Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19303 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Ahmad Zahid Hamidi
BN
...2 more
UMNO, BN batalkan 2 mesyuarat penting
Transoformasi perlu dilakukan susulan kekalahan teruk
Text
Ahmad Zahid Hamidi
BN
...2 more
'Resipi' BN tawan hati pengundi
Ketengah calon baharu, muda penuhi tuntutan persekitaran politik negara
Text
Ahmad Zahid Hamidi
BN
...3 more
'Muhyiddin tak hormat institusi Raja Melayu'
Ahmad Zahid mahu Pengerusi PN contohi pemimpin DAP utamakan negara
Text
Ahmad Zahid Hamidi
pembersihan dalam UMNO
...1 more
Tindakan jejas kelangsungan parti
Pelbagai pihak 'lepas geram' anggap langkah UMNO bakal beri impak negatif
Text
Ahmad Zahid Hamidi
DAP
...4 more
Perhimpunan agung pentas UMNO selami kehendak Melayu
Segala dalil dan hujah mewajarkan kerjasama dengan PH bakal menjadi penentu kesinambungan pola sokongan Mleayu kepada UMNO terutama dalam siri pilihan raya selepas ini.
Text
Anwar Ibrahim
Muhyiddin Yassin
'Saya tak dedah jika tiada asas'
Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal mempertahankan kenyataannnya bahawa Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat berkaitan perjudian pada PRU15
Text
Anwar Ibrahim
membaca
Jadikan membaca budaya ilmu rakyat
Kepesatan dunia digital khususnya media sosial sedikit sebanyak melunturkan minat masyarakat khususnya anak muda dalam menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya penting, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Text
agong
helikopter
Seri paduka dukacita, zahir ucapan takziah
Yang di-pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak.
Text
Geoekonomi
Turkiye teruskan hubungan dengan Malaysia dalam D8.
Presiden Recep Tayyip Erdogan menegaskan Turkiye berazam meneruskan hubungan dengan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8) dan memperdalam kerjasama pembangunan ekonomi.
Text
Geoekonomi
Campur beras tempatan, import sejak 1970-an lagi.
Hasil dari kajian Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) tujuan campuran ini adalah memenuhi cita rasa pengguna tempatan serta untuk menghasilkan variasi jenama di pasaran.
Text
Keterjaminan makanan
Kerajaan tumpu usaha tingkatkan hasil tani, ladang
Krisis tenaga global yang semakin meruncing ketika ini menuntut kerajaan memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan keterjaminan makanan negara
Text
Anwar Ibrahim
kerajaan perpaduan
PM yakin kerajaan semakin kukuh
Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih yakin dengan kesepaduan Kerajaan Perpaduan ketika ini yang semakin kukuh berbanding ketika mula mengambil alih kerajaan.
Text
anyaman
kedah
Seni Anyaman Mengkuang dikalangan Masyarakat Melayu di Kampung Tok Kau, Guar Chempedak, Kedah
Hasil kraftangan sejak dari zaman dahulu lagi menarik minat kepada sesiapa yang melihatnya, terutama apabila kraftangan yang dihasilkan itu begitu menarik, indah dan unik. Daripada minat ini timbul penghargaan terhadap sesuatu unsur seni yang dicipta oleh seseorang atau sesuatu kelompok masyarakat. Anyaman mengkuang yang menjadi tajuk kertas kerja ini merupakan salah satu unsur kesenian yang terdapat pada masyarakat Melayu Kedah. Unsur seni ini memainkan peranan yang besar dalam kehidupan mereka sehari.
Kemahiran tangan ini (anyaman) pada peringkat awal bertujuan sebagai alat keperluan sehari-hari, seperti untuk pertanian, menangkap ikan mahupun sebagai tempat perlindungan dan keluarga. Kemahiran menganyam ini selalunya diwarisi atau diperturunkan daripada orang tua kepada anaknya. Semasa tiap-tiap corak yang dianyam itu dilakukan ia diiringi pula dengan cerita-cerita supaya tidak menjadi bosan. Keindahan hasil anyaman ini ditambah pula dengan penggunaan warna asli daripada daun, kulit kayu, buah kayu atau lumpur. Keaslian warna dan keaslian bahan anyaman sudah mula dinodai dengan kedatangan bahan moden seperti cat warna dan plastik.
