Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Muzium Pada Abad ke-21, Aktiviti, Cabaran, dan Inovasi: Kajian Kes Muzium Negara
Muzium Negara telah melalui sejarah yang panjang sejak sebelum kemerdekaan negara, sehinggalah kini di mana negara telah mengecapi kemerdekaan dan mencapai taraf negara membangun. Muzium Negara terus menjalankan fungsinya sebagai pemeliharaan bahan budaya dan warisan negara. Selain menjadi institusi pendidikan tidak formal kepada masyarakat, terdapat beberapa lagi fungsi Muzium Negara yang sentiasa ditambah bertujuan untuk merapatkan hubungan institusi tersebut kepada masyarakat. Sepanjang tempoh kewujudan Muzium Negara, telah banyak pameran menarik yang telah dianjurkan. Pameran-pameran tersebut adalah usaha daripada pihak muzium dalam menarik pengunjung untuk datang ke Muzium Negara. Selain itu, terdapat beberapa inisiatif dan usaha daripada Muzium Negara untuk menghasilkan keuntungan institusi tersebut. Segala usaha dan program yang dirancang aqdalah bertujuan memastikan kelangsungan Muzium Negara supaya dapat diterima oleh masyarakat. Persepsi masyarakat terhadap Muzium Negara dilihat sama sahaja sejak dari dahulu lagi. Amat penting untuk pihak muzium mengubah perspektif tersebut supaya masyarakat dapat membudayakan institusi muzium dalam kehidupan mereka.
pendokumentasian sastra rakyat dan sastra daerah malaysia
Membincangkan mengenai aspek-aspek penting dalam pendokumentasian sastera rakyat dan sastera daerah rakyat
Text
Hikayat seri kelantan (sa-buah naskhah tulisan tangan dari kelantan)
Abstrak
Naskhah Hikayat Seri Kelantan yang di-jadikan bahan kajian di-sini ia-lah naskhah photostat yang ada tersimpan di-Perpustakaan Universiti Malaya di-Kuala Lumur.
Text
Kitab Ma'arij Al-Lahfan lil-Taraqqi ila Haqaiq Al-Irfan : ketegasan mujaddid Terengganu pada abad ke 14 H
Abstrak
Kajian ‘’Kitab Ma’arij al-Lahfan lil-Taraqqi Ila Haqa’iq al-Irfan : Ketegasan Mujaddid Terengganu Pada Abad Ke-14H’’ merupakan satu usaha memperkenalkan kitab Ma’arij al-Lahfan lil-Taraqqi Ila Haqa’iq al-Irfan, yang ditulis oleh Tok Ku Paluh (r.a) pada tahun 1300H ke khalayak umum. Kitab ini kini sukar untuk dinikmati akibat tidak pernah dicetak walau cetakan batu. Oleh itu dalam kajian ini kitab ini telah ditransliterasi ke tulisan rumi, juga dilakukan penyuntingan.
Dalam usaha untuk mengesahkan kitab ini ditulis oleh Tok Ku Paluh, maka Kaedah Ruwah telah digunakan. Kaedah Ruwah ialah penyesuaian daripada Ilmu Hadith, iaitu ilmu untuk menentukan kesahihan atau tidak sesuatu Hadith disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kaedah ini menumpukan kepada perawi, atau pelapor, atau penyimpan sesuatu naskhah atau manuskrip, khususnya naskhah atau manuskrip agama.
