Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Penulis Manifestasi Warisan Jati Diri dan Jagat Sastera Melayu
"Kesusasteraan Melayu merupakan khazanah teragung masyarakat Melayu kerana ia bukan sekadar pembawa kesedaran estetik dalam diri".
Text
Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)
" GAPENA ditubuhkan pada 23 OKTOBER 1970"
Text
Protes sosial dalam novel Indonesia
Abstrak
Tesis ini bertajuk Protes Sosial Dalam Novel Indonesia. Kajiannya bertumpu kenada permasalahan protes sosial dalam novel-novel Indoncsia yang iterbitkan pada sekitar taun-tahun 1970-an. la mengandungi lima bab. Bab pertama membincangkan konsep procs sosial yang merangkumi tentang maksud protes sOsial, kreativiti yang melahirkan protes sosial dan teknik menempatkan protes sosial ke dalam karya sastera samping menerangkan juga kehadiran dan peranan protes sosial dalam di perkembangan cereka Indonesia dari sejak zaman sastera tradisional sehingga ke zarman sastera moden. Di sini turut diterangkan tentang tujuan, skop dan kepentingan penelitian tesis ini. Berikutnya, bab kedua memberikan tumpuan khusus kepada persoalan protes moral yang merupakan protes sosial yang paling banyak terungkap dalam novel Indonesia. Protes moral ini terdiri daripada perkara-perkara berupa perlakuan tidak bermoral, kepura-puraan dan tabiat buruk yang wujud dalam masyarakat kota dan desa. Punca utama yang menyebabkan berlaku protes moral semua ini adalah akibat dari tekanan hidup. Bab ketiga pula membicarakan tentang protes tradisi, iaitu tindakan memprotes adat lama yang merugikan dan kebebasan sosial yang melampau. Ini dikaitkan juga dengan protes terhadap kemunculan nilai-nilai modenisasi di dalam kehidupan yang boleh merugikan bangsa. Protes tradisi ini itimbulkan kerana pengarang meihat sebab utamanya adalah tidak lain daripada kcinginan manusia untuk merasa kehidupan bebas dengan nilai-ilai moden tetapi merugikan mereka, Sementara bab keempat pula memperkatakan tentang protes kepimnpinan. Protes ini bertumpu kepada permasalahan pemimpin yang berperibadi buruk dan bersikap kepura-puraan. Perlakuan dan sikap buruk pemimpin itu dikaitkan dengan sifat mementingkan diri sendiri dalam usaha memperoleh pengaruh dan kekuasaan dalam masyarakat. Akhir sekali, bab kelima adalah merupakan kesimpulan dari bab-bab yang terdahulu. Antara kesimpulan yang utama ialah bahawa protes sosial paling menonjol terdapat dalam novel-novel dalam tahun 1970-an. Terdapat tiga aspek protes sosial, iaitu protes moral, protes tradisi dan protes kepimpinan. Semua bentuk protes sosial ini ditimbulkan dengan maksud untuk menjadi panduan kepada masyarakat Indonesia untuk melakukan perubahan dan kemajuan.
Still Image
Melayu dan Polititk
Wujudkan kementerian khas untuk Bumiputera - Tajuddin
Content
Wujudkan kementerian khas untuk Bumiputera - Tajuddin
Text
Bahasa Melayu
Keberkesanan strategi pembelajaran kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bahasa Melayu peringkat Sekolah Rendah di Singapura
Abstrak
Kajian ini akan melihat bahasa Melayu sebagai pengandung dan penyampai ilmu pengetahuan serta pengertian pada konvensi sosial yang semestinya menepati situasi sosial masyarakat Melayu Singapura. Negara pulau Republik Singapura yang mana ekonominya berteraskan ilmu pengetahuan, sangatlah berpegang kepada konsep, prinsip dan kenyataan hidup dalam hakikat dan definisi bahasa yang telah disebut tadi. Dengan kata lain, kajian ini tidak akan berlegar pada aras bahasa sebagai sekumpulan bunyi yang diucapkan dan mengandungi komponen-komponen atau unsur-unsur seperti fonem, suku kata, morfem, perkataan, frasa, klausa, ayat dan wacana. Sebaliknya, kajian ini akan memperlihatkan bagaimana bahasa Melayu disampaikan dan diterima, atau diajarkan dan dipelajari, melalui strategi pembelajaran kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan peringkat darjah enam di Singapura. Dalam pada itu, kajian ini juga akan memperlihatkan keberkesanan strategi pembelajaran kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bahasa Melayu peringkat sekolah rendah di Singapura.