Text
Kesenian Melayu
Pemikiran masyarakat Melayu terhadap pemilihan motif sobek wau tradisional Melayu : Kajian kes di Kampung Sungai Sarang Buaya, Muar Johor
Abstrak
Seni sobek wau merupakan salah satu hasil kesenian masyarakat Melayu tradisional. Ia merupakan juga salah satu seni ukiran Melayu yang kreatif untuk kegunaan sebagai corak yang terdapat pada wau agar dapat menyerlahkan daya tarikan wau-wau tersebut. Selain itu, ukiran sobek pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa.
Kajian berkenaan dengan sobek wau ini dilakukan untuk melihat cara masyarakat Melayu tradisional menghasilkan sesuatu motif dalam ukiran terutamanya dalam ukiran sobek wau. Dalam kajian ini juga tumpuan dilakukan terhadap pemikiran orang-orang Melayu dahulu menggunakan alam sekitar untuk diolah ke dalam bentuk karya seni.
Sobek wau memainkan peranan yang penting sebagai salah satu lambang kebudayaan masyarakat Melayu yang tinggi kerana banyak memaparkan tentang kehidupan masyarakat Melayu. Berdasarkan pandangan mereka terhadap alam sekitar, telah membolehkan mereka mewujudkan satu nilai estetika yang membawa kepada pengolahan seni yang mempunyai nilai keindahan.
Sobek atau corak wau ini mempunyai masa depan yang cukup cerah baik jika dipelihara mahupun untuk tujuan komersial kerana masyarakat luar dapat melihat keaslian tentang ukiran berasaskan kertas. Terdapat banyak langkah yang dapat diambil untuk mengekalkan sobek wau sebagai salah satu warisan kebudayaan masyarakat Melayu tradisional.
Text
Kajian persempadanan Negeri Pulau Pinang
Pengenalan
Nama "Pulau Pinang" mula disebut dalam rekod-rekod mengenai Tanah Melayu dalam tahun 1591...
Text
Pengutaraan diri dan jangkaan peranan saorang Bomoh Melayu dalam komuniti kecil di Maras
Menganalisa Kedudukan Bomoh dalam masyarakat, peranannya, jangkaan peranannya, kedudukan Bomohship akan datang akibat scientific dan teknological change, kedudukan ekonominya, serta sikap anggota komuniti terhadap peranan yang dimainkan oleh Bomoh.
Text
dunia Barat
Islam
...1 more
Kemunculan fundamentalism Islam dan implikasi terhadap dunia Barat
Runtuhnya Negara Soviet Union pada penghujung tahun 80-an telah membawa perubahan mendadak kepada suasana hubungan antarabangsa. Persaingan di antara negara-negara kuasa besar juga secara sendiri turut berkurang. Soviet Union yang selama empat dekad memberi saingan ideologi komunismenya kepada Barat dan Amerika Syarikat khasnya, tidak lagi berupaya bersaing. Fahaman komunisme yang menjadi kebanggaan negara kuasa komunis tersebut juga turut terancam. Ianya tidak mampu lagi memberi saingan dalam sistem antarabangsa hari ni. Pertembungan ideologi dan cabaran kepada kuasa-kuasa Barat sudah hampir tiada lagi.
Secara amnya masyarakat Barat di benua Eropah dan Amerika Syarikat amat berbangga dengan pencapaian dan perubahan yang berlaku dengan pencapaian dan perubahan yang berlaku dengan berakhirnya perang dingin. Walau bagaimanapun, ketiadaan saingan ini juga telah membuatkan masyarakat Barat terutamnya Amerika, mula mencari saingan baru. Ini mereka rasakan perlu bagi meneruskan kesinambungan kemajuan yang mereka anggap penting dalam menjamin dominasi mereka ke atas masyarakat lain di dunia hari ini. Dalam mencari saingan baru tersebut, mereka mula menoleh kepada pertembungan dan angin baru yang wujud di kalangan negara-negara dan umat Islam khususnya.
