Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Anwar Ibrahim
Najib Tun Razak
...1 more
'Setiap banduan ada hak mohon pengampunan'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan setiap banduan termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhak membuat permohonan untuk mendapatkan pengampunan.
Text
Anwar Ibrahim
penjawat awam
'Kaji semula gaji penjawat awam'
Anwar beri jaminan perbaiki struktur gred gaji ikut situasi semasa.
Text
Anwar Ibrahim
AUKU
...1 more
Kerajaan jamin hapus peruntukan AUKU - PM
Kerajaan memberi jaminan akan menghapuskan peruntukan dalam Akta Universiti Kolej University (AUKU) 1971 yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah.
Text
Anwar Ibrahim
KWSP
...1 more
KWSP: PM cadang pencarum pilih kaedah pinjaman Islam
Pencarum yang berhasrat membuat pinjaman bank menggunakan cagaran wang caruman Kumpilan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memilih skim pinjaman Islam dengan kadar faedah yang paling minimum.
Text
tanah rizab
Tanah rizab Melayu menurun di 3 negeri
Minyak, gas Malaysia bertahan 15 tahun lagi
Text
Pengamalan dan Kesan Ilmu Miqat Dalam Memenuhi Keperluan Ibadah Masyarakat Islam di Malaysia
Pentakrifan ilmu miqat berkait rapat dengan aspek pengukuran waktu. Aspek-aspek yang terlibat dalam ilmu miqat adalah kajian pengukuran waktu solat dan arah kiblat...
Text
Akhlak sebagai pemangkin membangunkan modal insan yang berkualiti dalam masyarakat plural
Rancangan Malaysia ke 9 (RMK 9) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memperlihatkan penekanan kepada membentuk modal insan yang berkualiti sebagai asas untuk mencapai matlamat RMK 9 ini...
Text
Sosio budaya Melayu
Fenomena ajaran sesat dalam masyarakat Melayu : Kajian kes di Negeri Perlis
Abstrak
Penyelidikan pada kali ini adalah berkisar tentang fenomena ajaran sesat di Perlis. Penyelidikan ini memfokuskan intipati ajaran Pertubuhan Perpaduan Kebajikan Islam Malaysia (PEKIMA) dan ajaran Rufaqa’. Dalam kajian ini juga turut menjelaskan hakikat Islam dalam masyarakat Melayu khususnya di negeri Perlis melalui pendekatan ahli sunnah. Penyelidikan ini juga menjelaskan fenomena sebenar yang melanda masyarakat Melayu pada masa kini dengan membawa pendekatan semasa yang selari dengan syariat Islam.
Oleh itu, dengan adanya penyelidikan seperti ini, bukan sahaja mampu memberi pendedahan berterusan kepada anggota masyarakat malah, membantu untuk memurnikan lagi penyelidikan-penyelidikan yang dilakukan oleh pengkaji lalu. Generasi masa kini juga mampu mengetahui dan menilai bentuk-bentuk ajaran sama ada yang bertepatan dengan syariat Islam ataupun sebaliknya.
Text
buli
Dera
Tidak mungkin terjatuh secara tak sengaja, ditolak
Kematian Zara Qairina Mahathir, 13, tidak mungkin berpunca daripada terjatuh secara tidak sengaja mahupun ditolak dari kedudukan berdiri di lokasi kejadian.
Ubi telampong menu tradisi Kedah
n ubi telampong mungkin kurang dikenali secara meluas berbanding dengan beberapa jenis ubi lain seperti ubi kayu atau ubi manis, ia masih menjadi komponen penting dalam diet dan budaya masyarakat di rantau Asia Tenggara, namun ubi telampong adalah salah satu makanan tradisi di negeri Kedah. Ubi telampong adalah sumber karbohidrat yang penting dan memberikan variasi dalam hidangan tempatan.
Text
ramadan
zakat
McDonald's Malaysia fokus terhadap komuniti imarahkan Ramadan
McDonald's Malaysia tidak culas dalam pembahagian zakat sehingga tahun2017 hampir RM12 juta telah dizakatkan.
Text
bawang
kaskas
'Bawang mahal, masaklah gunaa kaskas'
Orang ramai dicadangkan untuk mengandikan bawang dengan rempah kaskas tetapi dalam kuantiti sedikit untuk mengelakkan mudarat kepada kesihatan.
