Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (16323 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Item Type: Text
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Dr Burhanuddin Al-Helmi : Kegiatan Politik-Agama
Dr. Burhanuddin al-Helmi merupakan tokoh politik dan nasionalis yang melakarkan sejarah tersendiri di Tanah Melayu...
Text
Bahan Nadir
Wak Chantok
Sebuah skrip drama karya Harun Aminurrashid , ia mengisahkan peristiwa sebenar tentang pembunuhan seorang gadis benama Tasmiah. Kejadian ini berlaku di Kampong Tembaga bali Lane, Kampong Dendang Singapura.
Text
Bahan Nadir
Rantau Selamat
Menceritakan tentang kembalinya Hassan ke kampungnya, Rantau Selamat, setelah meninggalkannya selama lima tahun merantau di Singapura. Kepulangannya ialah untuk menetap di kampung.
Text
Bahan Nadir
Hikayat Panji Semirang
Sebuah penulisan analitikal tentang karya sastera klasik Cerita Panji yang berjudul Hikayat Panji Semerang. rangka analisis terbahagi kepada 6 aspek iaitu, Garis besar isi,Tokoh, Kependekan cherita, Poko-pokok cherita, Gaya bahasa dan gaya bercerita dan Analisa.
Text
Bahan Nadir
Agama di gugusan pulau2 Melayu
Terdapat perbincangan yang ringkas dan jelang tentang pelbagai agama seperti Hindu, Islam dan Kristian yang tersebar di gugusan pulau-pulau Melayu. Bab yang mengenai agama-agama kuno seperti Hindu dan Islam ditulis oleh Profesor P. E. de Joselin de Jong, manakala bab yang mengenai Kristian ditulis oleh Profesor G. W. Locher. Setiap agama yang dibincangkan memainkan peranan dalam ekonomi, sosial, dan politik penduduk di daerah Nusantara Melayu.
Text
Numismatik Pengaruh Melayu-Islam di Tanah Melayu : Data Terkini Kesultanan Melayu Melaka
Berdasarkan kepada data sedia ada, kajian mata wang awal Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dapat dibahagikan kepada dua...
Text
Penolakan Ulama Melayu Terhadap Kemasukan Aliran Wahabi Dalam Masyarakat Islam : Tumpuan Terhadap Karya Tulisan Jawi
Aliran Wahabi atau dalam bahasa Arabnya al-Wahhabiyyah adalah suatu aliran pemikiran yang dibawa oleh ulama Najd terkenal, Muhammad bin 'Abd al-Wahhab (m. 1206H)...
Text
Kerangka Teologi Islam di Alam Melayu: Kekuatan dan Cabaran
Kerangka teologi merujuk kepada bentuk yang melingkungi serta asas yang mendasari sesuatu sistem Dalam Islam ia berkait dengan dimensi akidah iaitu ikatan kepercayaan dalam sesebuah agama...
Text
Imej diri wanita Melayu kini : satu kajian kes di Brickfields, Kuala Lumpur
Abstrak
Imej pemikiran diri merupakan satu konsep yang menerangkan proses ( dalaman ) dan proses sosial tentang diri. Melalui proses pemikiran dapat dikenal pasti persepsi, tanggapan serta penilaian individu terhadap imej yang dikehendaki mereka. Manakala melalui proses sosial, individu mengambil tindakan bagi menzahirkan kemahuan tersebut. Kajian ini menumpukan kepada imej diri wanita Melayu. Imej diri bersifat dinamik, berbeza dalam setiap kelompok budaya serta mengalami perubahan mengikut peredaran zaman. Bagi masyarakat Melayu, imej diri wanitanya dipengaruhi oleh nilai, norma, serta world-view masyarakat yang berteraskan lslam. Bertepatan dengan ciri kedinamikan ini, lantaran imej diri wanita merupakan satu konstruksi budaya. Oleh yang demikian, kajian ini cuba mengenal pasti apakah imej unggul wanita dalam masyarakat dengan menumpukan kepada ciri, proses dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan imej diri ini. Selain itu, imej diri yang dipancarkan ini melambangkan jati diri Melayu yang mempunyai keunikan serta berbeza dengan masyarakat dan budaya yang lain.
Text
The expression of the interior decoration in the traditional mosques in Malacca : a critical review in relation to islamic arts
Abstrak
This study is to assess whether the application of decoration in the traditional mosques are truly successful in emanati1ng ther true roles as perceived in Islam and whether the hidden function and their true roles are truly achieved. The overall view of ISLAM, Islamic Arts in relation to decoration, the importance of mosque as a place of worship to Allah, and as an important building in the Muslim world are discussed. The concept of Tawhid' as the doctrine in Islam; and the way Islam perceives Beauty in its decorative arts as a mean of contemplation and Remembering Allah are elaborated. In order to understand these hidden functions and messages, the overall approach, roles, functions and typologies of decoration are explained. The uniqueness of Islamic Arts characteristics, roles, meanings and principles are governed universally by the Islamic doctrine - Tawhid which expressed Oneness and Unity towards Contemplation to the One God Allah. By looking at these aspects, one can truly assess whether the current usage of decorative motifs in mosque is in full success or not. A cross-reference of these usages is established with the true roles and functions of these decoration motifs as decoration in relation to Islamic Art as a whole. Successful applications of the interior decorative motifs can then be established and recommended for future applications. IL is the intention of the study to be as an impetus for other broader and more critical analyses which can be made by others to fully comprehend the underlying concepts of the decorative motifs in the mosque interiors. This study is not an archetypal presentation of facts. A base reference study was made onto the oldest traditional mosque in the South East Asia region- Masjid Agng Demak in Central Java, Indonesia. Field studies were made to cover three selected traditional mosques in Malacca: Masjid Kampung Hulu, Masjid Tengkera and Masjid Al Azim. These mosques were chosen based on their built age on two separate eras - the old traditional mosques: Masjid Kampung Hulu and Masjid Tengkera, have been built since the 18" Century