Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19611 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Daftar kata dan istilah teknologi Melayu dalam Pertanian Padi
Abstrak
Kegiatan pertanian padi merupakan salah satu daripada beberapa bidang pekerjaan yang terdapat dalam masyarakat Melayu. Penulisan ilmiah ini membincangkan mengenai istilah teknologi pertanian padi yang terdapat di dalam masyarakat Melayu. Istilah-istilah tersebut meliputi teknologi tradisional dan moden. Penghuraian mengenai proses-proses penanaman padi juga dilakukan. Huraian dibuat mengikut peringkat-peringkat penanaman. Setiap peringkat penanaman dan memproses padi memerlukan penggunaan teknologi dan istilah yang berlainan.
Selain itu, nama-nama benih padi yang digunakan dalam pertanian padi sejak zaman tradisional dan zaman moden turut dibincangkan. Masalah-masalah yang berlaku dalam pertanian padi yang boleh mengganggu tumbesaran pokok padi dan buahnya juga disentuh. Contohnya seperti serangan dan gangguan musuh atau perosak padi. Bersama-sama masalah tersebut turut dinyatakan teknologi yang diguna pakai sama ada tradisional mahupun moden sebagai langkah pengawalan.
Sebahagian lagi topik yang diulas dalam penulisan ini adalah berkenaan hasil-hasil padi. Hasil-hasil padi dibincangkan mengikut kategori-kategori tertentu.Hasil-hasil makanan yang berasal daripada padi , dikategorikan sebagai hasil utama padi. Manakala produk sampingan padi pula merupakan hasil bukan makanan seperti hasil padi yang digunakan untuk tujuan pembinaan, makanan ternakan dan kosmetik. Segala hasil padi yang dinyatakan merupakan hasil yang sering dan mudah ditemui di sekitar kita. Produk-produk ini juga selalu digunakan dalam kehidupan harian.
Penerokaan Teknologi Melalui Seni dan Warisan dalam Kearifan Tempatan
"Penekanan terhadap faktor transformasi dan adaptasi adalah ciri utama untuk memahami penyampaian naratif digital dalam pelbagai cabang kesenian."
Text
Mangsa deraan seksual perlu bimbingan khusus
Text
Tiga negeri catat kes dera tertinggi
Text
Mangsa deraan seksual perlu bimbingan khusus
Text
Kosmologi dalam perbomohan di antara bomoh Melayu dan Bomoh Siam : Kajian kes di Kampung Bukit Mak Insun, Pendang, Kedah
Abstrak
Kosmologi terhadap perbomohan dan perbomohan Siam adalah di antara satu sama lain iaitu kedua-duanya mempercayai akan kewujudan kekuasaan dan kebesaran Tuhan serta mempercayai akan kewujudan alam ghaib. Selain itu, bomoh Melayu dan bomoh Siam juga mempercayai akan hubungan alam ghaib dalam alam manusia saling berkait di antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, perbezaan di antara kedua-sua perbomohan Melayu dan Siam hanya dapat dilihat dari segi perawatan dan teknik-teknik dalam merawat dan berhubung dengan alam ghaib seperti jin, hantu, ‘khadam’, ‘syeikh’ dan sebagainya.
Text
Etnografi kampung : Tumpuan kepada industri pertukangan rumah di Kampung Belanja, Kiri Parit, Perak
Abstrak
Kampung Belanja Kiri merupakan salah sebuah perkampungan tradisional berdasarkan kedudukannya yang terletak di tepi tebing Sungai Perak. Dari segi sejarahnya kampung tersebut dikatakan maju berbanding dengan kampung-kampung yang lain berdasarkan penyediaan kemudahan pengangkutan air dan pembangunan deretan-deretan kedai. Daripada situlah bermulanya pertumbuhan rumah-rumah kediaman yang memerlukan kemahiran petukang-petukang untuk mendirikannya.
Pembuatan kerja tukangan rumah menjadi sebahagian daripada industri yang terdapat di negara ini. Industri ini bukan sahaja aktif di bandar-bandar malah juga di kampung-kampung. Pertukangan juga turut dikenali dan digolongkan sebagai seni perusahaan tangan. Seni ini telah mengisi keperluan kehendak dan permintaan masyarakat pada sesuatu masa.
Secara umumnya industri pertukangan rumah ini terdiri daripada tiga kategori pembuatan iaitu pembuatan rumah yang berbentuk tradisional, separuh tradisional dan moden. Merujuk kepada kerja tukangan di Kampung Belanja Kiri, ia terbahagi kepada dua iaitu pembinaan yang melibatkan ubah suai rumah dan pembinaan rumah moden.