Dalam membincangkan perkara -perkara yang berkaitan dengan pedagogi, istilah-istilah ‘pendekatan’, ‘kaedah’, ‘teknik’ dan ‘strategi’ sering kali disebut dan dipergunakan. Namun, sering timbul kekeliruan dan gejala tukar ganti yang membawa kepada konotasi yang berbeza istilah-istilah dan konsep-konsepnya. Oleh demikian, kajian ini akan menjelaskan istilah-istilah tersebut bersama pengertian bagi konsep-konsep dalam wacana ini. Selain itu, bab ini juga akan membincang dan menjelaskan tentang konsep-konsep lain yang bersangkutan dan penting dalam bidang dan kajian ini, seperti konsep ‘bahasa Melayu standard’, ‘bahasa ibunda’, ‘teori’, ‘kemahiran menulis’, ‘karangan’, dan ‘pengajaran dan pembelajaran’.
Selain daripada membincangkan pembelajaran kooperatif sebagai satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran penulis bahasa Melayu, ciri-ciri dan pembinaan SPK juga akan diteliti dalam kajian ini. Kajian ini juga akan membincangkan tentang berkaitan dan peranan Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky, sebagai kerangka teoritis pengajaran dan pembelajaran kajian ini. Pada masa yang sama, teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam SPK ini, teknik susun suai (jigsaw), turut diperjelaskan untuk memperlihatkan perhubungan dan peranannya dalam teori dan model pengajaran dan pembelajaran yang dikemukakan.
Seterusnya, kajian ini akan menggambarkan keberkesanan SPK dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan bahasa Melayu di peringkat darjah 6 sekolah rendah, menerusi dapatan penilaian kualitatif dan juga kuantitatif markah karangan responden (responden). Selain itu, kajian ini juga telah menggunakan jadual-jadual, rajah-rajah dan juga ilustrasi-ilustrasi bagi memperlihatkan lagi keberkesanan strategi ini. Selanjutnya, kajian ini telah mengawal penilaian dalam analisis kajian dari segi kesahihan (validity) kebolehpercayaan (reliability) pengukuran, dengan menggunakan skema pemarkahan yang sistematik dan teratur, untuk mengukur dan menilai karangan responden.
Akhir sekali, kajian ini telah merumuskan dapatan-dapatan kajian yang telah dijalankan, terutama sekali analisis kajian yang telah dibentangkan bagi memperlihatkan lagi keberkesanan dan kepentingan SPK. Perspektif teori yang berhubungan dan berkaitan dengan strategi ini, dan juga kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam strategi ini, juga telah dirumuskan. Kajian ini diakhiri dengan mengalu-alukan sebarang usaha untuk menyelidik tentang penerapan SPK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah tanpa menjejas liputan kurikulum atau sukatan pelajaran sebagai penyelidikan kajian lanjutan daripada kajian kecil ini demi kemaslahatan semua.
Kajian tahap kesediaan guru cemerlang
Text
Konsep persediaan dalam perundangan islam : satu analisis
Persediaan adalah merupakan perkara pokok yang perlu diberi keutamaan, dijelmakan dan disemai dalam diri setiap manusia...
Text
sawit
RM717j nilai sawit dibuang sebulan
Kekurangan guna tenaga buruh menyebabkan jadual tuaian buah terganggu sehingga buah sawit membusuk di pokok.
