Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19606 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Pembinaan Nasion Malaysia : suatu tinjauan Sejarah
Pengenalan
Istilah 'nasion' membawa erti sebuah komuniti atau sekelompok masyarakat yang merasakan bahawa mereka adalah suatu 'bangsa lantaran terikat oleh keturunan, budaya dan sejarah yang sepunya...
Text
Teater tradisional Main Peteri dan unsur-unsur 'Terapi'
Abstrak
Penyelidikan ini memberi tumpuan kepada unsur-unsur terapeutik dalam teater tradisional Main Peteri yang mempunyai kesan penyembuhan terhadap jasmani, psikologi dan emosi serta penyakit psikosomatik seterusnya cuba mengangkat teater tradisional Main Peteri sebagai sebuah bentuk dramaterapi Melayu. Objektif kajian adalah untuk membandingkan rawatan Main Peteri dengan Dramaterapi, menganalisa unsur-unsur terapeutik yang terdapat dalam teater tradisional Main Peteri, seterusnya mensintesis maklumat untuk menghuraikan bagaimana unsur terapeutik yang ditemui berfungsi merawat gangguan psikologikal. Unsur terapeutik yang dikenalpasti di dalam Main Peteri iaitu Unconscious (Luar Sedar), Representasi (Ritual), Distancing (Katarsis), Spontaneity (Spontan) dan Interactive audience and witnessing (Khalayak Interaktif) digariskan sebagai Faktor Terapeutik Main Peteri berdasarkan analisa daripada konsepual dramaterapi iaitu "Therapeutic Factors of Dramatherapy' oleh Phil Jones dan 'Role Theory Model of Dramatherapy' oleh Robert J. Landy yang dijadikan kerangka teoritis kajian. Kaedah campuran iaitu gabungan di antara kajian kes dan kajian perbandingan di antara Main Peteri dan Dramaterapi telah digunakan untuk pengurusan data. Di akhir disertasi, penyelidik membuat formulasi yang dinamakan 'Mekanisme Rawatan Main Peteri' dengan membentangkan bagaimana setiap 'Faktor Terapeutik Main Peteri" itu berfungsi untuk mencapai matlamat terapeutik, iaitu Katarsis (Catharsis), Keseimbangan Rohani (Psyche balancing), Respon Relaksasi (Relaxation response) dan Aktualisasi Diri (Self-actualization). Kepentingan kajian ini adalah untuk membuktikan bahawa perubatan tradisi menggunakan kaedah Main Peteri mempunyai nilai terapeutik daripada perspektif sains psikologi, justeru secara tidak langsung menafikan tanggapan bahawa entiti luaran seperti makhluk halus dan roh nenek moyang scbagai agen penyembuhan penyakit.
Text
Kesenian Melayu
Faktor terapeutik dalam Main Peteri
Kajian ini memberikan tumpuan pada aspek terapeutik dalam teater tradisional Main Peteri yang didapati mempunyai kesan penyembuhan pada jasmani, psikologi dan emosi sekaligus mengangkat seni persembahan Main Peteri sebagai sebuah bentuk drama terapi Melayu.
Text
Semiotik riffaterre dalam pantun kanak-kanak
Abstrak
PKK merupakan salah satu daripada jenis pantun Melayu. PKK dicipta dengan bentuk dan makna yang ringkas, seiring dengan meningkatnya usia kanak-kanak, tahap perkembangan kognitif, kematangan serta fitrah kanak-kanak yang amat gemar akan bahasa yang mudah dan berirama. Makna dapat disimpulkan dalam bentuk peribahasa, kiasan bahasa dan kata-kata yang pendek, tegas, tetapi luas dan dalam maknanya. Walau apapun jenis pantun yang tercipta, pantun tetap unggul sebagai simbol artistik masyarakat Melayu dan juga lambang kebijaksanaan berfikir. PKK mendukung maksud yang sukar difahami menghalang pembaca kususnya kanak-kanak untuk memahami makna yang hendak disampaikan. Hakikatnya, bukan semua kanak-kanak dapat menguasai pantun dengan mudah apatah lagi bagi kanak-kanak yang memiliki latar belakang bahasa Melayu yang masih rendah. Gaya bahasa dalam PKK sangat ketara penggunaan bahasa sasteranya berbanding puisi Melayu moden kerana banyak menggunakan kata-kata kiasan dan kata-kata yang jarang digunakan dalam pertuturan seharian. Berlandaskan permasalahan kajian, unsur bahasa yang menjadi wadah dalam penciptaan PKK perlu dilihat melalui pendekatan semiotik bagi menemukan pusat makna dalam PKK. Analisis semiotik yang digunakan adalah model semiotik yang diasaskan oleh Michael Riffaterre. Teori SR (1978) dilihat sebagai pendekatan yang sesuai berdasarkan ‘langkah kerja’ yang jelas melalui empat aspek pemaknaan iaitu pertama; ketidaklangsungan eskpresi, kedua; pembacaan heuristik dan pembacaan hermeneutik, ketiga; matriks, model dan varian-variannya serta aspek keempat; hipogram. Kajian ini bertujuan untuk mengklasifikasi PKK mengikut tema menggunakan unsur matriks, model dan varian-variannya. Pemilihan tema dibuat berdasarkan cakupan tema merujuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang dilaksanakan melalui Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu.