Pengetahuan dan kemahiran dalam kerja tukangan ini diperolehi daripada proses pembelajaran dan pengalaman yang ditimba dan ia memakan masa yang agak panjang. Usaha mempraktikkan ilmu yang diperolehi dapat memudahkan dan mempercepatkan proses kecekapan dalam pembuatan rumah.
Bagi meneliti pembuatan kerja tukangan rumah ini, kajian telah menggunakan pendekatan pelbagai disiplin dan memberi tumpuan khusus ke atas aspek pembuatan tukangan rumah.
Pada peringkat awal perkembangan pembuatan rumah, ia melibatkan proses pembinaan yang ringkas dan sederhana. Pembinaan rumah tersebut dikenali sebagai rumah asas atau pondok. Kesemua konstruksi binaan adalah berasaskan tumbuhan-tumbuhan. Setelah itu, beralih pula kepada reka bentuk rumah tradisional yang lebih kompleks iaitu melibatkan struktur binaan rumah yang lebih tersusun memerlukan lebih ketelitian. Sehinggalah dewasa ini wujud pula reka bentuk rumah yang memperlihatkan ciri-ciri gabungan unsur tradisional dan moden dan unsur moden sahaja.
Text
keluarga melayu
Haji 'dekatkan' Roslani, arwah suami
Seorang ibu tunggal sebak mengenangkan dirinya tidak dapat mengerjakan ibadah haji bersama suaminya yang meninggal dunia ketika menunaikan umrah tahun lalu.
Text
keluarga diraja
sultan melayu
Beri peruntukan adilm Pahang mesti menjadi negara contoh - Tengku Hassanal
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal menitahkan supaya landskap politik negeri perlu diubah selari dengan 66 tahun negara mencapai kemerdekaan.
Text
agong
sultan melayu
Agong rasmikan kompleks Markas Angkatan Bersama
Yang di-Pertuan Agong berkenan merasmi dan menamakan Markas Angkatan Bersama di Jalan Panching di Kuantan.
Text
beras
Buang beras tindakan tidak bertanggungjawab
Sebahagian beras dijumpai di kawasan pembuangan sampah di Pahang. Tindakan ini dianggap sebagai perbuatan yang tidak sepatutnya dan tidak bertanggungjawab terutamanya dalam keadaan yang kekurangan bekalan beras di pasaran.
Text
Geoekonomi
Kadar awal subsidi munasabah: Saifuddin
Keputusan pemberian kadar berkenaan adalah berdasarkan harga minyak sekarang, bila harga minyak naik, pendapatan negara juga akan meningkat.
Text
Kajian formalistik, tema dan estetika arca kaca Raja Azhar Idris
Abstrak
Kajian ini memfokuskan kepada penelitian terhadap arca kaca yang dihasilkan oleh Raja Azhar ldris. Beberapa arca yang telah dipilih akan dianalisis dari segi formalistik menggunakan pendekatan ikonografi seperti yang dikemukakan oleh Erwin Panofsky. Pendekatan ini mempunyai tiga tahap makna; walau bagaimanapun kajian ini hanya menggunakan pendekatan pada tahap pertama (analisis pra-ikonografi) dan kedua (analisis ikonografi) sahaja, tidak termasuk pada tahap ketiga (interpretasi ikonografi). Sebagai tambahan, arca-arca ini juga akan dilihat dan dianalisis dari aspek ciri-ciri estetikanya mengikut konsep seni Melayu seperti yang digariskan oleh Zakaria Ali (1989). Raja Azhar Idris dan hasil karya seni beliau telah dipilih sebagai korpus kajian kerana melihat penggunaan kaca merupakan antara bahan yang unik dalam seni pembuatan arca. Raja Azhar ldris juga merupakan antara seniman yang memartabatkan identiti seni batik sebagai warisan kebudayaan Malaysia melalui penggabungan seni kontemporari dengan seni Melayu. Hasil kajian ini tertumpu kepada beberapa aspek luaran karya seperti elemen-elemen dan prinsip-prinsip seni bagi kelima-lima sampel analisis. Bahan dokumentasi dalam bentuk buku bertajuk "Fragility..Versatility" (2006) juga telah dianalisis secara keseluruhan kandungan dan digunakan sebagai rujukan dalam proses analisis formalistik. Melalui dekorasi sampel, pengkaji telah mengenal pasti beberapa jenis tema yang diterapkan dalam sampel-sampel tersebut, iaitu batik dan kosmologi. Uniknya, corak batik ini mampu diadaptasikan ke atas media lain seperti kaca. Pengkaji meletakkan motif abstrak di bavwah tema kosmologi kerana menganggap corak atau motif abstrak itu berkait dengan alam semula jadi dan lebih mementingkan aspek simbol, bentuk dan warna. Selain itu, beberapa sampel karya seni Raja Azhar Idris juga dikenal pasti menepati sebahagian besar daripada nilai-nilai estetika (keindahan) yang telah disenaraikan. Secara keseluruhannya, kajian ini saling berkait antara nilai-nilai keindahan dan budaya dalam konteks kehidupan masyarakat Melayu.
