Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (36 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Tags: pembangunan
Sort by:
Title
Creator
Date Added
AI
negara
...1 more
Pembangunan negara mesti seimbang kemajuan fizikal, kesejahteraan insan
Kerajaan akan memastikan setiap pembangunan di negara ini dirancang dan dilaksanakan secara seimbang, antara kemajuan fizikal dengan kesejahteraan insan.
AI
pembangunan
...1 more
Perkasa pembangunan bakat era AI, EV Malaysia
Malaysia sedang mempersiapkan tenaga kerjanya untuk menghadapi ekonomi yang dibentuk oleh kecerdasan buatan dan elektrifikasi.
Text
bahasa
orang asli
...1 more
Segala usaha untuk menyusun dan mengkategorikan masyarakat Orang Asli...
"Segala usaha untuk menyusun dan mengkategorikan masyarakat Orang Asli mengikut kelompok yang sesuai berdasarkan ciri-ciri etnolinguistik telah mencapai matlamatnya. Usaha ini penting kerana masyarakat ini dapat dikenali, difahami, dan dengan itu dapat dibangunkan dengan menggunakan pendekatan, kaedah dan strategi yang sesuai dengan keterampilan dan nilai sosiobudaya mereka. Justeru mereka tinggal di latar petempatan yang berbeza-beza, pelbagai angkubah perlu diambil kira sebelum perancangan pembangunan dimulakan."
Text
orang asli
pembangunan
Dengan usaha komprehensif yang dilaksanakan oleh...
"Dengan usaha komprehensif yang dilaksanakan oleh JAKOA dan Kementerian Pelajaran ini, adalah dijangkakan aspek tadbir urus masyarakat Orang Asli akan menjadi lebih telus, difahami dan lancar mencapai matlamatnya. Melalui penguasaan ilmu dan bahasa, pentadbir akan lebih memahami masyarakat yang ditadbir, dan sebaliknya masyarakat sasar akan lebih besifat terbuka dan mengalu-alukan pelbagai rancangan yang diaturkan untuk membangunkan mereka. Ketirisan akan dapat dielakkan dan masyarakat Orang Asli akan memperoleh manfaat sebenar segala dasar pembangunan yang telah dirancang untuk mereka."
Text
orang asli
pembangunan
I suggest the JOA and the...
"I suggest the JOA and the Deperatment of National Unity and Development change the approach by coming down to the village level more and to stop looking at the problem from the vantage point of their air-conditioned offices. They can also simultaneously take a closer look at the Rancangan Penempatan Semula (RPS)."
Text
Islam
orang asli
...1 more
Kerajaan Malaysia ertinya kalau...
"Kerajaan Malaysia ertinya kalau kita lihat daripada Perlembagaan Persekutuan itu ada termaktub hak-hak Orang Asli - itu dari segi Perlembagaan Persekutuan. Tapi punca yang datang dari yang tersirat, iaitu seperti kata saudara ABIM tadi, pembinaan insan itu tak ada. Pembinaan insan Orang Asli itu supaya dia berfikir ssecara terbuka dan sebagainya. Jadi apa yang saya fikirkan di sini, di dalam kerajaan itu tadi, pegawai-pegawai kerajaan yang kita mahu aktif tadi, seperti kata Dr. Nik tadi, merupakan orang Melayu. Oleh hal yang demikian, saya fikirkan bahawa munkin ini terjadi sebab orang Melayu adalah orang yang beragama Islam. Dalam Islam sebenarnya, ia tak suka penindasan. Saya fikir perkara ini tak perlu kita tanya, kerana Islam itu sendiri menjamin kesejahteraan umat. Tak kira kita Islam ataupun tidak Islam, selagi dia jadi pemimpin, dia mesti pimpin mengikut salur-galur yang telah ditetapkan dalam sistem nilai itu sendiri. Jadi saya rasa bangga juga saudara dari ABIM tadi ketengahkan perkara ini."
Text
kemudahan
orang asli
...1 more
Dari segi masalah pembangunan, sebenarnya...
"Dari segi masalah pembangunan, sebenarnya Orang Asli ni harus menerima pembangunan kerajaan. Sehingga hari ini, bagi sayalah di negeri Johor, melaung -laung kerajaan agar pembangunan ditempatkan bagi masyarakat Orang Asli. Sehingga hari ini belum ada. Tak tahu saya macam mana perancangan di orang tapi kita memang minta pembangunan. Kemudian, dari segi masalah kemudahan asas, masyarakat Orang Asli perlu menikmati kemudahan asas, untuk mencapai wawasan yang dibuat kerajaan. Setakat ini, di negeri Johor tak adalah, bermakna seperti bekalan air, api, jalan lebih teratur - ini tak ada."