Text
Khazanah Karya Manifestasi Bangsa Dominon
" Dokumen melayu merupakan khazanah penting dalam diri kita untuk warisan bangsa".
Latar Belakang Dan Sejarah Hubungkaitan Melayu-Islam
"Sejak kedatangan Islam juga, identiti Melayu secara perlahan-lahan telah dibentuk dan dipengaruhi oleh prinsip-prinsip atau elemen-elemen Islam"
Melayu, Islam Dan Perlembagaan Persekutuan
"Melayu dan Islam adalah dua elemen penting yang menjadi antara perkara utama yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan"
Melayu-Islam: Suatu Identiti ‘Ethno-Religious’
"Proses Islamisasi dalam masyarakat Melayu yakni proses asimilasi nilai Islam ke dalam masyarakat Melayu..."
Text
seni negara
Hilangnya permata-permata seni negara
Tahun 2023, industri seni negara dikejutkan dengan pemergian insan-insan seni yang sinonim dan dekat di hati rakyat antaranya Datuk M.Daud Kilau.
Text
Prasasti Bnam/Funan
Salah satu daripada kesukaran mengkaji sejarah Bnam/Funan adalah tidak kedapatannya tinggalan penulisan berupa prasasti dalam bahasa Funan, atau digelar keu cehoggi bahasa Kunlun...
Text
keluarga melayu
Hafidz buat laporan minta polis siasat isteri keguguran
Muhammad Hafidz Roshdi membuat dua laporan polis berhubung isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri yang mengalami keguguran selepas mendakwa wanita itu pernah berhasrat menggugurkan kandungannya sebelum ini.
Text
Siakap asam nyonya, sotong telur masin di Zombie Seafood
Hidangan yang menjadi tumpuan ramai iaitu kombisanasi rasa masin dan mans seperti masak kicap tetapi lengkap dengan sos abalone yang sebelum itu ditumis dengan daun kari serta kicap lemak manis.
Text
BN
pilihan raya
...1 more
'Presiden UMNO jangan tutup telinga'
Text
Ahmad Zahid Hamidi
kekalahan teruk
...3 more
'Presiden UMNO jangan tutup telinga'
Ahmad Zahid digesa dengan pandangan semua pihak yang mahu beliau letak jawatan ekoran kekalahan teruk BN pada PRU15.
Text
Keunikan Nasi Talambed
Nasi Talambed merupakan hidangan dalam talam besar dan turut disertakan sos salsa selain sosej yang dibuat sendiri oleh BeardBrother BBQ. Hidangan ni terdiri daripada 100 gram daging bisket; rusuk kambing; kentang putar dan beberapa makanan sampingan lain.
Cita rasa autentik Sri Lanka di Aliyaa
Hidangan yang berunsurkan Sri Lanka ini amat popular di Malaysia. Antara menu utama yang menjadi kesukaan ramai adalah kari udang harimau dan ketam whole crab amma.
Keaslian, keunikan masakan Sarawak di Kedey Kamek
Antara makanan Sarawak yang terdapat di Kedey Kamek ialah linut. Linut merupakan sejenis makanan tradisonal bagi masyarakat tempatan di Sarawak dan menjadi sajian utama selepas nasi di kedai tersebut.
Text
Pengantar ke djalan ilmu dan pengetahuan
Buku ini membincangkan asas ilmu, falsafah, dan kaedah memperoleh pengetahuan secara kritis
Text
Jaafar serik menulis
gajet
kanak-kanak
...1 more
Wajar hadkan minima usia pengguna media sosial
Penetapan had minima usia 13 tahun bagi pengguna media sosial dilihat wajar kerana ia berisiko menyumbang kepada pelbagai masalah lain.
Fahmi bimbang pihak terlalu mudah guna AI cipta imej Jalur Gemilang tidak tepat
Kecuaian dan kesilapan membabitkan pemasangan serta pemaparan Jalur Gemilang seperti yang berlaku mutakhir ini perlu diperbaiki.