Text
Perkembangan dan perubahan adat Negeri Sembilan
"Negeri sembilan mempunyai adat tersendiri yang dikenali sebagai adat perpatih. Adat ini yang mengawal keseluruhan hidup masyarakat, meliputi bidang sosio-ekonomi dan politik, yang jika dibandingkan dengan sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat Melayu lain di Tanah Melayu menunjukkan perbezaam yang agak jelas."
Text
Penulisan Adat Negeri Sembilan
" Apabila Inggeris datang dan menjajahi negeri-negeri Melayu yang menganggotai persatuan Negeri Sembilan demi kepentingan politik dan ekonomi, mereka telah juga memberi intrepetasi baru terhadap peraturan dan perjalanan adat."
Text
Perundangan Adat dan Barat
"Inggeris tidak sahaja telah memberi intrepetasi sistem adat dilihat dari kacamata budaya mereka tetapi lebih lanjut mereka juga telah memasukkan elemen barat ke dalam peraturan hidup masyarakat Negeri Sembilan. Peraturan yang jelas sekali diubah agar sesuai dengan selera penjajah ialah pewarisan tanah."
Text
Adat Istiadat
" Satu lagi aspek yang membezakan adat Negeri Sembilan dengan masyarakat lain ialah adat istiadat. Pada zaman tradisi, ritual-ritual adat dalam sesuatu perayaan itu sangatlah kompleks. Ketua-ketua adat memainkan peranan penting dalam setiap ritual itu. Tanpa kehadiran ketua adat berserta dengan alat kebesarannya majlis tidak akan berlansung; kalau berlangsung juga, tuan rumah akan dikenakan hukuman. Hari ini, selepas terdedahnya anak-anak negeri kepada nilai-nilai dan norma-norma baru, ritual dan peralatan ini hilang begitu sahaja."
Text
Melayu
sistem adat
Sistem adat masyarakat Negeri Sembilan (Satu Pengenalan Ringkas)
Mendasarkan penghidupan kepada bersawah padi, masyarakat dan budaya tradisi Negeri Sembilan telah dibina di sekitar suatu sistem sosio-ekonomi yang bercorak komunal.
Text
Melayu
sistem adat
Pada hakikatnya, kewujudan adat perpatih di Negeri Sembilan adalah...
" Pada hakikatnya, kewujudan adat perpatih di Negeri Sembilan adalah atas dua dasar utama, iaitu kekeluargaan/ kekerabatan dan tanah. "
Text
Melayu
sistem adat
Sejak zaman awal masyarakat Negeri Sembilan menguruskan kehidupan...
" Sejak zaman awal masyarakat Negeri Sembilan menguruskan kehidupan mereka melalui garis nasab-ibu. Ia telah mengumpulkan ahli-ahlinya ke dalam kelompok- kelompok tertentu berdasar garis keturunan tersebut. "
Text
Melayu
sistem adat
Kadim, Besar, Buapak serta anak buah-anak buah akan melantik...
" Kadim, Besar, Buapak serta anak buah-anak buah akan melantik ketua suku yang dipanggil Lembaga. "
Text
Melayu
sistem adat
Adat perpatih tidak hanya penting daripada segi organisasi politiknya, tetapi...
" Adat perpatih tidak hanya penting daripada segi organisasi politiknya, tetapi juga merupakan kerangkakerja bagi ekonomi bersawah-padi tradisi. "
Text
Melayu
sistem adat
Dalam sistem adat perpatih, tidak ada perhambaan...
" Dalam sistem adat perpatih, tidak ada perhambaan yang boleh menjatuhkan harga diri seseorang sehingga menjadi barang tidak berguna; tetapi masing-masing mempunyai tempat, boleh memberi sumbangan, menjalankan peranan dan berfungsi untuk kemajuan kelompok dan seterusnya masyarakat adat. "
Text
Melayu
sistem adat
Jadi, adat perpatih itu adalah budaya dan...