Text
ritual
Wayang Kulit
Teater Wayang Kulit : Satu kajian mengenai unsur-unsur ritual
Wayang Kulit merupakan satu bentuk seni persembahan Melayu tradisional yang diwarisi sejak zaman berzaman. Teater Wayang Kulit memaparkan pola kehidupan masyarakat Melayu lama dari segi kepercayaan, hubungan mereka dengan alam sekeliling, hubungan dengan raja dan hubungan sosialisasi dalam masyarakat. Mereka mempunyai hubungan erat dengan alam dan wujud interaksi yang baik dalam kehidupan seharian.
Dalam masyarakat Melayu, alam terbahagi kepada beberapa tahap seperti alam atas iaitu tempat tinggal dewa baik dan Mak Hyiang, Alam Tengah (alam kehidupan dan alam dalam badan manusia. Mereka mengeksploitasi sumber-sumber alam dengan percaturan-percaturan tertentu. Mereka percaya bahawa semua benda dan objek di alam ini mempunyai semangat dan roh. Ia terbahagi kepada dua semangat iaitu semangat baik dan jahat dan ibu segala semangat iaitu Mak Hyiang. Kepercayaan ini dikenali sebagai kepercayaan animisme. Mereka tidak akan mengkhianati objek-objek alam dengan sewenang-wenangnya. Sebaliknya mereka meminta izin terlebih dahulu. Makhluk-makhluk yang wujud di samping mereka itu dihormti, dipuja dan dijamu.
Text
Tari Melayu Malaysia : satu kajian berdasarkan Festival Tari Kebangsaan
Abstrak
Tesis ini membincangkan tarian Melayu di Malaysia dengan memberi fokus kepada bagaimana kedudukan fungsi tari Melayu dalam konteks masyarakat negara Malaysia yang berbilang kaum. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kritikal dengan penulisan deskriptif. Prinsip asas sumber data ialah merujuk kepada Festival Tari Kebangsaan (FTK) daripada tahun 1992 hingga 1999. Data FTK tahun 2000 dan tahun 2001 turut dikaji sebagai tambahan.
Di samping itu, kajian ini membicarakan perkembangan tarian Melayu pada peringkat kebangsaaan melalui tahap-tahap pertandingan peringkat negeri diseluruh Malaysia. Kajian juga meninjau peranan masyarakat, serta para pendukung, penyelenggaraan, karyawan seni, penari dan koreografer. Perkembangan sebelum dan hingga diadakan FTK, dibuat mengikut format akademik, dan pertumbuhan tarian Melayu itu ditanggapi sebagai fenomena kebudayaan, kerana perancangan seni persembahan tarian pada peringkat kebangsaan menyaksikannya sebagai program polariti sosial yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan Malaysia.
Text
Ulu Ambek, silat dan tari dalam persembahan adat Minangkabau
Abstrak
Ulu Ambek adalah salah satu bentuk seni persembahan yang terdapat di dalam suku bangsa Minangkabau di Sumatera, Indonesia. Persembahan ini meliputi tiga aspek persembahan utama iaitu Silat, Randai dan Tari Galombang. Dari lintasan sejarah kewujudan seni Ulu Ambek, didapati seni ini merupakan salah satu wadah penyebaran bagi pengajaran dan pendidikan keagamaan yang berteraskan Islam (sufi) yang mana disokong sepenuhnya oleh raja raja, ninik mamak dan penghulu adat tempatan. Ditinjau pula dari konteks seni persembahan, kini unsur-unsur keislaman itu telah mula berubah fungsinya. Apa yang wujud sekarang adalah seni persembahan tradisional rakyat yang memenuhi keperluan semasa. Perubahan-perubahan ini terjadi kerana bebera capa faktor; misalnya oleh pengaruh penguasa daerah (Kerajaan), pengaruh penghulu adat, masalah ekonomi, fahaman agama dan beberapa pandangan yang terjadi dalam masyarakat Padang Pariaman itu sendiri yang tampaknya cenderung kepada perubahan.