and been treated as community mosques. These mosques are still in use, well maintained and conserved. The new traditional mosque, Masjid A1 Azim is of the 20" Century, is a new and larger scale mosque, treated as the State Mosque in Malacca Surveys were done to record and identify the decorative motifs in these mosques and to evaluate the users' awareness and the effectiveness of these decoration. The aesthetic criteria of the decoration elements which have profound impacts onto the users are also identified. Further more, a close examination and analysis regarding certain aspects of the physical characteristics of the decorative motifs are presented. Through the survey and observation study of these decoration, various physical and aesthetic factors were identified. These factors were then referred to formulate the general design criterion in relation to the application of decoration in mosque. By fully understanding the role of decoration, further improvements can be recommended to ensure better and effective usage of decoration particularty n mosques
Text
Teori rasa-fenomenologi : penerapan terhadap novel-novel terpilih Zaharah Nawawi
Abstrak
Secara umumnya penulisan ini ditbahagikan kepada 6 bab. Bab pertama merupakan bahagian pendahuluan. Dalam bahagian ini, pengkaji menyentuh tentang latar belakang kajjan yang merangkumi permasalahan, tujuan, bahan, batasan kajian, kajian terdahulu dan metodologi kajian. Bab 2 pla menyentuh tentang konsep dan kerangka teori. Di antara konsep yang ditekankan ialah konsep keindahan atau estetika, rasa, dan fenomenologi. Turut ditekan pegangan kajian ini, iaitu berdasarkan Teori Rasa-Fenomenologi yang dikemukakan oleh Sohaimi Abdul Azizi. Bab 3 menyentuh tentang latar belakang Zaharah Nawawi, iaitu pengarang novel Sebelum Berhujungnya Musim Bunga, Selamat Datang Adzie Farahah dan Panglina Salleh Selempang Merah, gaya penulisan dan pemikiran Zaharah Nawawi dan kedudukan dan sumbangan dalam dunia kesusasteraan Melayu. Bab 4 pula memfokuskan analisis dengan menerapkan Teori Fenomenologi dengan penumpuan kepada rasa kagum dan rasa berahi. Rasa Bab 5 pula analisis novel-novel Zaharah Nawawi iaitu dengan mengaplikasikan Teori Rasa-Fenomenologi dengan penumpuan kepada rasa duka, rasa berang dan rasa benci. Bab 6 merupakan bab akhir yang memuatkan dapatan analisis-analisis yang telah dilakukan.
Text
Analisis imej Melayu dalam cerpen Malaysia dan Thailand (1970-1985)
Abstrak
Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk analisis perbandingan imej. Tumpuan analisis perbandingan adalah kepada imej-imej watak Melayu dalam cerpen Malaysia dan Thailand (1970-1985). Cerpen dipilih sebagai bahan kajian, bertolak daripada tanggapan bahawa cerpen merupakan dokumen sosio-budaya sesebuah masyarakat. Kajian tertumpu kepada penganalisisan imej Melayu, iaitu imej pemimpin, imej wanita, imej kaum marhaen dan imej manusia kerdil. Didapati bahawa imej-imej watak Melayu dalam kedua-dua aliran cerpen Malaysia dan Thailand membawa ciri-ciri sosiologikal dan politikal yang ketara. Watak dan perwatakan mereka dibentuk oleh keadaan dan pergolakan setempat. Justeru, maka dapat ditemui ciri-ciri kelainan di samping juga ciri-ciri persamaan. Bagi mendapat gambaran yang lebih jelas tentang imej masyarakat Melayu di kedua-dua buah negara, kajian ini ipecahkan kepada enam bab. Bab 1 merupakan huraian tentang latar belakang perkembangan cerpen Malaysia dan Thailand. Huraian ini sekadar untuk melihat perkembangan genre cerpen di Malaysia dan Thailand supaya lebih jelas tentang kedudukan genre cerpen sebagai salah satu cabang dalam kesusasteraan moden di kedua-dua buah negara. Sekali gus untuk lebih memahami tentang susur galur perkembangan cerpen Malaysia dan Thailand sejak dari awal sampai penghujung abad ke-20. Bab 2 menganalisis imej pemimpin untuk melihat persamaan atau kelainan di kalangan golongan ini. Pemimpin dalam kajian ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu pemimpin tradisi dan pemimpin moden. Bab 3 memusatkan pembicaraan pada imej wanita. Imej wanita begitu penting untuk diperkatakan. Ini memandangkan kehadiran kaum wanita dalam proses pembangunan negara baik di Malaysia mahupun di Thailand cukup penting Bab 4 memperkatakan tentang imej kaum marhaen di kedua-dua buah negara. Kaum marhaen merupakan jumlah penduduk terbesar di Malaysia dan Thailand. Imej mereka boleh mewakili keseluruhan imej penduduk di negara masing-masing. Penganalisisan dibuat untuk melihat jenis-jenis permasalahan hidup yang dialami oleh bangsa ini. Bab S5 memusatkan pembicaraan pada imej manusia kerdil. Manusia kerdil di sini bermaksud golongan manusia yang kurang berkeupayaan baik dari segi fizikal, mental dan material. Oleh itu, gambaran yang dilihat pada imej-imej manusia kerdil adalah golongan manusia yang tertindas, miskin dan menjadi mangsa kepada keadaan serta waktu. Manakala bab terakhir, iaitu bab 6 merupakan kesimpulan keseluruhan kajian. Dalam bab ini dibincangkan hasil yang didapati daripada analisis-analisis yang telah dilakukan. Hasil kajian ini dapat ditemui bahawa meskipun mereka asalnya daripada satu rumpun namun disebabkan mereka dipisahkan oleh sempadan geopolitik dua buah negara yang mempunyai sistem pemerintahan dan persekitaran yang berbeza mka secara langsung pembentukan peribadi dan perwatakan juga turut berbeza. Paling ketara 1alah tentang ketidaksamaan dari segi mentaliti, gerak-laku dan tindakan mereka dalam usaha memastikan kelangsungan hidup. Ini adalah disebabkan corak pemerintahan di kedua-dua buah negara berbeza. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu, dua rumpun masyarakat Melayu ini masih juga menampakkan ciri-ciri kesamaan terutamanya dari segi pengekalan jati diri Melayu dan amalan-amalan tradisi yang dikenal pasti sebagai budaya Melayu.