Text
aidilfitri
banduan
...4 more
Kad raya dari penjara untuk ibu
Amir yang menjalani hukuman di Penjara Pokok Sena atas kesalahan berkaitan dadah tidak menyangka dapat dibebaskan lebih awal melalui program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).
Text
Hari Raya
Ramai perantau pulang beraya
1.4 juta kenderaan dijangkan masuk Kedah menjelang musim perayaan Aidilfitri.
Text
Makanan/Masakan Melayu
Bunyi ketukan pada buluh pikat pelanggan
Seorang peniaga cipta kelainan dengan menjual nasi beriani menggunakan buluh bagi menarik pelanggan ke gerainya di Bazaar Ramadan Jalan Stadium, di sini.
Text
Hari Raya
Teruja nak raya, jangan lupa bayar zakat fitrah
Text
bazar
ramadan
Haram jual makanan hangit, basi
Ketagihan
Peceraian
Ketagihan gajet dan media sosial punca perceraian meningkat
Ketagihan gajet dan pendedahan melampau di media sosial dilihat sebagai antara faktor utama berlakunya perceraian dalam perkahwinan.
Dera
kanak-kanak
Ibu dera anak dengan kulit durian didenda RM18,000, suami dipenjara 5 tahun
Suami isteri dikenakan hukuman denda dan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mendera anak perempuan mereka menggunakan kulit durian.
Text
Sampai Beranak Pinak
"Kawasan kediaamn Pangsapuri Baiduri, bandar Tasik Kesuma meriah dengan warga asing"
Text
Nik Safiah tidak setuju sikap GPMS
Text
Asap kenderaan jejas mutu hidup
Text
Purata jangka hayat meningkat
Website
bahasa kebangsaan
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
Bahasa Melayu sebagai bahasa utama yang menyatukan dan digunakan oleh rakyat Malaysia.
Text
Kecelaruan bahasa dalam kalangan kanak-kanak austisme
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian kes mengenai kecelaruan bahasa dalam kalangan kanak-kanak autisme. Seramai lapan orang subjek kajian, iaitu lima orang lelaki dan tiga orang perempuan yang bersekolah di daerah Kluang, Johor terlibat dalam kajian ini. Subjek-subjek kajian tersebut dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kategori A (7 hingga 12 tahun) dan Kategori B (13 hingga 17 tahun). Pengkaji membuat kajian tentang kecelaruan bahasa ini dari aspek bahasa ekspresif dan bahasa reseptif. Bahasa ckspresif adalah output bahasa, iaitu cara seseorang meluahkan keinginan atau khendak. Bahasa reseptif pula adalah input bahasa, iaitu kefahaman tentang sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang lain. Dalam kajian tentang bahasa ekspresif, pengkaji telah menghuraikan bahasa ekspresif kanak-kanak autisme dari aspek pembentukan dan penggolongan kata dan pembinaan ayat. Dalam analisis tentang bahasa reseptif pula, pengkaji telah menganalisis bahasa reseptif kanak-kanak autisme daripada aspek mendengar, kefahaman, dan tulisan. Kemudian, pengkaji juga telah menggunakan teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky (1978) sebagai teori utama dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme bermasalah dalam bahasa ckspresif dan reseptif. Dapatan kajian tentang bahasa ekspresif menunjukkan kanak kanak autisme bermasalah dalam membentuk perkataan, tidak menguasai tatabahasa, kurang kosa kata, dan lemah membina ayat. Dapatan kajian tentang bahasa reseptif pula. subjek kajian didapati sukar memahami arahan secara langsung, kurang fokus kepada perkara yang didengari, gagal mempamerkan bahasa bukan verbal yang betul, dan bermasalah dalam menulis huruf. Kajian ini juga turut mencadangkan beberapa perkara penting kepada ibu bapa, guru, dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada kanak-kanak autisme. Semua pihak bertanggungjawab dalam memberi perhatian dan sokongan kepada kanak-kanak autisme agar mereka mendapat tempat dalam masyarakat.