Text
Eskatologi dalam al-qur'an : analisis isu-isu semasa berhubung hari kiamat
Eskatologi merupakan satu falsafah ilmu yang membincangkan kepercayaan agama-agama berkaitan dengan pengakhiran dunia...
Text
ilmu
undang-undang
...1 more
Perlu fakulti undang-undang di universiti Sabah, Sarawak
Keperluan untuk menubuhkan fakulti undang-undang di universiti Sabah, Sarawak.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Fahami Penubuhan Malaysia
Artikel ini membincangkan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 sebagai satu
peristiwa penting dalam sejarah politik Asia Tenggara. Mohd Noor Yazid menghuraikan faktor
dalaman dan luaran yang mendorong pembentukan Malaysia, termasuk ancaman komunis,
keperluan keselamatan serantau, serta kepentingan ekonomi dan politik.
Hubungan Malaysia-Indonesia dalam Konteks Serantau
Membincangkan perkembangan hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia serta kerjasama serantau dalam konteks ASEAN.
Text
Belia Malaysia: masalah, cabaran dan masa depan
Peranan yang dimainkan oleh golongan belia secara kolektif atau melalui organisasi di salam mencetus atau membawa perubahan di dalam masyarakat atau pada negara adalah suatu hakikat sejarah yang tidak dapat dinafikan...
Text
Institusi keluarga penting untuk masyarakat bermoral
Text
Bolehkah lepak menghuraikan masalah anak muda kita?
Text
Muqqadimah
"Pembentukkan tradisi dan tamadun melayu muncul apabila manusia itu cuba mengenali sang penciptanya"
Text
Keperkasaan Sastera melayu tradisional
" Genre sastera dapat dilihat di kitab , ketatanegaraan,perundangan dan falsafah"
Text
Akhirul kalam
"karya-karya yang dihasilkan dalam pelbagai genre itu sebenarnya telah merakamkan tamadun pemikiran islam "
Text
idea dalam sastera
" Pengalaman-pengalaman kehidupan yang dilalui oleh masyarakat cina,mesir dan arab"
Text
Globalisasi dan sastera tradisional
" Kemajuan teknologi manusia dapat merentasi sempadan-sempadan yang selama ini dianggap menyempitkan pemikiran"
Text
Akhirulkalam
" Kebudayaan melayu berteraskan kebudayaan melayu,kebudayaan melayu berteraskan Islam"
Text
Kemuliaan akal menurut Islam
Text
malam seribu bulan
ramadan
Usahakan cari malam al-qadr dalam pemusafiran
malam al qadr merupakan malam yang mulia yang terdapat pada satu malam bulan ramadan iaitu pada 10 malam terakhir
Text
sastera Melayu
Kajian terhadap unsur-unsur Islam dalam novel Melati Kota Bharu
Abstrak
Tujuan kajian dilakukan adalah untuk meninjau sejauh manakah terdapatnya penerapan unsur-unsur Islam di dalam karya sastera. Bagi mencapai matlamat tersebut, saya telah memilih sebuah novel yang berjudul Melati Kota Bharu yang telah dihasilkan oleh Abdul Kadir Adabi pada tahun 1939. Walaupun novel ini merupakan sebuah novel yang lama tetapi telah menarik minat saya untuk melakukan kajian mengenai penerapan unsur-unsur Islam di dalam novel ini kerana pada masa novel itu dihasilkan negara kita dalam era penjajahan di mana pada masa itu keagungan agama islam juga telah mula luntur.