Text
orang asli
pembangunan
...1 more
Saya tertarik dengan apa yang dinyatakan...
"Saya tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh Pengarah Tanah, iaitu cara mengenai penyelesaian tanah di kalangan Orang Asli - satu melalui resolusi politik, dan satu melalui resolusi pentabiran. Pada tahun 70an, semasa bekas senator Orang Asli, Encik Hasnam, dalam mesyuarat-mesyuarat yang kami buat, kami pernah merancangkan supaya Orang Asli yang ada di Gombak itu dapat perkampungan moden, sebagai model - supaya Orang Asli di Gombak tu tak akan balik kampung, kami pernah meminta tanah secara berkelompok. Sehinggalah hari ini, sampai kepada Menteri Berpencen. Alasan-alasan yang diberi - rezab forest belum selesai, galian tak selesai, dan sebagainya. Tapi saya rasa, mungkin tak ada kesungguhan daripada kakitangan itu sendiri. Kalau beginilah keadaannya, apa yang akan terjadi kepada Orang Asli akan datang? Apa yang mereka harapkan? Siapa lagi yang mereka boleh harapkan?"
Text
orang asli
pembangunan
...1 more
Dalam konteks ini, saya ingat saya...
"Dalam konteks ini, saya ingat saya bersetuju sangatlah dengan rakan saya tadi. Kita menjadi takut dengan pembangunan sekarang. begitu juga saya lihat apa yang berlaku di Pejabat Tanah berkait dengan permasalahan Orang Asli. Misalnya tanah rezab Orang Asli yang belum diwartakan, masih terdapat banyak lagi di Negeri Sembilan. Dan ada kala kawasan tersebut diceroboh oleh orang luar."
Text
kemudahan
orang asli
...1 more
Jadi mengenai kemudahan asas di perkampungan Orang Asli di...
"Jadi mengenai kemudahan asas di perkampungan Orang Asli di Selangor, walaupun negeri Selangor adalah negeri termaju, kemudahan-kemudahan asas kami di perkampungan Orang Asli memang jauh ketinggalan berbanding dengan perkampungan lain di sekitarnya. Jadi saya rasa memang tak wajar kemudahan-kemudahan asas seperti jalan, api dan air diketepikan dari kami. Kalu dulu kita boleh gunakan air perigi, tetapi kebanyakan di daerah kami, air perigi tidak boleh lagi digunakan sebab pembangunan tadi."
Text
orang asli
pembangunan
...1 more
Kita dah tahu bahawa forest reserve ini tidak...
"Kita dah tahu bahawa forest reserve ini tidak boleh dijadikan hakmilik persendirian tapi oleh kerana dusun-dusun ini telah ada di sana berpuluh-puluh tahun dahulu dan Orang Asli menganggap bahawa dusun itu termasuk tanahnya sekali adalah hak dia. Tetapi dia tidak mengetahui bahawa tanah itu adalah dipunyai rezab hutan. Jadi bolehkah kita pohon tanah ini? Kalau boleh, bagaimana kita pohon dan kepada siapa? Itu soalan pertama."
Text
orang asli
pembangunan
...1 more
Di kawasan hutan yang masih belum diteroka...
"Di kawasan hutan yang masih belum diteroka melalui rancangan-rancangan pembangunan tanah pasca-kolonial, di kampung-kampung yang terpecil, hubungan Orang Asli dengan tanah masih selamat. Walau bagaimanapun, dalam dekad-dekad kepesatan pembangunan raksasa (seperti pembukaan ladang dan pembinaan lebuhraya di wilayah Pahang Tenggara), kedudukan mereka kian terancam oleh kegiatan-kegiatan pencerobohan tanah akibat individu, atau kelompok-kelompok tani dari luar, atau syarikat-syarikat yang mewakili kepentingan modal yang menyerap masuk ke kawasan-kawasan frontier pasca-kolonial ini."
Text
orang asli
pembangunan
...1 more
Sejak mencapai kemerdekaan, perhatian...
"Sejak mencapai kemerdekaan, perhatian telah diberikan untuk memajukan pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Pada peringkat awal, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang sekarang dikenali sebagai JAKOA telah diberi tanggungjawab menguruskan pendidikan kepada masyarakat Orang Asli. Justeru, sekolah-sekolah dibina di Pos Keselamatan di pedalaman hutan yang menjadi kawasan kediaman Orang Asli dengan tujuan supaya membolehkan Orang Asli membaac dan mengira serta memenangi hati mereka agar tidak terpengaruh dengan gerakan komunis yang menentang Kerajaan Kolonial."