Text
aidilfitri
raya
...4 more
Usah biar warga tua kesunyian, rasa terpinggir menjelang Aidilfitri
Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi antara perayaan yang sangat dinantikan umat Islam di seluruh dunia. Ia saat terbaik untuk berkumpul bersama keluarga dan merayakan kegembiraan setelah berpuasa sebulan Ramadan.
Text
KOTO GADANG
pengajian
...1 more
Inilah pekan baru!: oleh-oleh dari Kota Minjak
Mengenai penduduk warga Koto Gadang yang tetap dengan keputusan menetapkan sekali dalam sebulan mengadakan wirid/ pengajian.
Text
PN
Politik Malaysia
Ahli Parlimen PN dakwa dijanji projek jika sokong Anwar
Text
agong
beras
Agong kurnia 25,000 kampit beras kepada asnaf
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengurniakan sumbangan berupa 25,000 kampir beras kepada golongan yang memerlukan.
Text
haba
kesihatan-Malaysia
Orang ramai perlu sentiasa peka penyakit berkaitan haba
Orang ramai dinasihati sentiasa peka tentang penyakit berkaitan haba disebabkan cuaca panas dan perlu mengetahui cara mengurangkan risikonya.
Text
Pendidikan
Dedikasi lelaki 89 tahun kepada membaca
Lee Kim Siew mempunyai koleksi peribadi lebih 60,000 buku di rumahnya. Dia berminat memupuk budaya membaca kepada orang awam.
Text
ramadan
Agrobank kongsi rezeki dengan masyarakat sempena Ramadan
11 100 pek bubur lambuk telah diagihkan bagi menyantuni orang ramai
Text
"Straying imagination, righteous intuition": the english romantic movement and the islamic philosophy of muhammad iqbal (1873-1938)
Although the philosophy of Muhammad Iqbal is highly original, it reflects a strong and pervading presence of romanticism...
Jering rebus kudapan musim tengkujuh laris
Buah jering direbus selama sembilan jam untuk memastikan keenakan buah itu.
Text
bazar
harga
...3 more
Makanan bazar naik harga RM1-RM2
orang asli
Orang Asli Bateq masih 'trauma' tragedi 15 maut
Lebih 200 Orang Asli di Kampung Kuala Koh masih 'trauma' dengan tragedi yang meragut 15 nyawa suku kaum Bateq akibat wabak demam campak tiga tahun lalu.
orang asli
Orang Asli Pos Pulat terima penempatan baharu
Lebih 300 penduduk Orang Asli dari suku kaum Temiar di Pos Pulat terlbat dengan projek pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri akan menerima penempatan baharu yang dilengkapi dengan kemudahan asas.
orang asli
Peminat sukan 4x4 rosakkan laluan kampung Orang Asli
Komuniti Orang Asli di Pos Gob, Gua Musang merungut apabila laluan yang menghubungkan penempatan mereka rosak gara-gara aktiviti lasak kenderaan pacuan empat roda.
orang asli
1,000 orang terkandas
Lebih 1000 Orang Asli Bateq di dua kampung Pos Lebir, terputus hubungan selepas air sungai naik melimpahi jambatan serta jalan utama ke kampung mereka sejak tiga hari lalu.
orang asli
Sayu tanaman rosak dibadai bah
Seramai 10 petani Orang Asli di sekitar Pos Balar di sini, hanya mampu memandang dengan wajah sayu kesemua tanaman diusahakan mereka yang rosak akibat banjir.
Text
Makanan/Masakan Melayu
Jual 9,000 keping akok bantu kukuhkan kewangan keluarga
Seorang suri rumah dari Projek Perumahan Raykat (PPR) Gua Musang memanfaatkan masa luangnya untuk menghasilkan 9,000 kuih akok sepanjang Ramadan untuk mengukuhkan kewangannya.