Text
Hari Raya
Raya paling bermakna AEON BiG
AEON BiG menyediakan juadah berbuka dan sumbangan pakaian kepada golongan B40 dan anak-anak yatim.
Text
Hari Raya
3,000 warnai rumah terbuka MPB
Media Prima mangadakan majlis rumah terbuka untuk menghargai hubungan pelanggan dan rakan kongsi
Text
Anwar Ibrahim
Perdana menteri
...1 more
Anwar calon tunggal Perdana Menteri
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa beliau merupakan calon tunggal Perdana Menteri yang dikemukakan ketika rundingan antara PH dan Barisan Nasional (BN).
Text
keluarga melayu
Diberhentikan kerja demi besarkan anak
Pengorbanan seorang ibu tunggal yang memikul tanggungjawab, diberhentikan kerja dan berhutang, besarkan tiga anak termasuk seorang daripadanya menghidap sindrom Cerebral Palsy (CP).
Text
Falsafah seni ukiran kayu Melayu
Abstrak
Fokus kajian ini ialah mengenai falsafah seni ukiran Melayu dan melestarikannya sebagai warisan seni yang terdapat di Malaysia. Kajian turut melihat bagaimana sesebuah institusi yang terbabit memainkan peranan mereka dalam menjayakan. Dalam konteks masyarakat Melayu, setiap seni yang dihasilkan itu sebenarnya telah dirancang dengan teliti agar di dalam setiap rupa bentuk seni tersebut mempunyai ‘jiwa’ yang dilihat boleh berkomunikasi kepada masyarakat. Syed Ahmad Jamal (2000) telah menyatakan konsep seni rupa Melayu lahir daripada kesedaran terhadap intisari sesuatu hasil ciptaan, iaitu melalui bentuk tampaknya kepada dimensi yang terjalin pada rupa ciptaan itu. Ini menjadi titian di antara realiti yang zahir dan batin serta berperanan sebagai perantara jiwa pencipta dan penghayat. Dari sinilah dapat dilihat keupayaan seni itu dalam menimbulkan pelbagai penafsiran, pemikiran, rasa dan persoalan. Dalam penyelidikan ini pengkaji juga menggunakan teori sosiologi pengetahuan, ini adalah untuk pengkaji memahami hubungan ukiran dengan masyarakat dan bagaimana falsafah yang terkandung di dalam ukiran ini dapat dilestrikan. Sosiologi pengetahuan merupakan ilmu yang menjadi cabang dari sosiologi yang mempelajari hubungan timbal-balik antara pemikiran dan masyarakat. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa cara terbaik untuk melestarikan seni ukiran Melayu adalah melalui penyampaian ilmu dari dalam kelompok masayarakat selain dari kaedah penguatkuasaan akta, kaedah pemuliharaan makmal dan kerja lapangan yang dijalankan dalam usaha mengekalkannya.
Text
Pemikiran Melayu dalam seni ukiran kayu : tumpuan kepada tiga generasi pengukir
Abstrak
Sesungguhnya kegemilangan dan keunggulan bangsa Melayu sedikit sebanyak dapat dilihat daripada warisan keseniannya. Kajian ini cuba membincangkan seni ukiran kayu sebagai salah satu warisan budaya yang boleh mencerminkan pemikiran dan seterusnya cara hidup bangsa Melayu itu sendiri. Bagi tujuan tersebut tiga orang pengukir terkenal tanahair telah dipilih sebagai asas untuk melihat dan mengkaji bentuk pemikiran yang ada pada diri mereka seterusnya apa juga yang terkandung di dalam hasil karya mereka. Selain daripada pemikiran mereka perkara-perkara seperti sejarah peribadi dan teknik teknik ukiran turut disentuh. Tumpuan utama kajian ini ingin melihat perbezaan pemikiran yang terdapat pada diri mereka kesan dari perubahan yang berlaku kepada masyarakat Melayu khasnya apabila menerima Islam sebagai pegangan hidup selepas pengaruh Hindu-Buddha dan animisme. Kajian ini cuba mendekati jiwa para seniman yang menghasilkan sesebuah karya. la juga cuba menjawab persoalan iaitu pertamanya, adakah falsafah dan pemikiran yang terkandung di dalam hasil kesenian Melayu sengaja diciptakan bagi tujuan keindahan iaitu selepas sesuatu karya itu terhasil. Keduanya pula, adakah pemikiran dan falsafah tersebut telah ada di dalam jiwa orang Melayu dan kemudiannya disampaikan melalui karya mereka. Setiap pandangan dan pemikiran tokoh yang dikaji mengandungi kelebihannya tersendiri untuk difikirkan bersama.