Kajian ini juga bertujuan untuk meneliti unsur-unsur Islam yang telah berjaya di ketengahkan oleh Abdul Kadir Adabi menerusi novelnya Melati Kota Bharu. Novel ini telah tersenarai dalam Siri Novel Malaysia Pilihan Abad Ke-20. Selain itu, diharapkan juga melalui kajian ini akan dapat mempertingkatkan lagi penghasilan karya-karya sastera islam di negara ini di mana secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada masyarakat umum. Melalui kajian ini juga akan dapat memberi maklumat atau pengetahuan kepada orang ramai khususnya kepada para peminat sastera Melayu mengenai perkembangan kesusasteraan di negara ini sejak dari awal kedatangan Islam sehingga kini.
Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat sejauh mana perbezaan pendapat polemik mengenai sastera Islam yang telah berlaku di kalangan para penulis dan tokoh sasterawan yang telah terlibat dan berjaya menghasilkan karya yang berunsur Islam, khususnya dalam bentuk novel. Kajian ini juga secara tidak langsung akan dapat menilai tahap pencapaian pengarang dalam penerapan unsur-unsur Islam di dalam novelnya iaitu Melati Kota Bharu dimana telah dapat memberi kesedaran kepada masyarakat pembaca dan membimbing pembaca ke arah mengingati khaliqnya, iaitu Allah pencipta alam ini.
Kajian ini juga akan memperlihatkan sumbangan pengarang, iaitu Abdul Kadir Adabi dalam penghasilan karya-karya sastera Islam.
Perkara yang paling penting ialah kajian ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum mengenai cita-cita dan matlamat para sasterawan masa kini terhadap perubahan aliran dalam kesusasteraan Melayu. Diharapkan juga kajian yang telah dilakukan ini akan dapat dijadikan sumber rujukan kepada semua pihak lain dan akan dapat menjadi panduan untuk usaha-usaha yang seterusnya bagi memartabatkan lagi sastera Islam.
Text
Makanan/Masakan Melayu
Pelajar pekak, bisu hasilkan biskut raya
Kuantan: Seramai 80 pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Vokasional Kuantan, di sini, majoritinya mengalami masalah pembelajaran, termasuk pekak dan bisu membuktikan mereka juga berbakat menghasilkan pelbagai jenis biskut raya
Text
Hari Raya
Peluang banduan sambut Aidilfitri bersama keluarga
Pembebasan awal jadi semangat untuk para banduan membina hidup baru
Text
aidilfitri
banduan
...4 more
Peluang banduan sambut Aidilfitri bersama keluarga
Peluang keemasan dibebaskan awal dari penjara untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tidak akan disia-siakan dan akan dijadikan semangat untuk membina kehidupan baharu.
Text
kebun
TKPM
21 peserta TKPM Inderapura rugi kebun terbakar.
Kebakaran hutan tanah menjejaskan kebun sayur projek TKPM dan beberapa pekebun megalami kerugian besar.