Text
Makanan/Masakan Melayu
Suri rumah jual roti, kek bantu keluarga
GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang suri rumah mengikuti kursus pembuatan roti selama enam bulan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga mebuahkan hasil apabila berjaya menjana pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan.
orang asli
Orang Asli Kampung On masih hidup terpinggir
Lebih 30 penduduk Orang Asli di Kampung Om, Pos Blau masih menjalani kehidupan tanpa kemudahan asas sejak 30 tahun lalu.
orang asli
Orang Asli kecewa capaian internet lemah
Lebih 1,000 orang penduduk Orang Asli dari 10 buah kampung di Pos Balar, mendakwa masalah rangkaian telefon dan capaian internet yang lemah menyebabkan mereka berdepan kesukaran untuk berhubung dengan masyarakat luar.
Text
keluarga melayu
Buruh cekal urus isteri buta, kudung akibat kencing manis
Seorang buruh dari Kampung Kala cekal menguruskan isterinya yang buta dan kudung kaki yang disebabkan oleh penyakit kencing manis.
Text
keluarga melayu
Lupakan hasrat kahwin demi ibu
Nur Alia Natasha Nawi menjaga ibunya yang sakit saraf di rumahnya di RKT Kesedar Paloh 2, Gua Musang, Kelantan.
orang asli
Penduduk Orang Asli tidak sabar tunggu janji SKMM
Lebih 300 masyarakat Orang Asli di Kampung Aring 5, Pos Lebir tidak sabar menikmati kemudahan telekomunikasi dan internet lebih baik, susulan rancangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membina sebuah menara di situ.
orang asli
Bekalan air tandak Orang Asli kering
Dianggarkan 500 penduduk Kampung Pasir Linggi dan Kampung Machang di Pos Lebir berdepan dengan masalah bekalan air terputus akibat cuaca panas sejak tiga minggu lalu.
orang asli
Penduduk Orang Asli tidak sabar tunggu janji SKMM
Lebih kurang 300 masyarakat Orang Asli di Kampung Aring 5, Pos Lebir di sini tidak sabar menikmati kemudahan telekomunikasi dan internet lebih baik, susulan rancangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membina sebuah menara di situ.
orang asli
Orang Asli terus tercicir
Anak-anak Orang Asli di Kampung Aring 5, di sini terus ketinggalan dalam pembelajaran susulan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tidak dapat dilaksanakan kerana tiada liputan internet dan masalah pemilikan peranti.
orang asli
Orang Asli terima bakul makanan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mengagihkan sebanyak 500 bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli di lima kampung di sekitar jajahan ini yang terjejas akibta bencana banjir
orang asli
Jambatan tenggelam, Orang Asli bina rakit
Kira-kira 1,000 penduduk Orang Asli suku kaum Bateq di kawasan berhampiran Aring 5, di sini terputus hubungan apabila dua jambatan menghubungkan penempatan mereka tenggelam pagi semalam.
orang asli
Pesakit Orang Asli 'diterbangkan'
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa dua pesakit Orang Asli menghidap demam panas ke Hospital Gua Musang, di sini.
orang asli
Covid-19: Orang Asli bina sekatan sendiri
Berikutan kesedaran yang tinggi bagi mengelak jangkitan Covid-19 merebak di kawasan perkampungan, Orang Asli suku kaum Termiar di Pos Tuel di sini mengambil inisiatif dengan membuat sekatan jalan bagi mengelak orang luar masuk ke kampung mereka.
orang asli
Medevac: Hero Orang Asli yang tidak didendang
Penempatan suku kaum Orang Asli di Gua Musang, Kelantan yang terletak di kawasan pedalaman hutan belantara selalunya menyebabkan sesuatu bantuan itu lambat sampai.
orang asli
Orang Asli keciciran pelajaran
Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), anak-anak Orang Asli merupakan kalangan paling terjejas kerana tidak mempunyai akses seperti telefon pintar atau komputer riba untuk belajar dalam talian.
orang asli
Berkurung demi elak harimau
Seramai 84 keluarga Orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Aring 5 di sini melancarkan 'perintah berkurung' susulan bimbang dengan ancaman harimau belang yang didakwa masih bebas berkeliaran berhampiran kawasan kampung mereka.
Text
aktiviti melombong jejas pendapatan Orang |Asli
Text
getah
pekebun
Susu getah kurang jejaskan rezeki 400 penoreh, pekebun
Disebabkan oleh musim panas, susu getah cepat kering serta menghentikan pengeluaran susu menyebabkan rezeki pekebun getah menurun.
Text
Buta huruf punca Orang Asli Temiar sukar pasarkan produk kraftangan
Penduduk Orang Asli menjemur pokok riong sebelum menghasilkan penyapu di Pos Hau, Gua Musang, Kelantan.
orang asli
Penduduk Orang Asli tunggu bekalan air paip bersih
Kira-kira 160 penduduk Kampung Orang Asli Kampung Lata Kinjang berharap kerajaan menyegerakan projek bekalan air bersih untuk mereka yang melibatkan 48 unit rumah di kampung itu.