Text
Puasa
ramadan
Masyarakat Malaysia berhabis ketika Ramadan
Masyarakat harus bijak dalam membahagikan kewangan mereka pada masa kini ekoran peningkatan ekonomi kini
Text
Cabaran dan harapan masa depan Sektor Perikanan di Malaysia
Pengenalan
Perusahaan perikanan memainkan peranan penting dalam ekoncomi Malaysia dari sumbangannya sebagai sumber protein utama untuk makanan rakyat, sumber pekerjaan dan pertukaan wang asing...
Text
Oil and development
Text
Energy, reforms and third world self-reliance
Text
keluarga melayu
Syamsul, Sarah sikit lagi, Farid, Diana masih jauh...
Ibarat benci tapi cinta, Syamsul dan Puteri Sarah sudah boleh bergurau senda selepas sesi pendengaran JKP di Mahkamah Tinggi Syariah.
Text
Masjid untuk masyarakat, bukannya individu
Text
Mendepani cabaran kestabilan kewangan : kelakuan perbankan islam merentasi persekitaran ekonomi
Pembangunan sistem perbankan Islam yang maju dan kukuh merupakan keperluan asas bagi perkembangan ekonomi dan sosial yang stabil dan seimbang...
Text
elaun
kementerian pendidikan tinggi
...2 more
Kenaikan elaun sara hidup galak pelajar tingkat mutu pendidikan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mendukung tanggungjawab terbabit dengan mendidik dan melahirkan bakat terbaik tempatan melalui peningkatan kapasiti sumber manusia negara.
Text
nasi
Formula harga sepinggan nasi 40 sen tak masuk akal
PRESMA menyifatkan formula harga sepinggan nasi putih hanya 40 sen adalah perkara yang mustafal kerana ia tidak berpandukan dengan kos lain seperti kos beras dan bil air.
Text
war
Malay-Cam Manuscripts in Paris: A Preliminary Survey by MOHAMMAD ZAIN Musa
Examines Malay-Cam manuscripts kept in Paris and highlights their importance in preserving the history, language, and cultural connections of the Malay-Cam community.