Text
1001 pantun baru : kajian nilai estetika
Abstrak
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih genre pantun sebagai bahan yang ingin dikaji dengan menggunakan teori Puitika Sastera Melayu hasil pemikiran sarjana tempatan iaitu Profesor Muhammad Haji Salleh. pengkaji hanya memberi penumpuan terhadap aspek estetika pada pantun semata-mata melalui prinsip yang dikemukakan iaitu Yang Indah Indah: Estetika Sastera Melayu. Dalam bab pertama, pengkaji mengemukakan identifikasi masalah, rumusan masalah, tujuan kajian, batasan kajian, kajian-kajian lampau dan kaedah penyelidikan. Dengan berbuat demikikan, pengkaji memahami hala tuju kajian yang ingin dilakukan agar ianya tidak lari dari matlamat sebenarnya kajian. Bab dua pula pengkaji akan menghuraikan teori Puitika Sastera Melayu dan sembilan prinsip yang dikemukakan oleh Muhammad Haji Salleh. Melalui prinsip-prinsip yang dikemukakan itu, pengkaji hanya memilih satu prinsip utama iaitu yang berkaitan dengan estetika. Pengkaji memperincikan prinsip yang akan digunakan dalam kajian ini iaitu, Yang Indah-Indah: Estetika Sastera Melayu. Melalui prinsip ini, keindahan genre pantun lebih terserlah dengan melihatnya dari semua perspektif sama ada dalaman atau luaran. Bab tiga pula pengkaji memberi huraian lebih lanjut tentang diri pengarang yang hasil karyanya menjadi bahan kajian. Beliau adalah Khadijah Hashim yang terkenal dengan novel Badai Semalam. Di samping itu pengkaji akan memasukkan juga dalam bab ini teks yang dikaji iaitu 1001 Pantun Baru denganmengemukakan resensinya. Bab empat merupakan analisis teks 1001 Pantun Baru dengan menggunakan prinsip yang telah dipilih. Pantun bukan saja dinikmati secara lisan semata-mata tetapi dari keseluruhan; tema, isi, pola rima, bentuk, diksi-diksi terpilih, mesej yang ingin disampaikan, malahan apa sahaja yang membangunkan binaan sebuah pantun termasuk dalam ruang lingkup kajian khususnya dari aspek estetikanya. Bab lima merupakan kesimpulan. Dalam bab ini pengkaji mengemukakan dapatan kajian berdasarkan analisis sampel-sampel pantun yang telah dipilih dari teks yang telah dijadikan bahan kajian. pengkaji berharap agar kajian ini dapat menyumbang ke arah pengayaan bahan mengenai genre pantun serta membuka peluang buat pengkaji lain yang berminat dengan teori ini.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Penubuhan Malaysia (16 September 1963)
Artikel ini menghuraikan peristiwa bersejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963
yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura (yang
kemudian berpisah pada 1965). Ia menekankan proses perundingan antara kerajaan British,
Tanah Melayu, dan pemimpin wilayah terlibat, termasuk Laporan Suruhanjaya Cobbold serta
Perjanjian Malaysia 1963.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Artikel ini menghuraikan mengenai Perjanjian Kemerdekaan yang ditandatangani pada 8
Februari 1956 di London antara delegasi Tanah Melayu yang diketuai Tunku Abdul Rahman
dengan pihak British. Perjanjian tersebut menjadi asas kepada pemindahan kuasa dan
pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Penetapan Tarikh Merdeka pada 31 Ogos 1957
Artikel ini menjelaskan bagaimana tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
diputuskan hasil daripada rundingan antara Tunku Abdul Rahman, Raja-Raja Melayu, dan
pihak British. Pemilihan tarikh 31 Ogos 1957 mempunyai nilai simbolik kerana jatuh pada hari
Sabtu, membolehkan seluruh rakyat berbilang kaum hadir meraikannya.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Ringkasan Sejarah Malaysia
Artikel ini menghuraikan perjalanan sejarah Tanah Melayu sehingga kemerdekaan, termasuk
zaman penjajahan Portugis, Belanda, British serta pendudukan Jepun semasa Perang Dunia
Kedua. Ia menekankan peranan tokoh nasionalis dalam menggerakkan perjuangan
kemerdekaan, perkembangan politik melalui pilihan raya 1955, dan rundingan Perjanjian
London 1956 yang akhirnya membawa kepada pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos
1957.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Sejarah Kemerdekaan Malaysia
Artikel rasmi MKN ini merangkum perjalanan sejarah kemerdekaan Malaysia, bermula
daripada usaha menuntut kebebasan daripada penjajah British, peranan tokoh nasionalis,
serta proses perundingan yang membawa kepada pengisytiharan kemerdekaan pada 31
Ogos 1957.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu
Artikel rasmi Arkib Negara Malaysia ini menghuraikan detik bersejarah pada 31 Ogos 1957 di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, apabila Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan
kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Diplomasi halus’ kekuatan negara atasi konflik dalaman dan global
Artikel ini menerangkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 bukan diperoleh
melalui kekerasan, tetapi hasil daripada diplomasi halus—proses rundingan harmoni antara
pemimpin tempatan dan penjajah British.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
The Straits Times’ recalled Merdeka spirit
Artikel retrospektif ini mengenang kembali penerbitan edisi khas Sunday Mail dan The Straits
Times pada 31 Ogos hingga 1 September 1957 yang melaporkan detik bersejarah
pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Laporan asal kedua-dua akhbar menonjolkan
laungan “Merdeka!” oleh Tunku Abdul Rahman, suasana penuh emosi di Stadium Merdeka,
serta reaksi rakyat pelbagai kaum menyambut lahirnya sebuah negara berdaulat.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Tepat pada tengah malam seluroh raayat bertempek “Malaya sudah merdeka”!
Artikel ini melaporkan suasana menjelang dan tepat pada detik kemerdekaan Tanah Melayu,
tengah malam 30–31 Ogos 1957. Dengan tajuk utama yang menyebut “Tepat pada tengah
malam seluroh raayat bertempek ‘Malaya sudah merdeka’!”, laporan ini menekankan
kegembiraan rakyat pelbagai kaum menyambut kebebasan selepas lebih 400 tahun
penjajahan.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
The Big Moment! Sunday Mail.