Text
keluarga melayu
Penoreh impikan rumah selesa untuk anak-anak
Seorang bapa yang hanya mampu menyewa sebuah rumah daif inginkan kedaiaman yang lebih selesa buat keluarga.
Text
Hari Raya
Tradisi main meriam batang kelapa meriah
Penduduk Kampung Bagan Lalang di Teluk Intan mempunyai tradisi bermain meriam batang kelapa setiap kali Syawal menjelma
orang asli
'Kami tak ada baju sekolah baharu'
Baju sekolah dua tahun lepas, itu pun sudah lusuh dan koyak. Hanya itu yang mungkin akan dipakai oleh murid Orang Asli Kampung Redang Punggor, Chenderong Balai dekat sini apabila sesi persekolahan tahun 2021 dibuka nanti.
Text
getah
pertanian
Hasil getah Orang Asli merosot akibat penyakit pokok.
Pendapatan penoreh getah Orang Asli di Palawan terjejas akibat pokoknya mengalami penyakit daun berwarna kuning menyebabkan susu yang dihasil tidak seperti pokok yang sihat.
Text
anggur
pertanian
Anggur hidup subur dalam cuaca panas
Pengusaha tanaman anggur membina batas yang tinggi dan memastikan kadar siraman air yang mencukupi membolehkan anggur mereka ditubuh dengan subur semasa musim panas.
Text
Puasa
ramadan
Tujuh beradik masak sendiri tidak ke bazar
Tujuh beradik yang bergelar anak yatim telah dijaga oleh kakak sulung mereka yang berusia 20 tahun sejak ibubapa mereka meninggal dunia
Text
Puasa
ramadan
Buah kantor hanya terdapat pada bulan puasa
Buah kantor ini menjadi makanan tradisi bagi penduduk Kampung Gajah yang mana mereka memakan buah tersebut bersama air gula
Text
Keterjaminan makanan
Nelayan Zon C2 Hutan Melintang henti ke laut
Nelayan kategori Zon C2 tidak lagi ke lut susulan kenaikan harga dieselb yang membebankan kos operasi sekaligus menjejaskan sumber pendapatan nelayan
Text
Ramai kanak-kanak tidak bersekolah
Text
Muzium Negeri Terengganu : Pengurusan dan kepentingannya dalam industri pelancongan negeri Terengganu
Abstrak
Penulisan ini adalah bagi memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu. Penulis telah memilih tajuk Muzium Negeri Terengganu: Pengurusan dan kepentingannya dalam industri pelancongan negeri Terengganu.
Kajian ini cuba mengupas aspek pengurusan yang dilakukan oleh pihak Muzium Negeri Terengganu bagi menarik para masyarakat ke muzium. Ini kerana MNT merupakan salah satu produk pelancongan yang terdapat di negeri Terengganu.
Muzium sememangnya sebuah institusi memainkan peranan penting dalam aktiviti menyelidik, memelihara, memulihara, mempamer dan mendokumentasikan hasil kajian kepada masyarakat sebagai bukti kesahihannya. Menerusi institusi muzium ini. Setiap warisan khazanah negara yang berstatus sejarah dan kebudayaan dapat dipelihara untuk tatapan generasi akan datang. Dalam usaha menarik pelancong sama ada pelancong domestik atau pelancong antarabangsa, pihak pengurusan MNT telah menawarkan produk-produknya seperti persembahan hujung minggu, pameran tetap dan sementera, khidmat pendidikan, program khas dan sebagainya. Selain itu, pihak muzium turut menganjurkan aktiviti pertandingan kepada pelajar sekolah seperti pertandingan mewarna, melukis,dan acara kuiz di muzium. Dengan mengadakan aktiviti sedemikian, ia dapat memperkenalkan kepada mereka serta ahli keluarga mereka untuk mengenali dengan lebih rapat lagi MNT. Oleh demikian, mereka dapat mengetahui akan kepentingan muzium kepada masyarakat, bangsa dan negara.
Justeru itu, penubuhan MNT adalah wajar bagi mempertahankan segala warisan sejarah dan kebudayaan negara kepada masyarakat umum. Dengan itu, ia turut mencerminkan budaya dan ketamadunan sesebuah masyarakat kepada dunia hari ini dan akan datang. Oleh demikian, MNT boleh dikatakan sebagai produk pelancongan yang terpenting bagi negeri Terengganu Darul Iman.
Showing 1351 to 1400 of 19606 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->