" Jadi, adat perpatih itu adalah budaya dan bukan aspek budaya kerana ia mempunyai fungsi menyeluruh dalam semua sistem kemasyarakatan : ideologi,kenegaraan, politik, ekonomi, sosial dan kepercayaan. "
Text
Sosio budaya Melayu
Pertandingan belalang krek : Kajian kes di Kampung Kubang Teradeh, Pendang, Kedah
Abstrak
Pertandingan belalang krek merupakan satu bentuk pertandingan dalam masyarakat Melayu dan menjadi sukan rakyat yang diminati di beberapa tempat di Malaysia. Kenyaringan bunyi yang dihasilkan belalang krek membentuk minat hingga mencetuskan idea untuk menjadikannya satu bentuk pertandingan. Istilah ‘krek’ diambil daripada bunyi yang dihasilkan belalang tersebut. Penganjuran pertandingan belalang krek dalam masyarakat Melayu dilakukan di beberapa kawasan di negeri Kedah. Keunikan dan kemerduan bunyi belalang krek membolehkan ia dikomersialkan menjadi satu pertandingan.
Pertandingan belalang krek ini merupakan sukan rakyat yang membolehkan masyarakat Melayu memperkenalkan satu bentuk permainan tradisi kepada masyarakat umum. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji dan mendokumentasikan pertandingan tersebut dalam masyarakat Melayu dengan menyentuh aspek-aspek tertentu yang terlibat dalam satu-satu pertandingan belalang krek. Antara aspek-aspek tersebut ialah diterangkan tentang belalang krek meliputi penangkapan dan penjagaan sebelum belalang itu dibawa masuk pertandingan, fungsi sosial pertandingan kepada masyarakat dan cadangan yang boleh dilakukan supaya pertandingan belalang krek dapat dipopularkan.
Text
Hanya satu permulaan
Text
CERPEN
modul pengajaran
...3 more
KOMSAS: Suatu pedoman guru Tingkatan 4
Kajian ini telah melihat secara keseluruhan aspek-aspek penting yang terkandung di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Menengah. Huraian yang telah dihasilkan ini meliputi teksw Antologi Anak Laut yang digunakan di negeri-negeri utara Semenanjung, iaitu negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Ini bertujuan untuk mengelakkan kebosanan yang akhirnya akan menumpulkan minat pelajar-pelajar untuk mendalami komponen kesusasteraan ini. Terdapat berbagai-bagai aktiviti yang boleh digunakan oleh guru-guru tetapi akibat kekangan ruang dan waktu, kajian ini hanya menyentuh secara sepintas lalu pendekatan-pendekatan asas dalam ppedagogi kesusasteraan.
Text
Malaysia--Social lite anacultuns
The bondmaid. Submissively naïve or silently intelligent?
According to Cudd (2006), vwomen are perhaps the original victims of oppression and suffer various form of violence...
Text
pas
Politik Malaysia
...1 more
Sanusi kekal sebagai calon Pas
Text
Teknologi pembuatan Saguk Ubi : Tumpuan penduduk Pulau Pemanggil di perkampungan Tanjung Teresak Pak Kalleh Mersing Johor
Abstrak
Kajian ini membincangkan khusus tentang teknologi dan pembuatan Saguk Ubi yang merupakan antara makanan tradisi masyarakat Melayu di sekitar kepulauan Negeri Johor iaitu di Pulau Pemanggil Mersing. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mendokumentasikan teknologi dan pembuatan Saguk Ubi. Selain itu kajian ini juga menyatakan serba sedikit tentang latar belakang kawasan kajian dan juga tentang kedatangan pokok ubi kayu di alam Melayu dan beberapa aspek lain yang berkaitan dengannya. Penekanan kajian ialah untuk melihat teknologi yang ada disebaliknya disamping perbincangan khusus tentang dapatan matlamat utama kajian yang dilakukan serta membincangkan sedikit beberapa perkara sampingan yang lain.
Text
Log Book
Laporan buku log: Arkib negara Malaysia, Cawangan Kedah
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2010
Text
Sosio budaya Melayu
Main Puteri : Suatu teknik perubatan dalam masyarakat Melayu Kelantan
Abstrak
Kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah mengenai persembahan Main Puteri yang digunakan untuk mengubati keuzuran yang dialami oleh pesakit yang berpunca daripada makhluk halus. Perubatan yang dijalankan ini masih lagi diamalkan oleh kebanyakan masyarakat yang masih mempercayai terhadap perubatan tinggalan nenek moyang kita dahulu. Perubatan dengan cara persembahan Main Puteri ini dipercayai mampu mengubati pesakit daripada gangguan makhluk halus menggunakan teknik perubatan tertentu.