Text
Tasawwuf Islam menurut pemaham ahli Sufi di alam Melayu : analisis pada "Sya'ir Ma'rifat"
Abstrak
Disertasi ini mengkaji ta_awwuf Islam yang diamalkan oleh para _üft Melayu berdasarkan tulisan yang ditinggalkan oleh ulama Melayu silam. Kajian tersebut ditumpukan dengan menganalisis pengajaran ta_awwuf yang di sorot di dalam dua buah syair Melayu iaitu "Syair Ma»rifat". Dari itu, disertasi ini telah dibahagikarn kepada enam bab utama, yang membincangkan aspek-aspek yang berbeza di antara satu bab dengan bab lain. Walau bagaimanapun setiap bab tersebut adalah amat berkait rapat dengan tajuk kajian disertasi ini. Bab 1 disertasi ini memaparkan pendahuluan kajian yang menjelaskan antaranya masalah, objektif dan kaedah penyelidikan. Manakala bab 2 pula, membincangkan secara umum konsep ta_awwuf Islam, juga sejarah perkembangannya dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. hingga perkembangannya di alam Melayu. Bab 3, menjelaskan latar belakang penyair dan naskhah teks dua buah syair tersebut. Bab 4, menerangkan isi kandungan pengajaran ta_awwf yang disuguhkan oleh dua buah Syair Ma»rifat dengan terperinci. Bab 5, memaparkan pengajaran ta_awwf yang paling utama yang terdapat di dalam dua buah teks Syair Ma»rifat, dibandingkan dengan pandangan ulama _üft Melayu lain. Dan bab 6, adalah kesimpulan umum kajian, terutamanya penyimpulan fahaman ta_awwyf Islam orang Melayu (ulama) silam. Pada disertasi ini juga, di dalam lampiran ada dipaparkan keseluruhan dua buah Syair Ma'rifat yang telah ditransliterasi ke tulisan Rumi, dan telah dilakukan penyuntingan.
Text
Bahasa Melayu
Persepsi editor Melayu terhadap pengamal perhubungan awam di Malaysia
Kajian ini menganalisis persepsi editor Melayu terhadap pengamal perhubungan awam di Malaysia, menekankan pentingnya membina hubungan yang baik untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi organisasi.
Text
Pengaruh persekitaran ke atas polisi organisasi media dalam konteks perhubungan media di Malaysia
Perhubungan media merupakan aspek yang penting dalam strategi komunikasi sesebuah organisasi.
Text
Malaysia--Social lite anacultuns
Pembudayaan al-quran : budayanya di kalangan murid sekolah agama bantuan kerajaan (sabk) selangor
Akidah yang bersumberkan al-Quran adalah akidah yang suci daripada sebarang syirik...
Text
Menangani masalah keruntuhan moral remaja
Seni Kraf Seramik: Motif & Teknik
"Untuk menghasilkan rekaan kraf Melayu yang sempurna, perkara penting yang perlu dititikberatkan adalah kehalusan, kesatuan, berlawanan, perlambangan, berfungsi dan bermakna."
Text
Bangunan tradisional Melayu di Terengganu
Abstrak
Disertasi ini mengemukakan perbincangan tentang ciri-ciri bangunan jenis tradisional di Terengganu . Ruang lingkup kajian dihadkan kepada penelitian dan perbincangan terhadap tiga bangunan tradisional di Terengganu iaitu rumah, Inasjid, perkara Surau dan wakaf. Perbincangan menyentuh perkara berkaitan dengan konsep dan fungsi bangunan, teknologi, jenis-jenis bangunan, penggunaan pemikiran Orang Melayu berkaitan dengan bangunan. ini dibahagikan kepada tujuh bab. rasional kajian dilakukan. Bab kedua menyentuh tentang konsep dan fungsi masj id dan surau, rumah dan wakaf. Bab ini juga menyentuh mengenai adat istiadat yang berhubung kait dengan bangunan tradisional. Bab ketiga menerangkan jenis-jenis bangunan dan bentuk-bentuk bangunan tradisional di Terengganu. teknologi tradisional. fungsi masyarakat. dan bahan Bab yang ruang dan Kajian Bab pertama menyentuh Bab keempat menjelaskan tentang struktur, digunakan pada bangunan Dalam bab yang sama j uga diterangkan tentang struktur, peralatan dan sistem penyambungan pada bangunan tradisional. Bab kelima membicarakan mengenai konsep dan fungsi ruang masjid dan Surau, rumah dan wakaf. Bab keenam menerangkan hubungan bangunan dengan kehidupan ini membicarakan pandangan masyarakat tentang unsur-unsur simbolik dan ma kna yang terdapat pada struktur dan komponen bangunan tradisional. Bab ketujuh merupakan bab kesimpulan.
Text
Aman hoabinhian : tamadun awal di terengganu
Penempatan masyarakat prasejarah di Negeri Terengganu boleh dilihat kengdo kepada jumpaan-jumpaan arkeologi sama di Gua Tuk Bidan, Gua Taat dan Gua Bewah...
