Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
"Kelar Jadi Trend Remaja"
Tindakan melukakan diri atas alasan meredakan tekanan dalam kalangan remaja makin membimbangkan apabila perbuaqtan ekstrem itu tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya berisiko menyebabkan kecederaan serius.
Text
Hubungan Prima Facie' Antara Islam dan Pencapaian Keusahawanan Melayu
Aktiviti keusahawanan bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat Melayu kerana ia telah wujud eniak beberapa dekad yang lampau...
Text
Bahasa Melayu
Analisis kesalahan bahasa dalam periklanan(Akhbar)
Abstrak
Dalam kajian ini, pengkaji telah melakukan kajian kesalahan bahasa. Bahan kajian pengkaji terdiri daripada keratan-keratan iklan daripada akhbar Harian Metro yang diambil bahannya selama sebulan bermula dari tarikh 8 Februari sehingga 8 Mac 2006. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengkaji tiga aspek yang terdapat dalam tatabahasa, iaitu kesalahan morfologi, kesalahan sintaksis, dan kesalahan ejaan dan cara penulisan bagi mengenal pasti kesalahan yang terdapat dalam keratan-keratan iklan tersebut. Hasil daripada keseluruhan kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahasa hanya terdapat sedikit sahaja kesalahan yang dilakukan oleh pengiklan-pengiklan. Hal ini, dapat dilihat apabila keseluruhan iklan yang dikaji adalah berjumlah 66 keratan iklan dan hasil kesalahan yang telah berjaya dikenal pasti oleh pengkaji hanyalah sebanyak 116 kesalahan. Terdapat sebanyak 45 kesalahan bagi kesalahan morfologi, 13 kesalahan sintaksis, dan 61 kesalahan ejaan dan cara penulisan. Setiap kesalahan yang telah dikenal pasti akan dianalisis kadar peratusannya. Hasil analisis tersebut akan dimasukkan ke dalam jadual dan juga carta pai untuk memudahkan pengkaji dan juga pihak lain untuk membuat rujukan.
Text
saham
Orang Melayu Nak Berserah Saja Pada Nasib?
Membicarakan tentang kepentingan penyertaan Bumiputera dalam aktiviti perniagaan saham dalam usaha untuk mencapai matlamat 30% penyertaan Bumiputera di dalam bidang perdagangan dan perindustrian pada tahun 1990. Akan tetapi, penulis juga memberi komen kepada rencana Adam Hamid bulan lalu yang membincangkan tentang masalah yang sama, mengatakan terdapat kesilapan dalam analisa jadualnya.
Text
Malays and modernization a sociological interpretation
Dalam buku 'Malays and Modrnization' (A Sociological interpretation ) pengarang Tham Seong Chee, telah membicarakan tentang aspek aspek sosio-ekonomi dan politik yang terdapat dikalangan masyarakat Melayu tradisional. Beliau berpendapat bahawa nlai-nilai kebudayaan adat yang diwarisi oleh masyarakat Melayu sejak turun temurun ituadalah menjadi faktor penghalang kepada kemajuan, khususnya dalam bidang ekonomi. Ini adalah kerana masyarakat Melayu tradisional tidak mempunyai peluang unuk melakukan sesuatu pekerjaan yang dianggap bertentangan dengan nilai-nilai kebudayaan. Hasl daripada keadaan ini, masyarakat Melayu melakukan pemilihan pekerjaan yang sejajar dengan nilai-nilai kebudayaan. Sementara itu, corak pemilihan pekerjaan masyarakat Melayu tradisional itu tidak menghasilkan pendapatan yang lumayan malah ia lebih bersifat tolong menolong, bergotong royong dan sebagainya. Pada suatu ketika, pengarang juga mengatakan bahawa, masyarakat Melayu tradisional berminat untuk membela ayam tetapi ianya bukan untuk tujuan penjualan . Mereka membela ayam adalah untuk mengadakan permainan menyabung ayam yang memberikan hiburan kepada masyarakat kampung pada waktu itu.
Text
Rahsia kebahagiaan orang beriman
Text
Kesan media ke atas keluarga
Text
Akhlak pengukur ketinggian iman
Sifat Sejarah Melayu yang fragmented
'Sifat Sejarah Melayu yang fragmented ada hubungannya dengan ketiadaan fokus yang jelas dalam Sejarah Melayu.'
Fungsi parodi ironik
'Fungsi parodi ironik dalam hasil-hasil seni bukan sahaja untuk membawa kembali sejarah dan ingatan masa lalu, iaitu ketika manusia berada dalam keadaan tertanya-tanya dan teraba-raba tentang sejarah (history forgetting), tetapi juga bertujuan untuk menyoal kembali autoriti perlakuan menulis (act of writing) seperti penulisan sejarah.'