Bagi membuktikan persembahan Main Puteri mampu merawat dan menyembuhkan penyakit yang berpunca daripada makhluk halus, kajian yang terperinci harus dilakukan untuk membuktikan kebenarannya. Oleh itu, pengkaji menjalankan kajian terhadap persembahan Main Puteri yang diadakan di Kampung Pauh Sembilan, Bachok, Kelantan. Kajian ini menuntut pengkaji untuk sama-sama menyertai persembahan Main Puteri yang diadakan untuk melihat sendiri persembahan yang dijalankan. Penyertaan pengkaji dalam persembahan ini membantu pengkaji mengutip maklumat yang pengkaji perlukan untuk melengkapkan hasil kajiannya. Selain itu, pengkaji turut menemui golongan yang arif dalam persembahan Main Puteri bagi maklumat tentang Main Puteri . Maklumat-maklumat ini penting bagi pengkaji untuk mengukuhkan lagi pengetahuan yang sedia ada tentang persembahan main Puteri.
Berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi, pengkaji akhirnya dapat mencapai matlamat kajiannya apabila berjaya mengutip maklumat yang diperlukan untuk kajiannya. Daripada kajian yang dihasilkan, pengkaji menemui penemuan baru mengenai persembahan Main Puteri dalam mengubati penyakit yang berpunca daripada makhluk halus. Akhirnya terbukti bahawa Main Puteri mampu mengubati penyakit seseorang yang berpunca daripada makhluk halus.
Text
Aspek kewanitaan dan feminisme : Satu analisis terhadap novel Perempuan politikus melayu
Abstrak
Norhasnizawati binti Awang : Aspek kewanitaan dan feminisme: Satu analisis terhadap novel Perempuan politikus melayu, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Penulisan latihan ilmiah ini adalah untuk memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk membincangkan aspek kewanitaan dan feminisme yang terdapat dalam novel Perempuan politikus melayu karya Faisal Tehrani. Perbincangan yang akan dilakukan terhadap aspek kewanitaan dan feminisme ini diharap dapat memperlihatkan tentang kepentingan wanita dalam karya tersebut dan bagaimana pengarang novel menerapkan unsur-unsur tertentu dalam novel tersebut berkaitan dengan watak-watak wanita yang ditonjolkan. Penyelidikan yang dilakukan ini menyentuh aspek kewanitaan dan feminisme yang terdapat dalam novel Perempuan politikus melayu dengan menggunakan teori feminisme sebagai pendekatannya.
Secara umumnya , penulisan ini dilakukan meliputi lima bab yang penting. Berdasarkan bab yang pertama, iaitu bab pendahuluan, pengkaji akan membincangkan tentang pengenalan kepada kajian yang dilakukan ini. Dalam bab pendahuluan, pengkaji menyatakan tentang tujuan kajian dilakukan dan cara atau kaedah yang digunakan semasa melakukan kajian ini. Pengkaji juga turut menyatakan skop kajian dan permasalahan yang menjadi perbincangan utama kajian ini.
Bab yang kedua merupakan perbincangan yang berkaitan dengan latar belakang penulis novel Perempuan politikus melayu, iaitu Faisal Tehrani. Sebelum membincangkan aspek kewanitaan dan feminisme yang digarapkan oleh penulis novel dalam karyanya, maka perlulah dikaji serba sedikit tentang latar belakang penulis dan novel tersebut. Dalam bab ini, pengkaji membincangkan tentang serba sedikit latar belakang penulis dan juga sinopsis bagi novel Perempuan politikus melayu yang dikaji.
Manakala dalam bab yang ketiga, pengkaji akan memulakan perbincangan dengan membincangkan tentang aspek kewanitaan dan feminisme. Pengkaji akan membincangkan apa yang dikatakan sebagai wanita dan feminisme. Topik perbincangan dalam bab ini juga meliputi aspek kewanitaan yang terdapat dalam novel-novel di Malaysia dan novel Perempuan politikus melayu. Aspek teori akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam bab ini, iaitu teori feminisme. Pengkaji turut membincangkan konsep-konsep penting dalam bab ini dan akan dikaji dengan lebih meluas dalam bab seterusnya.