Text
Cabaran Agenda Melayu
Text
Memelihara keperluan semua makhluk
Text
Islam cela umat gemar meminta
Text
Hak asasi manusia dari sudut undang-undang
Text
Wanita bermadu masih jahil hak
Text
Ke arah memartabatkan tulisan jawi
Text
Memelihara keperluan semua makhluk
Text
Islam cela umat gemar meminta
Faktor pertukaran agama
" Terdapat beberapa faktor yang menyumbang gejala pertukaran agama dalam masyarakat."
Kedudukan Islam dalam undang-undang dan perlembagaan
" Sebelum kedatangan British, undang-undang Islam adalah udang-undang negara di malaysia."
Cabaran masyarakat Melayu-Islam
"Sejak kemerdekaan Tanah Melayu, umat Islam mengharapkan agar dapat menghapuskan saki-baki gerakan missionari. "
Murtad dari kacamata Perlembagaan dan Islam
" Perlembagaan malaysia jelas memberi laluan untuk langkah-langkah menangani masalah murtad."
Text
Pengedaran VCD lucah perlu dibanteras
Text
Masalah setinggan tiada penghujung
Text
Pendidikan anak-anak Felda : Kajian kes di Felda Chiku Dua, Gua Musang Kelantan
Abstrak
Pendidikan merupakan tunjang kepada kemajuan individu dalam bidang Akademik. Seseorang yang tidak mempunyai pendidikan akan menyebabkan dirinya sentiasa ketinggalan dan hidup dalam kelompok kemiskinan. Ini kerana, pendidikan dapat memberi jaminan masa depan yang panjang dan pekerjaan yang terjamin serta dipandang mulia oleh masyarakat. Melalui pendidikan, seseorang itu akan merasakan dirinya dihargai, disanjung dan dipandang tinggi.
Pendidikan terbahagi kepada dua iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Pada zaman yang serba moden ini, pendidikan formal adalah penting menyaingi pelbagai golongan manusia yang semakin maju dengan teknologi dan ilmu pengetahuan. Namun begitu, pendidikan tidak formal juga penting dalam membentuk manusia menjadi seorang yang berguna di mata masyarakat. Pendidikan tidak formal meliputi perkara asas yang diajar oleh penjaga iaitu pendidikan al-Quran, kehormatan diri, dan kebersihan. Kalau manusia mengamalkan pendidikan formal dan pendidikan tidak formal secara betul ia akan menjadikan seseorang itu berjaya dalam hidupnya.
Pendidikan anak-anak di Felda Chiku Dua merujuk kepada pelajar-pelajar yang masih bersekolah dan dibawah jagaan ibu bapa masing. Pendidikan ini diajar di sekolah dan dibantu oleh Felda, kerajaan negeri dan serta kerajaan pusat. Bantuan yang terlibat terdiri daripada bantuan kewangan, infrastruktur, dan sokongan. Pendidikan anak-anak Felda dapat mengubah tahap ekonomi keluarga kepada yang lebih baik serta dapat membantu ibu bapa dalam ekonomi apabila habis belajar dan mendapat pekerjaan yang baik.
Text
Malaysia--Social lite anacultuns
Generating an online malaysian bumiputra & aslian language researchers' database (ombalrd)
There are many language databases available online...
Text
Suhuf, kitab nabi lain juga diturunkan pada Ramadan
Text
Hukum bunuh mengguna keganasan menentang kerajaan
Text
Hukum bunuh menggunakan keganasan menentang kerajaan
Text
Melayu
Wayang Kulit
Alat-alat muzik dalam persembahan Wayang Kulit Kelantan
Dalam sinopsis ini, penulis cuba menganalisis persiapan, peranan, kedudukan dan alat-alat muzik di dalam persembahan Wayang Kulit Kelantan. Penulis telah membahagikan alat-alat muzik tradisional ini kepada beberapa kumpulan berdasarkan sistem klasifikasi Curt Hornbostel. Dalam kajian ini, ada lapan jenis alat muzik yang dibahagikan kepada empat kumpulan penting iaitu mambranophone, ideophone, chordophone dan aerophone. Penulis juga membincankan apakah peranan dan fungsi sebenar setiap alat muzik. Pembuatan, teknik permainan dan penjagaan alat muzik serta kedudukkan setiap alat muzik ketika persembahan turut dibincangkan. Pada bahagian penutup, penulis cuba membayangkan masa depan alat-alat muzik dan pemuziknya. Beberapa pandangan dan saranan telah dikemukakan bagi mempertahankan persembahan tradisional Melayu ini dari pupus ditelan arus pemodenan.