Text
Rekonstruksi lagu irama Malaysia: gubahan muzik oleh Suhaimi Mohd Zin@Pak ngah
Abstrak
Ekoran evolusi dan perkembangan dunia hiburan semasa, dunia hiburan muzik di Malaysia turut terkesan dan berkembang dengan begitu hebat. Antaranya ialah fenomena gabungan muzik pop barat dan tradisi tempatan telah direkontsruksi secara meluas turut menjadi peneraju gubahan muzik tanahair. Perubahan jelas berlaku kepada lanskap muzik Malaysia apabila ianya melibatkan sambutan yang menggalakkan dari pelbagai sektor di dalam industri hiburan tanahair seperti pihak media cetak, elektronik dan stesen penyiaran TV, pencipta lagu, penggubah muzik, penyanyi dan pengiktirafan oleh para masyarakat peminat sendiri. Manakala kewujudan lagu-lagu bercorakkan Lagu Irama Malaysia ini sangat berkait rapat akibat dorongan gaya rekonstruksi secara komersial yang pada awalnya usaha ini hanyalah untuk memenuhi kehendak dan aliran semasa muzik terkini. Kehendak dan aliran Lagu Irama Malaysia dahulunya hanyalah usaha mempertahankan warisan seni budaya tetapi telah berubah secara positif sebagai warisan yang digemari. Penyelidikan rekonstruksi lagu irama Melayu ini berdasarkan kaedah reka bentuk kajian kes yang diaplikasikan menerusi pendekatan kualitatif sebagai corak penghasilan data. Hasil data kualitatif yang dikumpul adalah berdasarkan daripada penentuan kriteria ilmu bidang yang telah dikenalpasti sebelumnya iaitu ciri-ciri intrinsik dalam muzik seperti rentak dan melodi; dan ciri-ciri ekstrinsik iaitu pencipta lagu. Tiga lagu pilihan kajian ini iaitu Cindai, Balqis dan Kurik Kundi hasil ciptaan Suhaimi Mohd Zain@PakNgah disaring berdasarkan kepada mutu dan penerimaan lagu tersebut oleh responden kajian yang terdiri dari kalangan professional dan orang yang terlibat secara langsung dalam kerja kreatif kajian kes penyelidikan ini. Transkripsi skor muzik lagu ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu a) melodi dan b) gubahan muzik. Kedua-dua bahagian muzik ini dilihat lebih dekat pada kerja komposisi yang telah dilakukan oleh komposer tersohor dan terkenal dengan ciptaan lagu-lagu yang berbentuk Irama Malaysia dan juga di gelar sebagai "Raja Irama Malaysia". Manakala kaji selidik melalui temubual dan pemerhatian memperlihatkan cara (budaya) kerja, teknik-teknik dalam penerapan kerja yang dilakukan oleh Suhami Mohd Zain@pak Ngah telah menjadikan perbincangan dalam rumusan analisis tentang penemuan baru dalam garapan lagu Irama Malaysia di Malaysia berdasarkan skop kajian yang diselidik.
Text
Sajak,
Di sini kubangunkan
Text
bazar ramadan
jimat
...1 more
Bersederhana dalam belanja juadah buka puasa
Umat islam yang menyambut bulan puasa digalakkan berjimat dalam membeli juadah ketika di bazar
Text
Absurdisme dalam drama Melayu : analisis karya-karya empat penulis kontemporari
Abstrak
This study is a survey and analysis of development and form of neW Malay Modern drama; Absurdism in Malay Modern Dramna: An Analysis of Four Contemporary Malay Playwrights, hereby called "absurd drama It is a Critical study and its purpose to provide a perspective on the protest between modern drama and new forn. The development is traced back to its beginnings in 1960 until the end of 1980 's. The study also surveys, analyses and summarizes the furnctions played by "absurd drama especially as a protest drama between drama and the people of Malaysia. Chapter I defines the concept, Scope and purpOse of the study. drama" is social arts. The main field of the study is "absurd a forn of function of National Culture and The emphasis is on the texts of drama and discussions are based orn the playWright.
