagi mendapatkan hasil pendidikan yang berkesan, pelbagai perkara perlu dipertimbangkan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran. Antara aspek yang perlu dipertimbangkan bagi dilaksanakan ialah aspek yang berkaitan kesediaan, kerelaan dan kesanggupan dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik. Di samping itu juga guru-guru perlu mempunyai keupayaan untuk menjalinkan hubungan yang mesra dengan masyarakat setempat serta melaksanakan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran yang menarik minat pelajar belajar dengan mempertimbang aspek psikologi dalam pendidikan."
Text
orang asli
Pendidikan
Dengan adanya kelas KEDAP ini, ibu bapa...
"Dengan adanya kelas KEDAP ini, ibu bapa sekurang-kurangnya dapat membantu anak-anak meningkatkan pencapaian dalam bidang pelajaran. Ibu bapa akan dapat memantau anak-anak mereka melakukan kerja rumah, kerana mula timbul kesedaran dalam kalangan ibu bapa akan kepentingan pendidikan setelh menyertai kelas KEDAP. Kelas KEDAP ini juga telah membantu pihak sekolah dari segi mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli."
Text
orang asli
Pendidikan
Sungguhpun pencapaian pelajaran dalam...
"Sungguhpun pencapaian pelajaran dalam kalangan pelajar Orang Asli di negeri Kelantan pada umumnya masih lagi ketinggalan jauh di belakang berbanding dengan pelajar daripada etnik lain, namun dengan usaha yang telah dibuat oleh JAKOA, Jabatan Pelajaran Daerah dan pelbagai pihak lain, ianya telah menunjukkan satu potensi yang memberansangkan. Berasaskan petunjuk dari aspek pertambahan bilangan pelajar ke sekolah terutama ke sekolah menengah, pencapaian dalam peperiksaan dan bilangan pelajar yang ebrjaya ke IPT, perkembangan yang berlaku boleh dianggap cukup positif."
Text
orang asli
Pendidikan
Satu kajian telah dibuat...
"Satu kajian telah dibuat untuk melihat potensi pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli di negeri Kelantan setelah pelbagai usaha dilakukan dalam memajukan pendidikan mereka, terutama pada tiga tahun kebelakangan ini. Kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen telah digunakan untuk mengumpul data kajian."
Text
cemerlang
orang asli
...1 more
Terdapat tujuh orang guru cemerlang...
"Terdapat tujuh orang guru cemerlang yang berkhidmat di SK (A) pelajar Orang Asli. Setakat ini empat orang guru cemerlang Bahasa Inggeris, dua orang guru cemerlang Bahasa Melayu dan seorang guru cemerlang Pendidikan Islam. Taburan guru cemerlang ini ialah tiga orang guru di Kelantan dan masing-masing seorang guru di Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak."
Text
orang asli
Pendidikan
Masyarakat Orang Asli merupakan...
"Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti peribumi kecil di Malaysia. Mereka telah hidup dalam masyarakat yang terasing dan kurang mendapat perkhidmatan termasuk pendidikan suatu masa dahulu. Sebelum 1996, JHEOA telah mengelolakn sebanyak 45 buah sekolah rendah dan 47 buah asrama. Pada 19 Januari 1996, pihak JHEOA telah menyerahkan semua sekolah yang dikelolakannya kepada KPM dan pengambilalihan ini menjadikan sebanyak 93 buah Sekolah Rendah Orang Asli diletakkan di bawah pentadbiran dan pengurusan KPM dengan harapan pelajar Orang Asli sama-sama dapat menikmati peluang pendidikan dari segi aksesibiliti, ekuiti dan kualiti seperti pelajar lain."
Text
orang asli
Pendidikan
Sekolah-sekolah telah dibina di kawasan-kawasan...
"Sekolah-sekolah telah dibina di kawasan-kawasan Pos Keselamatan dan guru-guru yang mengajar adalah terdiri daripada kakitangan JHEOA. Pada tahun 1953, sekolah pertama bagi anak-anak Orang Asli telah didirikan di Batu 3, Jalan Cameron Highland yang dikenali sebagai The William Hunt Aboriginal Memorial School. Tujuan utama penubuhan sekolah ini adalah untuk membolehkan anak-anak Orang Asli membaca dan mengira di samping memenangi hati mereka daripada dipengaruhi oleh gerakan komunis yang menentang kerajaan."