Menerusi bab keempat, pengkaji akan membincangkan tentang aspek kewanitaan dan feminisme yang menjadi pokok persoalan kajian ini. Aspek kewanitaan dan feminisme yang dikaji adalah berdasarkan novel Perempuan politikus melayu. Aspek kajian meliputi beberapa kategori wanita yang terdapat dalam novel, iaitu wanita dalam islam, wanita moden dan kini, wanita tradisional atau dahulu, wanita bekerjaya, wanita radikal dan perjuangan, serta wanita yang ditindas atau teraniaya. Selain itu, pengkaji juga membincangkan tentang eksploitasi wanita dalam novel tersebut berkaitan dengan eksploitasi media, eksploitasi politik dan juga eksploitasi seks.
Bab yang terakhir, iaitu bab kelima merupakan kesimpulan bagi keseluruhan kajian yang dilakukan dan juga saranan - saranan kepada pelbagai pihak yang berkaitan. Bab ini akan membincangkan tentang hasil dapatan kajian yang dilakukan terhadap aspek kewanitaan dan feminisme dalam novel Perempuan politikus melayu. Segala ulasan atau kesimpulan dari awal hingga akhir bab akan dibincangkan oleh pengkaji dalam bab ini.
Text
mahkamah
Politik
...2 more
Kerajaan Pusat diharap teruskan agenda RUU355
Text
keluarga melayu
'Bapa tiri baik, tidak tahu kenapa bunuh ibu'
Anak sulung wanita yang maut disyaki dibunuh suaminya di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun masih terkejut kejadian itu menimpa ibunya, Rubiah Sabtu, 41.
Text
keluarga melayu
Tukang rumah dituduh bunuh isteri
Mohd Amir didakwa memukul maangsa hingga mati dengan tukul besi.
Text
Makanan/Masakan Melayu
Aroma lemak lembu pikat pelanggan
Juadah lemak lembu bakar yang pertama kali dijual di Bazar Masjid Sultan Ismail, Chendering, di sini mempunyai peminat tersendiri biarpun menu tersebut tidak begitu popular seperti di Kelantan.
Text
makanan
Makanan/Masakan Melayu
Aroma lemak lembu pikat pelanggan
Juadah lemak lembu bakar yang pertama kali dijual di Bazar Masjid Sultan Ismail, Chendering di sini mempunyai peminat tersendiri biarpun menu tersebut tidak begitu popular seperti di Kelantan.
Text
makanan
Makanan/Masakan Melayu
Lagi banyak daun kayu, lagi sedap
Resipi asal bubur lambuk tradisional itu berbeza kerana ia kaya ulam-ulaman
Text
makanan
Makanan/Masakan Melayu
Sos 'ramuan rahsia' Nasi Kerabu Along
Dimasak selama 4 jam sebelum diadun bersama lauk pilihan iaitu sotong dan ayam.
Text
makanan
Makanan/Masakan Melayu
Peniaga kekal jual nasi beriani RM5
Beri peluang pelanggan nikmati juadah itu walaupun harga ayam segar naik.
Text
Politik Malaysia
PRK
Ahmad Samsuri ke kerusi Parlimen?
Text
Politik Malaysia
PRK
Ahmad Said umum tidak bertanding PRK Kemaman
Jom makan durian sampai jeluak
Walaupun durian sering dianggap sebagai buah yang kontroversial kerana aromanya yang kuat, ia tetap menjadi buah yang sangat dicintai oleh banyak orang di Malaysia. Oleh itu, peniaga telah menjual durian dengan harga yang murah bagi memuaskan hati pelanggan.
Text
makanan
Makanan/Masakan Melayu
Pelita buluh gamit nostalgia
Seorang bapa raih pendapatan jual pelita buluh yang dihasilkannya.
Text
Pengurusan seni dan cabaran pasaran kerjaya
Text
Wanita dan Sastera
" Wanita telah dijadikan objek dalam perbicaraan dalam penyampaiannya"
Text
Puitika Sastera Wanita dalam Penulisan
"Puitika berkaitan dengan perumusan dasar yang menerangkan komposisi karya"
Text
Ciri-ciri Puitika Sastera Wanita
" Woolf memperlihatkan cara wanita mengalami perubahan dan peningkatan dalam kehidupan dan dalam berkarya"
Text
Penulisan wanita dan biologi wanita
" Model pertama ginokritik akan menekankan hubungan antara penulisan wanita dengan faktor biologi atau tubuh badan wanita".
Showing 10351 to 10400 of 19611 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->