Text
Menyanyangi warga tua tuntutan islam
Text
Sosio budaya Melayu
Pengaruh Islam dalam perkembangan intelektual di alam Melayu
Kajian mendapati kedatangan Islam ke alam Melayu telah membawa perubahan besar dalam bidang ilmu, pendidikan, dan intelektual masyarakat Melayu, menghasilkan transformasi minda, kemunculan ulama, peningkatan penulisan, dan penubuhan institusi pendidikan yang membina tamadun Melayu-Islam.
Pengaruh Islam dalam Perkembangan Intelektual di Alam Melayu
"Kedatangan Islam juga telah mengubah minda masyarakat
Melayu ke arah perkara yang bersifat ilmiah dan saintifik serta
menafikan kepercayaan sebelumnya yang lebih tertumpu kepada unsur
tahyul dan khayalan. "
Text
Wahyu unsur penting kenali rahsia alam semesta
Text
Persembahan
Upacara keramaian
...1 more
Watak-watak penting dalam persembahan Wayang Kulit Kelantan atau Siam
Wayang Kulit merupakan satu bentuk teater yang tertua di rantau Asia, kesenian ini dipercayai telah wujud sejak tahun 1,500 sebelum masihi. Ia tersebar luas di kalangan masyarakat Melayu, Jawa, Siam dan Bali. Pada zaman dahulu, Wayang Kulit menjadi tempat tumpuan untuk mendengar cerita-cerita kesusasteraan zaman mereka. Di mana peranan Wayang Kulit ketika itu bukan sahaja menjadi hiburan, malah ia juga memainkan peranan sebagai pemberi maklumat kepada masyarakat zamannya.
Selain itu, Wayan Kulit juga telah memainkan peranan yang penting di dalam upacara-upcara keramaina yang berhubung kait dengan kepercayaan seperti upacara pemujaan, hiburan untuk golongan pembesar dan raja, perkahwinan yang disambut secara besar-besaran serta upcara-upcara unutk menolak bala.
Secara umunya terdapt empat tradisi wayang yang ada di Malaysia iaitu Wayang Kulit Purwa, Wayang Melayu, Wayang Gedek dan juga Wayang Siam. Di mana setiap jenis Wayang ini berbeza dari segenap segi termasuklah patung, cerita, muzik dan cara persembahannya.
Text
nafsu
Puasa
...1 more
Nilai semula sejauh mana Ramadan tingkat kawalan diri
Syawal yang akan menjelma diharapkan dapat mengawal manusia daripada amalan yang kurang menyenangkan sebagaimana kawalan di bulan Ramadan
Text
Report
Laporan latihan amali: Syarikat Dian Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2006
Text
adat perpatih
negeri sembilan
...1 more
Negeri Sembilan mempunyai Dewan Perundangan...
"Negeri Sembilan mempunyai Dewan Perundangan dengan 24 orang anggota-anggota dipilih melalui pilihan raya. "
Text
amalan mulia
Ramadhan
Kekalkan ibrah Ramadan,tambah baik amalan sambut Syawal
Seiring dengan kedatangan Syawal umat Islam juga digalakkan tidak melupakan Ramadan iaitu bulan yang mulia
Text
amalan mulia
ramadan
Jadikan Ramadan pengajaran di bulan Syawal
Ramadan yang lalu haruslah menjadi pengajaran kepada umat Islam ketika bulan Syawal dan bulan-bulan yang akan datang
Text
Kedatangan dan Perkembangan Islam Serta Kesannya Terhadap Perpaduan Masyarakat : Kajian di Daerah Besut, Terengganu Darul Iman
Pengajian Islam memainkan peranan penting dalam pembentukan dan pembangunan rohani dan jasmani sesebuah masyarakat...