Text
Penggunaan kit asas membaca Bahasa Melayu untuk kanak-kanak pemulihan khas
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan reka bentuk Kit Asas Membaca untuk kegunaan kanak-kanak pemulihan khas dalam pembelajaran membaca bahasa Melayu, Kit Asas Membaca yang dibangunkan mengandungi model, modul, buku latihan, buku cerita, dan kad imbas yang bertemakan cerita rakyat. Tahap keupayaan bacaan kanak-kanak pemulihan khas berdasarkan tiga kemahiran yang terdapat dalam Taksonomi Bloom, iaitu kemahiran kognitif (keupayaan mengingat, memahami, dan mengaplikasi), psikomotor (keupayaan imitasi dan manipulasi), dan afektif (keupayaan pengenalan dan respon). Keberkesanan penggunaan Kit Asas Membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu pula dianalisis berdasarkan tiga faktor, iaitu faktor pembelajaran bahasa, penggunaan Bahasa Bantu Mengajar (BBM), dan keupayaan kanak-kanak pemulihan khas itu sendiri. Kajian ini berbentuk kajian kes yang melibatkan lapan orang subjek kajian Tahun Tiga yang mengikuti kelas pemulihan khas. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Penilaian Kemahiran Membaca, senarai semak kemahiran psikomotor dan afektif, dan boring pemerhatian tidak berstruktur. Analisis data kuantitatif digunakan untuk mencari peratusan dalam keupayaan kognitif, afektif, dan psikomotor. Analisi data kualitatif juga dijalankan kepada data-data pemerhatian tidak berstruktur dan senarai semak. Kaedah triangulasi kaedah (between method triangulation) digunakan bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian antara Ujian Penilaian Bahasa, pemerhatian tidak berstruktur, dan senarai semak. Dapatan kajian berbentuk kuantitatif menunjukkan bahawa keupayaan mengaplikasi merupakan keupayaan yang palin dikuasai oleh subjek dalam kemahiran kognitif, iaitu sebanyak 99.58 peratus, diikuti oleh keupayaan memahami 95.36 peratus, dan keupayaan mengingat 95.8 peratus.
Text
Bahasa Melayu
Pembelajaran bahasa Melayu kanak-kanak pemulihan khas: Pembinaan bahan bantu mengajar
Kajian ini membincangkan proses pembinaan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersifat konkrit dalam pembelajaran bahasa Melayu.
Text
Kajian Tangga Batu pada Rumah-rumah Terpilih Kawasan Merlimau
Kertas projek ini bagi menegnalpasti reka bentuk rumah Melayu Melaka tradisional terutamanya pada elemen tangga. Kajian ini dapat mendedahkan pengetahuan secara am perbandingan antara rumah Melayu Tradisi dengan rumah Melayu Melaka tradisi di samping mengenalpasti struktur binaan tangga batu yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu Melaka pada suatu ketika dahulu. Tangga batu merupakan simbol atau identiti kepada rumah Melayu Melaka sehingga kini. Kajian ini menjurus kepada tangga batu bagi memperlihatkan struktur binaan, bahan, dan variasi corak serta warna jubin - jubin indah yang sering digunakan bagi melengkapi rumah Melayu Melaka tradisional.
Text
Sosio budaya Melayu
Perkahwinan masyarakat Melayu bandar masa kini
Abstrak
Perkahwinan merupakan salah satu perkara menjadi tuntutan agama Islam. Kemeriahan dan kelancaran dalam majlis perkahwinan merupakan yang menjadi impian bagi setiap bakal pengantin dan keluarganya. Bagi memastikan Kelancaran majlis, persediaan persiapan kelengkapan majlis perlu dilakukan dengan lancar. Kajian ini melibatkan bidang sosio-budaya bagi masyarakat Melayu bandar kelas menengah. Penulisan kajian ini untuk mengupas persediaan yang perlu dilakukan oleh masyarakat bandar dalam mengadakan majlis perkahwinan dan sambutan majlis terutama dari pelaksanaan istiadat perkahwinan Melayu pada masa kini. Kaedah kajian yang digunakan adalah melibatkan kaedah pemerhatian dan temu bual terhadap responden yang mengadakan majlis perkahwinan di bandar. Upacara perkahwinan sepatutnya didahului dengan ikatan perpaduan kekeluargaan yang kukuh, kini mula terhakis. Masyarakat bandar kini banyak terdedah kepada proses pembandaran yang sedang rancak dilakukan oleh negara.
Text
bazar ramadan
minuman
83 pilihan air tersedia
Seorang peniaga air wanita nekad untuk memberanikan diri menjual 83 jenis air di bazar ramadan.