Text
Analisis struktur pasif bahasa Melayu : penerapan teori kuasaan dan tambatan
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan analisis sintaksis struktur ayat pasif bahasa Melayu (BM) dengan menggunakan pendekatan kuasaan dan tambatan (K&T), Inti pati pendekatan ini ialah andaiannya bahawa perkataan dalam sesuatu ayat disusun mengikut hiraki, bukan sekadar susunan linear. Fokus kajian ini ialah menjelaskan proses-proses sintaksis dalam penjanaan struktur ayat pasif, termasuk proses Alih-a, iaitu pergerakan kepala (X) dan peluasan maksima (X'"), pada peringkat representasi yang berkenaan. Kajian ini mengandaikan bahawa X kata kerja (termasuk kata kerja pasif), iaitu SelS, Kala dan SelO, mengalami penurunan untuk membentuk X kompleks. Alasan andaian ini ialah penurunan X menghasilkan langkah yang sedikit berbanding penaikan X. Kedua-dua jenis X** argumen dan adjung) pula mengalami penaikan. X*" argumen menjadikan posisi Pen SelO" sebagai sasaran pendaratan. X*" adjung pula boleh bergerak ke posisi yang lebih atas, iaitu Pen Kala'" atau Pen SelS'', sebagai sasaran pendaratannya. Lima jenis transformasi pemindahan argumen (objet tepat (N'" an N1"), objek sipi (N2""), subklausa atau frasa komplemen, N'" keluar dari FKomp dan anjakan N'") telah dibincangkan. Transformasi anjakan N" berbeza daripada transfornasi pemindahan X* yang lain kerana ia menggerakkan X" tersebut ke bawah struktur. Lebih tepat lagi, N'" tersebut digerakkan dan disisipkan ke bahagian kanan paling hujung frasa kerja. Lebih daripada satu adjung boleh disisipkan pada sesuatu ayat pasif tetapi kajian ini mengehadkan pemerian pada satu penyisipan dan pemindahan adjung sahaja. Satu lagi proses sintaksis yang terlibat dalam penjanaan struktur ayat pasif, iaitu pengguguran unsur, juga telah dibincangkan. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah mengenal pasti dan menyenaraikan struktur ayat pasif BM serta variasinya.
Text
Falsafah bahasa : nilai dan etika Melayu-Islam dalam pantun
Abstrak
Penyelidikan ini memberi tumpuan falsafah bahasa khususnya berhubung dengan fungsi bahasa. Lalu dianalisis fungsi bahasa menerusi data pantun tradisi dalam teks kajian (kumpulan Pantun Melayu 1983). Tidak dapat disangkal lagi bahawa bahasa amat berhubung erat dengan pemikiran. Dalam kajian ini, dikemukakan Model Falsafah Bahasa hasil garapan dua teori bahasa terdahulu, iaitu Teori Relatif dan Teori Kenuranian Bahasa. Model ini mengetengahkan peri pentingnya para pengguna bahasa mengaplikasi tiga prinsip dalam memastikan fungsi bahasa dimanfaat secara maksimum. Pertama, perlunya kita berbahasa menurut nahu bahasa tersebut supaya maksud yang hendak disampaikan dapat mencapai objektifnya. Kedua, perlu juga kita berbahasa untuk menyampaikan maklumat atau fakta yang betul dan benar. Ketiga, wajar sekali kita berbahasa untuk tujuan ibadah atau mentauhidkan Allah selaku Pencipta segala kejadian. Dengan demikian, kita telah melakukan yang terbaik dalam proses berbahasa sama ada dalam konteks hubungan sesama manusia mahupun hubungan dengan Allah.
Text
The McDonaldization of language-in-education policy of Malaysia : a case of English for the teaching of mathematics and science or (ETeMS)
Abstrak
Kajian ini berhubungkait dengan polisi bahasa-dalam-pendidikan yang baru diperkenalkan di Malaysia atau Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan PPSMI melalui perspektif guru. Antara dua persoalan kajian ialah : Pertama, apakah persepsi para guru Matematik yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran? Kedua, apakah persepsi guru terhadap perkembangan kecekapan Bahasa Inggeris dan penguasaan kemahiran Matematik pelajar? Lantaran itu, pendekatan kualitatif digunakan untuk menjawab kedua-dua persoalan kajian ini. Untuk tujuan pengutipan data, soal selidik diedarkan kepada tiga puluh tiga (33) orang guru Matematik di lapan (8) buah sekolah di Kuala Lumpur yang mengajar dalam Bahasa Inggeris.
Text
Malaysia--Social lite anacultuns
55 tahun pembangunan komuniti felda di Malaysia : pencapaian dan cabaran
Makalah ini mengupas pembangunan komuniti Felda di Malaysia dari segi pencapaian dan cabarannya sejak awal penubuhannya pada 1956 sehingga kini.
Text
Sajak,
Aku memberi salam
Text
Sajak,
Gerabak kehidupan
Showing 8551 to 8600 of 19303 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2