Artikel ini melaporkan suasana penuh emosi selepas detik kemerdekaan Tanah Melayu pada
31 Ogos 1957. Dengan tajuk utama “The Big Moment!”, laporan ini menggambarkan
bagaimana rakyat dari pelbagai kaum bersatu meraikan kelahiran sebuah negara baharu.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Kemerdekaan nikmat termulia Allah kepada hamba-Nya
Pada era pra-kemerdekaan memfokuskan pada perjuangan politik orang Melayu menentang
dasar penjajah British. Media ini menjadi wadah untuk menyuarakan aspirasi rakyat, menyeru
perpaduan Melayu, dan mengkritik dasar kolonial yang menekan hak politik serta ekonomi
orang tempatan.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Fahami Penubuhan Malaysia
Artikel ini membincangkan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 sebagai satu
peristiwa penting dalam sejarah politik Asia Tenggara. Mohd Noor Yazid menghuraikan faktor
dalaman dan luaran yang mendorong pembentukan Malaysia, termasuk ancaman komunis,
keperluan keselamatan serantau, serta kepentingan ekonomi dan politik.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Lord Reid and the framing of the Malayan federal constitution
Artikel ini membincangkan peranan Lord William Reid dan Suruhanjaya Reid dalam merangka
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjelang kemerdekaan pada tahun 1957.
Penulis meneliti konteks politik dan perundingan antara pemimpin tempatan, wakil British,
serta komuniti berbilang kaum yang terlibat.
Text
Kemerdekaan
Prelude to Merdeka: Public administration in Malaya
Artikel "Prelude to Merdeka: Public Administration in Malaya, 1945–57" membincangkan
perkembangan sistem pentadbiran pusat Tanah Melayu antara tahun 1945 hingga menjelang
kemerdekaan 1957. Struktur kerajaan persekutuan mula disusun semula melibatkan
penstrukturan semula birokrasi kolonial, penambahbaikan prosedur pentadbiran, dan
pembentukan dasar awam yang mampu menyokong sebuah negara yang akan merdeka.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Usaha ke arah Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Kertas ini menghuraikan usaha politik yang dijalankan oleh Tunku Abdul Rahman dan blok
konservatif Melayu dalam mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1957. Perbincangan menekankan strategi rundingan dengan pihak British, pembentukan
kerjasama politik antara kaum, serta pengukuhan kedudukan UMNO sebagai peneraju
gerakan nasionalis arus perdana.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Malaya’s First Year of Independence
Artikel ini menilai tahun pertama selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
Penulis membincangkan cabaran utama kerajaan baharu, termasuk kestabilan politik,
perpaduan kaum, keselamatan daripada ancaman komunis, serta pembangunan ekonomi.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Merdeka! Looking Back at Independence Day in Malaya
Artikel ini meneliti detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos
1957, khususnya upacara pemindahan kuasa daripada pihak British kepada kepimpinan
tempatan. Penulis mengupas bagaimana simbol, ritual, dan naratif politik digunakan bagi
membentuk imej negara merdeka yang bersatu padu.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Perjuangan sebelum dan sesudah merdeka
Artikel ini membincangkan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum dan selepas tahun
1957, dengan penekanan kepada proses menuju kemerdekaan serta cabaran awal dalam
membina sebuah negara bangsa. Penulis menghuraikan peranan gerakan nasionalis Melayu,
termasuk pertubuhan politik dan tokoh utama yang memperjuangkan hak dan identiti bangsa
dalam menghadapi penjajahan British.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
The making of Malaya, 1946-1955 : the fruits of ethnic co-operation
Buku ini meneliti proses pembentukan Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1946 hingga
1955, iaitu tempoh penting sebelum kemerdekaan. Khoo Kay Kim menekankan bagaimana
kerjasama antara kaum khususnya Melayu, Cina dan India menjadi asas kepada kestabilan
politik dan kejayaan menolak Malayan Union serta menggubal Perjanjian Persekutuan 1948.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Pengisian Kemerdekaan 1957-1970
Buku Pengisian Kemerdekaan 1957–1970 menyajikan kajian menyeluruh mengenai tempoh
kritikal pembangunan negara, bermula dari pembentukan negara baru sehinggalah usaha
memulihkan kestabilan pasca rusuhan kaum. Ia merungkai objektif kerajaan dalam
menyatupadukan rakyat pelbagai kaum melalui dasar ekonomi, pendidikan, keselamatan dan
perpaduan nasional. Landasan ini merupakan asas penting dalam pembentukan Malaysia
sebagai negara berdaulat dan bersatu.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
Malaysia 1945-2000
Buku Malaysia 1945–2000 oleh Ishak Saat merupakan kajian menyeluruh tentang peralihan
negara daripada era penjajahan ke zaman moden. Ia menyajikan naratif informatif tentang
perjuangan kemerdekaan, cabaran perubahan sosial, tokoh utama, serta transformasi
ekonomi dan politik negara hingga penghujung abad ke-20.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
The Struggle for Malaysian Independence
Buku ini menyajikan naratif sejarah negara dari perspektif seorang anggota polis, bermula dari
Perang Dunia II sehingga tahun 2005, dengan penekanan utama pada era Darurat (The Emergency) dan peristiwa-peristiwa penting yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957.
Text
Kemerdekaan Tanah Melayu
sejarah Melayu
Merdeka! : British rule and the struggle for independence in Malaysia, 1945-1957
Buku ini mengkaji situasi politik dan sosial di Malaya antara akhir Perang Dunia Kedua dan
berakhirnya pemerintahan British pada tahun 1957. Ia membincangkan bagaimana pelbagai
pihak yang berkuasa dan berpengaruh berusaha untuk mendapatkan dominasi dalam arena
politik.
Text
Independence day
Kemerdekaan Tanah Melayu
...2 more
Sejarah awal, kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.
Buku ini menyajikan analisis komprehensif mengenai perjalanan sejarah negara, bermula dari
zaman pra-kolonial, penjajahan British, pendudukan Jepun, hingga perjuangan mencapai
kemerdekaan dan akhirnya pembentukan Malaysia. Penekanan diberikan kepada semangat
kerjasama antara kaum, kegigihan perjuangan rakyat, serta pengajaran yang diperoleh dari
pengalaman penjajahan.