Still Image
Melayu dan politik
Isyarat rakyat kepada PH
Isyarat rakyat kepada PH
harapan penyatuan UMNO - Pas
Text
Puasa
ramadan
...1 more
Tarawih hadiah istimewa Ramadhan
Bila tibanya ramdhan umat islam akan menunaikan iabdah terawih yang dilakukan secara berjemaah
Text
kesihatan
Puasa
...1 more
Walaupun liat, biasakan diri bangun sahur.
Amalan sahur merupakan perkara yang sunah dilakukan dan memberikan impak yang positif kepada tubuh badan terutamnya ketika puasa
Text
ikan zebra
Ikan zebra ganti tikus makmal
UPM melakukan pembiakan ikan zebra di Laboratori Ikan Zebra untuk memberikan kemudahan kepada penyelidik melakukan kajian digantikan dengan tikus makmal.
Text
Unsur seksualiti dan materialisme dalam karya Bernard Chauly dan Rafidah Abdullah
Abstrak
Kajian Unsur Seksualiti dan Materialisme dalam Karya Bernard Chauly dan Rafidah Abdullahini membincangkan mengenai modenisasi yang menyebabkan berlakunya peresapan budaya yang berlaku dari negara-negara luar yang mempengaruhi budaya dan masyarakat Melayu di Malaysia. Kajian ini menghuraikan secara terperinci mengenai naratif dari filem karya Bernard Chauly dan Rafidah Abdullah. Melalui huraian naratif secara mnendalam itu, pengkaji seterusnya membincangkan mengenai unsur seksualiti dan materialisme mempengaruhi masyarakat Melayu moden di Malaysia. Selain merujuk kepada konsep yang telah dipilih dan daripada kajian sarjana terdahulu, kajian ini turut dikaitkan dengan realiti masyarakat Melayu Malaysia kini. Kaedah kajian secara kualitatif digunakan di dalam kajian ini seperti kajian kepustakaan dan temubual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seiring berkembangnya era modenisasi kini, berlakunya peresapan unsur-unsur budaya luar ke dalam masyarakat Melayu di Malaysia yang mana bukan sahaja berkembang melalui medium perfileman bahkan dari sudut realiti kehidupan masyarakat itu sendiri. Beberapa kes yang berlaku di Malaysia melibatkan masyarakat Melayu Malaysia mengenai unsur-unsur budaya luar yang berkaitan turut dibincangkan di dalam kajian ini. Kesimpulannya, modenisasi telah memberi laluan kepada berlakunya peresapan daripada pelbagai aspek seperti perfileman dan gaya hidup bagi sesebuah masyarakat.
Text
Penelitian kualiti kehidupan janitor melayu di lembah klang
Abstrak
Dasar pembangunan Mampan yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia telah menggariskan beberapa matlamat yang perlu dipenuhi untuk memastikan kesejahteraan sejagat diperoleh masyarakat dunia. Matlamat ini bertujuan untuk memastikan semua individu mempunyai akses yang sama rata kepada hak sebagai seorang manusia dalam aspek meningkatkan kualiti hidup manusia. Begitu juga dengan hak yang perlu diberikan kepada kumpulan pekerja domestik janitor. Walaupun janitor terdiri daripada kumpulan kerja 3D, namun setiap janitor ini berhak menerima keperluan hidup dan akses kepada semua aspek kualiti hidup yang dinikmati oleh seorang individu. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis latar belakang pekerja janitor Melayu di Lembah Klang, menilai bentuk-bentuk kesukaran yang dihadapi oleh janitor Melayu di Lembah Klang serta merumuskan pandangan masyarakat terhadap sektor pembersihan di Lembah Klang. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kualitatif yang terdiri daripada temu bual terperinci, pemerhatian secara ikut serta dan pembacaan kepustakaan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan penerimaan dan pelabelan kumpulan masyarakat kepada sektor pembersihan berbanding kajian-kajian terdahulu yang bersifat negatif.
Text
Sosio budaya Melayu
Pengangkut air dan pembangunan jabatan : satu kajian kes perkhidmatan Feri Pulau Pinang
Abstrak
Latihan ilmiah ini membincangkan tentang aspek perkhidmatan feri Pulau Pinang. Kajian ini dilihatkan berdasarkan persaingan perkhidmatan feri di Pulau Pinang dengan Jambatan Pulau Pinang sebagai satu laluan untuk menyeberangi Tanah Besar ke bahagian pulau atau sebaliknya. Kajian menggunakan kaedah perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan yang dijalankan termasuklah soal-selidik, pemerhati turut serta, temubual dan teknik analisis data.