Pascamodenisme
'Pascamodenisme yang kaya dengan mainan (play) dan pluralisme dianggap sebagai contradictory cultural enterprise telah menjadi dasar pembentukan teori metafiksyen historiografik. '
Penulisan sejarah atau historiografi
'Penulisan sejarah atau historiografi diterima sebagai hasil daripada proses pemilihan, dan pentafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan ideologi yang tertentu.'
Novel bukan fiksyen
'Novel bukan fiksyen juga diterima sebagai metafiksyen kerana sifatnya yang self-reflective, iaitu genre ini mahu dirinya dibaca dan diteliti sebagai sebuah dunia yang tersendiri, sungguhpun ada keterikatannya dengan realiti ataupun peristiwa sejarah.'
Unsur sejarah
'Unsur sejarah yang digarap itu telah melalui proses pemilihan dan pentafsiran pengarang berdasarkan ideologi dan minatnya.'
Fakta sejarah
'Fakta sejarah dihasilkan atau dibina berdasarkan pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku, dan pertanyaan-pertanyaan itu berdasarkan tujuan tertentu.'
Penulisan sejarah atau historigrafi
Penulisan sejarah atau historigrafi diterima sebagai hasil daripada proses pemilihan, dan pentafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan ideologi yang tertentu.'
Genre novel bukan fiksyen
'Genre novel bukan fiksyen juga diterima sebagai metafiksyen kerana sifatnya yang self-reflective, iaitu genre ini mahu dirinya dibaca dan diteliti sebagai ikatannya dengan realiti ataupun peristiwa sejarah.'
Aspek-aspek kemanusiaan dan kemasyarakatan
Aspek-aspek kemanusiaan dan kemasyarakatan mula mendapat perhatian para pengarang yang ditanggapi daripada pelbagai sudut seperti sejarah, psikologi, sosiologi, ekonomi, politik dan agama.'
Fiksyen
'Fiksyen ialah sebuah genre sastera yang menggarap cerita dan dikisahkan dalam bentuk naratif menerusi imaginasi pengarangnya.'
Retorik
'Retorik merupakan satu seni untuk menyampaikan fikiran melalui cara yang tertentu untuk tujuan tertentu seperti memujuk atau mempengaruhi.'
Struktur naratif
'Struktur naratif ialah satu cara melihat penyusunan dan penstrukturan bahasa menjadi unit yang lebih besar .'
Golongan pascamodenis
'Golongan pascamodenis melihat tidak ada bezanya antara kajian sastera dengan kajian budaya.'
Kesatuan sebagai satu identiti sastera
'Kesatuan sebagai satu identiti sastera tidak dapat dipertahankan lagi semenjak tahun 1960-an, apabila muncul pemikir baru, khususnya pemikir pascamoden yang melihat adanya implikasi daripada kewujudan unsur polisemi, iaitu kemungkinan pelbagai makna.'
Epistemologi empiris tradisional
'Epistemologi empiris tradisional, dikatakan bahawa teks sastera itu bersifat "self-sufficient", iaitu teks sastera dapat berdiri sendiri.'
Interpretasi karya sastera
'Interpretasi karya sastera mengikut historisisme baru ialah interpretasi yang bersifat dekonstruktif.'
Frasa pertentangan duaan
'Frasa pertentangan duaan merujuk dua tanda yang saling bertentangan seperti kanan/kiri, baik/buruk, syurga/neraka, lelaki/wanita dan alam/budaya.'
Melalui koordinat alam semesta
'Melalui koordinat alam semesta, sastera dianggap sebagai satu bentuk peniruan, iaitu sastera sebagai satu cara melahirkan semula atau mencipta semula pengalaman hidup dalam bentuk kata-kata.'
Linguistik moden
'Linguistik moden yang diketengahkan oleh Saussure telah menghasilkan pengaruh yang cukup jelas dalam kajian sastera, khususnya teori dan kritikan sastera bermula dengan strukturalisme semiotik.'
Strukturalisme sastera
'Strukturalisme sastera melihat bahagian-bahagian yang membina struktur dalam karya berada dalam satu kesatuan.'
Imej penggoda
'Imej penggoda yang dikenakan kepada wanita boleh dijejaki dalam mitos Greek, dan dikisahkan oleh penyair Greek yang terkenal, iaitu Hesiod.'
Intertekstualiti
'Intertekstualiti berbeza daripada dialogisme kerana intertekstualiti beranggapan bahawa teks tidak hanya berdialog dengan dirinya(intateks), tetapi berdialog juga dengan teks-teks yang lain(interteks).'