Text
Ritual masyarakat Iban dalam novel-novel terpilih penulis Sarawak
Abstrak
Kajian ini bertujuan memperlihatkan fungsi dan kepentingan ritual dalam upacara atau adat resam kaum Iban di negeri Sarawak berdasarkan tiga buah novel hasil karva penulis kelahiran Sarawak. Novel-novel tersebut ialah Pindah dan Gugumya Langit Hijau Nanga Tiga karya Jong Chian Lai serta Kelingkang hasil tulisan Douglas Jaga. Analisis kajian menggunakan pendekatan teori struktural fungsionalisme (teori fungsionalisme) yang dikemukakan oleh Emile Durkheim, iaitu setiap elemen budaya dan masyarakat bertindak sebagai fakta-fakta sosial (social fucts) yang berfungsi untuk menghamonikan institusi kemasyarakatan itu sendiri. Penerapan teori tersebut daripada perspektif kajian budaya ke atas novel-novel kajian memperlihatkan bahawa ritual memainkan peranan penting dalam fungsinya sebagai fakta sosial yang menjadi sistem peraturan atau undang-undang tidak formal dalam masyarakat Iban. Apabila sistem atau peraturan ini dipakai dan ahli masyarakat akur akan justifikasi perlakuan ritual terhadap fungsinya untuk menghamonikan masyarakat, ia akan cuba dipertahankan dan menjadi satu ciri khusus masyarakat yang mengamalkannya. Dengan itu, ritual dapat diangkat sebagai salah satu ciri identiti bagi masyarakat Iban di Sarawak. Analisis yang dijalankan bukan sahaja melihat ciri-ciri identiti tersebut seperti yang tergambar dalam teks kajian tetapi turut menjelaskan definisi, sifat dan amalan serta bentuk-bentuk ritual yang berlangsung dalam kalangan nmasyarakat Iban di Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di rumah panjang serta memegang kukuh nilai tradisi dan adat resam. Ritual menempatkan dirinya dalam hampir seluruh perjalanan hidup manusia Iban, sejak ia berada di dalam rahim ibu sehinggalah pada hari kematiannya seperti mana yang dipaparkan dalam ketiga-tiga buah novel kajian. Kelangsungan ritual yang digambarkan dalam teks-teks pilihan tidak hanya berlegar pada individu tertentu, malah dalam sebuah masyarakat bersifat kolektif, ritual memberi kesan tertentu kepada ahli masyarakat secara keseluruhan, sama ada yang menyokong atau menentang. Hubungan ritual bukan sekadar antara manusia dengan manusia malah terdapat juga ritual yang dijalankan bagi menenteramkan hubungan manusia dengan unsur alam. Alam pula terbahagi kepada dua, iaitu yang bersifat fizikal dan spiritual. Alam yang dirujuk sebagai fizikal itu bersifat literal, yakni urusan manusia dengan alam persekitaran, sama ada tempat kediaman atau tempat sumber rezeki seperti hutan dan sungai. Manakala alam spiritual pula merujuk kepada entiti-entiti ghaib, seperti tuhan (dewa) atau semangat (roh baik atau jahat). Konflik yang muncul antara manusia dengan dua alam ini akan melahirkan ritual-ritual yang bercirikan penghormatan dan sifat timbal balas supaya suasana harmoni mampu wujud antara kedua-dua pihak. Dalam bidang kesusasteraan, unsur ritual menjadi sebahagian daripada gagasan penting yang menyumbang kepada isi cerita dalam sesebuah karya. Hasil dapatan daripada analisis kajian ini memperlihatkan bahawa nilai-nilai tradisi yang dipertahankan dalam ritual khusus menurut upacara-upacara tertentu akan menjadi ciri penentu dalam mewujudkan keharmonian kepada seluruh masyarakat. Dapatan kajian juga menjadi bukti bahawa selain mengangkat identiti masyarakat Iban, ritual juga berfungsi sebagai salah sebuah dokumen budaya dalam memaparkan gagasan pemikiran, pandangan dunia serta kepercayaan masyarakat Iban.
Text
Kesan globalisasi ke atas pembentukan dan perkembangan peradaban Melayu
Abstrak
Nusantara merupakan negara wilayah umat Melayu yang mempunyai tamadunnya tersendiri selaras dengan iklim dan sejarah budayanya. Globalisasi sebagai fenomena sejagat telah menyemrak pertumbuhan, pembentukan dan perkembangan peradaban tersebut dalam meneliti liku-liku zaman. Sejarah dan kronologi globalisasi yang dimulai lslam dengan semangat ilmu memberi jasa besar dalam merubah watak dan budaya masyarakat yang berpegang kepada peradaban warisan tradisi hingga membentuk masyarakat dinamik berteraskan kosmologi Islam bersandarkan Iman dan amal; intelektualisme dan rasionalisme disertai pandangan hidup sejagat bercirikan progresif, inovatif dan kondusif. Arus globalisasi Barat kemudiannya telah mewarnakan dunia Melayu dengan menduduki gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Sumbangan globalisasi itu turut menyumbang memperlihatkan ketinggian peradaban Melayu melalui hubungan dan kesamaan mereka dari segi bahasa, sastera, budaya, ekonomi, politik, sosial, tekonologi, seni dan lain-lain. Di sebalik slogan mentamadunkan dunia Melayu yang sarat dengan agenda kolonialisasi, hegemoni dan kristianisasi, globalisasi Barat telah menjambatankan kepesatan pertembungan lain-lain peradaban seperti India dan China yang menimbulkan pulau-pulau peradaban baru di Nusantara. Kesannya telah terbentuk khususnya di Tanah Melayu yang kini meninggalkan impak lanjutan kepada perkembangan peradaban Melayu. Sumbangan globalisasi Islam telah mencantumkan rumpun Melayu kepada suatu umat terbesar selepas bangsa Arab di Asia Barat. Namun globalisasi Barat memainkan peranan membahagikan mereka kepada beragama Islam dan bukan lslam. Ledakan globalisasi kontemporari Barat yang dipacu Amerika Syarikat khususnya semakin penting memainkan peranan dalam merubah pola-pola peradaban dan cara hidup rumpun Melayu. Arus ini sedang memperlihatkan perkembangan peradaban Melayu yang telah ditandai dengan konflik peradaban hingga telah menjadi trauma kepada keutuhan peradaban Melayu. Peristiwa ngeri 13 Mei 1969 di Malaysia dan siri-siri konfik peradaban di Nusantara mencerminkan kesan kerencaman globalisasi dalam membentuk perkembangan peradaban Melayu di masa akan datang. Ledakan teknologi maklumat dan pembangunan pesat dunia disulami gejala dunia siber turut memesatkan perkembangan peradaban Melayu dalam menghadapi cabaran kuasa penyamarataan budaya memungkinkan kemunculan suatu budaya unik Malaysia. Menjelang alaf baru, peranan globalisasi semakin mengecilkan saiz dunia dan beransur-ansur memupuskan organisas1 dan memperkembangkan konsep dunia sejagat. Tentulah saingan memberi kelebihan kepada Barat untuk memindahkan nilai dan cara berfikir mereka ke suatu daerah dunia yang lain. Mampukah peradaban Melayu yang suatu masa dahulu terbukti sebagai kuasa globalisasi dunia kembali menghadapi cabaran mempertahankan peradaban Melays Nusantara khususnya di Malaysia sesuai dengan Islam sebagai ad-Din yang syumul untuk melampaui kuasa globalisasi kini.