Text
orang asli
pembangunan
Over the last decade, the Department of Orang Asli Affairs (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) has shifted...
"Over the last decade, the Department of Orang Asli Affairs (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) has shifted from the Ministries of Agriculture and Rural Development to Culture and Tourism and now National Unity and Social Development, depending on political trends and national interest relating to the Orang Asli. Since independence in 1957, the Orang Asli has never been successfully identified to this department nor obtained direct channels of communication with relevant government officials within this department on their problems and interests. The policy of this department which is assimilation through Islamisation and mainstream development remains controversial."
Text
orang asli
parlimen
...1 more
The main thrust of these recommendations is that Orang Asli want...
"The main thrust of these recommendations is that Orang Asli want development and integration into mainstream society, but with their ethnic identities intact. In many ways the recommendations recall the Statement of Policy of 1961, which was abandoned in part after the government adopted the assimilation policy. These recommendations also echo those in the "Memorandum" that came from a conference of twenty-sever Orang Asli headmen from numerous groups in 1982 (Means 1985-1986:649-652; New Straits Times 1982a)."
Text
Ekonomi
orang asli
...1 more
Contrary to the claims of some government officials, Orang Asli are not against...
"Contrary to the claims of some government officials, Orang Asli are not against development. The Semai who held logs hostage in Pahang wanted development (a road, piped water, electricity), not money. The Temuan in Negeri Sembilan who applied for a license to log their reserve wanted to use the profits to invest in rubber and durian orchards. Left to their own devices, Orang Asli welcome development, provided that it is on their terms and meets at least some of their needs."
Text
infrastruktur
orang asli
...1 more
Masyarakat Orang Asli sangat mengharapkan...
"Masyarakat Orang Asli sangat mengharapkan kemudahan infrastruktur sampai ke kampung mereka. Mereka mahu pihak kerajaan menyediakan prasarana-prasarana seperti jalan raya, kemudahan telefon dan sebagainya yang dapat memperbaiki kehidupan mereka. Sekiranya kemudahan infrastruktur ini dapat dipertingkatkan, sudah tentu kehidupan mereka bertambah baik."
Text
Ekonomi
kemiskinan
...2 more
Kajian mendapati bahawa aspek kemampanan yang dinyatakan pada set penunjuk sebenarnya sudahpun diamalkan oleh komuniti Orang Asli di...
"Kajian mendapati bahawa aspek kemampanan yang dinyatakan pada set penunjuk sebenarnya sudahpun diamalkan oleh komuniti Orang Asli di kawasan kajian sejak dahulu lagi. Walau bagaimanapun, terdapat amalan semasa yang mapan dan ada yang tidak mapan, tetapi yang pastinya ialah komuniti Orang Asli tidak mahu terus hidup dalam keadaan yang serba daif dan kekurangan. Penglibatan mereka dalam kegiatan ekonomi hanya terbatas kepada sektor tenaga buruh yang menawarkan upah yang rendah sehinggakan tidak mampu menarik mereka keluar daripada cengkaman kemiskinan dan kemelaratan hidup."
Text
moden
orang asli
...2 more
Berdasarkan input daripada hasil analisis, kajian literatur, dan perbincangan dengan penduduk...
"Berdasarkan input daripada hasil analisis, kajian literatur, dan perbincangan dengan penduduk tempatan, penulis mencadangkan satu bentuk kerangka strategi pembangunan yang menitikberatkan penerapan unsur serta amalan semasa yang mapan terhadapt cadangan strategi pembangunan, sebagaimana terkandung dalam agenda utama pembangunan masyarakat Peribumi dan Orang Asli pada peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapu, hasil daripada kajian menunjukkan bahawa pengamalan ilum pengetahuan tradisional sahaja adalah tidak cukup dalam memastikan sesebuat komuniti itu kekal mapan. Dengan itu, amalan kemapanan daripada ilmu pengetahuan tradisional dan pendekatan moden terutama dalam bidang sosioekonomi perlu disepadukan demi mewujudkan sebuah komuniti Orang Asli yang mapan."
Text
falsafah
orang asli
...1 more
Strategi pembangunan komuniti Orang Asli pada...
"Strategi pembangunan komuniti Orang Asli pada masa kini digubal selaras dengan falsafah pembangunan luar bandar yang mementingkan peningkatan kualiti hidup penduduk dan membasmi kemiskinan menerusi program dan usaha ke arah mencapai matlamat menjadikan kawasan luar bandar maju, menarik, dan menguntungkan (Sunaidin, 1997)."
Text
gaya hidup
orang asli
...1 more
Conditions have changed...