Responden yang terlibat dalam kajian selidik terdiri daripada pengguna feri sama ada penumpang pejalan kaki dan penumpang feri berkenderaan. Responden ini dipilih secara rawak oleh pengkaji. Data kajian pengkaji mendapat pelbagai maklum balas daripada soal selidik yang dilakukan. Hasil kajian menunjukkan feri dan Jambatan Pulau Pinang ini saling berkaitan dalam memenuhi tuntutan masyarakat.
Text
Sosio budaya Melayu
Perbelanjaan dalam urusan perkahwinan masyarakat Melayu : Kajian kes di Daerah Kulim/ Bandar Baharu
Abstrak
Secara keseluruhannya, penulis ini adalah membincangkan mengenai aspek perbelanjaan yang terdapat dalam urusan perkahwinan Melayu. Perbelanjaan ini termasuklah dari segi jumlah bayaran perkahwinan, kos kenduri serta kos kelengkapan dan persediaan yang diperlukan semasa mengendalikan sesebuah majlis perkahwinan. Seperti yang kita ketahui, perbelanjaan yang terdapat dalam urusan perkahwinan Melayu dilihat semakin tinggi berbanding tahun yang sebelumnya. Peningkatan jumlah perbelanjaan ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor tertentu.
Antaranya termasuklah dari segi peningkatan kos sara hidup yang tinggi, perubahan pekerjaan serta kadar inflasi yang berlaku dalam negara kita. Dalam kajian ini, pengkaji berusaha untuk melakukan perincian yang lebih mendalam terhadap kos perbelanjaan yang terlibat di antara sesebuah pasangan dan keluarga pasangan. Jangkaan umum akan mengatakan bahawa pasangan yang mempunyai tahap pendidikan dan jenis pekerjaan yang baik akan membelanjakan jumlah yang lebih tinggi berbanding pasangan yang lain. Namun begitu, perubahan taraf sosiaekonomi yang dialami oleh sesebuah keluarga tidak menghalang kepada seseorang individu itu untuk mengeluarkan belanja yang lebih. Malahan, terdapat juga sesetengah keluarga yang turut sama mengeluarkan jumlah belanja yang di luar batasan kemampuan.
Perubahan yang dialami dalam pola perbelanjaan ini sedikit sebanyak turut membawa perubahan terhadap nilai dan norma tradisi masyarakat Melayu. Tidak kurang hebatnya, terhadap sesetengah individu yang terpaksa melanjutkan usia perkahwinan mereka bagi mengumpulkan dana yang secukupnya.
Text
Log Book
Laporan buku log: Muzium Perak, Jabatan Muzium Perak
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2010
Text
Kesenian Melayu
Kraftangan anyaman buluh : Kajian kes di Kampung Jal Kechil, Tumpat, Kelantan
Abstrak
Kraftangan anyaman buluh di Malaysia telah dihasilkan oleh masyarakat Melayu terutamanya bagi masyarakat pinggir bandar dan kampung. Kraftangan anyaman akan dikenali sebagai seni kraftangan masyarakat Melayu. Pelbagai barangan yang dihasilkan seperti bakul, bekas hantaran, kipas tangan, pelapik periuk dan juga cenderahati. Kraftangan anyaman buluh ini, mempunyai ragam hias yang tertentu bagi tujuan mencantikkan lagi anyaman tersebut. Ragam hias dalam anyaman buluh ini kebiasaanya di panggil kelarai yang melibatkan motif dan corak dalam anyaman tersebut. Keindahan semula jadi alam dijadikan sebagai sumber ilham kepada penganyam untuk menghasilkan anyaman berdasarkan motif dan corak yang berasaskan alam sekeliling. Sambutan terhadap barangan kraftangan anyaman buluh dahulu sangat menggalakkan kerana ia merupakan keperluan seharian masyarakat Melayu. Pada masa kini, kraftangan anyaman buluh di Malaysia kurang diminati oleh masyarakat. Pertumbuhan teknologi yang semakin canggih hampir-hampir menenggelamkan kraftangan anyaman buluh yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu. Disebabkan hal itu, sambutan terhadap produk buluh kini berkurangan dan sangat terkesan pada seni pertukangan perak. Hal ini merupakan cabaran yang perlu ditempuhi oleh pengusaha-pengusaha kraftangan anyaman buluh. Pelestarian terhadap barangan buluh ini kini, boleh kenal pasti oleh pihak-pihak yang tertentu agar kraftangan anyaman buluh terus mekar dan mendapat sambutan masyarakat tempatan mahupun luar negara.