Text
Tradisi buluh dalam budaya Iban di Sarawak
Abstrak
Fokus kajian ini ialah mengenai buluh iaitu sejenis rumput-rumpai yang boleh didapati tumbuh di merata dunia kecuali di tempat yang terlalu sejuk seperti Artik dan Antartik. Di benua seperti Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Utara dan Australia buluh didapati ada yang tumbuh liar dan ada juga yang ditanam. Buluh juga ada didapati di benua Eropah tetapi ia dipercayai bukan tumbuhan asli di situ. Adalah dipercayai ia dibawa dari negara-negara Asia seperti China, Jepun dan sebagainya. Buluh mempunyai pelbagai spesies. Antara spesies buluh yang besar ia mempunyai ketinggian kira-kira 25 meter dan ada juga yang kecil iaitu mempunyai ketinggian kira-kira 1.5 meter sahaja. Buluh-buluh yang tumbuh di kawasan yang beriklim sederhana tumbuh secara monopodial dan di kawasan panas seperti kawasan tropika ia tumbuh secara simpodial. Tunbuhan buluh sangat berguna kepada manusia termasuk masyarakat Iban di Sarawak. Orang Iban menggunakan buluh dalam berbagai-bagai cara hidup mereka misalnya dalam bidang pertanian, seni tampak dan sebagainya. Di sebalik penggunaan buluh orang Iban mempunyai falsafah-falsafah tertentu yang berkaitan dengan tumbuhan tersebut. Falsafah-falsafah itu ada yang berkaitan dengan kepercayaan tradisi atau animisme, hukum adat, nilai sosial dan lain-lain. Hal ini banyak yang menggambarkan betapa pentingnya buluh dalam kehidupan masyarakat Tban terutamanya pada zaman dahuiu. Meskipun sekarang buluh masih memainkan peranan dalam kehidupan masyarakat ban sama ada yang tinggal di pedalaman ataupun yang di Bandar tetap1 terdapat tanda-tanda yang ia kini kian terpinggir dan jika sesuatu tidak dilakukan kemungkinan dalam masa yang terdekat ini ia akan pupus daripada segi kegunaannnya dan juga kehadirannya di alam persekitaran kita.
Text
Tradisi pengajian tasawuf di negeri Terengganu Darul Iman
Abstrak
Kajian ini membincangkan kesinambungan tradisi pengajian tasawuf di negeri Terengganu, khususnya dari segi penggunaan kitab-kitab jawi selain dari sistem pengajian itu sendiri. Tujuan kajian ialah bagi melihat aspek sejarah pengajian tasawuf di Terengganu; melihat kitab-kitab yang digunakan sebagai teks pengajian; menilai sistem pengajian; pertembungan mazhab; dan seterusnya kesan pengamalan tasawuf terhadap pembentukan sahsiah masyarakat Islam. Kajian melibatkan dua kaedah iaitu kaedah perpustakaan untuk mendapatkan data-data sekunder dan kaedah kerja lapangan bagi memperoleh data-data premier. Data-data premier seterusnya dianalisis menggunakan perisian komputer SPSS dan dibandingkan dengan data-data berbentuk historikal yang didapati daripada kaedah perpustakaan. Daripada analisis yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa sistem pengajian tradisional tascwuf di Terengganu masih mengekalkan corak tradisi. Tasawuf yang diajarkan adalah seragam iaitu tasawuf sunni dan, walaupun wujud tasawuf tarikat namun ia adalah selari dengan ajaran-ajaran ahl al-sunnah wa 1jama 'ah. Penggunaan kitab jawi masih berterusan malah diambil perhatian yang berat oleh semua pihak termasuk generasi muda. Menyedari kepentingan kitab jawi sebagai wahana intelektual Melayu abad silam, satu usaha bersepadu dan bersungguh-sungguh perlu dilakukian oleh semua pihak terutama pihak berkuasa agama, penerbit, dan golongan sarjana dalam bidang-bidang agama dan sastera bukan sahaja untuk mengekalkan bentuk dan keaslian kitab-kitab jawi, malah menyebarluaskannya ke dalam masyarakat awam. Semoga dengan itu kitab jawi tidak hanya menjadi "barang antik' atau digunakan oleh golongan tradisional sahaja bahkan terus mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat Islam, khususnya di Malaysia.
Text
Spatial organizations of the National and State Mosques of peninsular Malaysia : case studies
Abstrak
Design problems exist in large-scale jami mosques of Malaysia as experienced on various occasions by the writer and her acquaintances when attending the state mosques of West Malaysia, The most serious problem exists in the spatial organizations as reflected in the difficulties of circulations when using the spaces in the mosques. The circulations problem in causes inconvenience to the users either in the form of inappropriate sequence of spaces or the excess of traveling distances from one space to another. These problems exist apparently due to the technical decisions and aesthetics made by designers rather than functional decisions. Since a mosque is a special building designed for liturgical activities, therefore, it is very important that the liturgical requirements are carefully observed when designing a mosque especially in the configuration of spatial organizations. Therefore, it is the aim of this study to explore and analyse the spatial organizations of the large-scale mosques against the liturgical requirements laid down by the Al Quran and Sunnah (tradition from the Prophet S.a.w.). Three case studies were selected from the largest state and national mosques of West Malaysia, namely, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah in Shah Alam of Selangor State; Masjid Negara in Kuala Lumpur of Federal Government of Malaysia; and Masjid AI Azim in Melaka City of Melaka State. The focus of the study is to research on their spatial organizations as the main focus, and other aspects of design as the seconday aspect. The study explored into the perception of a total of 300 respondents about the spatial organizations of the three case studies as secondary evidence. The findings revealed that the mosques were designed without proper guidelines from the Jabatan Agama lslam' which is the authority of mosque buildings in the country. Neither the designers properly referred to the liturgical requiremernts laid down by the Al Quran and Sunnah. At the same time, the spatial organizations were configured by the technical and aesthetics decisions made by the designers and the clients i.e. the Prime Minister or the Sultans or the Chief Minister and the relevant committees. Besides the mosques under study suffer from inappropriate spatial organizations and proportions, they also suffer from other design problems such as inappropriate zoning of supporting facilities, echo problem, inappropriate shoe rack system, lack of canopies to protect from the weather conditions, and the lack of design identification of the main entrance. The findings also revealed from the convenience survey that the respondents were ignorant of the knowledge of the liturgical requirements and spatial interpretations.