Text
orang asli
pembangunan
...1 more
Sejak mencapai kemerdekaan, perhatian...
"Sejak mencapai kemerdekaan, perhatian telah diberikan untuk memajukan pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Pada peringkat awal, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang sekarang dikenali sebagai JAKOA telah diberi tanggungjawab menguruskan pendidikan kepada masyarakat Orang Asli. Justeru, sekolah-sekolah dibina di Pos Keselamatan di pedalaman hutan yang menjadi kawasan kediaman Orang Asli dengan tujuan supaya membolehkan Orang Asli membaac dan mengira serta memenangi hati mereka agar tidak terpengaruh dengan gerakan komunis yang menentang Kerajaan Kolonial."
Text
orang asli
Pendidikan
Setiap sekolah di perkampungan Orang Asli dibekalkan dengan guru-guru...
"Setiap sekolah di perkampungan Orang Asli dibekalkan dengan guru-guru terlatih daripada KPM. Setakat ini, atas faktor keselamatan dan kesesuaian, hanya guru-guru lelaki sahaja yang dihantar dan mereka merupakan lepasan maktab pergurusan. Guru-guru ini pula datangnya dari pelbagai negeri dan majoritinya adalah Melayu. Selain itu, keutaamaan juga diberikan kepada guru-guru daripada kalangan masyarakat Orang Asli sendiri untuk menjadi guru di sini."
Text
Isu
orang asli
...1 more
Berdasarkan temu bual dengan...
"Berdasarkan temu bual dengan Guru Besar Sekolah Kebagsaan Pos Kuala Mu, Hj. Ahmad bin Mohd. Saad (51 tahun) yang bertugas lebih 10 tahun di situ, sesungguhnya minat belajar di kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang memuaskan, walaupun menunjukkan sedikit peningkatan berbanding ketika beliau mula bertugas di sekolah tersebut pada tahun 1991. Kepincangan ini turut didorong oleh faktor persekitaran, misalnya ibu bapa yang tidak begitu mengambil berat tentang perkara yang berkaitan dengan pelajaran serta tiada tekanan atau desakan untuk berubah. Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan untuk menampung keperluan hidup mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka pergi ke hutan bagi mencari rotan atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit."
Text
orang asli
Pendidikan
...1 more
In some areas, the Negritos have given the explanation...
"In some areas, the Negritos have given the explanation that their children have been discriminated against at school, both by the non-aborigine pupils as well as by those of other Orang Asli tribes. But a more fundamental reason for this indifference to education is undoubtedly the nomadic way of life which not anly prevents regular attendance at school, but also makes the skills and values acquired in these schools irrelevant to the main business of the tribe-to survive without cultivation, and without reliance upon outside help."
Text
Pendidikan
Calon PH tayang sijil UPSR, 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas sepaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
Text
Pendidikan
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Seorang pelajar PhD menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis.
Text
Pendidikan
Cuaca panas segera umum jika perlu tutup sekolah
KKM kekal SOP saranan tidak anjur aktiviti luar darjah jika suhu lebih 35 darjah Celsius.
Text
Pendidikan
Cuaca panas sekolah ditutup jika perlu
KKM mendapati keperluan menutup sekolah ekoran cuaca panas demi menerima lima kes berkaitan strok haba dan kelesuan haba di seluruh negara.
Text
Pendidikan
Cungkil bakat baharu pelajar penulisan kreatif
Sekolah perlu memainkan peranan dan mengenal pasti bakat pelajar dalam bidang penulisan kreatif yang bukan sahaja menghasilkan karya popular namun bermutu.
Text
Pendidikan
Teori sastera dalam tulisan akademik
Penulisan akademik penguasaan teori wajib semasa melakukan penyelidikan, merangka kertas proposal dan menulis tesisnya.