Kritikan Baru
'Kritikan Baru ialah sejenis kritikan sastera yang menolak bentuk kritikan sastera pada abad ke-19 yang didukung oleh golongan romantik.'
Pascamodenisme
'Pascamodenisme telah menjadi lebih daripada satu keadaan sosial dan pergerakan budaya, iaitu telah menjadi satu pandangan hidup.'
Kesusasteraan serantau
'Kesusasteraan serantau memperlihatkan secara langsung ataupun tidak langsung satu identiti yang bersifat kolektif dari segi geografi, sejarah, dan bahasa.'
Pembentukan kesusasteraan kebangsaan
'Pembentukan kesusasteraan kebangsaan ada hubungannya dengan pembentukan budaya kebangsaan yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti kemerdekaan, politik, kesedaran kebangsaan, bahasa kebangsaan, gambaran tempat/latar dan gaya sastera yang tertentu.'
Kesusasteraan Inggeris
'Kesusasteraan Inggeris telah dikembangkan dengan jajahan takluknya dengan tujuan untuk memperlihatkan keunggulan dan keagungan bahasa dan kesusasteraannya.'
Kesusasteraan pascakolonial
'Kesusasteraan pascakolonial ialah kesusasteraan yang membawa pandangan subversif terhadap penjajah dan penjajahan.'
Humanisme
'Humanisme dianggap sebagai satu wacana, yang tidak dapat lagi dipertahankan dari segi kemurnian dan kebenarannya.'
Historisisme baru
'Historisisme baru membawa teks sastera ke dalam persekitarannya semula setelah sekian lama diabaikan.'
Kehadiran pergerakan budaya
'Kehadiran pergerakan budaya ada hubungannya dengan hakikat budaya itu sendiri, iaitu bukan sahaja mengandungi had sempadan, tetapi juga mempunyai ciri-ciri keanjalan.'
Kepercayaan dan nilai
'Kepercayaan dan nilai dalam sesuatu budaya itu akan mencegah seseorang itu terkeluar dari lingkungan sempadan yang telah ditetapkan.'
Representasi tentang dunia
'Representasi tentang dunia yang dibuat dalam bentuk wacana bertulis ialah satu penglibatan konstruksi terhadap dunia, iaitu pembentukan modus realiti sosial.'
Implikasi ideologikal
'Implikasi ideologikal yang berlaku pada penulisan sejarah akan menyebabkan hilangnya objektiviti naratif yang ingin dihasilkan.'
Sejarah Melayu
'Sejarah Melayu dikatakan membawa masuk peristiwa-peristiwa sejarah yang berhubungan dengan Kerajaan Melayu di Melaka antara tahun 1400 hingga tahun 1511, dan kemudian Kerajaan Melayu Melaka di Johor hingga tahun 1612.'
Fiksyen
'Fiksyen ialah sebuah genre sastera yang menggarap cerita dan dikisahkan dalam bentuk naratif menerusi imaginasi pengarangnya.'
Metafiksyen
'Metafiksyen bermaksud fiksyen tentang fiksyen, iaitu sebuah metafiksyen menjelaskan atau membuat komentar tentang identitinya sebagai sebuah fiksyen dari sudut naratif dan bahasanya.'
Kritikan Baru dan Formalisme Rusia
'Kritikan Baru dan Formalisme Rusia ialah dua pendekatan dalam kritikan sastera yang tergolong dalam kritikan moden'
Text
Mengikut teori rasa – fenomenologi
Text
Adakah wanita pembawa fitnah
Text
Sabung ayam di Kelantan
Abstrak
Kajian ini adalah sebuah kaj ian yang dibuat ke atas permainn 'menyabung ay am' di negeri Kelantan yang bertujuan untuk menerangkan dan memberi gambaran ten tang kepercayaan orang -orang Me layu terhadap ayam sa Latar bung dan bagaimana ianya dijaga dan dimainkan. belakang 'key- informant! juga dikemukakan. Pada keseluruhannya kaj ian ini dibahag i kan ke pada enam bab. Bab pertama membicarakan dongeng asal usul ayam sabung dan peranannya di dalam masyarakat Melayu serta kesan-kesannya. Bab kedua menghuraikan ayam sabung dari beberapa segi, misalnya perbeza an antara ayam sabung deng an ayam biasa, warna-warna ay am sabung dan beberapa kepercayaan berhubung dengan warna ayam s abung . Di samping itu sifat -sifat ayam dan tujuan ay am sabung dipelihara juga dibicarakan.
Showing 6001 to 6050 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->