Text
Asal-Usul Ekonomi Ganda Dalam Masyarakat Melayu : Adakah Budaya Tak Boleh Berubah?
J.H. Boeke (1953) telah melaporkan hasil pengamatannya di pedesaan Jawa sejak tahun 1928 bahwa 'setting' ekonomi Indonesia berada dalam ekonomi ganda 'dual economies'...
p. 440-449
BP63 M4PAIMM
Text
Giliran bertutur dalam teks kaunseling : analisis retorik
Abstrak
Tesis ini mengkaji empat teks kaunseling yang terdiri daripada 19 unit. Tesis ini dibahagikan kepada enam bab. Bab 1 memaparkan pendahuluan kajian yang meliputi latar belakang kajian, tujuan, bidang, bahan, kaedah dan konsep kajian. Bab 2 mengenai kaunseling yang terdiri daripada konsep, sejarah, matlamat, proses kaunseling dan ciri kaunselor. Bab 3 merupakan kerangka teoritis kajian. Dalam bab ini dibincangkan model dalam kaunseling, model dalam interaksi lisan dan input retorik. Untuk menganalisis dan mentafsir data, Model Retorik Gabungan dikemukakan. Model ini menggatbungkan ketiga-tiga bidang yang mempunyai model dan input masing-masing di samping perincian jenis tindakan dan seterusnya pasangan adjensi dan pasangan bukan adjensi. Bab 4 merupakan analisis dan tafsiran komponen giliran bertutur yang terdiri daripada struktur, peserta, bilangan ujaran, bilangan giliran bertutur, pasangan adjensi dan pasangan bukan adjensi. Analisis kajian menunjukkan bilangan ujaran dalam struktur pertengahan yang tertinggi, iaitu (75%). Hal yang sama juga berlaku dalam komponen peserta, bilangan giliran bertutur, jenis tindakan, pasangan adjensi dan pasangan bukan adjensi, iaitu struktur pertengahan yang tertinggi. Selain itu, dapatan kajjan menunjukkan terdapat pengagihan yang seimbang antara bilangan ujaran KS dengan KL. Ini bertepatan dengan ciri kaunseling yang mementingkan hubungan terhadap KL sepertimana dinyatakan dalanm model kaunseling. Begitu juga bagi bilangan giliran bertutur yang menunjukkan terdapat keseimbangan jumlah bilangan giliran bertutur antara peserta. Ini selaras dengan definisi giliran bertutur yang memerlukan interaksi berkesan sesuai dengan ciri kaunseling. Bagi jenis tindakan pula, dapatan kajian menunjukkan jenis tindakan (2) yang tertinggi, masing-masing baik KS mahupun KL, iaitu (55%) dan (86%). Ini disebabkan ciri jenis tindakan (2) merupakan fenomena interaksi lisan. Selain itu, dapatan tan kajijan menunjukkan bagi jenis tindakan (1) terdapat peralihan giliran bertutur antara KS dengan KL berdasarkan struktur akhir. Dapatan ini bertepatan dengan proses kaunseling yang mementingkan hubungan mesra antara peserta. Dapatan ini juga selaras dengan input retorik etos dan patos. Manakala bagi pasangan adjensi, jenis (3+2/2+3) yang tertinggi, iaitu (43%).
Text
Pelancongan Sukan dari Perspektif Islam : Tinjauan di Malaysia
World Tourism Organization (WTO) iaitu sebuah agensi yang diberikan autoriti oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung sektor pelancongan...
Text
Novel-novel Anwar Ridhwan : penerapan terhadap teori teksdealisme
Abstrak
Kajian ini bertujuan memperlihatkan kepengarangan Anwar Ridhwan dalam penulisan novel dengan menerapkan teori teksdealisme yang diasaskan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana). Novel yang digunakan untuk tujuan kajian ini ialah Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, Arus, dan Di Negeri Belalang. Teori teksdealisme mempunyai empat prinsip iaitu prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan, dan individualisme. Penerapan keempat-empat prinsip ini terhadap teks dapat memperlihatkan sama ada teks itu, sekaligus pengarangnya, mencapai keunggulan ataupun sebaliknya. Kehadiran pengalaman pada seseorang pengarang amat penting untuk menghasilkan teks yang unggul. la merupakan suatu proses yang berterusan, dan pengarang pula akan menghadirkan pengalaman itu sebaiknya dalam karya-karyanya. Pengarang yang mempunyai ciri-ciri keunggulan tidak akan membenarkan dirinya berada di bawah teks ataupun di bawah bayang-bayang pengarang lain. Dalam dirinya sentiasa wujud keinginan untuk menghasilkan teks yang lebih baik daripada teks yang telah dihasilkannya sendiri, ataupun yang telah dihasilkan oleh pengarang lain. Untuk mencapai keunggulan, seseorang pengarang itu harus mempunyai keberanian dan kebijaksanaan untuk keluar daripada konvensi dengan melakukan perlanggaran yang merupakan prinsip kedua teori teksdealisme. Perlanggaran mungkin saja dari segi teknik penulisan, pemikiran yang terkandung di dalamnya, watak-wataknya, dan yang seumpamanya. Penerapan prinsip ketiga, iaitu pengukuhan akan memperlihatkan proses pemantapan, pengejapan, dan penyempurnaan teks seseorang pengarang. Lazimnya, pengarang yang unggul tidak akan terus berpuas hati dengan karya yang dihasilkannya. Pengarang akan memperbaiki karya yang diusahakannya itu berulang-ulang kali sebelum diserahkan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk tujuan penerbitan. Ketiga-tiga prinsip yang disebutkan di atas ini seterusnya akan mengunggulkan keperibadian pengarang, dan teks yang dihasilkannya. Keperibadian pengarang ataupun disebut juga sebagai individualisme ini merupakan prinsip keempat d an terakhir. la juga merupakan analisis terakhir teori teksdealisme dan kemuncak perbincangan terhadap seseorang pengarang mahupun teksnya. Menurut Mana Sikana, hanya pengarang yang unggul akan menghasilkan teks yang unggul. Teks yang unggul pula seterusnya dapat melahirkan khalayak yang unggul. Dalam konteks Anwar Ridhwan, hasil kajian ini telah dapat membuktikan bahawa beliau telah mencapai keunggulannya sebagai penulis novel dan teori teksdealisme juga sesuai teks yang diterapkan untuk mengukur keunggulan seseorang pengarang dan dihasilkannya.
