Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19324 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Isu Tashabbuh (penyerupaan) terhadap budaya barat
" Istilah tashabbuh merupakan kata terbitan (masdar) daripada kata kerjatashabbaha yang bermaksud penyerupaan..."
Analisis isu tashabbuh (penyerupaan) terhadap budaya barat
" Perbahasan mengenai isu tashabbuh sudah pun meluas di Malaysia."
Berkembangan budaya keagamaan Arab Melayu Seberang Kota Jambi
"Budaya keagamaan Arab Melayu Seberang Kota Jambi merupakan sebuah budaya yang terdapat pada masyarakat Seberang Kota Jambi."
Kehidupan sosial ekonomi seberang Kota Jambi
" Pada masa sekarang, kawasan Seberang Kota Jambi menjadi sebuah kawasan lama di Kota Jambi, yang terletak pada bahagian utara..."
Akulturasi budaya keagamaan Arab Melayu masyarakat seberang Kota Jambi
" Masyarakat Seberang Kota Jambi adalah orang-orang keturunan Arab yang bercampur dengan pribumi Melayu melalui pernikahan."
Wujud tadisi budaya keagamaan Arab Melayu Seberang Kota Jambi dalam perilaku keagamaan
"Masyarakat Seberang Kota Jambi merupakan keturunan Arab yang bercampur dengan pribumi Melayu melalui pernikahan."
Tradisi budaya hari Assyura
" Hari Assyura atau Syuro sendiri jatuh pada tanggal 10 Muharram."
Tradisi budaya perayaan Nisfu Sya'ban
"Masyarakat Seberang Kota Jambi meyakini Nisfu Sya'ban yang terdapat di bulan ini adalah malam yang istimewa."
Tradisi Budaya burdah
" Burdah adalh bacaan shalawat dan ucapan-ucapan puji syukur kerpa Allah SWT."
Wujus seni budaya keagamaan Arab Melayu Seberang Kota Jambi
"Seni budaya keagamaan Arab Melayu Seberang Kota Jambi juga hanya bisa dilakukan masyarakat Seberang Kota Jambi."
Nilai-nilai luhur budaya keagamaan Arab Melayu Seberang Kota Jambi
"Nilai dan budaya menjadi satu kesatuan di dalam kehidupan masyarakat."
Pengertian Majaz dalam ilmu Balaghah
" Seni majad tergolong dalam ilmu al-Bayan jdalam kerangka balaghah Arab."
Suku bangsa Banjar
" Daerah ini meluskan sampai Kota Martapura, ibukota Kabupaten Banjar dan wilayah sekitarnya."
Sejarah masuknya Islam di Kalimantan Selatan
" Walaupun proses Islamisasi masyarakat Kalimantan hingga kini terus berjalan melalui dakwah dan pendidikan,..."
Islam dan budaya Banjar
" Banyak sekali budaya lokal yang masih sampai sekarang dilakukan di dearah Banjar masin dan sekitarnya."
Ekonomi Islam dominan: Pendekatan akomodatif-modifikasi dengan sifat eklektisme-metodologik
" Walaupun terdapat pelbagai aliran pemikiran dalam proses pembinaan ekonomi Islam, namun kesemuanya boleh dikelompokkan kepadaa hanya dua corak pemikiran sahaja."
Pemikiran ekonomi Islam di dunia Melayu"
" Selari dengan perkembangan dan minat yang timbul di seluruh dunia, para sarjana di dunia Melayu, termasuk di Malaysia dan Indonesia,..."
Aliran pemikiran ekonomi Islam total
" Walaupun terdapat aliran-aliran ekonomi Islam yang sedikit sebanyak dapat dilihat akan kecamukannya, namun ini tidak bererti tidak adanya aliran pemikiran Islam..."
Text
Kesibukan…warga tua usah dipinggir
Text
Nobat berasal dari Iran
Text
Pokok kapal terbang untuk rawat luka
Text
Ramai pelajar gagal kuasai bahasa Melayu
Text
Muzik negara terus mantap
Text
Melayu patut ditonjolkan sebagai watak berani
Text
Kemantapan budaya…bantu bina bumiputera
Text
Jati diri bangsa Melayu kian pudar
Text
Baitulmal wajar bantu ibu tunggal
Text
Remaja…suka memberontak
Text
Mahu ke mana Melayu?