Text
Cerita lipur lara terpilih berdasarkan pendekatan pengurusan
Abstrak
Kajian ini menekuni satu pendekatan baharu dalam dunia kajian kesusasteraan kerana bersifat rentas disiplin dengan ilmu pengurusan. Teks cerita lipur lara terpilih yang menjadi pegangan untuk diterapkan dalam kajian ini, iaitu Hikayat Anggun Cik Tunggal (1985), HIkayat Awang Maim Demam (1998), Hikayat Malim Dewa (1998) dan Hikayat Raja Muda (1998). Perbincangan kajian berdasarkan Pendekatan Pengurusan yang telah diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan. Teks-teks kajian dibincangkan secara rinci bertujuan mencapai tiga objektif utama kajian, iaitu mengenal pasti prinsip-prinsip pendekatan pengurusan yang terdapat dalam cerita lipur lara terpilih. Kedua, menganalisis cerita lipur lara terpilih berdasarkan prinsip-prinsip pendekatan pengurusan. Ketiga, merumuskan kepentingan prinsip-prinsip pendekatan pengurusan yang diketengahkan dalam cerita lipur lara terpilih. Dengan mengemukakan definisi konsep pengurusan dan prinsip-prinsip pengurusan, kerangka Pendekatan Pengurusan telah digunakan sebagai satu indikator penting untuk menerapkan dan menganalisis teks cerita lipur lara ini. Lima prinsip dalam pendekatan pengurusan, iaitu prinsip perancangan, prinsip kepimpinan pengorganisasian, prinsip penstafan dan prinsip kawalan menjadi tunjang penting kajian. Kajian ini menemukan beberapa hasil dapatan bertitik tolak daripada analisis menggunakan Pendekatan Pengurusan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa cerita lipur lara Melayu mendampakkan suatu kecenderungan yang tinggi dalam menyerlahkan kelima-lima prinsip pengurusan bertitik tolak daripada analisis terhadap karya. Daya pengurusan yang dipancarkan menerusi prinsip perancangan dalam teks-teks kajian menyerahkan kepentingan karya sastera tradisional ini dalam denyutan dunia globalisasi yang menuntut daya pemikiran yang kreatif dan kritis.
Text
Bahasa Melayu
Drama dalam proses penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tahun 4 : Kajian kes
Abstrak
Drama telah memainkan peranan yang tidak boleh dianggap kecil dalam usaha manusia Melayu mencapai ketamadunan. Banyak nilai-nilai yang telah disemai ke dalam jiwa masyarakat Melayu melalui kaedah drama, dalam apa juga bentuk sekalipun. Namun, pada zaman ini, potensi drama sebagai alat pendidikan atau pengajaran boleh dikatakan kurang diberi perhatian, lebih-lebih lagi pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu.
Kurang kesedaran mengenai medium drama sebagai alat dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu ini mungkin disebabkan oleh kurangnya kajian atau penelitian terhadap keberkesanannya, ataupun kaedahnya masih belum mesra dalam kalangan pendidikan bahasa Melayu.
Namun demikian, kaedah drama boleh diketengahkan sebagai kaedah pedagogi yang berpotensi membawa kesan dan dapat memberikan manfaat yang besar kepada kedua-dua pihak pendidik dan pelajar bahasa Melayu, sepertimana yang telah dilakukan oleh pendidik-pendidik bahasa Inggeris sejak pertengahan abad ke-20.
Text
The organisation of islamic conference in the age of globalisation : toward an enhanced performance
Introduction
The Organisation of the Islamic Conference (OIC) represents the culmination of efforts of Muslims since the end of the First World War to establish a pan-lslamic organisation to defend the lslamic...
Text
Sealiran tapi tak sejiwa pengalaman kaum tani melayu dan pengairan
Pengenalan
Agriculture is the soul of Malay life .. He is essentially a planter; his festivals are seasonal; his joys and sorrows depend on the crops...
Text
Felda
kelapa sawit
...1 more
Tugas Pengurus Ladang Kelapa Sawit
Menceritakan tentang syarat kelulusan untuk menjadi pengurus ladang kelapa sawit, pengalaman yang diperlukan dan juga bidang tugas seorang pengurus ladang kelapa sawit.
Text
Malaysia--Social lite anacultuns
Teaching with sensitivity
The main aim of teacher education is to equip teachers with pedagogical knowledge and skills...
Text
Isu JPM: Langkah UM patut dicontohi
Text
roti
Boikotkan Roti! Harga Naik Tetapi Timbangan Susut
Ketidakpuasan hati terhadap harga roti yang naik akan tetapi beratnya tidak sama dengan apa yang ditulis pada bungkusan bahan tersebut. Persatuan mencadangkan supaya para pengilang roti yang menipu dan menyeleweng didakwa di mahkamah dan didenda dengan berat supaya mereka tidak akan menindas para pengguna ketika mereka membeli roti.
Text
Kepentingan mempelajari subjek sejarah
Showing 8251 to 8300 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->