Text
Pendidikan
UUM tarik pelajar Selatan Thailand
UUM menyasarkan untuk menarik lebih ramai pelajar Thailand untuk melanjutkan pendidikan dan melonjakkan aspirasi pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara.
Text
Pendidikan
UTeM bina rumah alumni RM5j
UTeM memulakan proses pembinaan Rumah Alumni UTeM dengan reka bentuk terkini yang berkonsep moden dan terbuka dengan anggaran nilai mencecah RM5 juta.
Text
Pendidikan
Institut Biosains UPM raih pengiktirafan
UPM menerima pengiktirafan NDA atas UPM-MCC pada Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2024.
Text
Pendidikan
Penyelidik UPSI hasilkan inovasi subjek Sejarah
Tiga penyelidik memberi nilai tambah dalam kaedah pengajaran subjek Sejarah apabila menghasilkan inovasi berasaskan permainan.
Text
Pendidikan
Graduan perlu ubah mentaliti makan gaji
Pengangguran bukan isu baharu sebaliknya ia sering menjadi topik hangat lagi membabitkan graduan yang baru tamat pengajian.
Text
Pendidikan
Protes pro-Palestin merebak ke universiti seluruh dunia
Bantahan pelajar terhadap dap serangan tentera Israel ke atas Gaza merebak ke beberapa negara termasuk di universiti di Jerman, Australia dan Kanada.
Text
Pendidikan
Sekolah tutup jika suhu 37 tiga hari
Sekolah yang mengalami suhu 37 darjah Celcius selama tiga hari akan ditutup untuk kepentingan kesihatan warga sekolah.
Text
Pendidikan
Abai prasekolah, anak-anak akan ketinggalan
Dalam usaha menambah baik kualiti pendidikan negara, kerajaan mengurangkan beban tugas bukan pengajaran murid-murid.
Text
Pendidikan
Tiwikarma kerajaan selesai masalah penguasaan bahasa Melayu
Bahasa negara hendaklah dijadikan institusi penting yang bukan sahaja disayangi, juga ditaati oleh setiap seorang warganegara.
Text
Pendidikan
Sunway University hosts THE Asia Universities Summit 2024
The summit provided a platform for universities to showcase their achievements and engage in collaborative exchange.
Text
Pendidikan
Syor tubuh Kelab Rasuah Busters di sekolah
Kempen membasmi gejala rasuah boleh bermula di peringkat sekolah rendah melalui medium rasmi pembelajaran dalam kelas.
Text
Pendidikan
Keciciran pembelajaran perlu ditangani bersama
Keciciran dalam pelajaran berkait rapat dengan kemahiran literasi dan Kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Text
Pendidikan
Didik anak muda hargai, hormati orang tua
Pegangan menghormati orang tua dapat dididik menerusi pelbagai peribahasa.
Text
Pendidikan
Dasar perkasa TVET pacu pendidikan teknikal negara
Kejayaan pelaksanaan TVET telah mengekalkan daya saing global dan melahirkan pekerja berkemahiran dan berpendapatan tinggi.
Text
Pendidikan
Pesara guru terus tabur bakti
Demi untuk melihat lebih ramai masyarakat rakyat celik al-Quran, seorang pesara guru sanggup berkorban masa, tenaga dan harta benda untuk memastikan misi tercapai.
Text
Pendidikan
Peluang memendekkan tempoh pengajian universiti
Pelajar berpeluang untuk belajar secara dalam talian mengikut masa mereka sendiri, dan memohon pindahan kredit kepada mana-mana kursus.
Text
Pendidikan
Tiada sekolah kurang murid ditutup tahun ini
KPM memaklumkan tiada Sekolah Kurnag Murid(SKM) akan ditutup tahun ini dan diberikan peruntukkan RM38,000 tanpa mengira bilangan muridnya.
Text
Pendidikan
Manfaatkan AI, realiti terimbuh semarakkan budaya membaca
Teknologi dapat membuka peluang lebih luas untuk menyemarakkan budaya membaca dan menghasilkan modal insan berpengetahuan.
Showing 1 to 50 of 146 results
Page
of 3
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->