Text
Kaedah pengajaran perlu dipelbagai
Text
Fahami, sedar nasib bangsa sendiri
Text
Penjajahan budaya melalui media massa
Text
Pemuliharaan alam sekitar perlu seimbang
Text
Rahsia mengekalkan harmoni rumah tangga
Text
Wayang kulit, makyung terus bertahan
Text
Keistimewaan mengkudu kepada lelaki
Text
Asal usul Makyung
Text
Sembuh resdung
Text
Tarian pancar kehidupan masyarakat Bajau
Text
Sistem pendidikan alami perubahan
Text
Tutup bumi hilangkan selsema, batuk
Text
Anak istimewa perlu diberi peluang sama rata
Text
Kaunseling genetik untuk bakal pengantin
Text
Pemeliharaan dan penyisihan bahasa : kajian kes terhadap komuniti minoriti Rajang-Tanjong
Abstrak
Kajian ini adalah kajian sosiolinguistik yang melihat segala pemeliharaan bahasa dan penyisihan bahasa yang berlaku di dalam komuniti minoriti Rajang-Tanjong yang terdapat di Kapit, Sarawak.
Gejala pemeliharaan bahasa dan penyisihan bahasa adalah salah satu kesan akibat pertembungan bahasa. Pertembungan bahasa disebabkan oleh beberapa faktor, sepeti penghijrahan, penjajahan politik dan ekonomi, agama, perdagangan, sempadan geografi, persekutuan beberapa wilayah untuk membentuk satu negara, dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan masyarakat menjadi bersifat dwibahasa dan pelbagai bahasa.
Text
Perbandingan morfologi bahasa Melayu dan bahasa Iban
Abstrak
Tesis ini adalah kajian mengenai bahasa Melayu (BM) dan bahasa Iban (Bib) yang dilihat dari perspektif Linguistik Bandingan dan pada tahap-tahap tertentu kajian ini menjurus kepada Linguistik Bandingan Sejarawi. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat unsur-unsur morfem yang terdapat dalam pembentukan kata BM dan Bib. Di samping itu kajian ini turut menyelidiki ciri-ciri warisan bersama yang dimiliki oleh kedua-dua bahasa dari bahasa induk serta perubahan-perubahan yang berlaku setelah berpisah. Data dari BM diperolehi melalui bahan bertulis dan pemerhatian langsung. Manakala data dari Bib pula didapati melalui kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Bahan bagi BM tidak hanya terhad pada bentuk standard, tetapi juga melihat pada dialek-dialek tertentu sekiranya terdapat kesejajaran.
Untuk tujuan menghurai dan menganalisis bentuk-bentuk morfologi BM dan Bib ini, pendekatan sistematik digunakan bagi membuat kesimpulan tentang evolusi sesuatu sistem melalui zaman. Kajian ini turut menyentuh struktur fonologi kata sebagai tujuan memudahkan perbincangan mengenai hal-hal berkaitan dengan imbuhan dan morfofonemik. Di samping melihat pembentukan kata melalui bentuk dan unsur morfem, kajian ini turut mengambil kira pembentukan kata berdasarkan unsur-unsur pembentukan dan kata akar.
Text
Kasus dan pindahan sintaksis dalam Bahasa Melayu
Abstrak
Teori sintaksis Noam Chomsky membawa perubahan yang besar dalam teori linguistik moden. Khususnya, teori Kasus dalam teori Kuasaan dan Tambatan telah menjadi satu fokus dalam kajian linguistik kini. Disertasi ini akan meninjau Kasus peranan dalam sintaksis bahasa Melayu berdasarkan teori Kasus dalam rangka teori Kuasaan dan Tambatan.
Bab 2 meninjau secara ringkas prinsip subsistem dalam teori Kuasaaan dan Tambatan : teori ikatan, teori kuasaan, teori-0 (teta), teori tambatan, teori Kasus dan teori-teori yang berkaitan. Tinjauan ini akan menjadi latar belakang bagi perbincangan teori Kasus yang akan dibuat seterusnya. Bab 3 memperlihatkan ciri-ciri asas yang terdapat dalam pemberian Kasus. Pertama, paras sintaksis pemberian Kasus akan ditinjau secara ringkas. Altenatif yang digemari adalah untuk membenarkan dua jenis paras pemberian Kasus, Iaitu struktur-D dan struktur-P. Satu cadangan yang berasal dari Noam Chomsky adalah untuk menyatakan struktur-D bagi Kasus struktur-D dan struktur-P bagi Kasus inheran. Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, struktur-P akan dicadangkan sebagai paras pemberi Kasus yang tersepadu dalam sintaksis bahasa Melayu. Kuasaan dan Syarat Sebelahan (adjacency) akan diterangkan sebagai syarat yang berkesan untuk sebuah FN yang menerima Kasus. Akhir sekali, hubungan di antara teori Kasus dan teori-0 ditinjau dengan memerhati Syarat Visibiliti (Visibility condition) bahawa hanya sebuat peranan-0 diberikan kepada sebuah argument yang telah menerima Kasus.