Text
Amalan kesihatan di kalangan remaja
Abstrak
Kesihatan merupakan satu fenomena yang amat dititikberatkan oleh semua masyarakat seantero dunia. Justeru, tidak hairanlah jika semua perlakuan manusia bertitik tolak daripada kesihatan. Apabila mengutarakan kesihatan, persoalan sakit, demam atau sihat juga sering dikaitkan. Kajian yang melihat amalan kesihatan di kalangan remaja Melayu ini telah memperlihatkan kepada kita bahawa setiap perlakuan remaja itu menjurus kepada faktor kesihatan. Walau bagaimanapun, remaja dewasa ini lebih terdedah kepada konsep kesihatan moden, iaitu segala rawatan atau pencegahan diserahkan tanggungjawabnya kepada doktor. Namun, kajian ini mendapati bahawa remaja Melayu semuda 11 tahun sudah mengamalkan tahap kesihatan yang baik. Amalan kesihatan dilihat sebagai langkah untuk merncegah kesakitan. Kesakitan bagi semua masyarakat melambangkan kesusahan dan mengganggu perjalanan hidup mereka. Walau bagaimanapun, bagi remaja Melayu kini segala kesakitan dan penyakit adalah rahmat daripada Tuhan untuk menguji hamba-Nya.
Text
Kajian batu nisan Aceh dan tembikar di tapak arkeologi lembah Sungai Johor
Abstrak
Tesis ini cuba mengkaji warisan kerajaan Melayu Johor Riau yang terdapat di tapak-tapak arkeologi di lembah Sungai Johor seperti Johor Lama, Panchor, Seluyut, Kota Tinggi dan Sayong Pinang seperti batu nisan Aceh dan tembikar. Tujuannya adalah untuk merekonstruksikan sejarah perdagangan dan penempatan dan hubungan di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Kaedah kajian adalah dengan melakukan survei arkeologi, memetakan kedudukan peninggalan-peninggalan arkeologi di setiap tapak, galicari dan menganalisis setiap penemuan yang terdiri daripada batu nisan Aceh dan tembikar. Hasil daripada analisis disintesiskan dengan data bertulis yang terdiri daripada hasil kajian lepas seperti laporan-laporan dan sumber sejarah seperti Sejarah Melayu. Hasil daripada kajian batu nisan Aceh dan tembikar ini telah diperolehi pentarikhan tapak-tapak penempatan awal di lembah Sungai Johor, corak pemerintahan dan hubungan perdagangan. Berdasarkan kepada kajian itu didapati bahawa tapak penempatan yang paling tua adalah di Johor Lama dengan terjumpanya tembikar zaman Song abad 11. Selain itu temuan tembikar dari Thailand, Vietnam dan Burma abad ke 15. Batu nisan Aceh yang tertua dijumpai di Sayong Pinang bertarikh 856 Hijrah (1453 Masehi). Juga dapat dirumuskan daripada data arkeologi bahawa lokasi pusat pemerintahan kerajaan tidak kekal di satu-satu lokasi semasa kewujudan Kerajaan Johor-Riau dari abad 15 ke 18 Masehi.
Text
Respons Masyarakat Islam Malaysia Terhadap Aliran Islam Liberal
Wacana pemikiran Liberal Islam dikatakan sudah berakar daripada sejarah panjang Islam klasik dengan kemunculan golongan Muktazilah yang amat menekankan fahaman rasionalisme Islam dalam kehidupan beragama...
Text
Cerita-cerita Awang Batil : kajian rasa fenomenologi
Abstrak
Cerita Awang Batil merupakan salah satu sastera tradisional yang harus diperlihara serta dipertahankan supaya tidak dilupakan begitu sahaja pada suatu masa nanti. Kajian cerita-cerita Awang Batil dari Perlis ini disesuaikan dengan teori Rasa Fenomenologi serta input-input Islam untuk melihat nilaj nilai estetik yang terdapat dalam cerita-cerita tersebut. Cerita-cerita yang menjadi bahan kajan ini meliputi dua generasi, iaitu cerita yang disampaikan oleh arwah Encik Mahmud Wahid serta cerita yang dipertuturkan oleh naknya, Encik Ramli Mahmud. Cerita-cerita tersebut ialah "Cerita Awang Miskin', 'Cerita Sri Miskin', Cerita Mek Siti Galin', Cerita Awang Denoi atau Raja Kamaruzaman', Cerita Awang Ada Duit Semua Jadi, 'Cerita Awang Betui' dan Cerita Awang Akar Larak. Cerita-cerita ini ditranskripsi dengan menggunakan dialek perlis untuk mengekalkan keaslian cerita tersebut. Daripada analisis tersebut, rasa yang paling banyak dan dominan timbul ialah rasa cinta, rasa wira, rasa malu, rasa syukur, rasa duka dan rasa marah. Rasa-rasa yang timbul daripada cerita cerita tersebut sekaligus dapat mengambarkan cara hidup dan budaya masyarakat yang diceritakan. Selain itu kajian ini juga dapat menyerlahkan ketokohan sesorang penglipur lara dalam menyampaikan sesebuah cerita.
Showing 1501 to 1550 of 16323 results
Page
of 327
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2