"Conditions have changed since the last decades of the 20th century. There are no hunters and gatherers any more. The people can choose to stay put in the jungle areas where they used to live, or to re-locate to housing areas outside their erstwhile natural environments, such that they are closer to the other communities, such as the Malays and the Chinese. Either way, houses are built for them by the government through the Department of Orang Asli Affairs."
Text
kemajuan
orang asli
...1 more
The new policy...
"The new policy which involved the establishment of jungle forts was undoubtedly, a great improvement upon resettlement, but there were of course a number of setbacks and difficulties and mistakes continued to be made. For example, as late as 1957, it was decided to remove a group of about 200 Temiar from their natural environment on the Kelantan-Perak watershed."
Text
Ekonomi
orang asli
...1 more
The third important task...
"The third important task of the Department for Orang Asli Affairs is to improve the living standards of the Orang Asli. This has primarily affected the groups living outside the deep jungle, in the more accessible areas of the country. The Department for Orang Asli Affairs has constructed a large number of 'pattern settlements' to encourage economic development. The formation of a typical pattern settlement includes the building of new dwelling houses, the provision of a water supply, the planting of land with rubber and fruit trees, the construction of a school and of a community hall, and various other facilities including sanitation."
Text
negeri sembilan
pembangunan
Di peringkat kampung Negeri Sembilan maklumat...
"Di peringkat kampung Negeri Sembilan maklumat tentang bandar dan tempat-tempat lain diperolehi menerusi media massa dan tidak kurang juga dari sanak-saudara di bandar. "
Text
negeri sembilan
pembangunan
Menurut kaji iklim sebahagian besar kampung-kampung Negeri Sembilan...
" Menurut kaji iklim sebahagian besar kampung-kampung Negeri Sembilan berada dalam kawasan lindungan angin . Justeru itu hujan adalah sedikit berbanding dengan tempat-tempat lain. "
Text
negeri sembilan
pembangunan
Ketua keluarga ditiga kampung di Kuala Pilah...
"Ketua keluarga ditiga kampung di Kuala Pilah yang dikaji oleh penulis sendiri (1981) seramai 201 orang telah menyenaraikan kelebihan dan kekurangan kehidupan kampung. Kelehbihan kehidupan kampung menumpu kepada perkara seperti selesa,murah dan lebih senang"
Text
Felda
kedah
...1 more
Rancangan Felda Batu Lapan Kedah: Satu Analisis Sejarah Pembangunan
Ini adalah satu kajian analisis sejarah pembangunan di rancangan Felda Batu Lapan di Negeri Kedah. Tumpuan kajian ialah ke atas setakat mana pembangunan dicapai dan masalah yang dihadapi oleh pihak Felda dalam usaha-usaha untuk mengwujudkan satu golongan petani moden yang dapat menghadapi perubahan-perubahan dan cabaran-cabaran moden serta berdikari. Oleh kerana kajian ini ialah satu analisis sejarah maka perbincangan diadakan mengikut tahap-tahap iaitu tahap permulaan pembukaan rancangan dan penanaman, peringkat penghasilan dan kini peringkat penanaman semula getah.
ESG
Kewangan
...1 more
HLB raih anugerah pertama ESG
Kejayaan itu bukti amalan kemampanan dan sumbangan kepada komuniti sekeliling
Ekonomi Madani
KDNK
...1 more
Ekonomi Madani: Hala tuju yang lebih jelas
Penganalisis berpendapat Ekonomi Madani suatu pelan yang realistik dan logik
Firma Malaysia
Indonesia
...7 more
Ibu Kota Nusantara manfaat kerjasama perdagangan
Text
kampung
Kotogadang
...1 more
Ka dipanggakan?
Pembangunan kampung di Kotogadang
Text
Golongan muda
Kotogadang
...1 more
Jalan bagi generasi muda
Masyarakat muda dan pembangunan di Koto gadang
Text
Canang
Kotogadang
...1 more
Koto Gadang: sebuah refleksi kritis
Pembangunan di Koto Gadang
Text
Kotogadang
pembangunan
Pembangunan kg: membangkit batang tarandam
Usaha meningkatkan kelestarian intelektualiti dalam kalangan pemuda di Kotogadang
Text
kemajuan
KOTO GADANG
...1 more
Dipersimpangan djalan
Masalah pembangunan dan tahap kemajuan di Kota Gedang.
Text
KOTO GADANG
laporan
...1 more
Jajasan Koto Gadang: landjutan Tjanang no. 39
Laporan mengenai dua buah sekolah rendah terbengkalai yang dibangunkan semula bermula Februari 1970.
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2