Text
Malaysia--Social lite anacultuns
Sejarah perkembangan islam, pusat pengajian dan tokoh-tokoh ulama daerah besut, terengganu
Sejak penerimaan Islam oleh Parameswara pada tahun 1414 Masihi, kegiatan pengajian Islam diusahakan secara bersungguh sungguh oleh para ulama...
Text
Report
Laporan latihan amali: Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Laporan Latihan Amali (JEEA 3370), Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Log Book
Laporan buku log: Jabatan Pelajaran Kelantan
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Sosio budaya Melayu
Warga tua di Kampung Pasir Pekan, Kelantan : Pemakanan,keuzuran,dan perubatan
Abstrak
Di Malaysia, warga tua sering dirujuk sebagai golongan yang sudah lanjut usia ataupun sudah berumur. Lazimnya, apabila seseorang itu mencecah usia 60 tahun ke atas, ia boleh dianggap sebagai tua. Dalam meneliti siapakah sebenarnya warga tua, terdapat pengertian yang berbeza-beza yang diberikan oleh para sarjana daripada pelbagai disiplin, seperti sosiologi, psikologi, biologi, dan bioperubatan.
Dalam kajian ini, tumpuan adalah terhadap soal pemakanan, keuzuran, dan perubatan. Golongan yang menjadi sasaran bagi meneliti kesemua aspek tersebut ialah warga tua di Kampung Pasir Pekan ,Kelantan.
Dari segi pemakanan, antara perkara yang diteliti ialah makanan rutin warga tua, jenis-jenis sumber nutrien yang terdapat dalam makanan yang diambil, pemakanan sempurna, dan amalan cara hidup sihat yang diamalkan. Berkenaan aspek keuzuran pula, disentuh jenis-jenis penyakit yang dihidapi warga tua, cara mereka menanganinya, dan masyarakat di sekeliling. Dari segi perubatan yang melibatkan warga tua, antara perkara -perkara yang dibincangkan ialah golongan pengamal perubatan, ubat-ubatan yang digunakan, dan kaedah rawatan tradisional. Di samping itu juga, dinyatakan beberapa penawar yang digunakan oleh warga tua bagi menyembuhkan penyakit.
Berdasarkan kajian, didapati bahawa warga tua di kampung Pasir Pekan sebenarnya amat teliti berhubung dengan pemilihan makanan yang baik dan penjagaan kesihatan yang sempurna bagi menjamin kesejahteraan hidup.
Sebagai golongan yang sudah berumur, mereka tidak terlepas daripada penyakit. Namun, langkah pengawalan dan pencegahan tetap diambil. Biarpun gagal menyembuhkan penyakit, langkah ini sekurang-kurangnya mengurangkan kepedihan dan keperitan akibat penyakit. Oleh sebab itu, mereka memilih kedua-dua bentuk perubatan moden dan tradisional bagi menyembuhkan penyakit yang dihidapi.
Ketelitian dari segi pemakanan, kawalan penyakit, dan amalan perubatan, sebenarnya menggambarkan pengetahuan serta keperibadian warga tua yang sesuai dijadikan contoh kepada semua peringkat umur, khususnya buat generasi muda dalam meneliti arus kehidupan sebelum menjelangnya usia tua.
Text
pertanian-Malaysia
sawit
Ladang tak bertambah punca bekalan produk sawit kurang
Saiz ladang yang kekal beberapa tahun menyebabkan tidak peningkatan hasil produk minyak sawit.
Geoekonomi
Malaysia perlu sedia depani impak kemelesetan global.
Malaysia sebagai ekonomi terbuka dan bergantung kepada hasil eksport perlu bersedia mendepani pertumbuhan lebih perlahan pada tahun hadapan selepas ekonomi global diramal bakal mengalami kemelesetan sederhana, demikian mengikut penganalisis.
Text
Bursa, ringgit diasak kemelut perang, inflasi.
Agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada kadar 4.5 peratus dan bonus tambahan 0.4 peratus bagi tahun 2022, meskipun lebih rendah berbanding tahun sebelumya.
Showing 8801 to 8850 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->