Text
Reformasi Islam dalam novel-novel Melayu terpilih
Abstrak
Disertasi ini mengkaji pemikiran reformasi islam yang tertonjol dalam novel-novel Melayu dalam rentetan perkembangannya selama tiga suku abad di negara ini. Analisis diserentakkan dengan melihat keterpengaruhan serta keselarian pertumbuhan, perkembangan dan kesinambungannya dengan gerakan reformasi Islam dalam jangka masa waktu yang hampir-hampir sama.
Disertasi terbahagi kepada lapan bab, dengan Bab Pertama memperinci elemen-elemen yang mendasari sesuatu penyelidikan akademik, merangkumi, pernyataan masalah dan objektif-objektif kajian, disusuli dengan methologi kajian dari segi pendekatan dan teori, singnifikan kajian, skop dan keterbatasannya, dan diakhiri dengan pembahagian bab-bab.
Text
Istilah sains dalam Bahasa Melayu : aspek pengupayaannya
Abstrak
Disertasi ini merupakan satu percubaan awal untuk meneliti aspek pengupayaan istilah sains dalam bahasa Melayu, khususnya istilah bidang biologi, fizik, dan kimia berdasarkan istilah-istilah yang ditemukan dalam Daftar Istilah Mabbim. Aspek pengupayaan istilah sains telah diteliti dengan menganalisis keserasian konsep dengan bahasa sumber, prose morfologi yang dialami oleh istilah sains untuk diupayakan, dan pengupayaan pemakaian istilah sains dalam teks sains dan kertas soalan sains.
Bab pertama disertasi ini menyatakan perkara-perkara yang asas dalam kajian ini, seperti latar belakang kajian, perkembangan peristilahan sains dalam bahasa Melayu, tujuan kajian, kepentingan kajian, dan definasi konsep, manakala bab kedua mengemukakan aspek teoretis kajian.
Bab ketiga, keempat, dan kelima memberikan tumpuan kepada aspek pengupayaan lapan ratus dua puluh lima istilah sains yang terpilih daripada Daftar Istilah Mabbim. Selain meneliti aspek keserasian konsep istilah sains bahasa Melayu berbanding dengan konsep istilah sains dalam bahasa sumber, aspek pengupayaan morfologi istilah pengimbuhan, penggandaaan, pemajmukan dan pinjaman set pengupayaan pemakaiannya dalam teks sains dan kertas soalan sains juga turut dikaji.
Text
Seni persembahan Melayu : satu kajian terhadap organisasi keusahawanan seni
Abstrak
Kejayaan sesebuah organisasi keusahawanan seni bergantung kepada corak pengurusan pengusahanya, sokongan yang diterima daripada institusi kerajaan yang berkaitan dan penontonnya. Berasaskan kepada pernyataan tersebut, kajian kes ini melihat secara deskriptif kaedah pengurusan organisasi seni cottage (Kumpulan Sri Temenggung), semi professional (Kumpulan Pura Tanjung Sabtu Centre – PTSCC) dan professional (Kumpulan Penang Cultural Centre – PCC) yang mengkomersialkan produk seni persembahan. Aspek-aspek pengurusan yang dikaji adalah berlandaskan kepada konsep umum dalam pengurusan sesebuah organisasi keusahawanan iaitu pengurusan personal, pemasaran, operasi dan kewangan.
Objektif utama kajian ini ialah unutk mengkaji dan membandingkan kaedah pengurusan dalam tiga kategori organisasi seni persembahan dari sudut keusahawanan, peranan dan sokongan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan (KKKP) dalam seni persembahan dan kehendak penonton masa kini.
Text
Isu-isu semasa dalam karya naratif A. Samad Ismail
Abstrak
Kajian ini menumpukan penelitian terhadap isu-isu semasa yang dapat ditemui dalam karya-karya cerpen dan novel yang dihasilkan oleh A. Samad Ismail. Sehubungan itu, penelitian ini juga akan membicarakan masyarakat dan individu-individu yang terdapat dalam sesebuah masyarakat yang digambarkan oleh pengarang dalam karya-karyanya itu.
Untuk meneliti isu-isu semasa dan hubungannya dengan masyarakat serta individu-individu tertentu, maka kajian ini akan menggunakan pendekatan sosiologi.
Dalam hal ini peneliti akan membincangkan latar belakang A. Samad Ismail iaitu melihat latar belakang pendidikan, pekerjaan dan minatnya terhadap karya satera kerana dengan pemahaman terhadap latar belakang pengarang akan dapat memahami lebih mendalam hubungan karya dengan pengkarya dan masyarakat dalam lingkungan pengarang.
Kajian ini akan diikuti dengan perbincangan terhadap isu-isu semasa yang dikemukakan oleh pengarang dalam karya-karyanya itu. Beberapa isu-isu yang agak dominan dikemukakan untuk melihat bahawa isu-isu tersebut merupakan isu yang serius dalam masyarakat pada sesuatu tahap atau zaman.
Showing 15201 to 15250 of 19324 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2