Text
Report
Laporan latihan amali: Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2004/2005
Text
Bahasa Melayu
Pembelajaran bahasa kanak-kanak : Kajian kes gaya pembelajaran pandang-ruang
Abstrak
Setiap individu mempunyai kebolehan, kecerdasan dan kemahiran yang tersendiri dalam menggarap sesuatu konsep dan pengetahuan sewaktu belajar melahirkan pelbagai gaya pembelajaran. Keindividualan ini berpaksi daripada sistem saraf dalam kedua-dua bahagian hemisfera otak berdasarkan pusat pembelajaran tertentu. Proses yang dilalui dalam saraf otak manusia dijelaskan oleh para ahli neurologi dan psikologi sebagai tidak setara, dan ini yang menjadi punca seorang individu mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan daripada seorang individu yang lain. Hakikat ini dijelaskan dalam bahagian neuropsikolinguistik kajian ini dalam proses pemerolehan bahasa dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Gaya pembelajaran kebolehan pandang-ruang yang dipeloporkan oleh Linda Kreger Silverman merupakan gaya pembelajaran yang dikaji dan dikembangkan penggunaannya dalam pemerolehan bahasa dalam pembelajaran bahasa kedua dalam kajian ini.
Hakikat penyelidikan dalam bidang pedagogi pembelajaran bahasa kanak-kanak banyak mengkaji tentang pelbagai jenis, konsep dan pendekatan dalam gaya pembelajaran, namun demikian semakin dunia bertambah mencabar, pemikiran manusia menjadi semakin kompleks dan media yang pelbagai jenis muncul dalam kehidupan, bidang kajian gaya pembelajaran juga menjadi semakin rencam dan luas kaupannya. Kajian ini juga menggunakan beberapa kaedah yang disarankan, dan yang dibangunkan sendiri bagi menggunakan bentuk yang ada dari sekeliling persekitaran hari ini bagi membina bahan-bahan pembelajaran yang ideal untuk menyokong pelajar berkebolehan pandang-ruang.
Text
Puasa
ramadan
Ramadan sediakan lebih banyak ganjaran pahala kepada wanita
Menyediakan juadah buat keluarga juga merupakan iabadah yang dapat dilakukan oleh kaum wanita ketika tibanya Ramadan
Text
Pantun Melayu : analisis ayat majmuk bahasa Melayu
Abstrak
Pantun merupakan warisan orang Melayu sejak dari dahulu lagi. Keindahan kata dalam pantun memperlihatkan daya cipta pemikiran dan falsafah masyarakat Melayu tradisional yang tinggi, asli dan bernilai seni. Pantun dicipta bertujuan untuk membicarakan budi bahasa, kasih sayang masyarakat, adat istiadat, perkahwinan, dan sebagainya. Dapatan analisis menunjukkan pantun merupakan satu medium yang terbaik dalam menganalisis ayat-ayat bahasa Melayu. Bentuk binaan pantun dikatakan kompleks kerana dalam rangkap pantun banyak perkataan digugurkan. Pengguguran perkataan berlaku kerana jumlah perkataan dalam pantun dan bentuk rima akhir terkawal atau dihadkan. Susunan ayat majmuk yang kompleks ini memerlukan satu kajian lengkap. Kajian ini berlandaskan teori Transformasi Generatif Standard yang telah diaplikasikan dalam Tatabahasa Dewan (2010). Perbincangan ini hanya menumpukan perhatian kepada aspek ayat majmuk bahasa Melayu yang terdapat dalam pantun. Proses-proses transformasi yang terlibat seperti pengguguran, peluasan, dan penyusunan semula dalam menerbitkan ayat majmuk bahasa Melayu. Analisis ayat dilakukan berdasarkan struktur dalaman dan permukaan dengan rajah pohon dan keterangan keterangan yang berkaitan dalam bidang sintaksis.
Text
Mengkudu penawar pelbagai penyakit mujarab
Text
Empat faktor membentuk masyarakat cemerlang
Text
Isteri wajar dapat upah
Text
Rahsia gamat
Text
Pekerja wajar tahu hak mereka
Showing 8701 to 8750 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->